Hari Sabtu saya bawa famili menghadiri perkahwinan rakan sekerja di Bentong. Kami singgah Colmar Tropicale Berjaya Hills yang terletak di Bukit Tinggi ketika didalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.
Colmar Tropicale Berjaya Hills klon Colmar di Perancis.
Colmar Tropicale ini menyerupai sebuah desa Colmar di Perancis. Kalau nak rasa suasana desa Perancis bolehlah ke Colmar Tropicale yang terletak di Bukit Tinggi yang merupakan resort(235 bilik dan suite) milik Berjaya. Kalau ingin bermalam disini pun boleh tempat awal di Agoda untuk elak penuh apabila tempah disaat-saat akhir.
Bergambar berlatar belakangkan Colmar Tropicale. Nak masuk perlu melalui jambatan dan pintu gerbang
Pemandangan sekitar bukit Tinggi dari luar Colmar Tropicale
Saya memberi kepercayaan kepada abang long untuk mengambil gambar saya bersama isteri. Kalau sebelum ini jadi tukang gambar.
Aslah dengan gaya ‘peace yo’ dan nasib buat tidak buat gaya kpop
Antara hiasan mengambar suasana sebenar seperti bandar Perancis. Suhu di Bukit Tinggi ini sejuk sebab Colmar Tropicale ini terletak 2,700 kaki dari paras laut.
Telaga air
Ada gerai makanan, permainan dan jualan barangan cenderahati
Pengunjung melayan angsa-angsa yang jinak
Ada kolam untuk beberapa ekor angsa putih dan hitam berenang. Angsa-angsa ini sudah jinak dan biasa dengan kehadiran pengunjung.
Bergambar kenang-kenangan dua beradik sebelum meninggalkan Colmar Tropicale
Bayaran masuk ke Colmar Tropicale Berjaya Hills di Bukit Tinggi.
- Dewasa: RM13
- Kanak-kanak(4 hingga 12 tahun): RM8
Kami singgah di taman arnab dan rusa terletak tidak jauh dari Colmar Tropicale. Bawa anak-anak bermain dengan arnab yang jinak dan rusa,
Rusa berehat dibawah permainan gelongsor berlindung dari cuaca panas.
Arnab dah nak tidur sebab kekenyangan dan senang nak belai sebab tak lari
Arnab yang kekenyang dan berat untuk berlari sebab asyik dihulur makanan oleh pengunjung
Abang koning membelai rusa yang jinak. Amat mustahil ia dilakukan tetapi tidak disini.
Bayaran masuk taman arnab dan rusa.
- Dewasa: RM4
- Kanak-kanak: RM4
ok juga sini…bawa anak jenjalan.tempat pun cantik
Hi Admin
I fall on your blog accidently and was going to move away but the pictures here caught my attention. Amazing pictures used in the blog.
Thanks for this!
wah dah dapat dah hotelscombined tu. saya punya mereka tak reply lagi sbb lambat jawab..boleh lupakan je kot..he he. Tahniah.. 🙂
Boleh sertai program affiliate yang ditawarkan oleh mereka.
boleh jdik port amik gambar ni..huhu
Boleh berangan berada di Perancis. 🙂
Pernah tapau aglio olio bawak makan kat bilik. Sekali kene RM3x.xx. Menangis bucu katil sebab portionnya sangat sikit. 😀
macam gaya fraser hill pun ada. sejuk tak?
Sudah tentu sejuk sebab Colmar Tropicale ini di ketinggian 2,700kaki dari paras laut.
nampak menarik kawasan ni..
kalau isteri nampak mesti dia ajak pegi ni
Musim cuti sekolah boleh bawa famili ke sini.
Jika di sana, blh pergi ke puncak menara tontonan yang boleh menawarkan anda pandangan yang lebih bagus dan lebih menakjubkan dari seluruh Colmar Square.
Pernah naik menara tinjau tetapi dilindungi ketinggian bangunan resort.
Salah satu destinasi pilihan nak berhoneymoon huhu.. fefeeling dok oversea hehe
Jadilah berpeluang untuk merasa berada diluar negara pun jadilah.
pernah dtg sini dulu, memang cantik tempatnya
cantiklah tempat nie..ada kesempatan nak pergi jugalah suatu hari nanti..
Boleh bawa famili bercuti disini nanti.
boleh masuk senarai bercuti untuk hujung tahun ni bawak anak-anak. nampak kos macam tak la besar sangat. maklumlah anak dah lima
Kalau bermalam di Colmar Tropicale perlu belanja lebih sikit.
memang nampak cantik kawasan tu
Nak rasa suasana desa di Perancis bolehlah bawa famili ke Colmar Tropicale di Bukit Tinggi, Pahang.
Assalam,
woww cantiknyaaaaa!! takyah dah gi oversea kalau nak bergambar dengan moment macam ni.
tak pernah lagi sampai sini, biasa balik kampung lalu aje heheee, tah bila lah ada peluang nak gi sini, teringin pula lepas tengok pic2 dalam ni 😀
Kalau ada bajet yang mencukupi ingin bawa satu famili bercuti diluar negara. Dapat merasai pengalaman berada di desa Perancis di Colmar Tropicale ini pun jadilah.
serius kat sini ni memang macam berada kat luar negara. struktur bangunan yang lain daripada yang ada di Malaysia.
Seni bina di Colmar Tropicale menyerupai Colmar sebuah desa di Perancis.
mmg dah lama simpan hajat nak datang sini, tapi hubby cakap takde apa, tu yang tak terpergi2 tu…padahal saya teringinnn sangatt..
Dah 4 tahun tak pergi sana, nanti boleh la imbau balik kenangan masa lalu…
hehe
Saya tak tahu pun ada tempat yg macam ni. Teringin sangat nak pegi perancis. Nampaknya pegi sini je la
wishlist utk cuti mid sem nanti, cantik btul permandangan disitu fefeeling france
Boleh bermalam disini. 🙂
itu lagi cantek..kmi mmg plan nk bercuti sama ada g camping di hutan atau santai2
Nak pergi jugaqlah nnt 🙂
Boleh ke Colmar Tropicale untuk merasa suasana ala-ala berada Colmar di Perancis
macam best aje.
leh bawak budak aku gi sini nanti masa hujung tahun nanti.
Boleh bawa si kecil berjalan-jalan di Colmar Tropicale masa cuti sekolah nanti.
Dah lama teringin nak pegi sini tp belum ada kesempatan
Singgah Colmar Tropicale sebab menghadiri majlis kahwin rakan sekerja di Bentong.
wah…cantiknya, sejuk tak? nampak macam panas terik je
Paling best kalau matahari panas terik tp anginnya sejuk
Kami sampai dalam jam 2 petang agak panas ketika itu tetapi angin sejuk menyebabkan ia tidak terasa sangat.
Agaknya kalau sampai waktu pagi tentu sejuk mencengkam sehingga ke tulang.
oo cuaca panas pun kira oklah sbb berangin tu, bestnya
Menarik tempat ni.. bayaran masuk pun tak mahal.. bolehlah bawa keluarga dtg ke sini.
Sudah naik harga sebanyak RM1 berbanding pengalaman ke Colmar Tropicale sebelum ini.
memang menarik suasana di sana.. ala-ala overesea
Sudah beberapa kali kami ke Colmar Tropicale ini. Kebetulan menghadiri majlis kahwin rakan sekerja di Bentong, singgah sekali. 🙂