• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / pelancongan / Cokelat Daim Pulau Langkawi

Cokelat Daim Pulau Langkawi

14th May 2011 by akubiomed 122 Comments

Cokelat Daim dan Toblerone yang mana satu pilihan hati?

Kalau didalam entri sebelum ini aku ada menulis entri ke Pulau Langkawi selama 5 hari. Selain menjadi destinasi pelancongan, Pulau Langkawi juga terkenal sebagai pulau bebas cukai sudah tentu ia menjadi syurga membeli belah kepada yang kaki shopping. Cokelat berjenama dijual pada harga murah yang mustahil dapat dibeli murah di Kuala Lumpur. Beberapa jenama cokelat yang dapat di senaraikan seperti Daim, Toblerone dan sebagainya menjadi buruan pengemar cokelat.

cokelat daim

Deretan kedai bebas cukai di pekan Kuah

Kain batik Indonesia

Minyak Gamat sinonim dengan Pulau Langkawi

Kalau sudah menjejaki kaki di Pulau Langkawi, tidak lengkap jika tidak membeli barangan bebas cukai di sekitar pekan Kuah. Hari terakhir aku mengambil peluang untuk membeli buah tangan untuk keluarga dan rakan-rakan sepejabat antara yang dibeli adalah kain batik, baju untuk anak, minyak Gamat keluaran Pulau Langkawi dan cokelat import.

Tidak lengkap kalau tidak bawa pulang tanpa cokelat Daim pulau Langkawi

Beli bag guni kitar semula mudah untuk bawa barang yang diborong

Aku pernah mencuba cokelat Daim beberapa kali dan tidak pernah ambil tahu yang cokelat keluaran Kraft ini adalah cokelat import. Mana taknya orang beri aku buka bungkusan plastik Daim ini terus masuk mulut. Apabila ke Langkawi adik aku ada meminta membeli cokelat Daim yang berasal dari Sweeden.

Sejarah cokelat Daim

Cokelat Daim buatan Kraft

Cokelar bar Daim berasal dari Sweeden dan Norway ini telah dihasilkan oleh Marabou dan Freia pada tahun 1953. Daim didalam bahasa Swedish ia di kenali sebagai Dajm dan Dime di UK dan Ireland. Sekarang cokelat Daim di miliki oleh Kraft Foods yang turut mengeluarkan cokelat Toblerone.

Sumber: Wikipedia

Pengalaman kesedapan cokelat Daim

Cokelat teras dihasilkan dari kacang badam yang ranggup dan kemudiannya disaluti oleh cokelat susu. Apabila salutan cokelat mencair perlahan didalam mulut akan terasa krim kacang badam ke teras yang ranggup apabila dikunyah. Sukar digambarkan dengan kata-kata melainkan membiarkan Daim mencair di dalam  mulut dan ia pengalaman yang luar biasa. 🙂

Sebelum pulang sempat mengambil gambar sekitar pekan Kuah

Jeti Nelayan di tepi pantai

Pondok antara tarikan di balai bomba

Aku pulang ke Kuala Lumpur dengan menaiki FireFly

 

Nak cari hotel murah? Dapatkan: >>Deal hotel terbaik<<

Filed Under: pelancongan Tagged With: cokelat, cokelat daim, cokelat daim langkawi malaysia, cokelat murah, coklat daim langkawi, coklat murah di langkawi

Reader Interactions

Comments

  1. Aniq Bukhary says

    22nd November 2013 at 3:55 am

    Langkawi aku datang! tunggu kemunculan ku..

    Reply
  2. suri says

    27th August 2013 at 9:53 am

    wah penuh beg cokelat tu boleh buat jual dekat blog nanti

    Reply
  3. suriaamanda says

    22nd August 2013 at 8:26 am

    SA teringin nak pi Langkawi sekali lagi nak bawak mak abah SA….itu jer hajat SA yang belum kesampaian…

    Reply
  4. suri says

    12th June 2013 at 11:13 am

    saya teringin nak pergi kesana. sebab nak bawa mak ayah saya itu sahaja heee..

    Reply
  5. dzuandiey says

    25th May 2013 at 11:15 am

    memang akan habiskan beratus untuk coklat sahaja kalau kaki melangkah di situ..hahaha…

    Reply
    • suri says

      27th August 2013 at 9:59 am

      harapnya gaya budget ke sana tidak berlebihan

      Reply
  6. puanbee says

    23rd May 2013 at 1:02 pm

    Jadi tertarik nak baca entri ni , nampak cekelat daim .. heesedapnya ..

    Reply
    • dzuandiey says

      25th May 2013 at 11:16 am

      kan PB..sama la..terliur sudah…

      Reply
    • suri says

      27th August 2013 at 9:57 am

      cokelat amat di gemari oleh semua peringkat umur

      Reply
  7. Datin Tyka says

    20th May 2013 at 2:27 pm

    last pergi langkawi masa umur 4 tahun.. skrg dah 24 tahun.. maknanya 20 tahun tak pergi dah langkawi.. itu pun tak ingat ade ape kt langkawi.. rasa nak pergi sane je ni

    Reply
    • dzuandiey says

      25th May 2013 at 11:17 am

      fuyo..lama sangat tu DT…haha..jom2..pakat pergi jengah beli coklat

      Reply
  8. PerenLee says

    17th May 2013 at 10:33 am

    mana lagi sedap cokelat Daim atau KitKat?

    Reply
    • Datin Tyka says

      20th May 2013 at 2:28 pm

      mesti la daim lagi sedap

      Reply
      • suri says

        12th June 2013 at 11:15 am

        saya teringat nama watak daim itu. jika ada siaran ulangans aya nak tontong lagi sekali.

        Reply
  9. PerenLee says

    17th May 2013 at 10:32 am

    berapa peratus murahnya barang kat Langkawi tu berbanding kat tempat lain?

    Reply
  10. PerenLee says

    17th May 2013 at 10:31 am

    selalu sangat awak jalan-jalan ni…fleksible betul kewangan awak…

    Reply
  11. Ummi Hanie says

    26th April 2013 at 12:44 am

    minyak gamat mmg waaajibb ! 😉

    Reply
  12. Ummi Hanie says

    26th April 2013 at 12:29 am

    baru ke pegi Langkawi?

    kami dah nak dekat 2 bulan sudah pegi.. tp masih belum abis entri pasai Langkawi utk publish… hee

    HIG antara pusat duty free yg popular di sana kan.. sy pun sgt suka DAIM 😉 borong 2 kampit

    Reply
  13. Dr Fuh says

    24th April 2013 at 8:06 pm

    Fuh!! kalau pergi langkawi, benda yang wajib beli adalah coklat dan semestinya dain dan kisses menjadi pojaan hati

    Reply
  14. razfira says

    12th December 2012 at 10:26 am

    bestnya souvenir2 itu.. nak jugak satu 😛

    Reply
    • suri says

      12th June 2013 at 11:16 am

      selalunya setiap peserta akan di beri seorang satu.jadi bagaimana nak bahagikan dua ini huuu

      Reply
  15. WAN NORIDAYU says

    19th January 2012 at 3:24 pm

    masalahnya coklat daim ni HALAL ke X… sbb da puas tilik kt plastik dia, lngsung X ADA TANDA HALAL…

    Reply
    • akubiomed says

      19th January 2012 at 9:35 pm

      Belum ada pengharaman daripada jabatan agama islam. Kalau was-was jangan ambilnya.

      Reply
  16. Adam Roslan says

    25th May 2011 at 1:34 pm

    Daim satu.

    P/S: Kali pertama ke sini. Salam Perkenalan.

    Reply
    • suri says

      12th June 2013 at 11:17 am

      di ipoh tiada hanya berada di langkawai.borong banyak-banyak kemudian jual di kedai runcit ada untung juga di situ

      Reply
  17. faiz says

    21st May 2011 at 4:19 pm

    daim mmg xkn ketinggalan kalo pegi langkawi…

    Reply
  18. nizam says

    21st May 2011 at 9:46 am

    dah lama tak pergi sana… sedapnyer coklat…

    Reply
    • suri says

      27th August 2013 at 10:00 am

      ada pengalaman ke sana yer

      Reply
  19. SyafzMagz says

    21st May 2011 at 6:03 am

    aku jarang beli tobleron(jimat duit)…biasanya cokelat daim la jadi pilihan~ haha

    Reply
  20. Chybee says

    18th May 2011 at 7:07 pm

    daim mmg paling best! hehe

    Reply
    • akubiomed says

      19th May 2011 at 12:26 am

      Kalau Chybee sudah kata sedap apa lagi saya 🙂

      Reply
      • suri says

        18th June 2013 at 12:16 pm

        boleh beli banyak-banyak buka kedai depan rumh

        Reply
  21. Mrs.Ayie says

    18th May 2011 at 1:52 pm

    Lama tak makan coklat Daim. Nikmat rasa coklatnya memang tak dapat nak cakap, sedapp.

    *ada cari-cari jugak kot2 ada yang baik hati nak jual kat sini

    Reply
    • akubiomed says

      19th May 2011 at 12:30 am

      Saya pun baru sahaja kenal cokelat Daim apabila berpeluang ke Pulau Langkawi saya mengambil peluang untuk membelinya

      Reply
  22. yas says

    18th May 2011 at 1:00 am

    Klau gi langkawi mmg tak sah klau x beli cekelat…kenkadang tu sampai rambang bijik mata masa nak shopping…huhuhu x bley tahannn

    Reply
    • suri says

      12th June 2013 at 11:18 am

      bila mata sudah rambang mesti semua benda depan mata ingin di beli

      Reply
  23. eLLy says

    17th May 2011 at 10:31 pm

    wah gi cuti cuti Msia rupa nye …

    Reply
    • akubiomed says

      17th May 2011 at 11:37 pm

      Bukan pergi cutilah Elly tapi kesana kerana urusan kerja

      Reply
  24. tips-kurus says

    17th May 2011 at 12:08 pm

    DAIM ni asyik naik harga je.. kat SOGO lagi mahal. tapi berbaloi la drpd nak fly ke L’kawi tu.. 🙂

    *nature bdk kecik memang suke cungkil mate ‘raksasa’ ke?! hehe!

    Reply
    • akubiomed says

      17th May 2011 at 10:26 pm

      Dekat Sogo ada jual Daim. Kalau mengidam boleh beli di sana 🙂

      Reply
  25. Norizwan says

    17th May 2011 at 7:15 am

    huhu sapa boleh tahan kalau tak makan coklat ni….tak sampai satu hari hbis dah…

    Reply
    • akubiomed says

      17th May 2011 at 10:27 pm

      Kalau sebungkus Daim sekejap sahaja 🙂

      Reply
  26. brat2104 says

    17th May 2011 at 12:22 am

    konfem saya pilih daim.. huhu.. bak sini sikit!!

    Reply
    • akubiomed says

      17th May 2011 at 10:33 pm

      Daim yang beli habis didalam beberapa hari sahaja kerana anak dan isteri menyukainya

      Reply
      • suri says

        18th June 2013 at 2:18 pm

        untung ramai yang suka tak membazir membelinya

        Reply
  27. zik says

    16th May 2011 at 10:04 pm

    minyak gamat memang wajib beli tuh.. memang murah sangat..

    Reply
    • suri says

      18th June 2013 at 2:20 pm

      kalau buka kedai meriah2 dah nak dapat susah

      Reply
  28. Juan says

    16th May 2011 at 8:16 pm

    saya nak coklat tu x leh ker, hehe

    Reply
  29. MEKAR says

    16th May 2011 at 7:09 pm

    Saya dah xde perasaan pada coklat lagi. huhu…
    Dalam bln mac lepas, dkt seminggu duduk langkawi, punya la panas terik masa itu. Tak syok nak jalan mana2 sampai demam2 panas kami laki bini. tp skrg cuaca dah ok sikit

    Reply
    • akubiomed says

      18th May 2011 at 12:17 am

      Aiks, kenapa pula sampai patah hati hendak makan cokelat?

      Reply
      • MEKAR says

        20th May 2011 at 10:06 pm

        selalu sangat makan. huhu.. asal ke langkawi mesti beli coklat. Sya selalu ke sana bro

        Reply
        • akubiomed says

          20th May 2011 at 11:33 pm

          Kalau macam tuh lain kali kalau ke sana lagi boleh kirim Daim 🙂

          Reply
          • suri says

            18th June 2013 at 2:26 pm

            saya pun nak oder sekaki juga

            Reply
  30. bEe says

    16th May 2011 at 5:38 pm

    Emm…. dah lama tak jenjalan kat Langkawi. Bila tgk post psl coklat langkawi mcm nak ajak hubby pi lah… Nak shopping coklat + pinggan mangkuk 🙂

    Reply
  31. bEe says

    16th May 2011 at 5:35 pm

    Coklat Daim tu enak tang coklat.
    Tp isinya mcm rasa gula melaka (keras). Kalau dah takde pilihan barulah makan coklat Daim ni 🙂

    Reply
  32. Rajdev says

    16th May 2011 at 4:02 pm

    Wow bestnye dapat shopping kat langkawi tuu.free tax

    Reply
  33. ciksembang says

    16th May 2011 at 2:22 pm

    saya suka Daim.. saya mencari2 tanda halal di toblerone.. ada kan?
    maaf tuan rumah.. kalau sy tersilap. mungkin mata saya kero

    Reply
  34. maza says

    16th May 2011 at 1:50 pm

    maza kurang gemar dgn Daim, maza suka yg coklet bar yg besor2 tu.. ahaks..

    yg ada less sugar lah, yg cofee lah, yg bersusu gitew.. hat tu maza suka,.. hehe

    psst: bak mai seguni volleh? ahaks

    Reply
    • akubiomed says

      18th May 2011 at 12:14 am

      Kalau ikut selera saya lebih suka black cokelat walaupun pahit tapi sedap 🙂

      Reply
    • suri says

      18th June 2013 at 2:31 pm

      ke takut gigi rongak?

      Reply
  35. hafidz says

    16th May 2011 at 11:53 am

    aduh. sedapnya cokelat itu~ 😛

    Reply
  36. sayacomel says

    16th May 2011 at 8:28 am

    saya pun suka coklat daim tu. nama macam melayu je..

    Reply
    • akubiomed says

      18th May 2011 at 12:09 am

      Saya pada mula ingatkan cokelat nama Daim adalah buatan Malaysia rupanya telaan saya silap

      Reply
  37. Hisyam says

    16th May 2011 at 1:09 am

    Wah, melancong. Memang best kan, banyak beli minyak gamat dengan coklat. hasil laut macam ikan kering tak beli ke?

    Reply
  38. Wan Perlis says

    16th May 2011 at 12:39 am

    aku mmg penggemar coklat
    daim & toblerone mmg tiptop
    kiss pun ok

    Reply
  39. nuriz says

    15th May 2011 at 10:24 pm

    lama dah tap pi langkawi hehe
    memang kalau ke sana tak sah tak beli coklat dan minyak gamat

    Reply
    • akubiomed says

      15th May 2011 at 11:53 pm

      Sudah semacam trademark kalau ke Langkawi mesti buah tangan cokelat dan gamat mendapat perhatian

      Reply
  40. adele says

    15th May 2011 at 8:17 pm

    setakat ni mmg coklat daim adalah coklat paling sedap pernah sy makan..tapi jarang sgt dapat makan sbb kat langkawi je murah..pegi langkawi pula tak selalu..kalau dapat jadi pengedar coklat ni pun bagus juga ni 😀

    Reply
    • akubiomed says

      15th May 2011 at 11:17 pm

      Kalau ada kawan di Langkawi boleh jadi stokis 🙂

      Reply
  41. nash says

    15th May 2011 at 5:36 pm

    salam bro
    awat nama tajuk tu palau langkawi?
    silap eja kot
    hahahhaa
    ok3
    teringin nk p sana..tp xde berkesempatan pun
    kawan2 pon xajak..
    hehehee
    coklat mst murah kann 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      15th May 2011 at 10:59 pm

      Mamai semasa tulis tajuk kot. Terima kasih atas teguran 🙂

      Reply
    • tehr says

      16th May 2011 at 12:10 am

      hehe
      aku pun tak perasan
      seronok sangat nak baca kisahnya

      Reply
  42. Nadya says

    15th May 2011 at 5:06 pm

    Wahhhh..rindu Langkawi!!
    Dulu pernah tinggal kat sana lebih kurang 4tahun..

    Dah puas memborong coklat,pinggan mangkuk semua..;D

    Reply
    • akubiomed says

      15th May 2011 at 11:21 pm

      4 tahun lamanya tentu puas bangat 🙂

      Reply
  43. zezebel says

    15th May 2011 at 3:19 pm

    Nyum nyum…. dah lama tak makan coklat.

    Reply
    • akubiomed says

      15th May 2011 at 11:22 pm

      Boleh ajak hubby honeymoon di Pulau Langkawi

      Reply
  44. Miecyber says

    15th May 2011 at 2:46 pm

    Cokelat kat Langkawi memang murah banget…

    Harimau kumbang masuk perangkap

    Reply
  45. Haru says

    15th May 2011 at 1:58 pm

    aku suke daimmm..haha..dulu mase blja unimap (kampus dekat kole perlis) selama 6 sem tp baru 2x pegi..tu pn sbb mule2 ade kursus usahawan kt sane then yg ke-2 baru pegi sndri..tp aku pernah habeskn rm150 semata2 beli coklat jer >_< sgt bezz!!

    Reply
    • akubiomed says

      15th May 2011 at 11:26 pm

      Saya hampir terjebak menghabis duit dengan membeli cokelat memandangkan poket tidak cukup tebal. Kalau tidak selamat bershopping 🙂

      Reply
      • suri says

        16th May 2011 at 2:54 pm

        salam bro apa khbar?
        sihat ker semua..

        sebut daim sy sllu pkir cerita juvana tu huu,,mati2 saya ingatkan yg tu bro

        hooo..halahai…. ia benar2 bts aya tersenyum sndri rupanya cklt ar yg bro maksudkan heee

        Reply
  46. Sabahan Bloggers Club says

    15th May 2011 at 11:05 am

    Salam.
    Rasanya harga kat ecconsave lebih murah dah dari langkawi ni untuk cokelat buatan malaysia. Untuk coklat import, Langkawi masih lagi the best lar…. 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      15th May 2011 at 11:27 pm

      Sudah status pulau bebas cukai mendapat tempias cokelat import yang murah 🙂

      Reply
      • Sabahan Bloggers Club says

        16th May 2011 at 8:22 am

        Hahahahaha…. Saya ada ke Labuan juga, cuma harga Langkawi memang murah lagi. 😉

        Reply
        • MEKAR says

          16th May 2011 at 7:02 pm

          coklat di labuan mahal sikit daripada langkawi.

          Reply
  47. zulfitry.com says

    15th May 2011 at 5:13 am

    coklat daim xder jual kat supermarket biasa ker? nak try jugak ni

    Reply
    • akubiomed says

      15th May 2011 at 11:54 pm

      Tidak pasti samada cokelat Daim ada jual di pasaraya

      Reply
  48. chii says

    15th May 2011 at 2:16 am

    aduh…bestnya coklat daim..
    ada sape lg x g langkawi..nk kirim bleh..ehehe

    Reply
    • akubiomed says

      15th May 2011 at 11:55 pm

      Kalau ada trip ke sana mahu sahaja kirim beli cokelat

      Reply
      • suri says

        16th May 2011 at 2:53 pm

        cklt sana murh berbandig d sini ya bro?

        Reply
  49. benjy says

    15th May 2011 at 12:51 am

    Wah bestnya Langkawi kan … b3njy belum pernah pergi lagi kat langkawi ni … tunggu masa sesuai nak pergi … siaplah coklat tu semua … jika b3njy menjejak kaki ke sana nanti … hehehe

    Reply
    • akubiomed says

      15th May 2011 at 11:56 pm

      Bro Benjy kalau ke sana memang akan lupa diri kerana barangan bebas cukai. Cokelat sudah tentu menjadi buruan

      Reply
    • suri says

      16th May 2011 at 2:52 pm

      best dpt kesana rasanya mau cuti 5 hari 5 malam heeeeee

      Reply
  50. Amirez says

    15th May 2011 at 12:21 am

    baru je merasa toblerone..sedap juga rupanya. mesti kat langkawi harganya lagi murah…

    Reply
    • akubiomed says

      15th May 2011 at 11:57 pm

      Toblerone dihasilkan oleh Kraft Foods yang turut menghasilkan cokelat Daim

      Reply
  51. MDHAFiZ.NET says

    14th May 2011 at 10:50 pm

    belum pernah lg aku jejak kaki kt langkawi..harap dpt insyAllah satu hari nanti.. 🙂 rumah kt sana mahal x?? hehe

    Reply
    • akubiomed says

      15th May 2011 at 11:59 pm

      Apa dia bro nak cari rumah disana. Hendak buat sewa yer? 🙂

      Reply
      • MDHAFiZ.NET says

        17th May 2011 at 11:12 pm

        InsyaAllah..hehhe 🙂

        Reply
  52. Kimmy says

    14th May 2011 at 10:37 pm

    Teringat saya dulu masa kecik2 kami adik beradik panggil cokelat toblerone ni tob-le-ron muahaha..

    Reply
  53. puanbee says

    14th May 2011 at 10:15 pm

    baru smlm maakn cokelat tobreno pastu tengok tk de cop halal dan ada lemak trans , dengar cerita lemak trans dr babi adei …

    Reply
    • akubiomed says

      16th May 2011 at 12:00 am

      Boleh timbul perasaan syak baik jangan ambilnya

      Reply
  54. dnoBiz says

    14th May 2011 at 10:08 pm

    teringin pula aku nak rasa cokelat Daim ni hehehh 😀

    Reply
    • akubiomed says

      16th May 2011 at 12:00 am

      Kalau ke Langkawi boleh cari cokelat Daim nanti 🙂

      Reply
  55. Nadri says

    14th May 2011 at 9:25 pm

    btllah tekaan aku ttg coklat daim tuu..memang sedap bila cair dimulut..bro, beg hitam berbunga tu mengingatkan aku masa pergi lumut 2 mnggu lepas pasal nak letak banyak ole-ole produk makanan laut.

    Reply
    • akubiomed says

      16th May 2011 at 12:01 am

      Beli bag guni guna semula supaya senang nak bawah barang yang dibeli.

      Reply
  56. tengkorak emas says

    14th May 2011 at 8:52 pm

    daim perlu dikawal pemakanannya..sebab ia boleh dimakan tanpa henti2 he..

    bro, toblerone putih tak beli ke?

    Reply
    • akubiomed says

      14th May 2011 at 9:20 pm

      Betul selepas satu – satu suap ke dalam mulut memang tidak sedar. Ada nampak Toblerone warna putih teragak-agak hendak beli. Sedap juga ker bro?

      Reply
    • dnoBiz says

      14th May 2011 at 10:10 pm

      kira tahap boleh menyebabkan ketagihan la ya TE 😀

      Reply
  57. deCrewz says

    14th May 2011 at 5:31 pm

    Igt cokelat tu daim yang punya..ha3 Aih, nampak macam sedap sgt je cokelat daim tu, kalau x, xkan sampai masuk post..he3

    Reply
    • akubiomed says

      14th May 2011 at 9:21 pm

      Memang sedap Daim ini kerana kesedapan dia luar biasa.

      Reply
    • muhammad fakhruddin says

      21st May 2011 at 4:18 pm

      Saya pun ingatkan coklat tu buatan Malaysia.

      Reply
  58. anif says

    14th May 2011 at 5:23 pm

    Wahahaha… cokelat tu buat air liur meleleh la 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      14th May 2011 at 9:22 pm

      Apa sahaja jenis cokelat pun boleh membuatkan air liur meleleh.

      Reply
  59. LiFe KaMi says

    14th May 2011 at 2:57 pm

    sedap sgt ke coklat daim ni..
    tak bole jadi ni kami pun kena rasa..
    kat langkawi je ke jual..

    Reply
    • akubiomed says

      14th May 2011 at 9:23 pm

      Daim dekat Langkawi murah kalau berbanding hendak dibeli di luar Langkawi kerana status pulau bebas cukai

      Reply
      • LiFe KaMi says

        17th May 2011 at 12:04 pm

        dekat area k.l ni ada tak,
        kami ntah bila lagi nak pergi langkawi tu, saja nak rasa kesedapan coklat ni mana tau jadi ketagih ke..hehe

        Reply
        • akubiomed says

          17th May 2011 at 11:38 pm

          Tak tahulah samada di KL ada dijual atau tidak. Kalau ada jual tentu mahal harganya berbanding di Langkawi

          Reply
  60. titan says

    14th May 2011 at 2:54 pm

    ohh, coklat daim nih. Abah dengan mak aku suka makan kalau jalan jauh-jauh..

    Reply
  61. pipoq says

    14th May 2011 at 2:32 pm

    hehehe..mleleh air liur bila baca review rasa coklat daim tu..

    Reply
    • Ismail N says

      14th May 2011 at 3:12 pm

      Hmmm… belum lagi di buka bungkusan coklat tu dan di ambil gambarnya… Dengar cire pun dah mcm sodap jer.. 😀

      Reply
      • Ismail N says

        14th May 2011 at 3:16 pm

        eh eh ada lak rupanya..lambat gambo tu loading 😀

        Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in