• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / percutian / Cari coklat di Chocolate Museum Kota Damansara

Cari coklat di Chocolate Museum Kota Damansara

23rd March 2016 by akubiomed 28 Comments

Chocolate Museum Kota Damansara

Lawatan singkat ke Chocolate Museum Kota Damansara semasa cuti sekolah baru-baru ini. Sambil-sambil lawat bukan setakat pulang tangan kosong tetapi hendak membawa balik coklat kegemaran.

Chocolate Museum Kota Damansara.

Chocolate Museum ini ada 3 ruang iaitu ruang pameran sejarah mengenai coklat, dapur coklat dimana akan ada demo pembuatan coklat dan ruang terakhir dinanti-nantikan adalah kedai jualan coklat di kenali Chocolate Galleria.

bergambar di Chocolate Museum

aslah dengan buah koko

replika buah koko

Ini lah rupa buah koko yang telah masak. Sewaktu kecil dahulu saya ada pengalaman memetik buat koko di kebun orang tua saya. Selepas buah koko yang dipetik akan keluarkan isi koko untuk dijemur sehingga kering. Biji koko yang kering akan dijual kepada peraih. Coklat dihasilkan daripada biji koko.

mesin pengisar dan biji koko yang telah kering

Nampak tak biji koko yang telah kering didalam guni? Mesin kisar biji koko manual juga ada disitu.

bergambar dengan patung orang mayan

artifak masyarakat mayan

Masyarakat Mayan di Selatan Amerika telah mengunakan koko sejak 1500 sebelum Masehi untuk dibuat minuman. Mereka menganggap ia adalah makanan tuhan. Maknanya pengunaan koko oleh manusia sudah begitu lama.

mesin pengacau coklat

Mesin pengacau coklat digunakan supaya tekstur coklat lebih halus dan tidak berketul.

mesin pembuatan coklat moden

Beberapa mesin moden yang digunakan didalam pembuatan coklat turut dipamerkan dan gambar mesin pembuatan diatas adalah salah satunya.

Demo penghasilan coklat yang berbentuk di Chocolate Kitchen.

mesin coklat

coklat

coklat

coklat

Chocolate Galleria ruang jualan bermacam jenama coklat yang popular. Difahamkan ada 100 jenama coklat popular dijual disini.

ruang jualan coklat

ruang jualan coklat

Rambang mata nak pilih coklat. Kalau boleh nak borong semua sekali tetapi apakan daya.

museum cafe

Ada cafe disediakan boleh makan dan minum disini sambil lepak-lepak dan bual kosong.

bergambar di chocolate museum

Masing-masing nampak gembira. Mana taknya dapat coklat kegemaran masing-masing untuk dibawa pulang. Tak apa lah babanta tolong bayar yang penting semua muka berseri-seri dapat coklat. Jangan lupa babahnya pun hantu coklat juga. Nasib baik tak bawa tunai banyak kalau satu kedai akan diborong.

Waktu operasi Chocolate Museum Kota Damansara.

  • Dibuka setiap hari 10 pagi hingga 5 petang
  • Masuk adalah PERCUMA

Peta ke Chocolate Museum Fidani di Kota Damansara.

Filed Under: percutian

Reader Interactions

Comments

  1. zik says

    6th April 2016 at 7:45 pm

    dekat kampung dah takda pokok koko.. dulu ada banyak juga, petik yang kuning tuh… kita makan isi dia… tinggal bijik dia lepas tuh jemur… satu kilo agak mahal juga masa tuh kalau nak dibandingkan dengan kopi… tapi nak dapat sekilo memang susah berbanding dengan kopi…

    Reply
    • akubiomed says

      7th April 2016 at 1:02 am

      Bertuah dapat melakukan semua proses pengeringan koko.

      Reply
  2. akak vitamin says

    6th April 2016 at 8:22 am

    Pantang nampak ada chocolate. hehe nanti nak terjah jugaklah!

    Reply
    • akubiomed says

      7th April 2016 at 1:04 am

      Hati-hati nanti rambang mata nak sambar coklat yang bermacam jenis. 🙂

      Reply
  3. Hamacaan says

    5th April 2016 at 4:18 pm

    aah pingin kali pergi kesana, gak bisa bayangin seperti film charlie & chocolate factory 🙂

    Reply
  4. aimannajmy says

    1st April 2016 at 11:31 pm

    Baru tahu kewujudan museum coklat ni hehe.. selalu bila teringat coklat, mesti teringat dekat Langkawi hehe.. asal nak pergi sana orang asyik pesan coklat, tapi rasanya harga macam lebih kurang tak banyak beza sangat pun

    Reply
  5. musadun says

    30th March 2016 at 10:09 pm

    wow..terbaik..pertama kali tahu coklat pun ada muzium.

    Reply
    • akubiomed says

      30th March 2016 at 10:50 pm

      Boleh bawa famili Chocolate Museum di Kota Damansara ini.

      Reply
  6. Noriza Rahman says

    30th March 2016 at 8:33 pm

    Ish selalu terlupa nak pergi sana kalau ke rumah adik di KD tu..nanti nak kena pergi juga la,jeles tengok orang borong cekelat nih

    Reply
    • akubiomed says

      30th March 2016 at 10:40 pm

      Lain kali boleh singgah kalau ke Kota Damansara lagi.

      Reply
      • Noriza Rahman says

        4th April 2016 at 10:34 am

        Itulah, tengok orang selalu post makan coklat kat sana, kita yang dah selalu ke KD tu tak tersinggah pula

        Reply
  7. Norasikin says

    28th March 2016 at 10:26 pm

    Rasa macam nak cuba semua jenis coklat.

    Reply
    • akubiomed says

      30th March 2016 at 10:41 pm

      Rambang mata tetapi nanti kopak duit kalau nak sambar semua coklat. 🙂

      Reply
  8. hawa says

    26th March 2016 at 9:47 pm

    Seronoknya pergi sini. Teringat masa pergi hari tu. Fuh! Rambang mata duk pilih coklat. Rasa macam nak ambil semua. Bahaya kalau bawa tunai banyak.

    Reply
    • akubiomed says

      30th March 2016 at 10:42 pm

      Setuju sangat kalau tidak tahan godaan memang akan pokai. 🙂

      Reply
  9. MDHAFiZ.NET says

    26th March 2016 at 2:33 am

    heaven gila lahhh, kalau boleh nak buat kilang coklat je. thanks for sharing this interesting story

    Reply
    • akubiomed says

      30th March 2016 at 10:43 pm

      Boleh jadi tokey kilang coklat suatu hari nanti.

      Reply
  10. puan pink says

    25th March 2016 at 2:49 pm

    Wahhh, mcm best je ni 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      30th March 2016 at 10:44 pm

      Memang best ada macam-macam jenama coklat. Tidak perlu ke Langkawi nak borong coklat. 🙂

      Reply
  11. raihanah says

    25th March 2016 at 11:30 am

    saya pun hantu coklat juga, teringin juga nak bawa anak2 ke situ. insyaAllah

    Reply
  12. Padin says

    24th March 2016 at 9:08 pm

    Awal tahun 90an, boleh tengok pokok koko di sepanjang kiri kanan jalan Ayer Tawar ke Sitiawan, Perak.. tapi sekarang dah lesap..

    Memang rambang mata tu, asal jangan bergaduh kepala babahnya tak pening.. Hihi

    Reply
    • akubiomed says

      24th March 2016 at 9:34 pm

      Masa saya kecil dahulu ada satu masa pokok koko diserang penyakit sehingga menjejaskan penghasilan buah koko.

      Reply
  13. wahida says

    24th March 2016 at 4:35 pm

    masa saya kecik2 dulu suka sangat makan buah koko…
    dulu rumah nenek boleh petik je buah koko kat kebun…
    alahai..tetiba teringat moment kecik2 dulu…huhu…

    Reply
    • akubiomed says

      24th March 2016 at 9:35 pm

      Rasa isi buah koko agak masam. 🙂

      Reply
  14. Bisnes Online says

    24th March 2016 at 4:08 pm

    baguslah bawak anak anak pi sana bro, dapat ilmu baru buat mereka

    Reply
    • akubiomed says

      24th March 2016 at 9:37 pm

      Harap dapatlah sedikit ilmu dengan menghadiri Chocoloate Museum di Kota Damansara ini.

      Reply
  15. jambu batu says

    24th March 2016 at 8:47 am

    tak sempat lak nak g cuti sekolah aritu.. :-). nampak cam sedap coklat tu..

    Reply
    • akubiomed says

      24th March 2016 at 9:37 pm

      Tak apa muzium ini sentiasa di buka untuk pengunjung.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL