• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Cahaya bergemelapan di i-city

Cahaya bergemelapan di i-city

2nd January 2012 by akubiomed 56 Comments

 Menikmati cahaya bergemelapan di i-city.

2 hari sebelum masuk tahun baru 2012 bawa isteri dan anak-anak untuk melihat cahaya bergemelapan di i-city. Cuaca sebelah petang yang tidak menentu menyebabkan saya teragak-agak hendak pergi ke i-city untuk melihat pokok hiasan bercahaya disana. Orang lain sudah lama sampai saya baru hendak pergi.

Cahaya bergemelapan di i-city dengan pokok-pokok hiasan LED berwarna warni.

Sudah awal-awal lagi mengingatkan isteri supaya bersiapkan anak-anak kerana merancang untuk bertolak awal. Rakan sekerja yang pernah ke i-city memaklumkan akan berlaku kesesakkan di laluan masuk pintu i-city. Semasa hendak balik dari tempat kerja saya sempat mendongak ke langit kelihatan awan mula mendung macam hendak hujan terbit kebimbangan akan membatalkan bertolak ke i-city kalau hujan.

Memang betul apa yang dijangkakan ketika hendak memasuki i-city kelihatan kereta mula bersusun panjang bergerak perlahan. Ketika melalui tempat letak kereta saya dan famili terpesona dengan barisan pokok-pokok yang bercahaya sepanjang jalan. Pada hari saya dan keluarga ke i-city berlangsung Karnival Sayangi Selangor sempena sambutan tahun baru 2012.

Mana abang Koning?

Dataran tempat bermain permainan berlampu
Deretan hutan pokok berlampu i-city
Angsa berlampu i-city
Pokok-pokok cahaya i-city
Wheel of Ferris tarikan terbaru i-city
Belon udara panas i-city
Belon udara panas i-city
Ceramah agama di Karnival Sayangi Selangor i-city
Battle of the band di Karnival Sayangi Selangor i-city
Dj Kay Bapakku fm sebagai hos Battle of the band

Bayaran meletakkan kenderaan dikenakan pada harga RM10 cuma nasihat saya perlu bersabar beratur untuk membayar di kiosk layan diri. Jadi bawalah tiket meletak kereta bersama ketika meninggalkan kereta kerana tidak ada kaunter tiket di pintu keluar dan pembayaran perlu dibuat di kiosk pembayaran layan diri yang disediakan.

p/s: Berbalor bayaran RM10 untuk masuk melihat cahaya bergemelapan di i-city.

Sila tekan butang kongsi:

  • Pembukaan sekolah dan sambutan tahun baru 2014
  • Bapa dan anak kusyuk bina LEGO CITY ADVENTURES
  • Jom beramai-ramai ke LEGO CITY ADVENTURES di Queensbay Mall Penang

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. puanbee says

    8th January 2012 at 10:00 pm

    tak sampai lagi ke i-city ajak encik suami pergi , sibuk manjang ..

    seronoknya tengok lampu2 ni , mesti panas kan ..

    Reply
  2. MEKAR says

    8th January 2012 at 10:55 am

    tak pernah pegi i-city. kalu ada anak2 mungkin bertambah meriah kan

    Reply
  3. eiela says

    8th January 2012 at 10:28 am

    belum berpeluang lagi pergi sini. bulan depan kot baru berpeluang pergi sana.

    Reply
  4. kulanz says

    8th January 2012 at 5:33 am

    Alhamdulillah, kami sekeluarga pun sudah pernah sampai ke i-city beberapa bulan lepas.. sekarang ni nampak ada banyak juga perubahan di tempat tu

    Reply
  5. suri says

    4th January 2012 at 7:29 pm

    ada masa nak gak pergi.lama ke dia bukak ni bro..sslu ada je tgok pic2 ni kt layar fb huhu..

    Reply
  6. Norizwan says

    4th January 2012 at 1:40 pm

    Saya tidak berpeluang lagi nak terjah i-city ni…walaupun ia dekat ngan tempat kerja haha…

    Reply
  7. Kamal Mustafa says

    4th January 2012 at 11:00 am

    KM belum sampai lagi kat Icity. anak buah dah beberapa kali pergi. Belum ada masa lapang utuk meneroka Icity. Tengok;ah dalam tahun nie hahaha.

    Reply
  8. ann says

    4th January 2012 at 12:39 am

    mmmmmm…pasti akan ku jejak….pasti

    Reply
  9. padin says

    3rd January 2012 at 10:03 pm

    belum pernah ada peluang nak ke sana, nantilah nak cari masa,
    melihat dengan mata kepala sendiri 😀

    Reply
    • suri says

      4th January 2012 at 7:25 pm

      jagan lupa bwk badan sekali heeee

      Reply
  10. bardboo says

    3rd January 2012 at 9:58 pm

    dah 3kali ke i-city..first time pergi tak perlu bayar parking…masa tu tempat tu baru je dibuka..

    Reply
    • suri says

      4th January 2012 at 7:26 pm

      untung 3 kli pergi kita tak penah lagi geeee..

      Reply
  11. shraqs says

    3rd January 2012 at 9:16 pm

    org umah dah ajak aku pegi ni, aku malas nak menapak tu. tahun lepas da pegi skali, letih manapak dr tempat parking… hu hu

    Reply
    • suri says

      4th January 2012 at 7:27 pm

      ehaa..klu pergi mau pegi lgi nampknya shr kena buat lampu led kt dopan umh heeeeee

      Reply
  12. blackrosehunter says

    3rd January 2012 at 7:10 pm

    saya pun belum ada kesempatan ke sana..cantik..lagi best kalau ada kamera dslr ke..dapat shot yg lawa-lawa.

    Reply
    • akubiomed says

      3rd January 2012 at 8:25 pm

      Memang ada bawa kamera DSLR sekali untuk mengambil gambar suasana malam di i-city.

      Reply
  13. Kak Long Mawar Merah says

    3rd January 2012 at 3:54 pm

    Cantik dan begemerlapan cahaya di sana. Anak-anak memang seronok.

    Reply
    • akubiomed says

      3rd January 2012 at 8:26 pm

      Anak-anak terpegun melihat pokok-pokok yang bercahaya walaupun ia adalah pokok cahaya LED buatan manusia.

      Reply
      • suri says

        4th January 2012 at 7:27 pm

        mmg unik dan mengkagumkan heee..tambah2 warna warni memang menarik untuk di lihat

        Reply
  14. yas says

    3rd January 2012 at 3:32 pm

    Aku rasanya dah 3 kali aku pergi ke icity…setiap kali pergi mesti ada perubahan..mmg elok bawak anak n family jenjalan gi sana…

    Reply
    • akubiomed says

      3rd January 2012 at 8:27 pm

      Saya baru pertama kali pergi ke i-city ini. Memang cantik hiasan pokok berlampu di sana.

      Reply
  15. Obat Alami Liver says

    3rd January 2012 at 2:27 pm

    bagus banget lampu lampu nya..
    boleh juga tuh..

    Reply
  16. Denaihati says

    3rd January 2012 at 1:28 pm

    parking mahal sikit tapi berbaloi rasenye, puas tengok lampu led yg banyak sangat.

    Reply
    • akubiomed says

      3rd January 2012 at 8:27 pm

      Kalau boleh dikurangkan harga meletak kereta tentu ramai yang bersetuju. 🙂

      Reply
  17. ZoOL says

    3rd January 2012 at 1:22 pm

    woooo.. agak2 nya brapa kos eletrik diorg tu.. haha..

    persekitaran nmpk cam kat luar negara je.. nape diorg taknak tanam pokok sakura, aku yg tue 😛

    Reply
    • akubiomed says

      3rd January 2012 at 8:29 pm

      Kalau mengunakan lampu LED boleh berjimat tetapi dengan ada beberapa permainan disediakan boleh menghasilkan pendapatan kepada i-city.

      Reply
  18. faiz says

    3rd January 2012 at 12:52 pm

    kelebihan i-city ni lampu je ke?

    Reply
    • akubiomed says

      3rd January 2012 at 8:30 pm

      Selain pkok berlampu ada tempat permainan berbayar yang boleh disertai.

      Reply
      • suri says

        4th January 2012 at 7:31 pm

        macam fun fair ke alat mainan dia? heee

        Reply
  19. sw33tdarling says

    3rd January 2012 at 12:46 pm

    Dah pergi sekali hari tu so dah tak rasa jakun lagi.. cuma terkilan tak dapat masuk kat taman yang binatang bercahaya sebab kehilangan tiket waktu tengah jalan2 kat sana…

    Reply
  20. MR.Z says

    3rd January 2012 at 12:07 pm

    teringin hendak ke sana tapi apakan daya, agak jauh juga dari tempat saya nak ke sana.

    Reply
    • akubiomed says

      3rd January 2012 at 8:33 pm

      Kalau ada kesempatan bolehlah pergi ke i-city ini.

      Reply
  21. anif says

    3rd January 2012 at 10:47 am

    Masih belum berpeluang dan berkesempatan untuk ke i-City. Cukup teruja dengan gambar-gambar ni.. Tentu anak-anak seronok!

    Reply
    • akubiomed says

      3rd January 2012 at 8:34 pm

      Cahaya lampu yang berwana warni membuatkan anak-anak kecil ingin memegang lampu LED. 🙂

      Reply
  22. Ieda Al-Habsyi ( says

    3rd January 2012 at 9:37 am

    ramai tak masa pergi tu? masa ieda pergi dulu mak aiiii melaut manusia, pening pening tapi yg best tgk lampu tu haaa heheheeh! 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      3rd January 2012 at 8:35 pm

      Saya pergi i-city bukan malam minggu tetapi boleh tahan ramai orang kerana ada Karnival Sayangi Selangor.

      Reply
  23. tips says

    3rd January 2012 at 6:02 am

    nyesal tak pergi awal2 dulu, masuk free je.. 🙁

    Reply
    • akubiomed says

      3rd January 2012 at 8:35 pm

      Bayaran RM10 untuk meletakkan kereta sahaja.

      Reply
  24. tehr says

    3rd January 2012 at 1:37 am

    aku juga belum ada peluang menjejak ke sana

    Reply
    • akubiomed says

      3rd January 2012 at 8:36 pm

      Kalau turun KL bolehlah berjalan malam di i-city.

      Reply
  25. maza says

    3rd January 2012 at 12:14 am

    ..maza terlantar di atas katil sambil berdengkuran anak beranak aje.. lalala

    hehehehe

    Reply
    • suri says

      4th January 2012 at 7:28 pm

      ha..sambil2 bermimpikan kesana bsma anak2..budgt free heeee

      Reply
  26. titan says

    2nd January 2012 at 11:47 pm

    takde masa nak gi sana walaupun dekat sangat dengan banting. haha..

    Reply
  27. Kimmy says

    2nd January 2012 at 11:34 pm

    Saya sampai sekarang tak sempat nak pergi lagi sbb sesak semedang kat situ. InsyaAllah..in one day, akan bawa juga anak-anak nanti 🙂

    Gambar cantik laa

    Reply
  28. Azman says

    2nd January 2012 at 11:31 pm

    Anak ada ajak pergi,tapi masa yg betul2 terluang kureng he3…mmg cantik dengar khabar tempat tu…

    Reply
  29. nurmisnan says

    2nd January 2012 at 11:29 pm

    Amboiii… pegi ICT lagi.. Bestkan. Aku last pegi ICT masa bulan puasa tahun lepas.
    Itupun tgk adik buat promotion.. hik3..

    Reply
  30. b3njy says

    2nd January 2012 at 11:13 pm

    Wah canggih belon udara panas pun ada … mesti mahal kalau nak naik kan … betul tak ?

    Reply
    • akubiomed says

      2nd January 2012 at 11:37 pm

      Tidak tahu berapa harga untuk naik belon panas. Saya gayat dengan ketinggian. 🙂

      Reply
  31. b3njy says

    2nd January 2012 at 11:12 pm

    Kalau harga parking di turunkan ke RM 5 pun bagus juga … sebab ramai penjungun mesti i-City dapat pulangan balik.

    Reply
    • akubiomed says

      2nd January 2012 at 11:44 pm

      Kalau pihak pengurusan i-city boleh kurangkan kadar tempat meletak kenderaan tentu ramai yang bersetuju. 🙂

      Reply
  32. b3njy says

    2nd January 2012 at 11:10 pm

    Karnival sayangi selangor tu memang dah dengar 2-3 hari ni … macam best je bunyinya …

    Reply
    • akubiomed says

      2nd January 2012 at 11:58 pm

      Saya pergi juga melawat gerai-gerai di Karnival Sayangi Selangor untuk membeli snek ringan dan air minuman untuk anak-anak. 🙂

      Reply
  33. b3njy says

    2nd January 2012 at 11:09 pm

    Benjy tidak berkesempatan membawa keluarga ke sana … harap di lain masa di makbul kan juga …

    Reply
  34. b3njy says

    2nd January 2012 at 11:08 pm

    Cantik tu … lampu2 LED macam leserrrr kan …

    Reply
  35. Juan says

    2nd January 2012 at 11:01 pm

    x pernah lagi sampai sini

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • 8 kebaikan Speed jump rope yang mungkin korang tak tahu
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Panduan selesai atm duit tak keluar tetapi duit dalam akaun dipotong

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in