• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Cabaran Blogger | Kereta lumba kertas

Cabaran Blogger | Kereta lumba kertas

23rd September 2011 by akubiomed 84 Comments

Permainan kereta lumba kertas

kredit: Pichaus

Pada zaman 80an permainan elektronik Nintendo ketika itu game popular Donkey Kong baru sahaja masuk pasaran Malaysia tetapi ia tidaklah menarik minat kanak-kanak sebaya denganku kerana hanya golongan yang berada mampu milikinya.

Aku ini anak orang bandar walaupun begitu aku masih bermain permainan yang sesuai dengan kehidupan sebagai anak orang bandar.

Pernah dengar Kereta lumba kertas? Aku akan berkongsi mengenai kereta lumba kertas yang selalu dimain di kelas kerana sekolah rendah aku adalah sesi petang. Kami akan beradu tenaga kekuatan Kereta lumba kertas siapakah yang paling pantas.

Permainan bola antara yang tetap popular sepanjang zaman walaupun ada taman permainan, aku dan kawan-kawan tetap akan main diatas jalan raya kalau zaman sekarang dipanggil “Street Soccer”. Kemahiran individu seperti mengelecek diperlukan kerana jalan raya tidak selebar padang bola. Tiang gol di tanda dengan 2 batu yang jarak 2 tapak kaki biasanya permainan bola dimainkan selepas bersolat Asar.

Berlumba basikal BMX bersama-sama rakan sebaya dan bermain perang-perang mengunakan pistol kayu berpeluru buah Ceri adalah antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Ada juga senjata mengunakan straw dan pelurunya adalah Kacang hijau.

Cara mainnya adalah memasukkan sejumlah Kacang Hijau didalam mulut dan halakan straw kepada musuh dan tiup. Permainan “bola rounder” dan “bola chop” mengunakan bola tenis bermain di padang sekolah sementara menunggu masuk kelas. Biasanya baju kami akan kelihatan kusut masai dan terdapat kesan hentaman bola tenis pada baju.

Kereta lumba kertas ada unsur-unsur kejuruteraan

Secara kebetulan ada Cabaran Blogger anjuran blog Dulu Lain Sekarang Lain macam kena pula permainan 2 anak lelakiku iaitu abang Long dan abang Ngah sudah seminggu bermain kertas lumba kertas di rumah. Aku perasan mereka mengunakan meja TV sebagai tapak perlumbaan.

Cara bermain adalah dengan meniup dengan kuat supaya kereta dapat melucur laju. Kalau zaman aku dulu kami akan menitik beratkan rekabentuk aerodinamik dan mengurangkan geseran supaya kereta dapat meluncur laju. Permainan kerta lumba kertas adalah pilihanku kerana pada usia muda sudah menitik berat minat didalam bidang kejuruteraan walaupun ia hanyalah kertas.

p/s: Apakah aku akan menjadi penasihat teknikal kereta lumba kertas bagi anak-anakku? 🙂



Sila tekan butang kongsi:

  • Timang bulu ayam permainan tradisi Melayu
  • Cabaran Blogger | Konda Kondi pt.2
  • Permainan Congkak tradisional tidak luput dek zaman

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. New Monitor review 2011 says

    10th October 2011 at 12:12 am

    wkwkwkwkw,,,,
    jadi inget masa lalu nihhhh,.,,..
    jdi pengen maen lagi,.,.,
    hahahaha

    Reply
  2. chii says

    1st October 2011 at 12:53 am

    x pernah main la plak…tp macam menarik je

    Reply
  3. ieda al-habsyi says

    26th September 2011 at 2:21 pm

    huhuhu! main lumba kertas ni, dulu siap tepuk2 lagi bagi melantun jauh, hahaha 🙂

    Reply
  4. reezluv says

    26th September 2011 at 1:41 pm

    teringat aku zaman main menatang ni,main tindih pemadam,main tudung botol oren,main bola kertas..hahaha..tergelak sorang-sorang..rindu plak nak main menatang tu balik..bebudak bila balik kampung je aku tgk,mana ada main kat luar dah…semua duk main PSP,tak pun paling koman, ronda-ronda naik moto je….cam boring je zaman kanak-kanak mereka…

    Reply
    • akubiomed says

      27th September 2011 at 12:36 am

      Anak bandar dan anak kampung pun sudah tidak banyak beza dah mereka pun bermain permainan elektronik juga

      Reply
  5. suri says

    26th September 2011 at 1:33 pm

    org llki suka main tiup2..rasanya nak tgok sapa hebat hee…

    Reply
  6. zik says

    26th September 2011 at 11:12 am

    pernah juga main kereta lumba kertas… tapi main dekat sekolah jerla..sebab ada meja…. kalau lepas sekolah…. lebih kepada outdoor…

    Reply
  7. Affan Ruslan says

    26th September 2011 at 10:01 am

    haha minat gak buat kapal terbang tu. then cantum2 buat robot. nak lagi best, lepas dah siapkan kapal terbang tu, kaler2 kan bagi nampak menarik. bila fikir rasa best la buat benda2 macam tu, secara tak langsung membantu perkembangan otak 😀

    Reply
  8. Kimmy says

    25th September 2011 at 11:32 pm

    Masa kecik dulu, budak lelaki jiran dan kawan skolah saya cakap,klu tak tahu buat kereta lumba kertas ni,bukan lelaki namanya hahaha

    Reply
    • akubiomed says

      27th September 2011 at 12:40 am

      Err ye ker. Saya sudah lupa bagaimana hendak lipat menjadi kereta lumba kertas 🙂

      Reply
  9. Mus says

    25th September 2011 at 10:56 pm

    membuat origami adalah kegemaran kami sekeluarga..

    Reply
    • akubiomed says

      27th September 2011 at 12:40 am

      Rasanya bro ada tulis entri mengenai Origami

      Reply
  10. Amirez says

    25th September 2011 at 8:39 pm

    wahhh…lama betul tak buat origami bentul spaceship tu. dah lupa cara2 nak buat. apa kata bro buat tutorial camana nak buat. bleh bagi kat anak utk main hehe

    Reply
    • akubiomed says

      26th September 2011 at 12:16 am

      Saya sudah tidak ingat bagaimana hendak membuatnya 🙂

      Reply
      • suri says

        26th September 2011 at 1:34 pm

        ye bro tak ingat?habis tu kena tuntut ilmu dg ank balik ar tak gitu heeee

        Reply
        • akubiomed says

          27th September 2011 at 12:38 am

          Saya ada tanya tetapi seorang pun tak tahu. Rupanya kawan yang tolong buat 🙂

          Reply
    • suri says

      26th September 2011 at 1:36 pm

      saya tahu buat kapal kertas jer heeee

      Reply
      • akubiomed says

        27th September 2011 at 12:37 am

        Kapal kertas ada 2 jenis. Yang mana satu Suri buat?

        Reply
  11. mia liana says

    25th September 2011 at 4:44 pm

    wahhh.. lamanya tak main benda2 macam ni… rindu pulak terasa..

    Reply
  12. MR.Z says

    25th September 2011 at 4:05 pm

    yang permainan guna buah ceri tu memang nostalgia la.. lagi satu permainan bola guna kertas. buat goal kertas.. dan pemain guna cardboard rasanya.. nak tendang, jentik je pemain tu.. hehe

    Reply
    • EddyGeek says

      25th September 2011 at 5:07 pm

      Mr.z kalau nak main boleh je. nanti datang umah nanti kita main yek. aku nostalgia betul dengan main bola kertas dan permain cardboard tu.

      Reply
  13. akubiomed says

    25th September 2011 at 11:23 am

    Sahaja mahu menulis kelainan walaupun permainan kereta lumba kertas bukan permainan tradisi tetapi ia telah dimainkan pada zaman 80an. Kiranya sudah lama permainan ini

    Reply
  14. Juan says

    25th September 2011 at 4:26 am

    entry ni membuat dan mengingatkan saya masa kecil dahulu, thanks bro

    Reply
  15. adele says

    24th September 2011 at 5:32 pm

    dulu2 pun glamour dgn kereta dashankuro..dan kereta control..kereta lumba kertas ni mmg first time sy tgok di blog bro..hehehe

    Reply
    • akubiomed says

      25th September 2011 at 11:22 am

      Kereta remote kereta tin ini perlukan duit tapi yang ini kertas sahaja 🙂

      Reply
  16. ahmadyani says

    24th September 2011 at 3:51 pm

    Bila anak-anak suka permainan ini. Ibu ayah paling suka kerana tidak perlu keluarkan duit beli mainan.

    Reply
    • akubiomed says

      25th September 2011 at 11:21 am

      Logik juga apa yang bro katakan 🙂

      Reply
  17. nizamghazi says

    24th September 2011 at 2:46 pm

    Tengs akubiomed 🙂
    Sbb apa, sbb sy hampir terlupa permainan kereta lumba kertas ni
    Sbb dulu sy pernah main .. tiba2 teringat pulak . sweer memoriy
    Eh, ada lagi kanak2 main ya. Good ! 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      25th September 2011 at 11:21 am

      Itulah pasal tidak sangka permainan zaman kanak-kanak dahulu dimainkan semula

      Reply
  18. dnoBiz says

    24th September 2011 at 2:43 pm

    bakal pengganti Schumacher atau Rob Smedley ni 😀

    Reply
    • akubiomed says

      25th September 2011 at 11:20 am

      Oh..jauh sekali kalau ada kereta Go kart rumah boleh didik:-)

      Reply
      • dnoBiz says

        25th September 2011 at 6:23 pm

        takpe untuk sementara ni simulasi pon ok

        Reply
  19. eiela says

    24th September 2011 at 11:38 am

    haha, jenuh nak menghembus nih. main kapal terbang kertas je dulu, sape paling jauh terbangnya dia menang.

    Reply
    • akubiomed says

      25th September 2011 at 11:19 am

      Kalau kapal terbang kertas yang akan buat kapal terbang Concord lagi meluncur laju diudara.

      Reply
  20. puanbee says

    24th September 2011 at 10:42 am

    oo dulu2 saya main katak kertas .. katak tu diperbuat dr kertas juga.. tekan kat bontot dia lompat kedepan ..ada yg lompat jauh2 , ada yg lompat sikit2 je .. lawak2…

    Reply
    • akubiomed says

      25th September 2011 at 11:18 am

      Ada juga buat katak dari kertas tapi sekadar seni Origami sahaja

      Reply
  21. Kamal Mustafa says

    24th September 2011 at 10:11 am

    Teringat masa sekolah rendah dulu2. memnag popular kereta lumba kertas nie

    Reply
    • akubiomed says

      25th September 2011 at 11:17 am

      Tentu KM ada beberapa kereta kertas lumba didalam beg sekolah yang Champion 🙂

      Reply
  22. yas says

    24th September 2011 at 8:50 am

    pada aku macam permainan baru je ni bro….hehehe

    Reply
    • akubiomed says

      25th September 2011 at 11:15 am

      Tidak juga lama dah zaman saya kecil-kecil dahulu sudah dimainkan

      Reply
  23. LiFe KaMi says

    24th September 2011 at 5:55 am

    nampak gayanya bro nak wariskan seni permainan zaman dulu yang da pupus kat anak2 bro ni..baru la permainan kita ni tak hilang dek zaman..
    pernah juga main masa sekolah rendah dulu..hehe

    Reply
    • akubiomed says

      25th September 2011 at 11:14 am

      Saya tidak wariskan tetapi terlihat permainan kereta lumba kertas telah dimainkan semula

      Reply
  24. Jai says

    23rd September 2011 at 11:06 pm

    Owh, teringat pulak zaman kanak2 dulu main permainan ni.. Masa tu macam2 kertas guna nak kasi ringan punya pasal..

    Reply
    • akubiomed says

      25th September 2011 at 11:13 am

      Disitu kreativiti main peranankan bro 🙂

      Reply
      • Jai says

        25th September 2011 at 10:49 pm

        Sekarang ni tak taulah ada ke tak.. Mungkin kurang kot.. Budak2 moden la katakan..he3

        Reply
  25. nuriz says

    23rd September 2011 at 9:35 pm

    game lama tu mcm penah main, hehe dulu saya pun suka gak lumba2 naik bmx walaupun pompuan heeee

    Reply
    • akubiomed says

      25th September 2011 at 11:13 am

      Dulu kalau lumba basikal BMX selalu berangan menjadi 2 idola MotoGP iaitu Freddie Spencer dan Eddie Lawson.

      Reply
  26. ohcikgu says

    23rd September 2011 at 9:24 pm

    itulah..sampai satu tahap..terpaksa rampas. habis buku sekolah dikoyaknya..grr..

    Reply
    • akubiomed says

      25th September 2011 at 11:09 am

      Kalau dirampas akan dibuat balik. Kalau koyakkan helaian buku sekolah pun ada caranya supaya cikgu tidak perasan

      Reply
  27. Pacifista says

    23rd September 2011 at 5:17 pm

    haha…terbaik la bro.aku pernah jugak buat kereta lumba guna kertas ni tapi tak pernah pulak buat berlumba.kitorang cuma lawan sape punya lagi cantik je.siap color2 kereta tu dengan karyon atau marker.rasanya ada aku simpan 1 kat kampung tu.ntah ada lagi ke tak.ntah2 dah tenggelam dek banjir aritu.hehe :p

    Reply
    • akubiomed says

      25th September 2011 at 11:08 am

      Kalau ada lagi tentu ada mengimbau nostalgia lama dan saya sendiri sudah tidak ingat macamana hendak lipat supaya menjadi kereta lumba kertas 🙂

      Reply
  28. bEe says

    23rd September 2011 at 5:05 pm

    Hahahaha 😆
    Tak pnh main bende ni tp selalu tgk org main

    Hohoo menyahut cabaran bro IN 🙂

    Reply
  29. juanita says

    23rd September 2011 at 3:59 pm

    ahaksss..tak pernah tau ..huhuh….

    Reply
    • akubiomed says

      25th September 2011 at 11:07 am

      Ini masa kecil-kecil dahulu kalau tidak main masak-masak atau main kahwin-kahwin 🙂

      Reply
  30. padin says

    23rd September 2011 at 3:39 pm

    hehe betul2.. aku pun pernah main game nih, pelbagai rekaan.. siap color lagik 😀 hehee

    Reply
    • akubiomed says

      25th September 2011 at 11:07 am

      Kalau yang rajin siapkan warnakan supaya ia memberi peperangan psikologi kepada pihak lawan ketika beradu kehebatan

      Reply
  31. Fahmi says

    23rd September 2011 at 3:12 pm

    aku tak pernah main kereta lumba kertas. Tak ada pula memori main kereta kertas yang dapat aku ingat.

    Setakat main game bola guna kertas adalah… 🙂

    Kreativiti untuk bermain dan menghibur diri…

    Reply
  32. isza says

    23rd September 2011 at 2:55 pm

    hah.. janan le di ajar kat sekolah.. abis buku sekolah dikoyak murid nanti..

    Kisah benar – Harimau jadian ini makan buah dan tumbuhan jadi tak perlu terlampau takut walau kadangkala makan daging juga | Semekar Kasih

    Reply
    • akubiomed says

      25th September 2011 at 11:04 am

      Sudah tentu kalau cikgu nampak memang kantoi. Kami dahulu pandai mengoyakkan helaian kertas supaya buku tulis tidak kelihatan nipis ada caranya 🙂

      Reply
  33. tehr says

    23rd September 2011 at 12:40 pm

    aik?
    yang ni tak pernah main ni
    apasal kat kampung kami tak ada yang keluarkan idea nak main kereta lumba ni

    Reply
    • dnoBiz says

      24th September 2011 at 2:44 pm

      sama la Teh.. kalau jet kertas tu tahu la…

      Reply
    • akubiomed says

      25th September 2011 at 11:02 am

      Ini antara permainan yang dimainkan pada zaman 80an. Tidak sangka anak-anak saya ada bermain permainan kereta lumba kertas ia mengambalikan nostalgia ketika zaman kanak-kanak dahulu

      Reply
  34. maza says

    23rd September 2011 at 12:00 pm

    hahhaa.. mau tergeliat mulut akibat panjangnya muncung bibir itew..

    maza pernah main permainan yg sama.. main rocket2 juga pernah siap panjat pokok jambu belakang rumah.. hehehe

    Reply
    • akubiomed says

      25th September 2011 at 10:59 am

      Panjat pokok untuk cari tempat pelancaran yer. Kalau nak tiup tentu muncung panjang. Haa..ha..

      Reply
  35. wahida says

    23rd September 2011 at 11:15 am

    uiii…klasik ni…dulu suka main tingting…hehe…

    Reply
    • akubiomed says

      25th September 2011 at 10:56 am

      Permainan Ting-Ting pun best juga dapat menguatkan otot kaki

      Reply
  36. maya mayana says

    23rd September 2011 at 10:56 am

    boleh..apa salahnya…nostalgia tu permainan gini…modal yg murah

    Reply
    • akubiomed says

      25th September 2011 at 10:55 am

      Modalnya memanglah murah tapi habis helaian bukut tulis dikoyakkan

      Reply
      • anif says

        25th September 2011 at 9:40 pm

        Hehe.. kena korbankan buku tulis sekolah 😀 Pakai buku lain memang tak menjadi!

        Reply
        • akubiomed says

          27th September 2011 at 12:41 am

          Betul tuh bro itu petuanya 🙂

          Reply
  37. Dulu Lain Sekarang Lain says

    23rd September 2011 at 10:52 am

    Perghhh… mau tarik nafas panjang-panjang nie dan JANGAN terkentut.. he he… TQ bro sebab sahut cabaran… sori lambat sampai, masih sibuk dgn hal rumah dan opis :wink;

    Reply
    • akubiomed says

      25th September 2011 at 10:55 am

      Ada juga baik permainan kereta lumba kertas kerana ia akan menguatkan paru-paru 🙂

      Reply
  38. ciksembang says

    23rd September 2011 at 8:14 am

    dulu sy selalu main bola chop waktu rehat di sekolah.. habis baju penuh chop dengan bola tenis.. macam lelaki saya main.. malu2 nak cerita kat anak, maknya main banyak permainan lelaki

    Reply
    • akubiomed says

      25th September 2011 at 10:54 am

      Emak saya bising juga kerana apabila balik sekolah baju sekolah sudah macam belacan 🙂

      Reply
  39. tips-kurus says

    23rd September 2011 at 4:50 am

    main konda kondi la best! (>.<)

    Reply
    • akubiomed says

      25th September 2011 at 10:53 am

      Permainan Konda Kondi antara saya main dahulu.

      Reply
      • suri says

        26th September 2011 at 1:32 pm

        saya dah lupa macam na nak main permainan tu heee…

        Reply
        • iPhoneScope says

          26th September 2011 at 6:06 pm

          Konda Kondi tu permainan yg mcm ne? Kereta lumba kertas ni pun baru pertama kali dengar ni…

          Reply
        • puanbee says

          26th September 2011 at 9:51 pm

          cer main konda kondi sekarang ni tengok …semputtt….

          Reply
        • akubiomed says

          27th September 2011 at 12:35 am

          Saya ada buat entri baru mengenai permainan Konda Kondi dengan mendapatkan video permainan ini daripada YouTube

          Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • 8 kebaikan Speed jump rope yang mungkin korang tak tahu
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Panduan selesai atm duit tak keluar tetapi duit dalam akaun dipotong

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in