• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / C.I.N.T.A

C.I.N.T.A

29th December 2010 by akubiomed 87 Comments

Hati ini pernah menerima kehadiran seorang gadis.

Menyahut cabaran contest dari blog Cahaya Cinta – Suri sempena ulang tahun yang pertama.

Aku tidak percaya cinta dan tidak pernah mengenal cinta sehingga aku mendapat gambaran dari seorang yang lebih senior dari aku semasa di kolej.

Bagaimana nak tahu kalau benar-benar jatuh cinta adalah apabila orang yang pertama mengetuk pintu hati kita itu adalah cinta pertama kita dan ia akan kekal selamanya.

Aku pada mula tidak percaya bagi aku cinta hanya adalah tidak lebih sekadar lafaz cinta daripada seorang kekasih kepada kekasih.

Sehinggakan aku benar tersentuh apabila seorang gadis benar-benar berjaya membuka hati ini untuk menerima kehadirannya. Bila bertentang mata dan melihat kelibatnya aku akan berdebar seluruh pergerakanku menjadi kaku dan lidah menjadi kelu.

 

Adakah aku telah jatuh cinta?

Oh kenapa aku jatuh cinta pada ketika aku ditahun akhir kolej. Aku mahu jadi gila dibuatnya kerana terbayang-bayang wajahnya yang mulus. Pada pandanganku tidak ada satu pun cacat cela semuanya sungguh sempurna.

 

Adakah aku telah jatuh cinta?

Memang benar cinta itu buta. Aku memang telah dibutakan hingga aku sanggup bersusah payah mencari hadiah yang aku buat dari hasil tanganku sendiri semata-mata untuk membuat kejutan si dia.

Walaupun aku sakit-sakit badan kerananya tapi semuanya hilang apabila melihat wajah si dia terukir tanda kegembiran. Segala sakit aku tanggung seperti hilang ditiup angin.

 

Adakah aku telah jatuh cinta?

Malangnya cinta kami tidak berkekalan setelah dipisahkan oleh laut Cina Selatan. Aku sering berutus surat tapi tidak pernah dibalas. Terima kasih kepada si dia kerana telah membuka peti hati ini untuk menerima kehadirannya.

Baru aku sedar cinta itu sangat indah dan mengasyikkan tapi cinta pada Maha Esa jua lebih berkekalan.

P/S: Cukup sekadar berkonsi cebisan kisah cerita cinta yang tak kesampaian

Sila tekan butang kongsi:

  • Macaron cinta manjanya kamu
  • Tip memilih pasangan cara old style
  • Petang tunang dan malam pun tunang

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. Fathiha Zainal says

    5th January 2011 at 11:28 am

    Tersentuh hati sy bc kisah ni. Sy pn pnah ada pngalaman 1st love yg x kesampaian. Hmm.. Kenangan~

    Reply
  2. kakyong says

    1st January 2011 at 3:14 pm

    cinta pertama yg tdk kesampaian meninggalkan luka parut sampai kini…

    Reply
  3. zik says

    30th December 2010 at 5:15 pm

    erm kalau dulu percayalah surat2 nie…sekarang susah la..sebab dah maju… huhu

    Reply
    • akubiomed says

      30th December 2010 at 10:50 pm

      Dulu padahal hari-hari jumpa dikolej tak boleh berenggang macam belangkas. Kalau diingati balik kelakar pun ada macam dia seorang ada cewek 🙂

      Reply
  4. Fahmi Raazali says

    30th December 2010 at 12:32 pm

    hehe… cinta tak kesampaian eh… tp tak apa la… sbb cinta dan sayang tu sesuatu yang baik… mencintai lebih mudah dari membenci… 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      30th December 2010 at 1:02 pm

      Cinta dunia tidak kekal pun yang kekal adalah cinta hamba Allah dengan PenciptaNya

      Reply
  5. Ali ridha says

    30th December 2010 at 12:08 am

    aku jatuh dan bangun.

    Reply
  6. Ali ridha says

    29th December 2010 at 11:53 pm

    layan ayat cintan.

    Reply
  7. MR.Z says

    29th December 2010 at 10:35 pm

    jarang orang nak kongsikan pengalaman bercinta mereka.. bro dah boleh buat novel ni.. 😀

    Reply
  8. dnoBiz says

    29th December 2010 at 7:41 pm

    Wah mantap tu,
    Perkongsian yang jarang ada lelaki sangup kongsikan (terutama yang terlebih ego) syabas bro 😀

    Ps : semoga Berjaya

    Reply
  9. MDHAFiZ.NET says

    29th December 2010 at 6:56 pm

    tiada cinta agung selain cinta Muhammad dgn Aisyah.. cinta dam dan Hawa, Sulaiman dan Balqis…bercintalah kerana pencipta, bukan nafsu semata2…kerana cinta pada bunga akan layu..cinta pd manusia akan mati.. cinta Allah dan Rosul cinta abadi..lg suci kerana cinta pdnya x akan pernah mengecewakan kamu..bahkan pasti membahagiakan kamu… insyaAllah..

    Reply
  10. Ladfe Amir says

    29th December 2010 at 6:10 pm

    semua tu cerita lama bro.
    bila aku tulis pasal cerita lama, sampai wife aku fikir lain.
    adoi.

    Reply
  11. zulkbo says

    29th December 2010 at 5:23 pm

    salam..
    selamat bercinta..
    dan moga di cintai..
    rasa cinta pasti
    ada buat insan yang
    bernyawa..

    Reply
  12. Anwar Osman says

    29th December 2010 at 5:15 pm

    Nak bagitau anda telah di tag untuk review blog berdasarkan 3 soalan dan syarat tag semula 10 org(byk betul) tp itu yg org buat. Aku follow je.

    Reply
  13. eLLy says

    29th December 2010 at 4:24 pm

    sedih kisah cinta mu itu 🙁
    boleh buat novel nie .. wakakaka

    good luck!

    Reply
    • akubiomed says

      29th December 2010 at 4:33 pm

      Elly, agak-agak boleh buat cerita cinta novela tak? Peneraju Fasha Sandha

      Reply
  14. zuriey says

    29th December 2010 at 4:01 pm

    wah2 leh tahan jiwang..cinta memang susah nak diduga

    Reply
  15. Amry says

    29th December 2010 at 2:33 pm

    wallweiii….ayat jiwang tu..huhu..aku tak pandai la nak berkarangan jiwang ni… hehehe….tapi aku rasa aku paham apa yang bro pernah rasa…benda dah lepas. dah ada anak pon kan…

    p/s: teringin gak nak berayat jiwang ni, tapi tak pandaia ler…huhu

    Reply
  16. sweet-ants says

    29th December 2010 at 12:59 pm

    uwaaaaaa….sedihnyer ;(
    cinta suci tu selalu tdk kesampaian ;(

    Reply
    • akubiomed says

      29th December 2010 at 1:10 pm

      Ni malas hendak mengarang cerita cinta tentu menyentuh perasaan

      Reply
      • adele says

        30th December 2010 at 2:10 am

        hahaha.feeling plak sweet-ants ni..ni baru ckit bro Med tulis.

        Reply
  17. deCrewz says

    29th December 2010 at 12:04 pm

    No kmen.. Takut teringat cerita lama..he3

    Reply
    • akubiomed says

      29th December 2010 at 12:28 pm

      ‘Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai’. Kalau takut main cinta jangan sekali-sekali mencuba 🙂

      Reply
      • deCrewz says

        29th December 2010 at 12:45 pm

        Dah cuba banyak kali.. Serik dah.. Bercinta lepas kahwin jelah… 9 hbln Jan amek kursus kawin.. Lepas tu baru amek kursus cari jodoh..ha3

        Reply
        • akubiomed says

          29th December 2010 at 1:09 pm

          Congrats bro, pahala ketua keluarga lebih sikit dari orang bujang

          Reply
          • Ladfe Amir says

            29th December 2010 at 6:09 pm

            boleh suruh orang tua carikan. InsyaAllah berkekalan

            Reply
  18. Nilam Kencana says

    29th December 2010 at 11:10 am

    Bila bercakap tentang cinta, pasti semua orang ada cerita sendiri. Yang pasti cinta itu indah bila kita bercinta dgn org yg betul, berlandaskan keikhlasan dan batas2 agama. Tapi bila cinta kita disia2kn, memang pedih dan kita mungkin serik nk bercinta dgn lagi.

    Reply
    • akubiomed says

      29th December 2010 at 11:41 am

      Kita bercinta seems semuanya betul dan not even single mistake pun nampak. Pelikkan 🙂

      Reply
    • adamfaiz says

      29th December 2010 at 11:57 am

      Ni kata-kata orang berpengalaman..

      Reply
  19. zezebel says

    29th December 2010 at 10:43 am

    cinta?….dalam banyak2 jenis cinta, cinta monyet la kot yang tak memeningkan kepala…lucu je…

    Reply
    • akubiomed says

      29th December 2010 at 11:26 am

      Memang lar, cinta monyet paling best. Setiap kali tulis surat mesti ada pantun 2 kerat ini ‘Pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas,

      Reply
      • zezebel says

        29th December 2010 at 11:54 am

        haha, pastu kalau nak jumpa pun, mesti ramai2, tak berani jumpa berdua..malu konon….
        Cinta orang dewasa kompleks sikit. ada yang pandang ciri2 tertentu ja, ada juga yang bertepuk sebelah tangan ja…sebab tak semua mampu untuk memahami maksud cinta yang sbenar.

        Reply
        • Ladfe Amir says

          29th December 2010 at 6:08 pm

          antara waktu yang paling best sebenarnya

          Reply
  20. Anwar Osman says

    29th December 2010 at 9:56 am

    Banyak juga pengalaman x kesampaian nie, aku simpan jela.

    Reply
    • akubiomed says

      29th December 2010 at 10:23 am

      Kalau simpan dalam hati akan makan dalam bro :-)Tuh kadang-kandang termenung jauh jer maksudnya dah sebu masuk angin. Ha..haa..

      Reply
      • Ladfe Amir says

        29th December 2010 at 6:08 pm

        simpan jauh di sudut hati. beharap agar ianya tidak berulang kembali, InsyaAllah

        Reply
    • adele says

      30th December 2010 at 2:08 am

      btul,simpan je..bro kan hati rapuh..lain plak jd nnt kalo diluah2kan.. 😀

      Reply
  21. Lee says

    29th December 2010 at 9:40 am

    hallamak bro..dlm diam2..rupe2nye..hehe..
    x pe..adat kehidupan..life must go on!!! 🙂
    cintailah Yang Maha Esa, ianya kekal abadi..

    Reply
    • akubiomed says

      29th December 2010 at 10:22 am

      Cinta dengan Yang Maha Esa sudah pasti

      Reply
  22. intankuterpilih says

    29th December 2010 at 9:29 am

    ermmm… apa boleh buat… cinta tak selalunya indah… betul, cinta pada yg maha esa lah yg abadi…

    p/s : anda telah ditag. sila buat yea, jgn nak ngelat…

    Reply
  23. suri says

    29th December 2010 at 8:57 am

    salam..

    ikutkan mmg sedih..tapi kata org klu kita tdk kecundang dlm cinta masakan kita akan dapat cinta yang sekarang ni..

    semua org akan lalui perkara yang sama cuma kdaan dan jln ctre yang lain.. uniknya CINTA itu kan kadangkala jika di fikirkan cinta tanpa pasagan pasi khdupan yg dilalui terasa kosong dan sunyi..

    terima kasih sahabat atas kesudian dlm joint contes suir yg tdk seberapa ini. Terima kasih bayk2 akhirnya terhasil juga nukilan cinta dari blog ini. Bahasa blh tahan gak hik..hik..

    Reply
    • akubiomed says

      29th December 2010 at 9:13 am

      No problemo! Hasta La Vista, Baby.

      Reply
      • Ladfe Amir says

        29th December 2010 at 6:07 pm

        antara tag paling femes selain daripada i’ll be back

        Reply
  24. mamaema says

    29th December 2010 at 8:21 am

    nice story..

    Reply
  25. anif says

    29th December 2010 at 8:19 am

    Err.. kesiannya..

    Reply
    • akubiomed says

      29th December 2010 at 9:15 am

      ‘Err..kesiannya..’

      teringat dialog filem P Ramlee iaitu Madu Tiga

      Reply
  26. Jebat Malaya says

    29th December 2010 at 7:08 am

    Cita betul ke nih??? Berutus surat tuh yang tak boleh nak percaya sikit.. Xpe bro, ada yang lain, guna email pulak ye..

    Reply
    • akubiomed says

      29th December 2010 at 9:06 am

      Zaman saya mana adalah famous e-mail masih lagi guna snail mail. Oleh itu menulis surat cinta adalah seni 🙂

      Reply
      • Ladfe Amir says

        29th December 2010 at 6:06 pm

        samalah ngan aku bro.
        hantar surat untuk mengorat. last sekali wife tercinta dtg dari satu tmp kerja

        Reply
  27. mie says

    29th December 2010 at 5:12 am

    fuh!!!
    ada hikmah disebaliknya..
    temui yang terbaik

    Reply
    • Ladfe Amir says

      29th December 2010 at 6:05 pm

      InsyaAllah. Allah memberikan hikmah di sebalik kekurangan itu

      Reply
  28. adele says

    29th December 2010 at 4:41 am

    sedih membacanya.setiap org pasti ada cinta yg tak kesampaian..

    Reply
    • suri says

      29th December 2010 at 8:58 am

      tahu tak per.. huaa,,, mak adele tinggalkan saya sorg2 hik..hik..

      tapi try jumpa cinta yang baru kejap jer dpt lupa cinta yang lama heee..

      Reply
      • akubiomed says

        29th December 2010 at 9:11 am

        Sekarang sudah temui cinta iaitu cinta pada motor besar. Kalau deruman enjin motor besar pun sudah meruntum jiwa. He..he..

        Reply
        • Ladfe Amir says

          29th December 2010 at 6:03 pm

          wah..bolehlah kasi review pasal motor besar lak lepas ni

          Reply
    • akubiomed says

      29th December 2010 at 9:09 am

      Adele sudah temui cinta?

      Reply
      • adele says

        29th December 2010 at 9:16 am

        belum lg..cinta sejati mmg susah nak cari..huhuhu

        Reply
        • suri says

          29th December 2010 at 9:31 am

          ada tu adele..mana tau dlm byk2 bloger ada suka sama kamu..spa tahu kanssssss heee..

          cinta dlm diam tu indah jugak kan..

          p/s:minta tuan rumah semak email dr suri jap.tq.

          Reply
          • adele says

            29th December 2010 at 9:34 am

            aiyak..cinta bloggers?? menarik jgk tuh..hahaha

            Reply
        • hafizmd says

          29th December 2010 at 4:42 pm

          hehe…belum ketemu lagi tu…insyaAllah… ;p

          Reply
          • Ladfe Amir says

            29th December 2010 at 6:04 pm

            insyaAllah. nanti ketmu juga. sedangkan ada yang chatting bertemu jodoh. facebook lagi. InsyaAllah, blogger pun boleh

            Reply
          • adele says

            29th December 2010 at 7:45 pm

            oh tidaaak.x nak.x nak.haha

            Reply
          • akubiomed says

            29th December 2010 at 11:05 pm

            Ada saya bertemu suaminya melalui YM membawa ke jinjang pelamin

            Reply
          • adele says

            30th December 2010 at 2:07 am

            maila dtg rmh dulu 😀

            Reply
  29. tengkorak emas says

    29th December 2010 at 3:05 am

    kadangkala kebaikan cinta adalah ia memberikan kita motivasi untuk melakukan sesuatu yg di luar jangkaan (asalkan baik)

    disebabkan itu di sebalik kejayaan seorang lelaki selalunya berdiri seorang wanita

    Reply
    • akubiomed says

      29th December 2010 at 9:09 am

      Itu memang betul dan terbukti tapi kalau dah putus cinta akibatnya double effect.

      Reply
      • Ladfe Amir says

        29th December 2010 at 6:03 pm

        putus cinta ada hikmah yang tersembunyi.

        Reply
  30. shaharil says

    29th December 2010 at 2:49 am

    Cinta itu adalah seni.Dan bukan sekadar dilafazkan dengan kata kata.

    Reply
    • akubiomed says

      29th December 2010 at 9:08 am

      Chewah, Dik Non seni apa tuh? Seni lukisan 🙂

      Reply
  31. syah says

    29th December 2010 at 2:26 am

    wah.. hebatnya penangan cintakan.. xpernah ada pengalaman itu lagi.. heheh..

    Reply
    • akubiomed says

      29th December 2010 at 2:30 am

      Susah nak digambar dengan kata-kata kena alami sendiri 🙂

      Reply
      • Ladfe Amir says

        29th December 2010 at 9:26 am

        rugilah belum merasa penangannya.

        Reply
        • hafizmd says

          29th December 2010 at 4:41 pm

          akan datang tu bro..mencari dan terus mencari…kadang2 ia hadir tanpa kita undang…mase tu, baru kaku dan….

          Reply
  32. Fitrihadi says

    29th December 2010 at 2:19 am

    ermm aku baca entry ni rasa sedih ar..sama je dengan nasib aku..ermm 😐

    Reply
    • akubiomed says

      29th December 2010 at 2:26 am

      Itulah Fit, saya dah cakap jangan melayan sangat perasaan. Life has go on. Bangkit bina kekuatan semula untuk kembali melangkah

      Reply
      • Fitrihadi says

        29th December 2010 at 2:51 am

        okay.. takde ar layan sangat perasaan tu. tapi kengkadang lemah gak bila sunyi sorang2.. adehh

        Reply
        • suri says

          29th December 2010 at 8:54 am

          alah cari jer paganti cpt2 bro 😉

          Reply
          • akubiomed says

            29th December 2010 at 9:07 am

            Kalau lambat cari penganti nanti masuk angin jadi sebu. Hee..he..

            Reply
          • hafizmd says

            29th December 2010 at 4:39 pm

            cepat cari pengganti…yg berlalu tetap berlalu… 😀

            Reply
    • suri says

      29th December 2010 at 8:54 am

      salam pagi..

      alah sedihlah bila cinta tidak kesampaian 🙁

      Reply
      • Ladfe Amir says

        29th December 2010 at 9:26 am

        tapi sudah ada pengantinya kan

        Reply
        • suri says

          29th December 2010 at 9:28 am

          btul10x moga sahabat kita akan bhgia hingga akhir hayat.amin 🙂

          Reply
          • akubiomed says

            29th December 2010 at 10:20 am

            Terima kasih cinta itu telah kembali bertaut dan disulami. Chewah 🙂

            Reply
          • hafizmd says

            29th December 2010 at 4:40 pm

            bro…saje nak menyibuk…hehe…so, wife sekarang bukan cinta pertama?atau cinta bertaut kembali?

            Reply
          • akubiomed says

            29th December 2010 at 11:04 pm

            Senang cerita family arrangement 🙂 yang pentin restu kedua orang tua

            Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Pengalaman guna Air Cooler MIND mampu menurun suhu panas
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Bil Air Syabas Hanya Terima Pembayaran Dari JomPay

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in