Burung Murai Kampung bertandang setiap pagi.

Burung Murai Kampung @ Magpie Robin
Burung Murai Kampung liar setiap hari bertandang halaman rumah. Mungkin ada membuat sarang dikawasan berdekatan agaknya. Setakat ini saya belum dapat kenal pasti Murai Kampung ini mempunyai pasangan atau tidak
Merdu suaranya ibarat mengalun puisi indah.
Jangan terkejut pula apabila saya dikatakan bertukar menjadi peminat burung. Sebenarnya tidak, tetapi tetarik dengan kehadiran Murai Kampung setiap pagi yang becok mengalun bunyi yang menarik perhatian saya.
Dengan kelengkapan yang agak terhad untuk mengambil video Murai Kampung ini. Tak sempat hendak memasang tripod bimbang tak sempat rakam sudah terbang.
Rupanya burung Murai Kampung ini adalah haiwan terlindung. Tidak sangka pula tetapi saya suka sangat mendengar bunyi yang dilagukan oleh Murai Kampung ini sangat merdu dan riuh.
Maklumat lanjut boleh rujuk Wikipedia
Ditempat saya pun ada burung murai. Bukan dia berborak dgn kucing2 saya. Bila nak ambil video maaibg2 membatu diam. Heheheh
Apa yer yg dibualkan. Mcm nak kaji jer bahasa haiwan ni
Huhu..memang seronok dgr burung ni berkicauan.. kat kg saya memang selalu sangat dgr..tapi sayang..dah semakin pupus dah kot burung murai ni..
Spesis Murai adalah haiwan yang terlindung. Sayangkan apabila populasi burung ini semakin berkurangan.
Akubiomed: Apa yang dikecohkan dan dinyanyikan simurai tu.. Mungkin mencari pasangan yang hilang entah kemana..
Saya rasa ia adalah murai jantan.
Seronok pulak mendengarnya, menyanyi atau berbual, tapi leka dengar bunyinya 🙂
Bunyi melodi yang berulang dan kuat amat mengasyikkan.
patutlah ada pepatah “mulut murai”, rupanya memang murai bising mulutnya.
Tak sangkal lagi memang riuh sekampung bak pepatah Melayu,’bagai murai tercabut ekor’
rindu dengan suasana ada kicauan burung ni.. huhuhu..
Bertuah kerana kawasan perumahan saya selalu dihinggapi spesis burung yang unik.
Ya.
Dah making kurang dah burung murai ni.
Mulut murai je yang bertambah sekarang ni.
Amat mengerun apabila Murai mula kebecokkannya.