• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Bukan salah ibu mengandung membidik bunga mekar

Bukan salah ibu mengandung membidik bunga mekar

30th October 2012 by akubiomed 88 Comments

Membidik bunga mekar kerana kecantikkannya.

Bunga mekar sudah menjadi sinonim digambarkan sebagai seorang wanita. Mana kala lelaki pula dikaitkan dengan kumbang. Wanita suka kalau menerima kuntuman bunga daripada jejaka.

Bukan salah ibu mengandung membidik bunga mekar.

Inilah yang terjadi kepada saya pada sambutan Hari Aidil Adha baru-baru ini. Saya dan famili telah pulang ke kampung pada Hari Raya Aidil Adha pertama. Sudah menjadi kebiasaan kalau berjalan pasti senjata ampuh iaitu kamera DSLR akan dibawa bersama.

Kebetulan sampai sahaja dikampung pandangan saya terpaku dengan keindahan bunga mekar dihalaman rumah. Bisikan hati saya kalau tidak bidik sekarang akan melepas kelak. Tanpa menghirau cuaca yang panas terik saya sambar kamera DSLR mula membidik beberapa kuntuman bunga yang ada dihalaman. Angin kering menyapa pipi saya sedikit menganggu  dan bunga meliuk-liuk mengikut angin.

Puas setelah kehendak tertunai.

Saya tersenyum puas melihat hasil bidikan kerana kehendak telah berjaya dilaksanakan dan tertunai. Sebelum ini pernah buat tabiat yang sama pantang melihat bunga cantik cuba ditangkap sanggup ke Putrajaya untuk melihat bunga mekar yang cantik.

AkuBiomed: Maaf kalau entri ini tidak mencapai kepuasan saya hanya melayan kekosongan.

Sila tekan butang kongsi:

  • Rakaman Video Time-Lapse Bunga Bakawali Mengembang
  • Cuti hujung minggu yang panjang
  • Gambar eksklusif Floria Putrajaya 2013

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. Ladfe Amir says

    20th November 2012 at 1:34 am

    selalu juga bila saya berkesempatan saya akan tangkap gambar dgn S3 saya.
    bunga memang indah jika dipandang. boleh dijadikan terapi diri.

    Reply
  2. Nur says

    3rd November 2012 at 10:49 pm

    Saya ambil gambar bunga hanya guna kamera compact je.. Cantik gambar2 bunga ni.. 🙂

    Reply
  3. hafizmd says

    2nd November 2012 at 5:24 pm

    Bila sudah suka, panas bukanlah halangannya =)
    Terbaik bro!

    Reply
  4. Budak Desa says

    1st November 2012 at 12:39 am

    Lawa2 bro tangkap gambar tu..teringin pulak nak belajar dslr..jap2..memiliki dl..hehe..

    Reply
    • hafizmd says

      2nd November 2012 at 5:27 pm

      Setuju. Mmg cantik2 gambar2 ni….Suka ambe tgk orkid tuh…fuh!

      Reply
  5. dkna abza says

    31st October 2012 at 8:53 pm

    Tahun depan singgah putrajaya boleh membidik bunga bersama dkna yea 😉

    Reply
    • KiD says

      31st October 2012 at 10:18 pm

      bro azrin ni peminat pesta flora.. hehehee

      Reply
  6. eyriqazz says

    31st October 2012 at 7:34 pm

    Cantik gambar bro ambil…huk3..makin teruja utk memiliki DSLR

    Reply
    • akubiomed says

      31st October 2012 at 9:17 pm

      Maafkan saya jika berjaya meracun bro. 🙂

      Reply
      • Jebeng Otai™ says

        31st October 2012 at 9:57 pm

        racun eyriqazz lagik bro..hehe

        Reply
    • KiD says

      31st October 2012 at 10:20 pm

      bila nak angkat DSLR bro? hehehee

      Reply
  7. maza says

    31st October 2012 at 12:32 pm

    hahaha…
    semakin hebat!…

    gunakan lens apa ek?

    Reply
    • akubiomed says

      31st October 2012 at 5:46 pm

      Saya guna lensa jenama Tamron.

      Reply
      • KiD says

        31st October 2012 at 10:24 pm

        Omron saya pernah dengar ler.. hehehee

        Reply
  8. sabree hussin says

    31st October 2012 at 12:05 pm

    Ni jenis bunga-bunga yang susah nak jaga ni, kalau dah jatuh gugur susah nak dapat balik moment tu

    Reply
    • KiD says

      31st October 2012 at 10:30 pm

      bunga bunga berguguran lah ajwabnya… 🙂

      Reply
  9. Hazmin Hamudin says

    31st October 2012 at 11:14 am

    Terserlah sifat kebungaan di situ. Eh.. Hehe…

    Reply
    • KiD says

      31st October 2012 at 10:32 pm

      mat bunga ke? boleh laaaaaaa

      Reply
      • Ladfe Amir says

        20th November 2012 at 1:37 am

        ramai lelaki yg sukakan bunga termasuklah saya.

        Reply
  10. KiD says

    31st October 2012 at 6:28 am

    cantik sungguh bunga-bunga itu… 🙂

    Reply
  11. amirulfaiz says

    31st October 2012 at 6:09 am

    Fuhh, gigih bro membidik dalam cuaca panas. Angin pasti melarikan sasaran bidikan. Cantik.

    Reply
    • KiD says

      31st October 2012 at 6:33 am

      mari membidik sama-sama…

      Reply
  12. boni kacak says

    31st October 2012 at 5:26 am

    wah….cantik2 gambar tu…

    Reply
    • KiD says

      31st October 2012 at 6:33 am

      tengok laaa.. saper punya kamera bro.. 🙂

      Reply
  13. Bro Zulkbo says

    31st October 2012 at 12:33 am

    Salam..
    memang “ada bunga” sikit
    dalam entri Bro kali nih..
    tak salah sesekali jadi “Mat Bunga”
    he he..

    Reply
    • KiD says

      31st October 2012 at 6:34 am

      bunga bunga ni.. kekadang menenangkan jiwa.. 🙂

      Reply
    • akubiomed says

      31st October 2012 at 7:21 am

      Biarlah hati ada bunga jangan perilaku seperti bunga. Naya jadinya, 🙂

      Reply
      • Ladfe Amir says

        20th November 2012 at 1:39 am

        tetap macho walaupun minat membidik bunga atau letak kan picture bunga sebagai wallpaper.

        Reply
  14. Hairul Hissam says

    31st October 2012 at 12:24 am

    mmg cantik bunga2 tu.. pandai bro ambil gambar…..

    Reply
    • akubiomed says

      31st October 2012 at 7:21 am

      Terima kasih bro. Indah sungguh kecantikan ciptaan Ilahi.

      Reply
      • KiD says

        31st October 2012 at 10:34 pm

        memang pakar laaa ambik gambar… bukan salah ibu mengandung.. 🙂

        Reply
  15. papa mifz says

    30th October 2012 at 6:00 pm

    cantek2 gambar tuh semuo…mesti senjata mahal nih…:)

    Reply
    • KiD says

      31st October 2012 at 6:38 am

      senjata mahal dan hebat bidikannya…

      Reply
  16. Kamal Mustafa says

    30th October 2012 at 4:20 pm

    Kita sama-sama belajar. Manalah tahu sok-sok boleh jadi photographer pro pulak. Betul tak Bro Azrin

    Reply
    • akubiomed says

      30th October 2012 at 10:07 pm

      Model bro KM saya adalah sama.

      Reply
    • KiD says

      31st October 2012 at 6:41 am

      betul kata bro KM… 🙂

      Reply
    • KiD says

      31st October 2012 at 10:38 pm

      saya nak jadi model nya leh tak? hahahahaa

      Reply
  17. hatiputera says

    30th October 2012 at 4:15 pm

    wahh..lawanya bro.blur habis background tu. aperture berapa nie. kasi tips sikit kat HP.

    Reply
    • akubiomed says

      30th October 2012 at 10:07 pm

      Saya guna mode Depth of field.

      Reply
      • KiD says

        31st October 2012 at 6:41 am

        waahhhh… ada istilah photog lagi tu… 🙂

        Reply
      • hatiputera says

        31st October 2012 at 10:33 am

        belum faham sangat pasal Depth of Field nie…nak mengoogle lepas nie.

        Reply
        • KiD says

          31st October 2012 at 10:40 pm

          sama laa kita… nganga aje laaa… hehehee

          Reply
  18. Noorikmal says

    30th October 2012 at 3:45 pm

    Assalam, cantik juga bidikan Biomed erk…

    Reply
    • akubiomed says

      30th October 2012 at 10:21 pm

      Terima kasih. Mengasah kemahiran membidik.

      Reply
      • KiD says

        31st October 2012 at 10:45 pm

        saya bidik auto aje… hehehehee

        Reply
  19. donnyien says

    30th October 2012 at 3:34 pm

    mesti parents bro pun suka menanam bunga kan.. bestnya laman rumah kalau di penuhi dengan warna-warni

    Reply
    • akubiomed says

      30th October 2012 at 10:08 pm

      Jangan terkejut. Pokok bunga dirumah arwah mentua ditanam oleh adik ipar lelaki saya. 🙂

      Reply
      • KiD says

        31st October 2012 at 10:58 pm

        waaaahhh… mesti pencinta alam sekitar…

        Reply
  20. pokok manggis depan rumah says

    30th October 2012 at 2:59 pm

    Cantik bunga-bunga ni.

    Reply
    • akubiomed says

      30th October 2012 at 10:09 pm

      Terima kasih. Sebenar gambar diatas tak cukup tajam.

      Reply
      • KiD says

        31st October 2012 at 11:05 pm

        ha’aah.. tapi jadi laaaaa kan

        Reply
  21. ajumohit says

    30th October 2012 at 2:26 pm

    bidikan yang tak mengecewakan

    Reply
    • akubiomed says

      30th October 2012 at 10:09 pm

      Kalau hendak tunggu lagi tentu bunga ini akan layu.

      Reply
  22. Dulu Lain Sekarang Lain says

    30th October 2012 at 2:14 pm

    Kelebihan kalau ada kemera ehhh.. Boring2 layan tembak gambo. 😀

    Reply
    • akubiomed says

      30th October 2012 at 10:10 pm

      Sambil-sambil tuh boleh mengasah kemahiran.

      Reply
      • KiD says

        31st October 2012 at 11:06 pm

        boleh buat kelas photog dah ni…

        Reply
  23. Myra Jay says

    30th October 2012 at 1:53 pm

    SubhanaAllah, teruja myra tengok gambar bunga, sebab cantik sangat 😀

    Reply
    • KiD says

      31st October 2012 at 11:07 pm

      cantiknya bunga yang indah itu…

      Reply
  24. KesumaANgsana says

    30th October 2012 at 1:42 pm

    cantik sungguh ler

    Reply
    • KiD says

      31st October 2012 at 11:08 pm

      lagi2 kamera canggih…

      Reply
  25. hairulafiz says

    30th October 2012 at 1:14 pm

    ni mesti pasal fotografi…..

    Reply
    • akubiomed says

      30th October 2012 at 10:11 pm

      Mengisi kekosongan. 🙂

      Reply
  26. azmanisma says

    30th October 2012 at 12:41 pm

    Orkid memang cantik kalau kembang 🙂

    Reply
  27. Mummy Akmar says

    30th October 2012 at 11:50 am

    Subhanallah..cantik sangat gambar bunga ni…good job bro!

    Reply
  28. syaifuddin alias says

    30th October 2012 at 11:04 am

    amboi ..sangat menarik tertarik kau memang dabomb entri ni :]

    Reply
    • akubiomed says

      30th October 2012 at 11:01 pm

      Apa yang dabomb tuh bro? 🙂

      Reply
  29. Shasha Mohamed says

    30th October 2012 at 10:33 am

    Menyegarkan minda dan mata yang memandang dengan bunga-bungaan yang mekar ni 😉

    Reply
  30. hafidz says

    30th October 2012 at 10:21 am

    lepas ni amek gambar pokok pula bro 😎

    Reply
    • akubiomed says

      30th October 2012 at 11:03 pm

      Nanti lah buat outing pula. 🙂

      Reply
  31. padin says

    30th October 2012 at 10:10 am

    gambar yang ketiga tu memang superb… 😀

    Reply
    • akubiomed says

      30th October 2012 at 11:04 pm

      Bunga orkid tuh. 🙂

      Reply
  32. Nurul says

    30th October 2012 at 9:40 am

    Memang cantik sangat… Gambar pun cantik.. All the best 😉

    Reply
  33. titan says

    30th October 2012 at 9:16 am

    wahh..rajin ko menembak ye..

    Reply
    • Hafizul says

      30th October 2012 at 5:09 pm

      Biasa la tu en titan bila dan minat mengatasi segala-gala..tahniah buat akubiomed kerana gambar yang diambil semuanya cantik2..hehe

      Reply
  34. Raz Veinz says

    30th October 2012 at 8:49 am

    Rata-rata yang komen pukul 1 pagi ke atas, sungguh aktif rakyat Malaysia, hehe. By the way, aku memang suka gambar bunga ni, menenangkan…

    Reply
  35. Melastik Bintang says

    30th October 2012 at 8:48 am

    nice shot bro… walaupun hanya bunga…tapi teknik tu yang membuatkan ia cantik…

    Reply
  36. bitt says

    30th October 2012 at 8:19 am

    cantik…cari la nama bunga tu 🙂

    Reply
    • Hafizul says

      31st October 2012 at 10:25 am

      bukan kah bunga kawt bawah tu sejenis bunga orkid?hehe

      Reply
  37. donnyien says

    30th October 2012 at 4:21 am

    boleh jadi jurugambar sepenuh masa ni bro.. hehe

    Reply
    • Hafizul says

      31st October 2012 at 10:24 am

      hahaha..mesti banyak income yang masyukkk…

      Reply
  38. Juan says

    30th October 2012 at 1:40 am

    bunga yg paling last tu yg paling cantik

    Reply
  39. Nur says

    30th October 2012 at 1:31 am

    Memang saya sukakan bunga.. Cantik..

    Reply
    • akubiomed says

      30th October 2012 at 1:35 am

      Gambar bunga yang Nur bidik baru-baru ini pun cantik juga.

      Reply
  40. Hafizul says

    30th October 2012 at 1:03 am

    cantik arrr…bagi sy dah kira profesional dah ni..camera jenis apa yang digunakan???

    Reply
    • akubiomed says

      30th October 2012 at 1:34 am

      Saya guna jenama Canon.

      Reply
      • Hafizul says

        30th October 2012 at 8:15 am

        canon model apa bro?eos5000 ke?

        Reply
      • hatiputera says

        31st October 2012 at 10:35 am

        HP guna jenama nikon.

        Reply
        • akubiomed says

          31st October 2012 at 5:49 pm

          Jenama Canon saya gunakan adalah cinta pertama saya. Lihat model ini terus jatuh hati. 🙂

          Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • 8 kebaikan Speed jump rope yang mungkin korang tak tahu
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Panduan selesai atm duit tak keluar tetapi duit dalam akaun dipotong

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in