• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / advertorial / Buat pilihan bijak dengan memilih Mamil

Buat pilihan bijak dengan memilih Mamil

17th July 2014 by akubiomed 23 Comments

Mengapa memilih Mamil adalah pilihan bijak?

Entri ini adalah kesinambungan entri bertajuk Status sistem pencernaan mencermin kesihatan kanak-kanak. Saya cuba berkongsi informasi pentingnya mengekalkan kesihatan sistem usus kanak dan diet makanan mengalakkan perkembangan dan aktiviti bakteria baik didalam sistem usus.

Susu untuk kanak-kanak bukan setakat untuk tumbesaran dan kesihatan tulang. Mamil mempunyai zat-zat yang diperlukan seperti prebiotik oligosakarida gabungan scGOS/lcFos (9:1) yang mampu memberi kesan kebaikkan sistem usus kanak-kanak dan tumbesaran.

 

Apa itu prebiotik? dan Probiotik?

Saya cuba menerangkan seringkas mungkin mengenai prebiotik dan probiotik. Apakah kaitan kedua-dua ini?

Prebiotik adalah  sumber makanan dan kelansungan keaktifan aktiviti probitik merupakan bakteria baik seperti Bifidobacteria dan Lactobacilli didalam saluran pencernaan yang akan memberi manfaat kesihatan serta sistem pertahanan usus.

Kesan manfaat prebiotik didalam sistem usus.

  • Meningkatkan penyerapan pelbagai mineral didalam saluran pencernaan seperti besi dan kalsium.
  • Meningkatkan jumlah bakteria baik didalam sistem usus.
  • Melembutkan najis kerana penguraian oleh kehadiran bakteria baik.

Dari mana sumber prebiotik boleh diperolehi?

Contoh prebiotik adalah lcFOS dan scGOS. lcFOS adalah fruktooligosakarida rantaian panjang dan scGOS adalah galaktooligosakarida rantaian pendek.  Sumber lcFOS boleh diperolehi dengan pengambilan sumber prebiotik semulajadi diantaranya buah tomato, bawang putih, bawang merah, artichoke, pisang, asparagus dan buah beri. Manakala scGOS boleh diperolehi dari sumber tenusu susu lembu.

Untuk makluman, Mamil mengandungi prebiotik oligosakarida gabungan scGOS/lcFos (9:1) yang dapat membantu mengekal kesihatan sistem pencernaan kanak-kanak.

 

Pengalaman 7 hari mengambil susu Mamil

Sebelum ini saya pernah berkongsi masalah yang pernah dihadapi Aslah(yang berumur 4 tahun) mengambil masa untuk membuang air besar dan najis ada masa berketul dan cair. Saya telah diberi peluang untuk mencuba susu Mamil selama 7 hari.

Disini saya ingin berkongsi pengalaman 7 hari selepas mengambil Mamil:-

  • Membuang najis lebih lawas
  • Najis tidak lagi berketul dan cair
  • Anak lebih cergas dan tidur lena

Saya berasa gembira dengan perkembangan yang berlaku kepada Aslah selepas mengambil susu Mamil. Apa yang penting usus yang sehat membantu pembesaran Aslah.

 

Tips untuk usus yang sehat:-

  • Hindar dari hidrasi

Pastikan anak kecil cukup minum air setiap hari. Disyorkan kanak-kanak 2 hingga 3 tahun minum 1 hingga 2 cawan manakala kanak berumur 4 tahun dan keatas perlu minum 6 hingga 8 gelas sehari.

  • Bersenam

Galakkan anak-anak melakukan aktivit beriadah sekurang-kurang 60 minit sehari.

  • Mengambil buahan dan sayur-sayuran

Buah-buahan dan sayur-sayuran didalam diet makanan anak untuk memastikan anak mendapat nutrien, termasuk serat memudahkan pergerakkan usus yang baik. Untuk kanak-kanak berumur di bawah 7 tahun, diberikan sekurang-kurangnya 2 hidangan sayur-sayuran dan 2 hidangan buah-buahan setiap hari

  • Ambil makanan yang mengandungi prebiotik

Prebiotik dikenali sebagai “makanan” yang merangsang pertumbuhan dan / atau aktiviti bakteria bermanfaat dalam usus. Prebiotik boleh diperolehi daripada pelbagai sumber makanan seperti akar chicory, pisang, asparagus, bawang putih , bawang dan susu diperkaya seperti Mamil susu untuk membesar.

Nak tahu info lebih lanjut mengenai Mamil boleh layari laman rasmi:-

www.mamil.com.my atau www.facebook.com/DumexMamil

Jangan lupa mengunjungi Road Tour kempen ‘Let It Out’ diseluruh negara di pasaraya yang terpilih.

Banyak maklumat dikongsi untuk para ibubapa yang boleh dimanfaatkan bersama.

Sila tekan butang kongsi:

  • Status sistem pencernaan mencermin kesihatan kanak-kanak
  • Pemakaian tali pinggang keledar kepada kanak-kanak. Selamatkah?
  • Ubat cacing untuk Aslah

Filed Under: advertorial

Reader Interactions

Comments

  1. eyriqazz says

    20th July 2014 at 12:23 am

    Alisya dulu pernah cuba mamil, tapi tak serasi pula dengan dia…

    Reply
  2. suri says

    19th July 2014 at 11:55 pm

    urm..untuk saya ada lagi tak heee..sahaja nak mengusik ini.

    Reply
  3. myrujukan says

    19th July 2014 at 8:58 am

    makanan berkhasiat memang diperlukan untuk tumbesaran dari kecil lagi. Tang bersenam tu macam payah sikit den nak buat, hehe

    Reply
    • akubiomed says

      20th July 2014 at 1:54 pm

      Mengenai bersenam tidak perlu risau kerana anak kecil biasanya aktif. Cuma sesal kalau ibubapa mendiamkan anak mereka dengan bermain tablet.

      Reply
  4. Ahmad Ijat says

    19th July 2014 at 8:50 am

    Kalau di Australia ni, isu status halal yg menjadi faktor utama dalam pemilihan susu.

    Reply
    • akubiomed says

      20th July 2014 at 1:55 pm

      Sudah isu halal tiada kompromi. Kebanyakkan susu yang ada dipasaran adalah diimport.

      Reply
  5. Zuan says

    19th July 2014 at 7:36 am

    tak kira usia, penting untuk ada bakteria baik di dalam badan kita harini.

    Reply
    • akubiomed says

      20th July 2014 at 1:56 pm

      Bakteria baik untuk kesihatan usus tidak kira kanak-kanak atau dewasa.

      Reply
      • Zuan says

        20th July 2014 at 2:46 pm

        alhamdulillah, ramai alert akan kepentingan jaga kesihatan pada harini 🙂

        Reply
  6. eXplorasa says

    18th July 2014 at 6:06 pm

    entri yng berilmih ni.. tunggu lps berbuka la baca betul2 heheheh

    Reply
    • akubiomed says

      20th July 2014 at 1:56 pm

      Silakan baca dan hadam. 🙂

      Reply
  7. sohoque says

    18th July 2014 at 6:04 pm

    anak saya pon minum dumex…

    Reply
  8. ~uncle gedek! says

    18th July 2014 at 3:40 pm

    untok orang tua sembelit okey…? hehe

    Reply
    • akubiomed says

      20th July 2014 at 1:57 pm

      Nak kena babap uncle nih. 🙂

      Reply
  9. titan says

    18th July 2014 at 6:47 am

    memang lom cuba lagi nih. lambat lagi kot..

    Reply
    • akubiomed says

      18th July 2014 at 5:43 pm

      Info perlu tahu sebelum menimang cahaya mata.

      Reply
  10. TehR says

    18th July 2014 at 12:27 am

    jenama baru ke ni?
    hehe

    aku dah lama tak ada anak kecil 😀

    Reply
    • akubiomed says

      18th July 2014 at 5:44 pm

      Keluaran terbaru dengan ditambah supaya mesra usus anak kecil.

      Reply
      • TehR says

        24th July 2014 at 1:09 am

        semalam ternampak iklan ni di tesco

        Reply
  11. AUC says

    17th July 2014 at 11:30 pm

    belum cuba lagi mamil ni, nnti cuba sebab anak saya yg kecik ni sembelit sokmo…

    Reply
    • akubiomed says

      18th July 2014 at 5:45 pm

      Mungkin ada masalah usus tetapi perlu diagnosis lagi untuk mengetahui masalah sebenar.

      Reply
    • suri says

      19th July 2014 at 11:58 pm

      produk ini ada juga untuk mom hamilkan?

      Reply
      • akubiomed says

        20th July 2014 at 1:52 pm

        Ya ada produk untuk ibu hamil.

        Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • 8 kebaikan Speed jump rope yang mungkin korang tak tahu
  • Panduan selesai atm duit tak keluar tetapi duit dalam akaun dipotong

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in