• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Blogger prihatin: Misi derma darah di PDN tercapai.

Blogger prihatin: Misi derma darah di PDN tercapai.

8th January 2012 by akubiomed 56 Comments

Misi derma darah di PDN tertunai.

Sudah seminggu saya mencanangkan misi derma darah di Pusat Darah Negara. Jadi hari ini sudah tiba masanya menunaikan janji yang telah dikota. Agak terlewat keluar hari ini kerana tunggu iPhone di caj untuk digunakan twitter mengemaskini aktiviti yang berlaku di PDN.

Sampai sahaja sudah kedengaran riuh rendah dari dalam PDN rupanya MyTV3 ada aktiviti disana. Saya ternampak ibubapa membawa anak-anak di PDN. Ada sekumpulan  anak kecil yang kusyuk melukis dengan menyertai pertandingan lukisan.

Anak-anak kecil kusyuk melukis pertandingan melukis di  PDN

Proses menderma darah di PDN:

  • Pendaftaran penderma menyerah buku derma darah.
  • Menjawab  borang soal selidik.
  • Pegawai PDN membuat ujian jenis darah dan timbang berat badan.
  • Diberi nombor giliran untuk ditemubual oleh pegawai kesihatan.
  • Pegawai kesihatan membuat semakan borang soal selidik dan mengambil bacaan tekanan darah.
  • Menyerahkan borang kepada jururawat bertugas dan menunju kerusi penderma darah.
  • Jururawat menyuntik ubat bius dilengan dan diikuti jarum beg derma darah.
  • Makanan ringan disediakan untuk penderma selepas menderma darah.

Hari ini secara kebetulan terserempak pelakon muda wanita Sheera Iskandar yang terkenal watak Halimah didalam drama Halimah Jonggang turut menderma darah selang 2 kerusi dengan saya. Ramai peminat yang ambil peluang untuk bergambar dengan beliau.

Pelakon wanita Sheera Iskandar terkenal dengan watak Halimah Jongang

Antara goodies yang diberikan kepada penderma darah.

Sijil derma darah yang diberikan oleh PDN kepada penderma darah

Rakan sekerja turut hadir menderma darah mendapat extra goodies iaitu berupa keychain kerana beliau adalah penderma darah jenis “A” yang amat diperlukan oleh PDN.

Keychain untuk penderma darah jenis “A”

p/s: Apa pun saya amat berpuas hati misi derma darah di PDN tertunai tanpa ada masalah.

Sila tekan butang kongsi:

  • Blogger prihatin jom derma darah di PDN
  • Wordless Wednesday - #Halimah Jongang derma darah
  • Yang menanti di tahun 2012

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. Mummy Akmar says

    27th November 2012 at 3:41 pm

    Darah saya type O +ve.. tapi takot lah

    Reply
  2. azizi says

    3rd February 2012 at 7:11 pm

    org darah type ‘O’…tp sygnya xleh m’derma…sbb amek ubat…

    Reply
    • Mummy Akmar says

      27th November 2012 at 3:43 pm

      ada mengalami kesakitan teruk ke?

      Reply
  3. amirulfaiz says

    14th January 2012 at 6:17 pm

    Hehe, nanti boleh dermakan darah untuk eksperimen pulak. 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      15th January 2012 at 9:36 am

      Sayanglah pula hendak beri darah untuk eksperimen. 🙂

      Reply
      • Mummy Akmar says

        27th November 2012 at 3:44 pm

        eksperimen apa plak dengan darah ni. aduh sakitnya

        Reply
  4. eiela says

    9th January 2012 at 10:05 pm

    berjaya jugak nampaknya. A’a hsopital sini pun kekurangan darah A dan O. Siap ckp nak minta dari PDN.

    Reply
    • Mummy Akmar says

      27th November 2012 at 3:45 pm

      Ramai memerlukan darah yer. Tapi takpernah rasa berani dalam hati nak derma darah. Alahai…

      Reply
  5. ciksembang says

    9th January 2012 at 9:29 pm

    belum tertunai hasrat hati nak derma darah sebab sendiri pun kurang darah..

    Reply
    • Mummy Akmar says

      27th November 2012 at 3:45 pm

      ouih orang kurang darah memang takleh derma bahayaaaaaaaaaaa

      Reply
  6. suri says

    9th January 2012 at 3:46 pm

    best derma darah klu derma kata org nak derma lagi hee…

    Reply
  7. suri says

    9th January 2012 at 3:45 pm

    saya pernah derma dahan 2 kali tka silap saya.mana pi buku derma darah dah ghaib heee

    Reply
    • Mummy Akmar says

      27th November 2012 at 3:45 pm

      berani suri yer. tahniah!!!!!!!!!

      Reply
  8. kulanz says

    9th January 2012 at 1:22 am

    dulu-dulu rajin juga aku menderma darah ni.. sekarang jarang sudah sebab hari tu datang hospital terdekat kata xda tabung simpanan darah.. kalau diorang perlu baru diorang panggil..

    Reply
  9. tehr says

    8th January 2012 at 11:22 pm

    tahniah dan terima kasih kerana menderma
    takut pula aku tengok urat tangan tu

    Reply
    • akubiomed says

      9th January 2012 at 1:24 am

      Urat dawai tuh bro tehr. 🙂

      Reply
      • hafizmd says

        10th January 2012 at 4:50 pm

        urat dawai tulang besi =)

        Reply
  10. Azman says

    8th January 2012 at 11:21 pm

    Aku tak boleh nak derma ada mengambil ubat-ubatan(migrain)semalam dan pagi ni,confirm tak lepas.

    Reply
    • akubiomed says

      9th January 2012 at 1:24 am

      Memang tidak digalak kalau masih didalam rawatan perubatan.

      Reply
  11. cik tom says

    8th January 2012 at 11:17 pm

    wah bagusnya..ciktom pernah derma darah sekali je..pastu xderma2 dah..

    Reply
    • akubiomed says

      9th January 2012 at 1:25 am

      Tak apalah sekurang-kurang pernah merasai pengalaman menderma darah sebelum ini. 🙂

      Reply
  12. Yas says

    8th January 2012 at 11:08 pm

    Tahniah bro, berjaya juga…. insyaallah apa yg bro sumbangkan tu akan memberi manafaat kepada kedua2 pihak…iaitu bro dan juga bakal penerima nanti…insyaallah

    Reply
    • akubiomed says

      9th January 2012 at 1:25 am

      Terima kasih. Ia adalah sumbangan kecil daripada saya.

      Reply
  13. Denaihati says

    8th January 2012 at 10:48 pm

    alhamdulillah. insyaAlllah banyak nyawa boleh diselamatkan bila banyak bekalan darah

    Reply
    • akubiomed says

      9th January 2012 at 1:26 am

      Masih ramai lagi yang mempunyai perasaan takut untuk menderma darah terutama melihat jarum.

      Reply
      • hafizmd says

        10th January 2012 at 4:51 pm

        jadi, jangan tengok jarum…betul tak bro AB?

        Reply
        • akubiomed says

          11th January 2012 at 10:06 pm

          Saya masih tengok jarum perasaan ngeri melihat lubang jarum agak besar daripada jarum suntikan. Jururawat pandai melakukan langsung tidak merasai sakit. 🙂

          Reply
  14. anif says

    8th January 2012 at 10:16 pm

    Alhamdulillah & Tahniah! Misi sudah terlaksana! 😀

    Reply
    • akubiomed says

      9th January 2012 at 1:27 am

      Lega bro apa bila misi tertunai.

      Reply
  15. puanbee says

    8th January 2012 at 9:56 pm

    salam ,

    nanti jika ada lagi jemput saya yek ..area kl je lah ..teringin nak menderma .. saya darah jenis A+ sama tk dengan jenis A tu ?

    cetek ilmu bab darah

    Reply
    • puanbee says

      8th January 2012 at 9:57 pm

      hari ni tk dpt pergi ada jemputan my agro tu ..kalau tk teringin jugaaa

      Reply
      • akubiomed says

        9th January 2012 at 1:28 am

        Tak apa ia bukan paksaan. Menderma darah ini boleh dilakukan pada waktu bekerja dan sekarang ini hari Ahad pun dibuka.

        Reply
    • akubiomed says

      9th January 2012 at 1:29 am

      Samalah tuh Puan Bee. Kalau penderma arah jenis “A” akan diberi keychain. Memang PDN kekurangan darah jenis “A”.

      Reply
      • puanbee says

        9th January 2012 at 11:50 am

        oohh sama , kiranya kami sekeluarga darah jenis A lah suami pun A juga

        Reply
        • hafizmd says

          10th January 2012 at 4:54 pm

          elok sgt ni puan bee…ajak suami sekali =)

          p/s-kalau puan bee mmg AA, dan suami juga AA…mmg sah semua anak2 darah jenis A, tp kalau ade AO, akan ada anak yg darah jenis O. Sekadar berkongsi =)

          Reply
  16. b3njy says

    8th January 2012 at 9:42 pm

    Benjy pun ada dengar berita tempoh hari darah jenis kekurangan dan amat diperlukan.

    Reply
  17. b3njy says

    8th January 2012 at 9:41 pm

    Wow..wow..wow.. dashyat tu Broo ,… rupanya Bro dah 13 kali derma darah yer … tabik 😀

    Reply
  18. zulkbo says

    8th January 2012 at 9:40 pm

    salam..
    alahai darah saya A nih..
    nanti saya ke sana lah besok

    Reply
    • b3njy says

      8th January 2012 at 9:43 pm

      Kena pergi tu Broo darah ‘A’ amat di perlukan sekarang ni.

      Reply
  19. b3njy says

    8th January 2012 at 9:39 pm

    Tahniah Broo … satu aktiviti jiwa murni dan ia akan membantu orang yang memerlukan darah kelak 😀

    Reply
  20. nurmisnan says

    8th January 2012 at 8:53 pm

    Wahhh.. ini dah 2 kali kan kau derma darah brother?
    Semoga kesihatan lebih baik selepas menderma.. amin..

    Darah jenis AB pun susah nak dapatkan..

    Reply
    • nurmisnan says

      8th January 2012 at 8:54 pm

      brother.. kau punya cik alexa cantikkkkk…

      Reply
  21. sweet says

    8th January 2012 at 8:50 pm

    tak pernah derma darah.. sy takut jarum 😛

    Reply
    • b3njy says

      8th January 2012 at 9:45 pm

      Benjy rasa itu perkara biasa sebab ramai juga orang takut jarum 😀

      Reply
      • akubiomed says

        9th January 2012 at 1:20 am

        Saya yang banyak kali menderma masih menjelma perasaan takut tetapi jururawat akan suntik ubat bius terlebih dahulu.

        Reply
        • suri says

          9th January 2012 at 3:48 pm

          alah skit cam semut jer heee…tapi best sblun suntik kita dpt mkn free haaaa

          Reply
    • akubiomed says

      9th January 2012 at 1:19 am

      Chii kalau mengandung nanti setiap kali pergi membuat pemeriksaan klinik ibu mengandung dan anak-anak perlu ambil darah dan air kencing.

      Reply
  22. Nur says

    8th January 2012 at 8:42 pm

    Tahniah kerana melakukan satu daripada kerja amal untuk masyarakat. Tentang gambar di blog, kadangkala saya menggunakan kamera hand phone dan kamera compact. Banyak ke gambar diblog saya yang pudar? Kalau benar, agak mendukacitakan. 🙁

    Reply
    • akubiomed says

      9th January 2012 at 1:17 am

      Mungkin gambar yang mengunakan telefon bimbit kualiti yang kurang berbanding kamera digital.

      Reply
  23. tuan tanah says

    8th January 2012 at 5:30 pm

    agak-agak perlu diperluaskan di seluruh negara nie..:)

    Reply
    • b3njy says

      8th January 2012 at 9:44 pm

      Yer setuju juga cadangan tu 😀

      Reply
      • suri says

        9th January 2012 at 3:50 pm

        sam2 derma darah tapia da juga org yg tk sayang darah rempit sana sini huuu

        Reply
    • akubiomed says

      9th January 2012 at 1:03 am

      Perayaan Tahun Baru Cina semakin menghampiri bekalan darah dijangka berkurangan.

      Reply
    • akubiomed says

      9th January 2012 at 1:16 am

      Bro Anif rajin mewar-warkan program darah untuk kawasan Johor.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Bila orang rumah dapat Dapur Gas Infra Merah baharu
  • Bil Air Syabas Hanya Terima Pembayaran Dari JomPay

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in