• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Blogger prihatin jom derma darah di PDN

Blogger prihatin jom derma darah di PDN

3rd January 2012 by akubiomed 52 Comments

Blogger prihatin jom sertai derma darah di PDN.

Saya terpanggil untuk menderma darah di Pusat Darah Negara(PDN) setelah mendapat makluman akan kekurangan bekalan darah oleh pusat tersebut.  Saya bercadang akan turun ke PDN pada hari Ahad 8hb Januari 2012.  Jika ada kalangan sahabat blogger prihatin yang ingin turut sama menderma darah bolehlah kita berjumpa disana nanti.

“bermula 8 Jan depan, Pusat Darah Negara akan dibuka pada setiap Ahad dari pukul 8 pagi hingga 4 petang bagi memudahkan orang ramai menderma darah” – BERNAMA

AkuBiomed ketika menderma darah tahun 2011

Blogger prihatin jom derma darah di PDN
Tempat: Pusat Darah Negara
Tarikh: 8hb Januari 2012

p/s: Tunjukkan tanda prihatin dan sokongan dengan menderma darah kepada golongan yang memerlukan.

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. MEKAR says

    8th January 2012 at 10:52 am

    Bagus ni amalan derma darah. Tapi sya tak pernah gi derma darah lagi. Kalau xnak/ takut nak derma darah, kita derma benda lain boleh juga kan 🙂

    Reply
  2. chii says

    6th January 2012 at 5:13 pm

    rasanya da 3 thn x menderma darah..buku tu pun ntah ilng kemana,,insya Allah.kalo xde pape..leh ar chii ajak member menderma ahad ni

    Reply
  3. rahman says

    6th January 2012 at 10:57 am

    derma darah!!!! adduueeess..takut pengsan

    Reply
  4. Dulu Lain Sekarang Lain says

    5th January 2012 at 3:58 pm

    Tahniah dan respect atas keperihatinan bro. Hopefully, yg lain pon follow.

    Reply
  5. Hadi Hanafee says

    5th January 2012 at 2:17 pm

    tak pernah lagi derma darah…

    Reply
  6. ciksembang says

    5th January 2012 at 1:47 pm

    sy prihatin tapi saya tak layak nak derma darah.. bp selalu low..

    Reply
  7. kanker hati says

    5th January 2012 at 12:33 pm

    haruskah saya mendonor darah saya gan,,??salam kenal ya kunjungi baklik ya

    Reply
  8. shraqs says

    5th January 2012 at 12:12 pm

    Dah lama tak derma darah ni. Insyaallah kalu berkesempatan.

    Reply
  9. zulkbo says

    5th January 2012 at 1:01 am

    salam..
    kat sana hari-hari pun boleh kan
    Bro..?ermm..saya sendiri lama
    tak ke sana..kalau derma pun
    masa ada buka kaunter di tempat
    lain..

    Reply
  10. kakyong says

    5th January 2012 at 12:02 am

    kakyong x pernah menderma darah..

    masa umur 20’an.. berat tak mencapai tahap min 40kg..

    pastu bila berat dah cukup, masalah Hb pulak…

    pada yg boleh mderma tu.. derma lah.. besar maknanya utk mereka yg memerlukan..

    Reply
  11. Chipcoklat says

    4th January 2012 at 8:24 pm

    derma darah….aduh chip ni dah la takut jarum.. kalo kene suntik mesti tgk kelain.. kalo jarum guna tuk derma darah tu.. dah la beso.. lagi takut..

    p/s: bukan alasan tp itu la kenyataan.. fobia lepas xcident dulu..

    Reply
    • akubiomed says

      4th January 2012 at 10:30 pm

      Jururawat kalau hendak cari urat darah saya senang dengan sekali tepuk terus timbul. 🙂

      Reply
  12. Kak Long Mawar Merah says

    4th January 2012 at 6:50 pm

    Insya Allah, semoga kita ramai-ramai dapat menderma darah.

    Reply
    • akubiomed says

      4th January 2012 at 10:28 pm

      Bantuan dihulurkan tidak semestinya didalam bentuk wang ringgit.

      Reply
  13. Razlan says

    4th January 2012 at 2:19 pm

    Saya takut jarum,tapi berniat juga nak derma darah,insyallah satu hari nanti saya akan derma

    Reply
    • akubiomed says

      4th January 2012 at 10:27 pm

      Saya masih mengalami fobia setiap kali jarum dicucuk walaupun sudah banyak kali menderma darah sebelum ini.

      Reply
  14. Norizwan says

    4th January 2012 at 1:43 pm

    Elok derma darah…sekurang-kurangnya kita tahu penyakit apa dalam diri kita…buat persediaan…

    Reply
    • akubiomed says

      4th January 2012 at 10:27 pm

      Tidak boleh menderma semata-mata untuk mengetahui penyakit yang dialami kerana ia adalah salah dari segi undang-undang. Penderma perlu menjawab soalan pada borang yang disediakan dan darah yang diderma akan disaring sebelum boleh digunakan oleh penerima.

      Reply
  15. dnoBiz says

    4th January 2012 at 12:18 pm

    Ramai yang takut untuk derma darah.. maka wujudlah macam macam alasn untuk mengelakannya.. 😀
    Ps : senigat aku aku pun baru je dua kali menderma darah…, derma kat nyamuk tak kira…

    Reply
  16. titan says

    4th January 2012 at 11:55 am

    hehe..rajinnya dia..bagus derma darah nih..salah satu kelebihannya, selepas menderma darah tu..dalam 3-4 jam..kita akan kelihatan lebih kacak berbanding sebelum menderma darah. hehe..

    Reply
    • akubiomed says

      4th January 2012 at 10:24 pm

      He..hee..betul-betul tidak di sangkal lagi.

      Reply
  17. ahmad kamil says

    4th January 2012 at 11:52 am

    Selamat tahun baru pada AB.

    Teman tgk dekat ampang point pun ada kempen derma darah ni. rasa teragak2 plak nak pegi. hmmm

    Reply
    • akubiomed says

      4th January 2012 at 10:24 pm

      Kalau ada kelapangan boleh menderma di PDN kerana saya bercadang untuk menderma hari Ahad hujung minggu ini.

      Reply
  18. Ieda Al-Habsyi ( says

    4th January 2012 at 11:07 am

    HUHUHU!*mukadimah gelak*

    terasa gak nak derma, dulu takleh sebab masa tu berat tak cukup. skang kan badan dah macam belon, leh le menderma dare..eh..darah ok! darah i “O” ok! hehehhe 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      4th January 2012 at 10:23 pm

      Kalau menderma darah akan dapat darah baru kerana tulang sum sum akn mengantikan darah yang didermakan.

      Reply
  19. Kamal Mustafa says

    4th January 2012 at 11:04 am

    Kepada mereka yang sihat walafiat tue…elok2lah menderma darah.KM pun ingatkan diri KM gak.

    Reply
  20. Kimmy says

    4th January 2012 at 6:39 am

    Terasa juga nak derma darah walaupon sekali seumur hidup, tapi masa yg sesuai belum ada

    Reply
    • ahmad kamil says

      4th January 2012 at 11:46 am

      Tahun ni boleh kot Kim menderma darah. hehe

      Reply
      • akubiomed says

        4th January 2012 at 10:22 pm

        Beliau tidak dapat hendak derma tahun ini kerana bakal bersalin tidak lama lagi. 🙂

        Reply
  21. b3njy says

    4th January 2012 at 12:41 am

    Kalau Benjy semasa dalam perkhidmatan tentera dulu asal je derma darah mesti dapat ‘Atten C’ (MC) 2 hari … best OOooo dapat berehat 2 hari kat rumah 😀

    Reply
  22. b3njy says

    4th January 2012 at 12:39 am

    Benjy dengar baru ni diberita darah jenis “A” amat berkurangan dan memerlukan penderma dari yang mempunyai darah jenis ‘A’ ni.

    Reply
  23. b3njy says

    4th January 2012 at 12:38 am

    Broo ni jenis darah apa ? kalau Benjy darah jenis ‘O’.

    Reply
    • akubiomed says

      4th January 2012 at 12:55 am

      Saya jenis darah ‘O’ juga macam Benjy. Darah ‘O’ paling ramai sekali berbanding jenis darah-darah yang lain dan golongan ini penderma dan hanya boleh terima dari jenis ‘O’ sahaja.

      Reply
      • ahmad kamil says

        4th January 2012 at 11:47 am

        haha, Teman pun jenis O juga. Oooooooo..hehe

        Reply
  24. b3njy says

    4th January 2012 at 12:37 am

    Benjy baru je menderma darah pada 3 Nov 2011 yang lepas … rasanya kena tunggu 6 bulan baru boleh derma lagi kan … kini dah 6 kali Benjy menderma sejak tahun 1997 hingga sekarang … rasanya masih sikit lagi tu …

    Reply
    • akubiomed says

      4th January 2012 at 12:59 am

      Kalau derma ‘whole blood’ boleh menderma kembali selepas 3 bulan dan 2 minggu untuk penderma aferesis.

      Reply
  25. b3njy says

    4th January 2012 at 12:35 am

    Kalaulah ada 1 daripada 10 blogger macam Bro ni … alangkah untungnya dunia kan … Benjy sokong usaha broo ni …

    Reply
    • akubiomed says

      4th January 2012 at 12:59 am

      Sumbangan kecil yang saya mampu buat untuk menyelamatkan nyawa orang lain.

      Reply
  26. b3njy says

    4th January 2012 at 12:34 am

    Wahhh ! … bro ni henson pula semasa menderma … tu apa tu sebenarnya kontrol manco ke aperr tu ? 😀

    Reply
    • akubiomed says

      4th January 2012 at 12:53 am

      Tidak perasan pun ada orang snap gambar selepas menderma darah. 🙂

      Reply
  27. nurmisnan says

    4th January 2012 at 12:25 am

    Aku dah bertahun tak derma darah.. ingat nanti nak buat juger
    coz bagus utk kesihatan.. dalam gambar tuh saper brother..kau ker?
    sekali pandang mcm azhar sulaiman plak.. har3

    Reply
    • akubiomed says

      4th January 2012 at 1:01 am

      Gambar sayalah. 🙂

      Reply
      • nurmisnan says

        4th January 2012 at 3:33 pm

        seriously? lain bebenor dari gambar baju merah tuh.. hancem rupayer… hik3..

        Reply
  28. anif says

    4th January 2012 at 12:22 am

    Aktiviti yang baik untuk memulakan tahun 2012. 😀

    Reply
    • akubiomed says

      4th January 2012 at 1:02 am

      Saya sebenar tidak beberapa gemar menderma “whole blood” tetapi lebih suka menderma dengan cara aferesis kerana dengan cara ini darah dapat disimpan lebih lama. Penderma aferesis boleh memilih untuk menderma plasma atau platelet dan sel darah lain akan dikembali kepada badan. Selepas 2 minggu menderma aferesis boleh kembali menderma darah.

      Reply
  29. yas says

    3rd January 2012 at 11:48 pm

    aku pernah sekali je derma darah bro…tu pn masa boss aku sakit dan perlukan darah….la ni dh lama dh x gi derma…hehehe

    #teringat iklan…”saya takut jarumm”…hehehehe

    Reply
    • akubiomed says

      4th January 2012 at 1:03 am

      Dengan menderma darah bro telah menyelamatkan 1 nyawa.

      Reply
  30. tehr says

    3rd January 2012 at 11:33 pm

    selamat berderma semua
    moga2 kita beroleh rahmat dariNya

    Reply
  31. Tuan Tanah says

    3rd January 2012 at 11:32 pm

    kena perhebatkan iklan ni…:) ermmm…

    Reply
  32. Norasikin says

    3rd January 2012 at 11:08 pm

    Darah memang diperlukan sangat2. Merata2 tempat mereka pergi mencari penderma. Shopping complex, sekolah, kampung2 semua mereka redah. Sekarang ni hujung minggu pun dibuka. Pergi je mana2 klinik kesihatan untuk menderma darah

    Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2026 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in