• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Blogger introvert kurang dapat perhatian

Blogger introvert kurang dapat perhatian

30th November 2014 by akubiomed 49 Comments

Blogger introvert melukut ditepi gantang

blogger introvert

Tajuk entri bukan main lagi. Tentu ada yang tertanya-tanya apakah maksud blogger introvert ini? Kenapa pula kurang mendapat perhatian? Macam minta job sahaja? Jom baca lagi.


Sebelum itu cuba jawab soalan dibawah untuk mengenal pasti introvert atau extrovert.

Apa itu introvert?

Dengan bahasa mudah introvert bermaksud mempunyai sifat malu terutama bergaul dengan orang lain dan lebih suka menyendiri. Ia berlawanan dengan extrovert yang mudah bergaul dengan orang lain dan berhadapan masyarakat. Selebihnya boleh semak di kamus Dewan Bahasa dan Pustakan online untuk mendapat makna lebih tepat. Kedua-dua sifat ini ada pada blogger. Siapa yang mempunyai sifat diatas sila angkat keyboard.

Blogger introvert hebat menulis di blog dan di media sosial. Kalau baca penulisan rasa seronok sahaja nampak kemesraan dan ‘out spoken’ di media sosial tetapi bila secara berdepan akan malu-malu kucing. Sepatah perkataan pun tidak terkeluar dari mulut. Diam seribu bahasa dan mengharapkan orang didepannya memulakan perbualan. Tentu pernah jumpa orang seperti ini. Pandang-pandang sudah beratus kali tetapi masih senyap membisu.

Blogger introvert sukar bergaul?

Ya dan tidak. Selagi menulis diblog dan sosial media. Blogger ini tidak mempunyai masalah untuk bersosial di media malah boleh bergurau lagi. Cuma perasaan malu yang menebal berhadapan dengan orang macam emas ada didalam mulut. Ramai blogger introvert disana yang berjaya menulis blog dengan baik. Kita sendiri tidak nampak profile dengan jelas. Kalau letak gambar pun sorok-sorok atau tidak jumpa langsung biodata.

Ia bukanlah sikap negatif dengan memberi prasangka buruk blogger besifat ini adalah sombong. Sebenarnya tidak malah mereka mudah mesra apabila sudah mengenali rapat dengan seseorang. Golongan ini ambil masa untuk dirapati dan bermesra.

Bagaimana hendak mengatasi sifat introvert ini. Hendak menjadi extrovert adalah mustahil tetapi boleh mengikis sifat ini dengan cubalah ‘ice breaking’. Memulakan perbualan dengan memperkenalkan diri terlebih dahulu untuk pertemuan buat pertama kali. Bak kata orang tua-tua, “Tak kenal maka tak cinta”. Kalau kita tidak mulakan makan lambatlah kemesraan itu hadir. Boleh mulakan topik-topik yang hangat diperkatakan contoh “Kemenangan skuad Harimau Malaya ke Singapura” sudah tentu ia menarik untuk dibicarakan.

Biarlah saya buka rahsia mengenai diri saya. Saya mempunyai sifat introvert yang menebal. Mungkin kenyataan saya agak kontroversi tetapi ia adalah sifat saya yang kurang bercakap dan lebih banyak berdiam. Tidak bermakna saya sombong. Kalau hendak dibanding mula-mula blogging dahulu sudah nampak progress perubahan pada diri saya. Kalau dahulu guna avatar untuk blog tidak mengunakan gambar yang jelas bersembunyi.

Kepada blogger introvert janganlah berasa rendah diri. Sebenarnya tidak salah bersifat introvert kerana medium blogging dan media sosial adalah tempat kamu berkomunikasi dan berdepan dengan masyarakat.

Filed Under: blog Tagged With: introvert

Reader Interactions

Comments

  1. Ummi Hanie says

    10th December 2014 at 11:33 am

    sy pun mengaku sy blogger introvert,
    tp klu dah mula ice breaking dan ngam dgn seseorg tu, kita pula terlebih cakap…

    terima kasih utk penerangan ni 😉

    Reply
  2. Mak Jemah Jual Vitamin says

    10th December 2014 at 12:07 am

    ada bagusnya juga sekurangnya blog boleh jadi medium terbaik untuk golongan ini. tp betulla tu tak kenal maka tak cinta, dah kenal boleh bertepuk tampar…

    Reply
    • akubiomed says

      10th December 2014 at 1:30 am

      Ingat suatu ketika dahulu Mirc pernah menjadi tempat berchatting. Memang rancang berchatting disitu kerana tidak perlu tunjukkan fizikal.

      Reply
  3. linie says

    9th December 2014 at 9:18 am

    hihhi..mula2 memang malu..lagi2 memang tak kenal kan..lama2 makin okeyla.

    Reply
  4. Iffah Azhar says

    9th December 2014 at 9:09 am

    introvert.. extrovert… kalau kat luar memang saya seorang yang bagaikan ada emas dalam mulut. huhu..

    Reply
  5. Oja Samid says

    8th December 2014 at 3:42 pm

    saya juga seorang introvert. apepun saya tetap yakin yg kita semua tetap punya kekuatan yg tersendiri. hehe.

    Reply
    • akubiomed says

      10th December 2014 at 1:35 am

      Ya, samada introvert atau extrovert ada kelebihan dan kekurangan.

      Reply
  6. Dja says

    7th December 2014 at 4:02 pm

    Salah seorang daripadanya. Selalu dapat menulis lebih baik ( rasa2nya lah ) banding dengan berkata-kata. Ada darah gemuruh maaa 😀

    Reply
  7. TehR says

    5th December 2014 at 11:11 pm

    nak buat macam mana
    payah juga nak kikis sifat yang dah lama bersama

    Reply
  8. Qider says

    5th December 2014 at 9:55 pm

    Nak tergelak pula baca entri ini. Saya pun kalau tak kenal orang, takde kerja, susah juga nak beramah mesra dengan orang yang baru jumpa/tak kenal.

    Reply
  9. Ani Haryani says

    5th December 2014 at 3:18 pm

    Baca sikap orang introvert tergelak sendiri hehe sebab sifat tu macam ada kat Ani la hehe
    tapi dah kenal, banyak cakapnya tapi ambil masa sikit la hehe 😀

    Reply
    • Iffah Azhar says

      9th December 2014 at 9:04 am

      Ani, nak berkenalan boleh? 😉 😉

      Reply
      • Ani Haryani says

        10th December 2014 at 5:00 pm

        Boleh Iffah! hihi 😀

        Reply
  10. Syahril Hafiz says

    4th December 2014 at 9:32 pm

    Saya ni boleh diklasifikasikan sebagai introvert blogger la, tapi kalau bergaul dengan orang tak dak masalah kalau kita masuk kepala dengan cerita mereka..hehe, entah kadang rasa perlu cakap, kadang rasa perlu iya saja… kurang dapat perhatian tu memang lah sebab tak banyak cakap #kurangramah haha 😀

    Reply
  11. Diari Ibu Zarith says

    4th December 2014 at 4:52 pm

    Zarith tak sure pulak dalam bahagian yang mana..tengah2 ada tak?sederhana..hehe

    Reply
  12. ema says

    4th December 2014 at 3:05 pm

    baru tahu maksud introvet dan entrovert bila baca kat sini…. saya pun tergolong dalam intovert juga ni.

    Reply
  13. Mus says

    3rd December 2014 at 11:21 pm

    blogger ni.. kadang-kala petah menaik bait kata di siber..
    bila bersua, bisu seribu bahasa…

    Reply
    • Mus says

      3rd December 2014 at 11:21 pm

      *menaip bait kata

      Reply
  14. MamaBard says

    3rd December 2014 at 11:41 am

    kalau ikut jawapan kuiz kat atas tu, saya termasuk dalam kategori introvert…

    Reply
  15. Nurul Hidayah says

    3rd December 2014 at 9:11 am

    Dah buat kaji selidik.. dapat yang ini —–>>

    Introvert!
    Basically, an introvert is a person who is energized by being alone and whose energy is drained by being around other people, Introverts are more concerned with the inner world of the mind. They enjoy thinking, exploring their thoughts and feelings. They often avoid social situations because being around people drains their energy. This is true even if they have good social skills.

    HOWEVER, it is not shyness! shyness is the fear of being around people while introversion is simply losing energy when being with people.

    Reply
    • akubiomed says

      3rd December 2014 at 10:31 pm

      Ya, terima kasih buat kaji selidik dan berkongsi penjelasan mengenai Introvert. Seperti yang saya jelas bayangan yang saya berikan bukan tepat.

      Reply
  16. NotaKembara says

    3rd December 2014 at 7:26 am

    Bukan kebanyakan blogger memang introvert ke? Haha. Saya la tu salah seorang 😛

    Reply
    • akubiomed says

      3rd December 2014 at 11:07 pm

      Saya tidak pasti mengenai perkara tersebut kerana perlukan statistik.

      Reply
  17. Kakiblog says

    3rd December 2014 at 12:01 am

    tak kisahlah jadi introvert atau tidak..janji happy dan tak susahkan orang..

    Reply
  18. kesoma.rai says

    2nd December 2014 at 5:33 pm

    saya pun masuk kategori introvert.. menulis dah lama.. tapi sgt malu even nk komen kat blog femes.hahaha

    Reply
    • akubiomed says

      2nd December 2014 at 11:25 pm

      Macam mana tahu diri sendiri adalah introvert?

      Reply
  19. Suriya says

    2nd December 2014 at 4:08 pm

    Introvert atau extrovert dedua ada kebaikan dan tarikan sendiri. Extrovert sangat pun tak bagus.

    Reply
    • akubiomed says

      2nd December 2014 at 11:26 pm

      Guna kelebihan pada introvert dan extrovert . Manakala perbaiki kelemahan introvert dan extrovert.

      Reply
  20. mohdhiruan says

    2nd December 2014 at 3:35 pm

    keyboard warrior kat FB tu banyak yg introvert rasanya… meletup2 bagi komen kat FB, tp bila jumpa kat luar, biasa2 je.

    Reply
    • akubiomed says

      2nd December 2014 at 11:28 pm

      Tidak semudah itu untuk melabelkan seseorang itu invtrovert atau extrovert. Perlu jawab soalah kaji selidik personaliti terlebih dahulu.

      Reply
  21. Hazmin Hamudin says

    2nd December 2014 at 9:48 am

    Nak kata introvert sangat tu pun tak jugak. Cuma nakkan sedikit privasi je. hehe

    Reply
    • akubiomed says

      2nd December 2014 at 11:30 pm

      Ini kiranya alim-alim kucing. Malu tetapi mahu. 🙂

      Reply
  22. Azwan Anuar says

    1st December 2014 at 10:43 pm

    siapa yang tak kenal bro azrin ni, memang akan kata bro sombong
    tapi kalau dah kenal, bila sembang ok je

    Reply
    • akubiomed says

      2nd December 2014 at 11:30 pm

      Lambat panaslah bro. 🙂

      Reply
  23. blogger lelaki says

    1st December 2014 at 8:39 pm

    okey baiklah bro..gua mengaku gua blogger introvert tu..hahaha

    Reply
    • akubiomed says

      1st December 2014 at 9:54 pm

      Tidak semudah mengaku introvert. Ia perlu menjawab soalan kaji selidik untuk menentukan introvert atau extrovert.

      Reply
  24. ikhwan says

    1st December 2014 at 7:56 pm

    saya integrated introvert 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      1st December 2014 at 9:56 pm

      Jangan rasa segan atau malu berdepan dengan orang ramai. Guna kelebihan sebagai introvert dan atasi masalah introvert.

      Reply
  25. Ammar says

    1st December 2014 at 4:54 pm

    Saya ni introvert jugak orangnya kan? Ingat lagi tak masa first time jumpa kat event Kawasaki dulu? hehehe

    Reply
    • akubiomed says

      1st December 2014 at 9:57 pm

      Perlua jawab soalan kaji selidik terdahulu sebelum dapat ditentukan sebagai introvert atau extrovert.

      Reply
  26. Malaysia Tercinta says

    1st December 2014 at 2:58 pm

    Saya pun ada gene introvert built in 🙂

    Reply
  27. Raihanah Ahmad says

    1st December 2014 at 10:29 am

    saya pun introvert…

    Reply
  28. ruggedmom says

    1st December 2014 at 9:44 am

    oh baru tahu maknanya hehe…

    Reply
  29. Siti says

    1st December 2014 at 5:12 am

    Nasib baik ada letak gambar muka dlm blogpost, tapi kat bioadata memang saya sorok muka pun. Ni masuk kategori mana ya?

    Reply
    • akubiomed says

      1st December 2014 at 9:58 pm

      Boleh Google mengenai introvert dan extrovert. Ada soalan kaji selidik online yang boleh diturut sertai untuk menentukan personaliti cenderung yang mana satu.

      Reply
  30. zie fauzi says

    1st December 2014 at 3:07 am

    saya salah seorang daripadanya.. 🙂

    Reply
  31. ohcikgu says

    1st December 2014 at 12:34 am

    ohh..

    ada juga blogger introvert rupanya ye..

    Reply
  32. nafisa81 says

    1st December 2014 at 12:21 am

    Tak sure…sbb saya bukannya pemalu sangt…cuma lambat panas je

    Reply
  33. Khairul Zamri says

    30th November 2014 at 11:31 pm

    Sedikit sebanyak terasa jugak walau tak hebat mana menulis blog

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL