• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / Blog Papa Mifz dari kaca mata AkuBiomed

Blog Papa Mifz dari kaca mata AkuBiomed

20th July 2013 by akubiomed 42 Comments

Blog Papa Mifz kisah peribadi papa blogger dan Mifz.

Blog Papa Mifz di antara blog saya kerap blog walking. Ia adalah blog peribadi dan Mifz(lebih kurang sebaya anak saya baby Aslah) menjadi subjek utama blog ini. Boleh dikatakan setiap perkembangan Mifz dicoretkan kedalam blog ini dan buat masa ini masih lagi seorang. Mungkin pada masa hadapan Mifz dapat adik siapa tahu. Kita doakan sama-sama.

Kalau lihat pada Header blog Papa Mifz telah menetapkan 4 kategori iaitu Famili, Cuti, Makan dan Optik. Memberikan gambaran kepada penyampaian blog ini. Kalau tak keberatan Papa Mifz boleh perbaiki header blog dengan mengupah perkhidmatan membuat header blog diantara rakan blogger yang saya kenali adalah blogger Budak Nakal mampu melakukan revamp pada header blog. Ia sekadar cadangan sahaja,

Blog papa memang sekepala dan boleh masuk.

Mengapa saya berasa senang melawat blog ini kerana kami mempunyai persamaan dari segi mempunyai anak kecil. Jadi coretan yang ditulis mudah difahami dan dibaca. Selang seli diselitkan destinasi pelancongan yang dikunjungi dan tips mengenai cermin mata. Ia menjadikan satu tarikan kepada pengunjung untuk mengetahui mengenai destinasi pelancongan yang dilawati.

Tips mengenai jenis cermin untuk cermin mata memberikan saya sedikit pengetahuan mengenai cermin yang sesuai untuk cermin mata.

Antara kisah yang terpahat dikepala saya adalah kisah cermin mata Papa Mifz dan Mama Mifz telah dipatahkan oleh Mifz. Sabor jer lah.

Dari blogspot ke WordPress.

Saya baru perasan Papa Mifz telah berpindah dari platform blogspot kepada WordPress. Patutlah ketika entri ini ditulis saya terpaksa mengolah semula previu entri ini. Nampaknya agak lama saya tidak mengunjungi blog ini selepas Google Reader menghentikan perkhidmatannya dan Feedly yang digunakan boleh pula terlepas feed untuk blog ini. Tanniah saya ucapkan kepada PaPa Mifz telah menghadiri WordPress Junior Class anjuran DenaiHati Akademi.

Blog Papa Mifz ini mengunakan platform WordPress dan mengunakan nama domain PapaMifz.com. Theme default Twenty Twelve adalah theme WordPress yang responsive dan mempunyai ciri-ciri SEO. Saya mencadangkan agar Papa Mifz dapat membuat beberapa setting pada theme. Saya juga mengunakan theme default WordPress ini kerana saya suka theme minimalist dan loading blog yang cepat.

Masa masih panjang untuk Papa Mifz aplikasi ilmu yang diperolehi dari kelas WordPress Junior Class. 

Letak label pada ‘alternate text’ pada gambar untuk SEO.

Meletakkan gambar di front page blog mampu memberikan impak kerana theme yang digunakan sekarang ini hanya ada entri sahaja kecuali selepas klik tajuk entri baru kelihatan gambar didalam entri. Gambar diletakkan perlu dilabelkan kerana Google  Crawler tidak memahami kecuali dengan melabelkan gambar dan kesan SEO kepada blog. Boleh rujuk entri saya bagaimana hendak label gambar didalam blog. Ia boleh dilakukan ketika upload gambar kedalam blog dengan mengisi ruang ‘alt text’ pada masa akan datang.

Mempunyai kedudukan Google Page Rank 3.

Kedudukan Google Page Rank 3 boleh sudah dianggap baik ia mampu memberikan kesan kepercayaan kepada blog ini.

Seperti saya tulis didalam entri ini Papa Mifz masih mempunyai masa untuk aplikasi ilmu WordPress yang dipelajari. Ada sesetengah setting hanya perlu dibuat sekali. Kekal niche dan gaya penulisan santai ada dialek Nogori mampu mendekatkan pembaca blog ini.

Pengusaha cermin mata.

Sudah alang-alang tulis tak salah tolong promosi kedai cermin mata Papa Mifz. Papa Mifz ini adalah pengusaha kedai cermin mata di Aeon Big(dahulu dikenali Carrefour) Bukit Rimau yang terletak di Shah Alam. Boleh kunjungi kedai cermin mata beliau.

Sila tekan butang kongsi:

  • Ada hati buat header blog tapi tangan keras
  • Blog CahayaCinta yang ku kenali
  • Pengalaman menulis blog

Filed Under: Uncategorized

Reader Interactions

Comments

  1. ema says

    24th July 2013 at 2:36 pm

    good luck

    Reply
    • akubiomed says

      27th July 2013 at 12:24 am

      Terima kasih. Mengharapkan rezeki kemenangan.

      Reply
  2. Hafizul says

    23rd July 2013 at 10:56 am

    selamat berjaya bro untuk kontest PM tu..hehe

    Reply
  3. Nur says

    23rd July 2013 at 2:57 am

    Good luck..

    Reply
  4. hafiz says

    22nd July 2013 at 11:34 am

    oo PM tokeh cermin mata rupanya
    banyak juga ilmu yang bro sampaikan

    Reply
  5. suriaamanda says

    22nd July 2013 at 9:10 am

    good luck bro…SA pun suka terjah blog papamifz sebab Mifz ensem..huhuhuhu…

    Reply
  6. papa mifz says

    21st July 2013 at 9:38 pm

    terima kasih kerana sudi join contest den , semoga berjaya yer bro…:)

    Reply
  7. AUC says

    21st July 2013 at 6:20 pm

    moga berjaya bro…

    Reply
    • papa mifz says

      21st July 2013 at 9:38 pm

      bro AUC , jom lah join contest tuh…;)

      Reply
  8. Naziman Azlye says

    21st July 2013 at 12:57 pm

    Isi blog yang ada persamaan memang lebih senang nak follow.

    Reply
  9. hafizrahim says

    21st July 2013 at 12:19 pm

    selalu jugak masuk blog papamifz..terkenal dengan trademark cermin matanya

    Reply
    • papa mifz says

      21st July 2013 at 9:39 pm

      bro sudi-sudikanlah join contest tuh yer…;)

      Reply
  10. eyriqazz says

    21st July 2013 at 11:31 am

    Papamifz – First impression, cermin mata…..Boleh rebrandingkan lagi ni…

    Reply
    • akubiomed says

      21st July 2013 at 12:31 pm

      Papa Mifz ini sudah menghadiri kelas WordPress Junior Class sudah boleh aplikas ilmu yang dipelajari.

      Reply
    • papa mifz says

      21st July 2013 at 9:40 pm

      akan cuba sebaik mungkin , nak juga berjaya seperti bro…;)

      Reply
  11. hafizmd says

    21st July 2013 at 10:43 am

    Blog yg wajib singgah ni. Best!

    Reply
    • papa mifz says

      21st July 2013 at 9:40 pm

      terima kasih bro…:)

      Reply
  12. titan says

    21st July 2013 at 5:45 am

    hoho..tauke spek mata nih..

    Reply
    • akubiomed says

      21st July 2013 at 10:39 am

      Bro berhajat hendak belanja cendol atau cermin mata boleh cari beliau. 🙂

      Reply
    • AUC says

      21st July 2013 at 6:20 pm

      geng 4 mata belake ni…

      Reply
    • papa mifz says

      21st July 2013 at 9:40 pm

      alah tauke kecil-kecilan jer bro…

      Reply
  13. Ayu Jamal says

    21st July 2013 at 12:22 am

    owh patut lah beliay suka bercerita ttg kacamata, tauke kacamata rupanya, hhe

    Reply
    • akubiomed says

      21st July 2013 at 10:43 am

      Kepakaran beliau didalam bidang Optomatri.

      Reply
  14. TehR says

    21st July 2013 at 12:14 am

    antara yang aku selalu singgah juga
    seronok tengok gelagat anak bujang mereka

    Reply
    • papa mifz says

      21st July 2013 at 9:41 pm

      singgah lah selalu yer cikgu…hehe

      Reply
  15. azwan says

    21st July 2013 at 12:00 am

    antara blog yang aku singgah jugak….
    aku pun terkesan juga lepas google reader dihentikan…nak blogwalking payah sikit sekarang ni

    Reply
    • akubiomed says

      21st July 2013 at 10:45 am

      Boleh pindahkan senarai RSS feed.

      Reply
    • papa mifz says

      21st July 2013 at 9:42 pm

      huhu…harap masalah tuh cepat selesai…

      Reply
  16. Obsolete Coin says

    20th July 2013 at 11:55 pm

    Banyak peminat blog ni…..
    Berpindah ke WordPress senang sikit SEO, takde asas pun semua boleh buat Auto jer…. 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      21st July 2013 at 10:46 am

      Sebelum mengunakan hosting berbayar perlu tahu bajet hosting kalau tidak akan ada masalah bandwith dan storage.

      Reply
    • papa mifz says

      21st July 2013 at 9:42 pm

      ish peminat tak ramai mana pun…huhu

      Reply
  17. ahmadyani says

    20th July 2013 at 11:12 pm

    Blog yang mendasarkan kekeluargaan memang disukai ramai pembaca.

    Reply
    • akubiomed says

      21st July 2013 at 10:47 am

      Lebih senang hendak menulis kerana ia lebih santai.

      Reply
  18. Mus says

    20th July 2013 at 9:49 pm

    boleh kenal lebih dekat ni..

    Reply
    • akubiomed says

      21st July 2013 at 10:47 am

      Boleh. Sila lah terjah blog beliau. 🙂

      Reply
  19. sukma says

    20th July 2013 at 5:27 pm

    ohhh..baru tahu dia pengusaha kedai cermin mata, suka note yg diberikan oleh beliau mengenai cermin mata….

    Reply
    • akubiomed says

      21st July 2013 at 10:48 am

      Ilmu yang boleh dimanfaatkan.

      Reply
    • papa mifz says

      21st July 2013 at 9:43 pm

      ada apa2 pertanyaan berkenaan cermin mata boleh diajukan , Insya-Allah akan dijawap sebaik mungkin…;)

      Reply
  20. NoktahHitam says

    20th July 2013 at 4:56 pm

    Haaa. betul la tu, Papa Mif ni keja dekat Bukit Rimau. Hari tu dia ada perkenalkan diri dekat kiteorg (Shaz Kebab). Tapi tak sempat borak lama sebab tengah kasi free sample kepada pelanggan.

    Apa-apa pon tahniah, WP adalah platform terbaik untuk blogging. Good luck kepada Akubiomed dan Papamifz. Semoga memperoleh keuntungan dan rezeki yg baik sentiasa.

    Reply
    • akubiomed says

      21st July 2013 at 10:50 am

      Terima kasih bro. Mencuba nasib dengan penyertaan contest anjuran rakan-rakan blogger.

      Reply
    • papa mifz says

      21st July 2013 at 9:44 pm

      oh blogger juga rupanya , erk…malu….hehe

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Pengalaman guna Air Cooler MIND mampu menurun suhu panas
  • Cuci lampu headlamp kereta kuning dengan pengilat dan pencuci Waxco

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in