Bidai Organik dari pokok Janggut.
Siapa sangka pokok Janggut boleh dihias untuk dijadikan bidai pelindung dan penyejuk didepan rumah. Biasanya pokok Janggut ini digantung mengunakan gelung sangkar tetapi kali ini saya ubat sikit tempat penyangkut pokok Janggut.
Memandangkan saya mempunyai lebihan pokok Janggut. Pokok Janggut dipisah-pisahkan untuk memudahkan kerja menyangkut pokok Janggut pada tempat baru.
Saya beli jaring plastik dari kedai Hardware dan lekatkan kepada batang kayu. Kemudian helain pokok Janggut disangkut sepanjang jaring plastik. Satu proses kerja yang rumit dan perlu kesabaran tinggi memandangkan kita nak sangkut pada lubang dari pangkal hingga ke hulu batang kayu.
Ini lah hasil bidai dari pokok Janggut dari pandangan dari dalam. Suasana dari dalam agak redup dan masih tidak terhalang pemandangan dari dalam.
Pemandangan bidai pokok Janggut dari pemandangan dari luar. Orang yang lalu lalang didepan rumah tak berapa nampak. Saya boleh buka tingkap rumah seluas-luasnya untuk mengalakkan angin luar masuk ke dalam rumah dan dapat membaiki pengudaran didalam rumah.
Inilah hasil bidai dari pokok Janggut yang digantung yang kelihatan cantik. Penjagaan pokok Janggut ini mudah. Siram air waktu pagi dan petang. Sebulan sekali bolehlah sembur air baja dengan kuantiti kepekatan yang amat sedikit. Selamat mencuba membuat bidai dari pokok Janggut.
Dah macam langsir tapi ini bukan sebarang langsir. Nampak cantik, natural dan unik.
Rumah terlindung dari dari luar dan langsir natural. 🙂
Waa…meriahnya! Meredupkan dan menyejukkan kawasan sekeliling. Rajin betul tuan Azrinros membesarkan anak2 pokok.
Dah jadi hobi dan melekakan aktiviti bercucuk tanam nih. 🙂
Aku pernah pelihara ni bidai pokok janggut tapi tidak menjadi..