Berus karpet untuk bersihkan karpet yang mesra alam dan tenaga hijau.
Berus karpet dapat bersihkan serpihan biskut, keropok, butiran nasi atau pasir diatas karpet. Tiada kisah roket sains mengenai berus karpet ini hanyalah mengunakan dua berus yang mampu bersihkan kotoran diatas karpet dengan mudah dan cepat.
Biasanya nak bersihkan karpet samada mengunakan vacuum cleaner atau penyapu lidi. Masalah guna vaccum cleaner adalah tenaga elektrik yang mengunakan Watt tinggi. Kalau selalu guna boleh melambung bil elektrik pada hujung bulan. Nombor meter elektrik berputar laju seperti meter air bila buka kepala pili air.
Kalau guna penyapu lidi masalah habuk berterbang pula dan perlu disambung dengan penyampu. Nak selesaikan masalah yang bersin kerana sensitif dengan habuk boleh gantikan penyapu lidi untuk bersih karpet dengan berus karpet ini.
Cara gunakan berus karpet ini mudah tidak perlu bateri atau elektrik untuk mengunakannya. Sekadar berus diatas karpet dan kemudian rasa dengan tapak tangan samada ada rasa berpasir atau tidak. Jika masih ada boleh ulang gosok sekali lagi.
Kotoran terperangkap didalam kotak berus
Dua berus lebih baik daripada satu berus. Berus yang akan memindahkan kekotoran ke dalam kotak.
Berus karpet yang dijual dipasaran ada yang satu berus dan dua berus. Sudah tentu dua berus lebih baik daripada satu berus ibarat dua orang berkerja lebih baik daripada satu orang bekerja. Betulkan.
Perlu diingat berus karpet bukan untuk menghilangkan habuk yang terperangkap didalam bulu karpet. Vacuum cleaner perlu digunakan untuk buang habuk terperangkap tersebut. Berus karpet ini untuk bersihkan kotoran seperti serpihan biskut, butir-butir nasi, pasir dan sebagainya diatas karpet.
Ciri-ciri berus karpet:-
- Tidak mengunakan sebarang bateri atau elektrik
- Habuk tidak berterbangan semasa memberus karpet
- Dua berus untuk pembersihan karpet lebih baik
- Tenaga hijau dan mesra alam
Berbaloi untuk memiliki berus karpet ini kerana ia mudah digunakan dan cara cepat untuk bersihkan karpet sambil-sambil menonton televisyen.
Video demo cara mengunakan berus karpet untuk membersihkan karpet
Boleh dapat Berus Karpet ini di Shopee.
Yg bestnya, x perlu letrik atau guna bateri. Sgt mudah.
Ngeeee lama dah berus cmni. Dulu2 pattern satu brush je and xde pemegang.. But now ade mcm ni senang sgt2.
Betul tu tuan, kadang-kadang kalau tumpah serpihan biskut pun tak pasal-pasal nak kena angkat vacuum cleaner. Dengan adanya berus karpet ni bukan saja memudahkan kerja di rumah, paling best dalam kereta juga, tak perlu tarik wayar panjang2 guna vacuum.
Kalau bulu kucing, dia boleh tanggalkan tak bila guna berus ni? Karpet saya ni problem dengan bulu kucing je
Saya tidak bela kucing dan kurang pasti samada berus karpet ini boleh bersihkan bulu kucing. Buleh di cuba.
Kalau bulu karpet, dia boleh tanggalkan tak?
Memang memudahkan kerja ibu nak membersihkan karpet kalau ada berus macam ni
Mudah. Berus sahaja untuk bersihkan karpet. 🙂
Sejak hampir 20 tahun dulu saya memang dah gunakan berus ini. Pada waktu tu cuma ada satu berus sahaja tanpa pemegang. Sangat berbaloi memilikinya. Kalau cuma nak membersihkan makanan yang disepahkan oleh anak-anak, tak perlu la susah payah mengeluarkan vacum cleaner.
Ibu saya pernah beli berus karpet ini tetapi satu berus sahaja. Masalah design lama yang penutup selalu tertanggal ketika memberus karpet.