• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / percutian / Bermandi hujan di Zoo Melaka

Bermandi hujan di Zoo Melaka

28th January 2012 by akubiomed 62 Comments

Bermandi hujan ketika berada di Zoo Melaka.

Sempena cuti Tahun Baru Cina baru-baru ini pakcik kepada adik-beradik Koning telah merancang untuk membawa anak-anak buahnya pergi ke Zoo Melaka.  Maklum cuti Tahun Baru Cina yang panjang menjadi jalan Ayer Keroh sesak dengan kenderaan yang bergerak perlahan. Kami meletakkan kenderaan agak berjauhan di Dataran Pahlawan jadi terpaksa menapak sedikit untuk memasuki Zoo Melaka dan langit semakin gelap menandakan hujan akan turun.

Kami dapat melihat helikopter terbang rendah dan menyangkakan ia adalah tinjuan kesesakkan di jalan Ayer Keroh. Rupanya ada perkhidmatan menaiki helikopter untuk orang awam di Dataran Pahlawan. Harga untuk menaiki helikopter ini ada RM60 untuk seorang.

Helikopter

Kami makan tengahari dengan Nasi Lemak yang dibawa dari rumah untuk mengalas perut. Ketika menunju pintu masuk Zoo Melaka hujan sudah mula turun apa lagi berlari kami anak beranak untuk mengelak hujan yang turun. Harga tiket untuk memasuki Zoo Melaka adalah RM10 dewasa dan kanak-kanak RM4.

Burung Kakak Tua menyambut di pintu masuk Zoo Melaka.

Badak Sumbu pantang jumpa lopak air
Ini apa hal pula digigitnya pagar besi.

Cantiknya tanduk nampak macho.
Burung Cenderawasih yang dipercayai dari kayangan.
Syoknya bukan main lentuk tidur.
Harimau Kumbang tidur atas pokok sambil kaki berjuntai.
Kenapalah muka serius sangat ini.

Aksi Ombak Rindu antara singa jantan memikat singa betina.

p/s: Sambungan bermandi hujan di Zoo Melaka – klik siri ke 2.

 

Nak cari hotel murah? Dapatkan: >>Deal hotel terbaik<<

Filed Under: percutian Tagged With: tempat menarik di melaka, tempat menarik melaka, zoo melaka

Reader Interactions

Comments

  1. yas says

    1st February 2012 at 5:39 pm

    Zoo Ni la tempat yg siamang terlepas hrtu kan bro…taun lepas aku dh bawak famili masuk dlm ni…penat jugak la merayau2 dalam tu…hehehe tp taun lepas aku tak pasan lak adanya perkhidmatan heli tu….pas ni klau ader teringin bwk bebudak naik lak…mcm best jerr..

    Reply
    • akubiomed says

      1st February 2012 at 9:34 pm

      Kawasan zoo ini lebih luas dari Zoo Kelang rasanya. Itu pun kami tidak sempat jalan atas jambatam yang dibina sepanjang tasik.

      Reply
      • hafizmd says

        2nd February 2012 at 12:24 am

        Yg ni tak pasti, tp satu benda yg aku pasti. Binatang2 kat sini lagi best dan dekat utk kita tgk dan snap gambar.

        Puas hati tgk =)

        Reply
  2. kimmie says

    31st January 2012 at 4:36 pm

    semua haiwan-haiwan diatas sudah macam model, cantik sangat berposing, gambar pun cantik. Murah lagi nak masuk Zoo Melaka, hari tu ke Zoo Negara bayaran masuk RM20.

    Reply
  3. hatiputera says

    31st January 2012 at 3:07 pm

    Besar tengok rimau tu,,,tiada ketakutan diwajahnya,,

    Reply
  4. Norizwan says

    30th January 2012 at 11:18 pm

    cantik betul gambar bro…lensa tajam ni….helikopter tu baru lagi ea…ini mesti pergi ni….mesti mau cuba…tak pernah naik lagi ni…

    Reply
  5. suri says

    30th January 2012 at 4:11 pm

    saya nak curuk burung itu buat penaman di pejbt saya heee

    Reply
  6. suri says

    30th January 2012 at 3:32 pm

    ni mesti kakak tu duudl tenggek atas dahan pokokkan hee..dah lama tak pergi bertahun rasanya hee

    Reply
  7. wazy says

    30th January 2012 at 2:55 pm

    wahh ..boleh naik helikopter sekali ek,bayaran pun berbaloi tu

    Reply
    • suri says

      30th January 2012 at 3:36 pm

      rm60 haaa.satu kepala deh klu yg ikut tu semua bekerjaok gak.ni bwk budak2 naik mmg tak berbaloi..baik tgok dr bwh jer heee

      Reply
  8. Mus says

    29th January 2012 at 8:22 pm

    gambar pak belang memang cun

    Reply
    • suri says

      30th January 2012 at 3:47 pm

      segak pak belang bila bersandar santai…

      Reply
  9. MEKAR says

    29th January 2012 at 1:50 pm

    Cantik semua gambar2nya. Sya dah lama tak sampai Melaka. Kalu ada program, seronok juga dpt ke sana. Hraitu pun pegi Zoo Negara jer. Lps ni boleh pi zoo melaka

    Reply
  10. apaajanews says

    29th January 2012 at 1:35 pm

    apa jadi agaknya kalau harimau tu duduk satu kandang dengan singa..

    Reply
  11. apaajanews says

    29th January 2012 at 1:33 pm

    cantik gambo, zoo melaka dah pernah singgah, cuma bandar melaka belum diterjah sedetailnya lagi

    Reply
  12. LadyBird says

    29th January 2012 at 10:16 am

    cantiknye burung merah tu…

    knp lembu tu makan tiang..

    teruja je tgk harimau yang duk baring wajahnya menghadap kamera tu.. die ni duk dalam cermin ke?

    Reply
    • akubiomed says

      29th January 2012 at 10:22 am

      Lembu mengigit besi kerana gusi gatal kerana hendak tumbuh gigi. Macam bayi kalau gusi gatal akan mengigit benda untuk mengurangkan kegatalan gusi kerana mahu tumbuh gigi.

      Mengambil gambar harimau adalah “moment” yang tidak boleh dilupakan kerana bukan seperti manuasia boleh diarah untuk “posing”.

      Ada cerita sebalik ambil gambar harimau ini kerana ada seekor harimau lain tiba-tiba mengaum dan terkam. Bertempiaran lari pengunjung menyelamat diri. 🙂

      Reply
  13. Azman says

    29th January 2012 at 2:59 am

    Nice foto bro! geram tgk rusa tu..dah lama tak makan daging rusa.

    Reply
    • akubiomed says

      29th January 2012 at 10:10 am

      Terima kasih. Macamana rasanya daging rusa. Kalau daging Kangaroo pernalah rasa agak berair.

      Reply
  14. auc dot com says

    29th January 2012 at 2:02 am

    tak lepas lagi nk bawak anak2 ke sana

    Reply
    • akubiomed says

      29th January 2012 at 10:12 am

      Kalau ada kelapangan boleh bawa famili ke sana. Saya teringin sangat hendak pergi Taman Negara belum berpeluang lagi.

      Reply
  15. akubiomed says

    29th January 2012 at 1:22 am

    Bila ada kelapangan bolehlah pergi ke Melaka. 🙂

    Reply
  16. CMRatu says

    29th January 2012 at 12:15 am

    pernah masuk zoo melaka masa bawa rombongan pelajar 2tahun lepas…. 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      29th January 2012 at 1:01 am

      Apa pendapat CMRatu mengenai Zoo Melaka ini?

      Reply
  17. shraqs says

    29th January 2012 at 12:06 am

    Aku memang suka pegi tempat2 camni kalu ada masa. Bosan interaksi ngan manusia… 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      29th January 2012 at 1:04 am

      Saya pun leka melihat haiwan liar di Zoo Melaka ini.

      Reply
  18. kulanz says

    28th January 2012 at 11:56 pm

    Dulu pernah setakat lepak2 di Dataran Pahlawan, tapi tak masuk zoo..
    best pula dah ada helikopter untuk orang awam naik..

    Reply
    • akubiomed says

      29th January 2012 at 1:08 am

      Saya teringin untuk merasai pengalaman naik helikopter. Setelah dicongak, campur, darab dan bahagi masih lagi tidak mampu. 🙂

      Reply
      • kulanz says

        29th January 2012 at 11:09 pm

        keluarga akupun besar.. lagi tak mampu naik 😀

        Reply
        • suri says

          30th January 2012 at 3:53 pm

          ha..tak yah naik hee..bli jer yang control punya rasanya tu pun dh kira mmpu klu harga lbih rm60

          Reply
  19. adele says

    28th January 2012 at 11:13 pm

    wah..dah ada watermark skrg ye..tahniah2!

    harimau tu mesti tertekan sbb baru putus dgn awek dia tu..

    Reply
    • akubiomed says

      29th January 2012 at 1:09 am

      Dulu pun ada watermark lah Adele. Ini mesti tidak perasan. 🙂

      Reply
      • adele says

        29th January 2012 at 10:42 am

        perasanlah…cuma dulu watermark simple2 je..skrg lg hebat 😀

        Reply
        • suri says

          30th January 2012 at 3:53 pm

          wah bagus masing2 da ada.cop mohor mana blh tka der lebih2 lagi pic personal 🙂

          Reply
  20. Fahmi Raazali says

    28th January 2012 at 11:02 pm

    Dah lama sangat tak berkunjung ke zoo melaka. Kali terakhir masa darjah 6 rasanya… Jalan raya di Melaka agak sesak. Masa saya menjemput makcik saya yang nak pulang bercuti… 1 jam jugalah ambil masa nak keluar dari negeri Melaka.

    Reply
    • akubiomed says

      29th January 2012 at 1:10 am

      Biasanya laluan tol Ayer Keroh Melaka memang sesak tapi pada hari pergi ke Zoo Melaka dengan sabarnya memandu. 🙂

      Reply
  21. Shasha Catering says

    28th January 2012 at 10:37 pm

    Oh tak mahal kan nak masuk zoo melaka. lain kali nak pegi lah.
    Tu kenapa lembu tu makan besi tu?

    Reply
    • akubiomed says

      29th January 2012 at 1:11 am

      Bro TehR kata lembu gatal gusi hendak tumbuh gigi. 🙂

      Reply
  22. ohcikgu says

    28th January 2012 at 10:28 pm

    dah lama tak gi zoo melaka. pernah gi sekali je dulu.

    Reply
    • akubiomed says

      29th January 2012 at 1:12 am

      Pergi Zoo Melaka tidak perlu bayar pakej macam di Zoo Klang.

      Reply
      • suri says

        30th January 2012 at 4:05 pm

        he jom ar apa lagi…sana byk tempat2 yg bersejarah =)

        Reply
  23. Kak Long Mawar Merah says

    28th January 2012 at 10:19 pm

    Subhanallah, cantik-cantiknya gambar tu.
    Kak Long ada juga pergi zoo Melaka dan anak-anak memang seronok tengok haiwan di sana.

    Reply
    • akubiomed says

      29th January 2012 at 1:13 am

      Mencabar hendak ambil gambar kerana cuaca yang berhujan dan haiwan liar bukan duduk diam. 🙂

      Reply
  24. zulkbo says

    28th January 2012 at 10:12 pm

    salam..
    saya kalau berpeluang, pun teringin
    sangat nak naik helikopter nih 🙂
    tunggulah nanti ada masa nak
    ke sana juga..

    Reply
    • akubiomed says

      29th January 2012 at 1:13 am

      Saya tidak tahu berapa lama perkhidmatan menaiki helikopter dibuka kepada awam.

      Reply
  25. lunaticg says

    28th January 2012 at 10:09 pm

    Antara tempat kegemaran saya dan wife untuk berkunjung….
    Harimau pun dah sihat berbanding setahun lalu. 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      29th January 2012 at 1:17 am

      Ohh..ye ker. Mengambil gambar harimau ada salah satu terujuaan. 🙂

      Reply
  26. cik tom says

    28th January 2012 at 10:01 pm

    dah lama xpergi zooo..rindunya…
    cantiknya burung kakak tua tue…
    mahal juga rm60 sekali naik…
    tp mmg peluang yang susah nak dapat tue..

    Reply
    • akubiomed says

      29th January 2012 at 1:18 am

      Kalau naik heliopter seorang dua okay lagi. Kalau naik ramai-rami boleh pokai juga. 🙂

      Reply
  27. Norasikin says

    28th January 2012 at 9:58 pm

    cemburunya tengok dslr kamu. Tak nak cakap banyak lah. Bmembuak-buak lak rasanya 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      29th January 2012 at 1:19 am

      Jangan salahkan saya kalau tergoda beli kamera DSLR. 🙂

      Reply
      • suri says

        30th January 2012 at 3:32 pm

        ha..ni salah satu petanda GERAM! haaa

        Reply
  28. tehr says

    28th January 2012 at 9:22 pm

    gambar2 yang menarik, bro
    sang lembu tu gatal gusi nak tumbuh gigi
    tu la pasal gigit batang besi
    haha

    Reply
    • akubiomed says

      29th January 2012 at 1:20 am

      Saya tanya isteri saya, dia berkata sama macam bro sebab datuknya pernah bela lembu. 🙂

      Reply
  29. Nur says

    28th January 2012 at 9:08 pm

    Wah dah ada perkhidmatan menaiki helikopter.. sangat menarik. Lama dah berkunjung ke mana2 zoo..

    Besarnya seladang tu.. Nice pic!

    Reply
    • akubiomed says

      29th January 2012 at 1:20 am

      Besarnya tannduk mengingatkan rekabentuk rumah orang Minangkabau.

      Reply
  30. anif says

    28th January 2012 at 8:56 pm

    Wahaha.. Boleh naik helikopter la.. Baru tau ada perkhidmatan terbaharu yang ditawarkan.

    Reply
    • akubiomed says

      29th January 2012 at 1:21 am

      RM60 seorang kalau hendak menaiki helikopter di Dataran Pahlawan.

      Reply
  31. Juan says

    28th January 2012 at 8:44 pm

    xpernah lagi sampai melaka

    Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in