• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Berita terkini daripada bilik gerakan

Berita terkini daripada bilik gerakan

14th March 2013 by akubiomed 77 Comments

Berita terkini daripada bilik gerakan kampung Bukit Rambai.

Dari bilik gerakan Bukit Rambai melaporkan berita terkini apa yang berlaku salah sebuah rumah penduduk di kampung ini.

Saya melaporkan perkembangan berita terkini persiapan perkahwinan 2 adik ipar perempuan saya. Saya sekarang ini berada di kampung Bukit Rambai, Melaka. Adik beradik, saudara mara dan jiran tetangga sudah mula melaksana tugasan secara gotong-royong untuk penyediaan majlis perkahwinan adik ipar yang bakal berlangsung pada hujung minggu ini.

karpet merah pengantin

Selepas habis kerja semalam saya telah bertolak dan telah mula bercuti pada hari Khamis diambil awal untuk membantu persiapan majlis perkahwinan yang akan dijalankan pada hari Sabtu ini.

gubahan bunga hiasan pelamin

Diberi kepercayaan untuk menjadi jurugambar pengantin buat kali ke 2.

Saya telah diminta menjadi jurugambar pada hari majlis perkahwinan itu nanti. Adik-adik ipar lelaki saya berbakat dengan mempunyai kebolehan untuk membuat solekan  pengantin dan juga membina pelamin serta gubahan pelamin dan hantaran. Sudah boleh dijangkakan sentuhan adik-adik ipar saya terbaik dan mengejutkan sesiapa yang datang mengunjung. Adik-beradik koning turut membantu menolong persediaan perkahwinan 2 makcik mereka ini.

Hari ini adik beradik koning membantu proses persediaan bunga telur @ bunga pahar.

Abang long bersihkan telur masin

Proses pembuatan Bunga Telur atau Bunga Pahar.

  1. Telur masin telah digunakan didalam proses pembuatan Bunga Telur @ Bunga Pahar.
  2. Telur masin dibersihkan terlebih dahulu dengan membuang salutan tanah hitam.
  3. 15 biji telur masin akan dimasukkan kedalam setiap beg plastik yang telah ditebuk.
  4. Beg plastik yang berisi telur masin akan direbus didalam air panas.
  5. Telur masih yang telah direbus akan diikat dengan bunga telur untuk diberikan kepada pengunjung selepas menepung tawar pengantin pada hari majlis perkahwinan nanti.

Sehingga setakat jam 5 petang hari ini baru 60% persiapan majlis perkahwinan ini dilaksanakan. Saya berdoa agar semuanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar ketika majlis kenduri kahwin ini berlangsung pada hari Sabtu ini.

AkuBiomed: Sekian laporan terkini persiapan majlis perkahwinan daripada bilik gerakan kampung Bukit Rambai, Melaka.

Sila tekan butang kongsi:

  • Majlis Akad Nikah adik ipar
  • Jurugambar terjun majlis perkahwinan adik ipar
  • Persiapan pra pernikahan adik ipar

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. hari says

    22nd March 2013 at 5:34 pm

    mau dong jadi juru gambar di perkawinan ane nanti

    Reply
  2. suri says

    22nd March 2013 at 2:54 pm

    skrg ramai ank2 muda ringan tulang heee ada mmbantu tanoa mengharapkan balas. tpi yg kecik2 tu suka sgt jika di beri upah rm10.00 heee

    Reply
  3. Kulanzsalleh says

    21st March 2013 at 9:59 pm

    Pengalaman terbaik jadi jurugambar perkahwinan..

    Reply
  4. RICH says

    21st March 2013 at 2:39 pm

    Cantik gak bakul yang ada bunga2 tu tu,..sangkar burung ker tu hi..hi..

    Reply
    • akubiomed says

      22nd March 2013 at 1:16 am

      Sangkar burung mini untuk hiasan pelamin.

      Reply
  5. Bro Zulkbo says

    20th March 2013 at 12:36 am

    salam..
    perghh..bersiaran secara lintas langsung nih 🙂
    ermmm..ada menu telur masin juga ye..mesti
    best juadahnya nanti..tengok orang bersanding
    teringin pulak nak naik lagi..(berangan je la..)
    he he

    Reply
  6. Shasha Mohamed says

    19th March 2013 at 7:51 pm

    Wah! Menarik, telur masin dijadikan bunga telur. First time saya dengar.
    Sedap juga kalau buat lauk 😉

    Reply
    • akubiomed says

      22nd March 2013 at 1:16 am

      Saya pun hairan kenapa telur rebus diganti dengan telur masin.

      Reply
  7. wahida says

    19th March 2013 at 5:02 pm

    nice pelamin!!

    Reply
    • akubiomed says

      22nd March 2013 at 1:17 am

      Terima kasih. Hasil sentuhan kreatif adik ipar.

      Reply
  8. lepakk.com says

    19th March 2013 at 4:41 pm

    menarik sungguh…

    Reply
  9. Nurul says

    19th March 2013 at 4:39 pm

    Ya Allah bestnyer..bila tgk majlis macam ni.. rindu sgt dengan suasana kg..

    Reply
  10. hafiz says

    19th March 2013 at 3:31 pm

    nasib baik belah mentua semua dah kahwin tinggal belah kawan jea ada 3 orang lagi…

    Reply
  11. donnyien says

    19th March 2013 at 1:18 pm

    Moga semuanya di permudahkan bro.. selamat pengantin baru

    Reply
  12. amirulfaiz says

    18th March 2013 at 11:29 pm

    Alamak, dah terlepas tarikh, kalau tak, boleh singgah Bukit Rambai.:)

    Reply
    • akubiomed says

      22nd March 2013 at 1:17 am

      Oh terlupa hendak jemput bro.

      Reply
  13. Mus says

    18th March 2013 at 5:11 pm

    pasti penat kerja kawin ni..

    Reply
    • akubiomed says

      22nd March 2013 at 1:18 am

      Memang sudah adat kalau menguruskan kerja kahwin ini.

      Reply
  14. sha says

    18th March 2013 at 12:34 pm

    terer lah pembaca berita ni…untung lagi boleh mkn nasi kenduri hehe

    Reply
  15. Dulu Lain Sekarang Lain says

    18th March 2013 at 8:56 am

    Wah! ada lapuran lagi tu.. 😀 Upgrade sikit la bro.. buat live streaming..

    Reply
    • akubiomed says

      22nd March 2013 at 1:19 am

      Tak boleh hendak buat live streaming. 🙂

      Reply
  16. Datin Tyka says

    18th March 2013 at 3:24 am

    cantik pelamin tu

    Reply
  17. suri says

    17th March 2013 at 10:28 pm

    deco semua cantik2 belaka,sy kawin dulu pun tak cam ni heee

    Reply
  18. Imran says

    17th March 2013 at 10:25 pm

    kemah-kemah…

    Reply
  19. ahmadyani says

    17th March 2013 at 9:14 pm

    Telor ayam kampung ke?

    Reply
    • suri says

      17th March 2013 at 10:29 pm

      telur masin le

      Reply
    • akubiomed says

      22nd March 2013 at 1:19 am

      Telur masin itik.

      Reply
  20. titan says

    17th March 2013 at 7:58 pm

    telur tu nampak comel.

    Reply
  21. hafiz says

    17th March 2013 at 2:42 pm

    mesti sibukkan dan letih…

    Reply
  22. Ladfe Amir says

    17th March 2013 at 2:39 pm

    terkejut juga bila baca tajuk. ingatkan ada isu melibatkan negara lagi.

    Reply
  23. hafizmd says

    17th March 2013 at 2:07 pm

    Selamat pengantin baru buat adik bro AB. Kelaurga bertambah besar, moga semakin meriah dan bertambah barakah..ameen

    Reply
  24. Sara says

    17th March 2013 at 12:57 pm

    cantiknya..nampk unik dan simple persediaannya 🙂

    Reply
  25. Aya says

    17th March 2013 at 12:40 pm

    cantik persiapannya.. siap ada carpet merah lagi.. ^_^

    Reply
    • suri says

      17th March 2013 at 10:30 pm

      alah2 raja sehari gitu hee.kalu aya lalu mesti rasa cam permaisuri gitu

      Reply
  26. papa mifz says

    17th March 2013 at 7:07 am

    siap ada laporan terkini yer…hehe

    semoga semuanya berjalan dengan lancar…amin…

    Reply
    • hafiz says

      18th March 2013 at 2:35 pm

      bro azrin rajin update hihihi

      Reply
  27. yusri says

    17th March 2013 at 12:08 am

    field report yang terbaik di samping gambir-gambir yang mantop!
    Keep it up bro!

    Reply
    • suri says

      17th March 2013 at 10:32 pm

      gambir2 tu apa bro yusri?

      Reply
  28. Juan says

    16th March 2013 at 8:55 pm

    wah cantik cantik hiasannya

    Reply
  29. suri says

    16th March 2013 at 4:03 pm

    kerusi itu nampak antik, lekuk memang cantik

    Reply
  30. suri says

    16th March 2013 at 3:58 pm

    hai awak atas pelamin tu sy kat sini lah

    Reply
  31. yas says

    16th March 2013 at 1:29 am

    Selamat pengantin baru buat adik ipar bro….semoga berbahagia sellau dan berpanjangan jodo mereka….

    Reply
  32. BUNDA says

    15th March 2013 at 6:49 pm

    assalam,

    memang dah ramai orang guna telur masin ni..

    Reply
    • suri says

      16th March 2013 at 4:06 pm

      warna putih, bila lasut dg kerongsong warna mmg nampak cntik

      Reply
  33. fyna says

    15th March 2013 at 4:08 pm

    waaaa..mesti meriah nantikan.

    Reply
  34. bitt says

    15th March 2013 at 3:45 pm

    menarik…tak pernah tahu telur masin di bungkus dengan plastik masa direbus…

    Reply
  35. Neu says

    15th March 2013 at 3:42 pm

    ingat cerita operasi tadi 🙂

    telur bunga masin rasanya tempat saya takda lagi bro.

    Reply
    • suri says

      16th March 2013 at 4:08 pm

      makan bersama masak lemak ..sambal belacan sedp juga

      Reply
  36. TehR says

    15th March 2013 at 12:53 pm

    ingatkan dari bilik gerakan operasi daulat tadi
    hehe

    moga2 semuanya berjalan lancar nanti

    Reply
  37. suri says

    15th March 2013 at 12:45 pm

    telur masin klu mkn dg nasi panas lauk pauk mmg cpt hbis makn jwbnya

    Reply
  38. hatiputera says

    15th March 2013 at 11:44 am

    Semoga majlis berjalan dengan lancar dan selesa bro.

    Reply
  39. staibaqhang says

    15th March 2013 at 11:00 am

    tone menarik… aku suka..

    Reply
    • suri says

      15th March 2013 at 12:46 pm

      gaya english menjadi sentuhan

      Reply
  40. sukma says

    15th March 2013 at 9:59 am

    berita terkini …suspen jer bro….

    Reply
    • suri says

      15th March 2013 at 12:46 pm

      bukan berita dari bilik kawalan utk pacak bendera parti heee

      Reply
  41. Irsah says

    15th March 2013 at 3:17 am

    Ide yg bernas gunakan tlur asin…sesuai sangatlah dengan perkembangan semasa.. moga majlis berjalan lancar hendaknya….

    p/s: mcm yg lain2.. bikin suspen katak ajer berita terkini nih.. but nice share..

    Reply
    • suri says

      15th March 2013 at 12:48 pm

      kalu sy beri pelung nak juga buat kerja2 kwin tu tpi tak der peluang…sb sy dh kwin.abg kak dh kwin urm..tunggu anajk sedaralah jawabnya…

      Reply
  42. auc says

    14th March 2013 at 10:51 pm

    buat suspen je ingat berita apanya
    moga majlisnya berjalan dgn lancarnya 🙂

    Reply
    • suri says

      16th March 2013 at 4:11 pm

      kalau tak silap hari ini ia bermula 😉

      Reply
  43. Petua Puteri says

    14th March 2013 at 10:45 pm

    mmg cantiklah gambar-gambarnya jika bro akubiomed yg ambil…

    Reply
    • suri says

      15th March 2013 at 12:49 pm

      yeah, good luck semoga pic akan lebih licn dan kemas lgi 😉 sy bru pergi blogspot tu nice pic orkid tu hee 😉

      Reply
  44. diana says

    14th March 2013 at 10:25 pm

    seronoknya nak kenduri..tambah2 bila tengok sedara mara semua balik masa ni la nak jumpa dan tanya kabar kan??tapi bila habis kenduri memang lepak la..kalau semua buat sama2 macam ni takla penat sangat kot..tu semua bunga2 pelamin pun depa buat sendiri ka??wah!!bagus nya..

    Reply
  45. Kamal Mustafa says

    14th March 2013 at 10:23 pm

    Kono buek siaran lansung nie Bro Azrin. Awal juga persiapan dibuat ya.

    Reply
    • suri says

      15th March 2013 at 12:50 pm

      untung ada ramai adik beradik sanak saudara membut kerja lbih mudah

      Reply
  46. MK Kimi says

    14th March 2013 at 9:37 pm

    Berita diterima 🙂

    Reply
    • suri says

      15th March 2013 at 12:56 pm

      bersiaran di petak komen ini heee

      Reply
  47. Hazmin Hamudin says

    14th March 2013 at 7:53 pm

    Roger and out.. kih3… semoga semuanya berjalan dengan lancar bro.

    Reply
  48. ciklaili.com says

    14th March 2013 at 7:52 pm

    tahniah..buat kali ke-2 diberi kepercayaan menjadi jurugambar perkahwinan..

    moga majlis berjalan dengan lancar. amin…

    Reply
  49. Lynn says

    14th March 2013 at 6:31 pm

    Lagi 2 hari je majlis, jenuh merewang ni hehe..

    Reply
    • suri says

      16th March 2013 at 4:13 pm

      dah nak kwin ker cik lynn?

      Reply
  50. afif says

    14th March 2013 at 6:19 pm

    suka gambar pelamin atas tu..dengan telatah si kecil tu,memang menjadi gambar tu..

    Reply
    • suri says

      15th March 2013 at 12:57 pm

      anak2 mmg suka naik pelamin tgu sat lgi dia pijak2 pula kerusi bagai heee

      Reply
  51. hafizmd says

    14th March 2013 at 5:39 pm

    Terbaik! Bila semua curahkan tenaga, inshaaAllah pasti lebih ringan dan besar hikmahnya.

    Terima kasih atas laporan di sana. Kita kembali ke studio utama =)

    Reply
  52. maszull says

    14th March 2013 at 5:38 pm

    assalamualaikum akubiomed…bestnya ada majlis rupa2nya…semoga dipermudahkan semuanya…:)

    Reply
  53. KiD says

    14th March 2013 at 5:30 pm

    waaaahhhh…. ada telur masin pulak yea… selamat berkenduri..!!!

    Reply
  54. Sharafie says

    14th March 2013 at 5:30 pm

    semoga semuanya berjalan lancar…terbaik la..tangkap gambar lawa² ye..hehe

    Reply
    • suri says

      16th March 2013 at 4:17 pm

      dah ada fb selamat le pic sy yang sempat di bidik

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • 8 kebaikan Speed jump rope yang mungkin korang tak tahu
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Panduan selesai atm duit tak keluar tetapi duit dalam akaun dipotong

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in