• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / Bergaya walaupun potong rumput di halaman rumah

Bergaya walaupun potong rumput di halaman rumah

26th July 2013 by akubiomed 73 Comments

Bergaya walaupun hanya potong rumput di depan rumah.

Rasanya tidak terlambat untuk mengucapkan selamat menyambut Nuzul Quran. Selangor bercuti hari ini sempena sambutan Nuzul Quran. Sudah lama berjanji dengan isteri tersayang untuk potong rumput dihalaman rumah.

Rakyat Selangor bercuti pada hari sambutan Nuzul Quran.

Umat islam sudah masuk minggu ke 2 berpuasa di bulan Ramadhan. Bagi rakyat Selangor mengambil kesempatan bercuti ini untuk membeli belah persiapan sambutan Hari Raya yang bakal disambut tidak lama lagi. Sudah boleh bau bauan enak kuih Raya jiran tetangga yang sudah mula membakar kuih Raya.

Kesempatan bercuti ada tugasan perlu dilaksanakan. Memotong rumput dihalaman rumah. Kalau hendak diikutkanr umput tidakla tinggi sampai berlalang. Kalau di trim sedikit rumput tentu akan memberikan mood Raya dan sedikit berbeza.

Ingatkan hendak memotong rumput seawal pagi kerana bimbang cuaca panas menyebabkan badan menjadi letih dan hidrasi. Semua keperluan untuk potong rumput seperti minyak dan tali mesin rumput sudah tersedia. Apabila hendak mula masuk tali pemotong rumput piringnya pula tak ada kerana sebelum ini mengunakan bilah. Mahu tak mahu terpaksa hidup enjin motor ke kedai Hardware bersama baby Aslah.

Lega rasanya apabila tugasan telah selesai dan halaman sekakang kera didepan rumah nampak berbeza setelah rumput dipotong. Terima kasih kepada mesin rumput yang telah melaksanakan tugasnya dengan baik tanpa ada masalah sepanjang menggunakannya.

Walaupun pun potong rumput gaya perlu ada.

Esok hari Sabtu baru hendak keluar membeli persiapan Raya untuk adik beradik Koning. Teringat masa kecil dahulu begitu seronok apabila dibelikan baju dan kasut Raya. Kali ini keseronokkan mendapatkan merayakan diwajah anak-anak apabila dibelikan baju dan kasut Raya.

Bagaimana pula persiapan Raya rakan blogger? Sudah siap membeli baju dan kasut Raya?

Sila tekan butang kongsi:

  • Persiapan Raya biarlah bersederhana
  • Salam Hari Raya Aidilfitri
  • Aktiviti hujung minggu dengan membersih kebun.

Filed Under: Uncategorized

Reader Interactions

Comments

  1. sohoque says

    4th August 2013 at 6:55 pm

    alamak!!! rumpur kat umah aku blom potong lg.. hang tak nak potong kat umah aku sekli ker… hehehehe

    Reply
  2. Melastik Bintang says

    30th July 2013 at 11:45 am

    dan macam askar pencen da bro.. =0

    Reply
    • akubiomed says

      30th July 2013 at 5:52 pm

      Ceh, kurang asam. 🙂

      Reply
  3. Ummi Hanie says

    29th July 2013 at 11:31 pm

    suri, ada malware kah blognya??

    Reply
  4. Ummi Hanie says

    29th July 2013 at 11:04 pm

    amboi bergayanya tukang kebun itu

    awesome hasilnya 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      30th July 2013 at 12:52 am

      Bergaya tidak ke mana hanya untuk memotong rumput sahaja. 🙂

      Reply
  5. suri says

    29th July 2013 at 6:08 pm

    sekali bapaknya pakai baju chelse sama team dg suami saya ni..cit..mana achi

    Reply
    • akubiomed says

      29th July 2013 at 8:12 pm

      Semangat kedatangan pasukan Chelsea ke Malaysia.

      Reply
    • Ummi Hanie says

      29th July 2013 at 11:05 pm

      suri, ada malware kah blognya??

      Reply
  6. suri says

    29th July 2013 at 6:06 pm

    wah nampaknya bapaknya makin kacak deh

    Reply
    • akubiomed says

      29th July 2013 at 8:07 pm

      Sekali-sekala hendak bergaya. 🙂

      Reply
  7. ema says

    29th July 2013 at 4:46 pm

    gaya itu penting kan…

    Reply
    • suri says

      29th July 2013 at 6:25 pm

      sekali bapaknya pakai baju chelse sama team dg suami saya ni..cit..mana achi

      Reply
  8. hafizmd says

    29th July 2013 at 4:32 pm

    Ini mmg betul2 bergaya. nak2 pakai baju the blues tu tp pasti lebih segak dan kacak kalau pakai baju manu….hohohoho….*tetiba*

    utk anak2 dah siap..utk wife dan diri sendiri jer belum tgk…

    Reply
    • akubiomed says

      29th July 2013 at 7:52 pm

      Biasalah persiapan anak-anak akan didahulukan.

      Reply
  9. hafidz says

    29th July 2013 at 4:30 pm

    Wah, dah macam pakai uniform nih bang ahaks 😛

    Reply
    • akubiomed says

      29th July 2013 at 7:57 pm

      Baru kelas kalau ada pakaian rasmi untuk pemotong rumput.

      Reply
  10. Denaihati says

    29th July 2013 at 3:58 pm

    pakai macam ni tengok bola kat stadium pun ok…

    Reply
    • hafizmd says

      29th July 2013 at 4:34 pm

      jgn lupa tinggalkan mesin tu…kalau tak…..hehee

      Reply
      • akubiomed says

        29th July 2013 at 8:17 pm

        Sudah tak tentu tidak akan dibawa. 🙂

        Reply
  11. suriaamanda says

    29th July 2013 at 3:20 pm

    tinggal nak cari kasut utk anak dara..untuk mamanya kasut dah banyak..ulang pakai je..

    Reply
    • akubiomed says

      29th July 2013 at 7:30 pm

      Saya pun tinggal kasut untuk adik beradik koning sahaja lagi.

      Reply
  12. mancai says

    29th July 2013 at 2:06 pm

    salam bro.. itu mesin boleh sewa sehari ke? mau mesin rumput aa jugak…

    Reply
  13. Anuar says

    29th July 2013 at 1:30 pm

    Eloklah tu.. memanfaatkan masa cuti yang ada untuk membersihkan kawasan rumah…

    Reply
    • akubiomed says

      29th July 2013 at 8:16 pm

      Cuti yang panjang ambil peluang untuk memotong rumput dihalaman rumah.

      Reply
  14. Obsolete Coin says

    29th July 2013 at 12:27 pm

    Dah jadi blogger popular kena bergaya walau dimana anda berada. Nanti kena tangkap gambar oleh paparazi plak kalau selekeh

    Reply
  15. nizamghazi says

    29th July 2013 at 12:05 pm

    Kemas dan cantik halaman rumah bro.
    Walaupun pergi memotong, still stylo.
    Bro tinggal area mana?

    Reply
  16. Amirez says

    29th July 2013 at 7:46 am

    gaya mesti nak kena ada, barulah nampak pro biarpun sekadar potong rumput rumah sendiri 😉

    Reply
  17. AUC says

    29th July 2013 at 1:13 am

    bro boleh ambik upah potong rumpat ni bila ada masa lapang, lumayan jg pak 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      29th July 2013 at 7:16 am

      Rasanya tak perlu cukup potong rumput dihalaman sendiri sahaja. 🙂

      Reply
  18. eyriqazz says

    28th July 2013 at 11:43 pm

    Inilah mat rumput namanya..hihihih

    Reply
  19. Hairul Hissam says

    28th July 2013 at 8:27 pm

    mmg bergaya la bro pakai spec tu..

    Reply
    • akubiomed says

      29th July 2013 at 12:23 am

      Cermin mata keselamatan tuh. 🙂

      Reply
  20. Hairul Hissam says

    28th July 2013 at 8:26 pm

    tak teringat pula nak beli baju atau kasut raya…
    kasut mmg jarang beli sbb saya tak pakai kasut..
    kebetulan selipar saya putus.. nak kena beli baru nie..
    beli yg murah je kat tesco. heee

    Reply
  21. papa mifz says

    28th July 2013 at 7:09 pm

    rumah den baru jer lepas tanam rumput hari tuh…lepas nih nak kene potong jugaklah seperti bro…hehe

    Reply
    • akubiomed says

      29th July 2013 at 12:24 am

      Rumput cepat panjang. Kalau pasang rumput karpet ada bermacam jenis.

      Reply
  22. zuan says

    28th July 2013 at 6:30 pm

    halaman rumah den dah takde rumput. abis abah den tampal dengan petak petak tu (apa nama tah) so keje den mop je la

    Reply
  23. Naziman Azlye says

    28th July 2013 at 5:30 pm

    Halaman rumah baru saja dibersihkan. Dimana-mana pun mesti bergaya walaupun di halaman rumah.

    Reply
  24. boni ultra kacak says

    28th July 2013 at 9:16 am

    mesti jadi parkinson lepas tu kan bro?? hehehe

    Reply
    • akubiomed says

      29th July 2013 at 12:24 am

      Masalah getaran tidak ketara sangat. 🙂

      Reply
  25. daddydee says

    28th July 2013 at 7:00 am

    Memang stail la…Kalaulah semua pemotong rumput berbaju Chelsea? Bangga mat Man Utd…hehehe

    Reply
  26. kakiblog says

    28th July 2013 at 3:12 am

    memang gaya yang tak terkalah bro..

    kakiblog recently posted :Main Facebook Dapat Trafik Masuk Blog

    Reply
  27. hafiz says

    28th July 2013 at 12:19 am

    Mesin pun bro ada juga senang nak jaga lanskap rumah

    Reply
    • akubiomed says

      29th July 2013 at 12:25 am

      Lanskap sudah tidak terjaga macam dahulu.

      Reply
  28. Juan says

    28th July 2013 at 12:04 am

    smart dan bergaya, hehehhee

    Reply
  29. Juan says

    28th July 2013 at 12:03 am

    wow, lawa bro potong rumput, nampak kemas je pokok bunga di tepi pagar tuh

    Reply
  30. Mohd Shubhi says

    27th July 2013 at 11:46 pm

    Respect bro ! potong sendiri ! memang perlu dijadikan contoh.

    Reply
  31. sw33tdarling says

    27th July 2013 at 8:29 pm

    fuhhyooo pendek dah rumput

    Reply
  32. hatiputera says

    27th July 2013 at 5:12 pm

    Memang untung kawasan sekitar rumah ada rumput. Boleh dikira senaman jugak tu.

    Reply
    • akubiomed says

      29th July 2013 at 12:26 am

      Kalau betul mahu keluar penuh perlu guna sabit.

      Reply
  33. Hafizul says

    27th July 2013 at 2:32 pm

    Bergaya untuk keselamatan itu memang perlu..hahaha

    Reply
  34. titan says

    27th July 2013 at 12:41 pm

    hoho..cantek spek mata..ada 2 lapisan.

    Reply
  35. sukma says

    27th July 2013 at 12:24 pm

    keselamatan perlu dijaga……….

    Reply
  36. hafizrahim says

    27th July 2013 at 9:00 am

    teringat saya bila balik ke kampung.mesti ayah mintak tolong potongkan rumput dihalaman rumah.penat..tapi berbaloi..rumah nampak bersih je lepas tu

    Reply
  37. Fahmi Raazali says

    27th July 2013 at 8:37 am

    Sebenarnya memotong rumput pakai mesin itu menyeronokkan. Tapi tidak begitu seronok apabila tangan sakit, hendak angkat pun tak larat.

    Itu bagi kes saya. Orang lain saya tak tahu. 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      29th July 2013 at 12:28 am

      Perkara seperti ini biasa beraku bagi kita yang jarang-jarang guna mesin rumput sandang.

      Reply
  38. waiman takwa says

    27th July 2013 at 2:56 am

    Hehe.. bergaya tu penting juga supaya diri dapat membuat kerja dengan penuh semangat 🙂

    Reply
  39. azmanisma says

    27th July 2013 at 1:43 am

    Yang penting pakai gogle..untuk keselamatan mata.

    Reply
  40. Irwan Alessa says

    27th July 2013 at 1:41 am

    wahhh berstyle lagi tu,.. hehehehe

    Reply
  41. Shasha says

    27th July 2013 at 1:26 am

    Wah! Baru first time dapat tengok akubiomed betul-betul. Potong rumput pun nampak hensem 😉

    Reply
  42. Azie says

    27th July 2013 at 12:25 am

    Cantiknya bunga Ati2 tu berderet, Saya tanam bunga Ati2 tu tak berapa nak menjadi je, tanam dalam pasu je pun, letak baja apa Akubiomed, tiba2 tanya pasal bunga, hihii.

    Reply
    • akubiomed says

      27th July 2013 at 12:31 am

      Letak baja bunga sahaja atau baja urea.

      Reply
  43. KiD says

    26th July 2013 at 11:32 pm

    Alamak… baju raya kuih raya duit raya belum ready… hihihi

    Reply
    • akubiomed says

      26th July 2013 at 11:46 pm

      Masih sempat lagi hendak buat persiapan sebab bertiga sahaja.

      Reply
  44. muja says

    26th July 2013 at 11:21 pm

    perggghhh,, bergaya sakan nak potong rumput naaa

    Reply
  45. ahmadyani says

    26th July 2013 at 10:42 pm

    Ramai orang main upah je potong rumput sekarang ni. Tak pandai guna mesin.

    Reply
    • akubiomed says

      26th July 2013 at 11:32 pm

      Saya mula-mula dahulu tidak reti mengunakan mesin rumput ini.

      Reply
  46. Faizal Fredley says

    26th July 2013 at 9:42 pm

    perghhh….gaya lebih ni bro…ahhaha bergaya bergaya gak rumput tu kasi potong habis yer..

    Reply
    • akubiomed says

      26th July 2013 at 11:33 pm

      Ada mesin sendiri boleh potong paras rendah.

      Reply
  47. Man says

    26th July 2013 at 8:47 pm

    Mau berasap AE tengok gambar tu.

    Reply
    • akubiomed says

      26th July 2013 at 11:33 pm

      Oh saya tidak ada misai macam Abang Ensem.

      Reply
  48. Mus says

    26th July 2013 at 8:28 pm

    Orang yang hensem.. pakai apa pun akan nampak hensem jugak 🙂

    Reply
    • hafizmd says

      29th July 2013 at 4:36 pm

      setuju bro mus…nak2 pakai plak jersi bola…mmg kacak

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Bila orang rumah dapat Dapur Gas Infra Merah baharu
  • Bil Air Syabas Hanya Terima Pembayaran Dari JomPay

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in