Air bah bawa rezeki mana ada?
Air bah membawa rezeki apakah pelik entri aku kali ini. Biasanya air bah adalah bencana disetengah-setengah tempat kerana ia menyebabkan rumah dinaiki air apabila air sungai melimpah akibat turunnya air hujan yang luar kebiasaan.
Air bah juga membawa kemusnahan harta benda dan penyakit berpunca bawaan air bah. Kalau air bah menyebabkan penduduk di kawasan rendah terpaksa berpindah ke pusat penempatan banjir apabila air sungai melimpah manakala aktiviti rutin terganggu.
Sehingga kini laporan MStar melaporkan seramai 20,902 penduduk daripada 5,734 keluarga di beberapa daerah di Kedah terpaksa dipindahkan ke pusat penempatan banjir.
Barangan lusuh yang dihanyutkan oleh air bah menjadi sumber rezeki.
Lain pula jadinya bagi pengutip barangan lusuh kepada pakcik T.Supramaniam menjadikan air bah sebagai sumber rezeki dengan mengutip tin dan botol kosong yang tersangkut di sebuah jambatan di Taman Aman Kedah.
kesusahan hanya setetika.
aku bersyukur masih
tidak mengalami banjir ni.
rezeki datang bersama musibah
yang melanda.
rezeki tuh… 🙂
musibah bg org lain kdg2 rezeki utk org len:)
ada juga rahmat dalam setiap musibah tu, sungguh adil dan kaya segala kejadian ciptaan ilahi
Itulah hikmah di sebalik apa yang berlaku. 🙂
Salam bro..bah kat Perlis pun teruk ..nih baru jer surut..kedai ayah n abang aku dekat pinggang air masuk..habis barang2..huhu..
mmg tahun nih bah akan berlaku banyak tempat …musim dia..
yang gambar tu mmg rezeki, sebab masa sini bah kedai makan atas divider jalan mmg laku..juai nasik lemak..:)
Manataknya putus bekalan makanan. Orang ramai akan cari makanan untuk buat alas perut kesian dekat budak-budak dan orang tua
Hui..kerap ker tempat bro dilanda bah?
rezeki musim bah, teringat dulu bulu musim bah je aku ke sungai tangkap ikan dan jual, sehari boleh dapat rm20-50 bergantung pada rezeki
Lumayan juga hasil tangkapan ikan bro
KalaU Kawasan Bebas Cukai di R.Panjang sape yang ada LOri boleh ambil peluang ni untuk angkur penumpang RM2 untuk sorang (kayo tu)
rezeki ada dimana2..asalkan kita jalan yg betul..terharu tengok gmbar diatas..ada juga dalm news semalam..
Saya cuba nak recall khutbah Jumaat sebentar tadi Allah memberi ujian didalam 2 bentuk iaitu musibah dan kesenangan. Kalau musibah kita perlu muhasabah, menginsafi diri, mencari keredaan, menerima qada dan qadar. Manakala ujian kesenangan menguji manusia supaya bersyukur dengan kurniaanNya. “Jika kamu kufur sesungguh azab Allah adalah amat berat”.
setiap musibah itu dde kebaikannya.. kan? mungkin ia susah bagi sesetengah org, tapi mbawa kebaikan bg org yg lain..
Kita kekadang terdorong melihat titik hitam pada kain putih yang besar. Yang putih tu kita abaikan 😉
memang rezeki pakcik ni =)
salam singgah,
bah bukan semata-mata musibah 🙂
asal rajin je
hujan ke, panas ke, rezeki masih boleh dicari
ouh…tuhan tu maha adil…
Ya Allah itu Maha Adil
ada juga kan orang yg menjala masa banjir..dapat juga hasil..
Kalau dulu2 masa harga aluminum dan besi masih tinggi, ramai yang simpan tin-tin minuman di rumah. Cukup berat terus hantar jual. Skrg harga jatuh, ramai yg buang. Rezeki lah buat En Supramaniam jugak tu.. 😀
janji halal kan? =)
Mencari yang halal itu wajib.
memang rezeki dia ar tu…bersyukurlah kan..
Makin teruk banji dikedah.. baru juga buat post pasai ni
ada hikmah di sebalik sesuatu kejadian tu kan…
Memang ada hikmat cuma manusia kekadang lalai dengan hiasan dunia
yup… betul..betul..betul.. huhuhu..
walaupun ader rezeki..namun,ia hanya menguntungkan sebilangan kecil pihak..namun…ramai lagi yang rugi….tapi ape2 pon..itu ketentuan Allah..xleh nak dielakkan…
Mungkin lepas ni sungai kat sana lebih jernih kot sebab takde dah sampah kat dasar sungai kan?
setiap apa yang berlaku pasti akan ada hikmahnya 🙂
Setiap yg Allah lakukan..mesti ada hikmah..mungkin bukan utk kite..tapi utk orang lain…yg penting…kene berfikirna positif…
Pensyarah saya pernah berkata susah hendak think positive tetapi kena cuba
Setiap benda ada baik dan buruknya,
yang penting cara kita mengolah sesuatu kejadian atau benda tu
Ya betul tuh. Jangan sampai menguris hati orang lain udah ler
betul tu..
tapi kadang kadang benda tu terjadi dalam kita tak sedar
masa banjir di johor dulu..siap boleh memancing atas jalan raya..iklan berterabur..
masih juga ada pemancing yang kurg pakar mencari hasil ikan di sungai2 hee…
benarlah kata org rezeki tu ada di mana2 shja..klu kena pada cara usahanya..
Arwah pak mentua pemancing ikan yang tegar tapi dia tak pernah mengajak menantunya memancing bersama kerana saya jenis yang kurang sabar kalau memancing 🙂
mungkin kau lebih sesuai memancing dia pasar je bro:D
salam..
tanda kebesaran Allah
bagi yang melihat..
setiap kejadian ada
hikmahnya..wallahualam..
Betul tuh ada setengah pihak menganggap ianya satu musibah manakala sebelah pihak lagi rezeki kepadanya. Sebagai contoh pasir debu gunung Merapi menjadi sumber rezeki penduduk walaupun terdedah bahaya letusan gunung berapi mereka masih mengorek pasir tersebut untuk dijual kerana mendapat permintaan yang tinggi
Benar sekali. Bukan semua org akan berfikir akan musibahnya bah. Ada juga yang berfikiran positif dan mengambil peluang dengan kehadiran bah. Dalam entri aku pasal banjir nie, ada gambar org menjala ikan waktu bah. Mungkin semata2 hobi, tapi mungkin juga itu satu punca rezeki juga. Maklumla, ada kedai2 runcit yang tutup kerana tenggelam air.
Saya pun kalau bah melanda pun tak selesa tapi sebalik musibah itu menjadi rezeki kepada orang lain
Kat kawasan aku setiap kali musim banjir ramai yang ambil kesempatan menjual ikan hasil tangkapan di tepi tepi jalan.
Ps: yang lucunya ikan dari laut ada dijual sekali 😀
Dekat KB ada jual siput yang tangkap dalam sawah tapi saya tak tahu nama siput tu?
aku puntak pasti bro,
tapi yang pastinya bukan siput babai 😀
orang kampung aku sebut nama ‘keca’
betul la tu Tehr, Aku nakata Gondang je tadi hehehe