Baby Aslah jadi model kanak-kanak Peraduan Si Comel.
Baby Aslah telah menjadi model si comel untuk peraduan bergambar di Tesco. Kebetulan saya telah singgah ke Tesco untuk membeli barang ternampak ada peraduan bergambar untuk kanak-kanak.
Syarat penyertaan peraduan ini adalah percuma dengan hanya perlu membeli barangan di Tesco yang berjumlah RM50 keatas layak untuk menyertai Peraduan Si Comel. Secara jujur baby Aslah kuat main tidak mempunyai pengalaman bergambar selain gambar yang diambil dengan kamera DSLR oleh saya .
Lama juga kami tunggu giliran kerana ibubapa mencuba nasib dan seronok melihat aksi si cilik comel yang menyertai peraduan. Ibu bapa pula bersungguh menarik perhatian anak-anak untuk mendapatkan shot yang baik. Saya dan isteri juga tidak berkecuali.
Mula-mula kami mencari baju sewa yang sesuai untuk Baby Aslah. Kami telah memilih baju warna kuning yang dirasakan sesuai untuk dipakaikan kepada Baby Aslah. Kebimbangan tetap ada jika baby Aslah tidak mahu memberi kerjasama apabila tiba masa untuk bergambar.
Nampaknya mood baby Aslah agak baik dengan memberi respon kepada saya dan isteri. Mana taknya macam-macam gaya kami lakukan untuk menarik perhatian baby Aslah supaya tersenyum dan pandang tepat kepada jurukamera. Tidak kisah apa yang berlaku sekeliling kerana tumpuan kami adalah untuk mendapatkan mood terbaik baby Aslah.
Nampaknya ada beberapa anak blogger yang mempunyai bakat untuk menjadi pelakon Adam dan Hawa seperti adik Ilham, adik Alisya bakat Fatin Liyana dan adik Ika bakat Hanis Zalikha.
Beberapa shot pilihan.aksi baby Aslah.
AkuBiomed: Saya mengalu-alukan ajen carian bakat untuk menengahkan bakat baby Aslah dengan hubungi saya.
comelnye…semoga berjaya 🙂
Dah ada keputusan atau belum? Semoga berjaya adik aslah
comelnya…semoga berjaya 😉
Wah~ Dah boleh terlibat dalam dunia modeling nih 🙂
wahhhh tak sangka pandai sungguh baby aslah ni posing, tak sia2 emak/bapak bersungguh sungguh mau kan yang terbaik buat baby aslah… respond cun
As salam,
Terbaiklah Aslah. Pandai posing =)
ps.Kalau ada pencari bakat, rasanya akan tertarik dgn aksi Aslah
model cilik nie ;p
Ada bakat baby Aslah nih..
Kalau ada yang sudi untuk mengembangkan bakat baby Aslah apa salahnya. 🙂
COMEL comel.. moga-moga menang..
good luck bro..
Terima kasih. Harap rezeki memihak kepada baby Aslah.
semoga berjaya bro..
waaahh… pandai baby aslah bergaye n tgk kamera…
terer! hehe
Mula-mula agak bimbang jika baby Alsah tidak mahu beri kerjasama ketika photoshoot nanti.
all the best buat baby aslah
Terima kasih bro Zarul.:-)
Wah comelnya… gaya macam model dah lama berkecimpung dalam bidang peragaan jer… 😀
comelnya baby Aslah! senyumannya tu manis betul.. =)
gud luck bro 🙂
derasnya dia mmbesar….oh tidak masih tegar dgn warna kuning lagi
Sangat comel..Good luck ye..Ceria sungguh baju yg dipakai boleh baby Aslah..
Moga ada rezeki untuk saudara sekeluarga..
good luck bro~
Memang baby semulajadi.. ditambah shot bro.. cantik sekali… walaupun dalam tidak bersedia, namun nampak usaha dari images tersebut mempunyai daya tarikan tersendiri.. Gud luck dalam pencarian…
comelnyaa…dan sungguh pandai bergaya…
senyuman memikat benar tu, bro
memang nampak sangat dah tak takut dengan kamera
hehe..kalau baby aslah leh bg kerjasama waktu shoot mudah la kat ibu bapanya…macam anak saya M.Ray, minggu lepas photoshoot kat midvalley…alahai susahnya dia nak duduk diam….
wah! siap bikin promosi kpd agen pencarian bakat! hahaha..
mau ganti Mia Sarah ke?
ahaks..
semoga sukses bro..
comel dah tu..
comel sgt! dan mmg berbakat … gudluck baby Aslah 🙂
alahai ni dekat tesco mutiara damansara ke?hari2 dtg sini bila lunch time tapi x perasan pula ada contest ni….all the best utk baby aslah!!!!
semoga berjaya bro
good luck untuk baby aslah..
Gaya dah ada dah tu bro…bila keputusan di umumkan?
Wah! come abis baby Aslah. Ada peluang menang ni.. Good luck bro…
good luck bro untuk peraduan si comel anak bro. memang kena dengan temanya.
waaa comel2 …. mudah jer nk masuk peraduan ni erk. good luck k.
comell..kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan? good luck bro,..berpotensi besar utk menang ni…
pernah bawak anak buah pegi photo shoot kat damansara..tapi nasib baik mood dia ok..kalau tak mau cancel photo shoot hari tu..huhuhu
err, kenapa gambar2 tu tak load?
wah.. bukan senang nak dpt budak yg nak posing dpn camera lama2.. hebat2..
senyumnya bukan main lagi melebar… tu yg buatkan dia jadi sangaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat cute! gud luck, semoga menang nanti
wah..jadi model …ada bakat..ada bakat…moga boleh dikembangkan lagi 🙂
ada potensi utk menang ni 🙂
moga berjaya dan gembira
sempoi lah bro..!!! hope menang laaah.. kena undi ke ape? kalo anak aku.. hmmmmm… abis laaa kalo nak photo shoot camnih.. hahhaaa
Tak perlu undi kerana ditentukan oleh juri nanti.
semoga berjaya anak bro tuh
Bergantung kepada juri buat pemilihan.
salam..
siap dengan senapang..
nak jadi sojar nanti nih..he he
semoga berjaya buat baby Aslah 🙂
kalau menang,mak ayah
happy!
nasib baik tak naik kereta kebal.. hehehee
Prop ini semua pihak jurugambar yang berikan.
Wah mmg berbakat la Aslah ni…Cute sangat..
Terima kasih. 🙂
memang ada gaya sebagai seorang model tu.
Mmg ada gayalah baby Aslah..
Ada harapan besar menang tu bro…. 😀
ha’aah… bukan senang kita nak control mood baby.. 🙂
betul la KID..mood mereka selalu berubah,,,anak aku la.hehe
mesti si aslah ni suka kan main kannn..
Baby Aslah pantang jumpa bola. 🙂
lepas ni main senapang lak ke? hehehee