• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / Asus external slim dvd untuk restore Windows 8

Asus external slim dvd untuk restore Windows 8

13th March 2015 by akubiomed 16 Comments

Asus external slim dvd penyelamat untuk Windows restore

Asus external slim dvd

Terpaksa mencari Asus external slim dvd untuk restore Windows 8.1 yang sudah bermasalah. Masalah berpunca skrin menjadi hitam bukan kerana masalah skrin tetapi Windows 8.1 tidak beroperasi normal.

Skrin jadi blank gara-gara autoupdate tidak sempurna

Acer Aspire P3 Ultrabook yang diperolehi dari contest menang Nuffnang. Tidak  pernah ada masalah ketika mengunakan Acer Aspire P3 ini tetapi nak jadikan cerita semasa proses auto update Windows 8.1, tiba-tiba ada masalah selepas talian internet Streamyx terputus. Apabila proses update tidak sempurna timbul masalah yang tidak dijangka gara-gara masalah talian internet Streamyx terputus. Nak kemas kini blog pun tak ada mood jadinya.

Pengalaman ilmu setup Windows 95

Nasib baiklah ada pengalaman setup Windows 95 yang agak old skool masih boleh mengodek apa yang patut dari  Ultrabook ini. Setiap kali nak akses fail dan aplikasi akan mengunakan Task Manager untuk akses browser, aplikasi dan fail. Agak leceh tetapi lebih baik boleh akses daripada tidak boleh langsung. Semua fail penting berada didalam keadaan baik telah berjaya diselamatkan dengan pindah fail-fail tersebut kedalam external hard disk.

Mencari jawapan masalah dengan Google search engine.

Saya tidak suka tergesa-gesa didalam buat keputusan untuk membaiki masalah yang berlaku pada Ultrabook ini. Ada yang jalan mudah dengan format dan install Windows tetapi bukan cara saya. Saya akan cuba restore atau buat recovery terlebih dahulu. Format adalah jalan terakhir.

Seperti biasa saya akan mencari informasi mengenai masalah ini dengan mengunakan Google Search Engine. Walaupun mengikuti tip-tip yang dikongsikan tetapi masih gagal untuk perbaiki masalah skrin menjadi hitam. Cuba buat restore tetapi tidak boleh kerana Acer Aspire P3 Ultrabook tidak mempunyai aplikasi restore seperti yang lain. Cuba dapat fail restore dari laman rasmi Acer tetapi setelah masukkan no siri dan model tidak dijumpai. Restore fail ini tidak dikongsi secara terbuka kerana setiap fail restore datang no siri Ultrabook yang unik. Lebih malang Ultrabook ini tidak mempunyai external drive menjadi sukar untuk membuat restore Windows.

Jalan terakhir restore Windows 8 dengan Acer recovery DVD

Pilihan terakhir saya adalah restore Windows 8 dengan mengunakan Acer recovery DVD yang datang bersama dengan Ultrabook. Terpaksalah saya mencari external DVD dikedai komputer. Saya telah membeli Asus External Slim DVD pada harga RM130. Syukur masalah dapat diselesaikan setelah proses restore Windows 8 seperti baru.

AkuBiomed: Apa bila berlaku masalah jangan panik. Cuba ikhtiar dahulu. Boleh kongsi pengalaman korang apabila Windows menjadi bingung diruang komen.

  • Smart Xiaomi Mi Band 4 mempunyai paparan skrin AMOLED berwarna
  • Windows Phone 7 kembali sebagai pesaing kepada Google Androids dan Apple
  • Neffos X1 Max skrin full HD dan gambar pun cantik

Filed Under: Uncategorized

Reader Interactions

Comments

  1. Dina Rizuan says

    16th March 2015 at 4:46 pm

    Dulu kalau windows problem, boleh jugak aku repair sendiri. tapi sekarang maybe tak dpt. habis kuat hantar kedai jer.

    Reply
  2. Noriza Rahman says

    16th March 2015 at 4:20 pm

    Pernah jadi macam tu juga, tapi ada adik yang ‘celik IT’ maka senang lah segala urusan 🙂

    Reply
  3. Aya says

    14th March 2015 at 11:43 pm

    Aya sekarang guna Window 8 tp pening juga dibuatnya..hihi

    Reply
    • akubiomed says

      15th March 2015 at 11:05 am

      Banyak features pada Windows 8.1 ini saya belum explore selain browsing dan edit gambar sahaja. 🙂

      Reply
  4. Hairul Hissam says

    14th March 2015 at 9:59 pm

    window skrg lebih mudah diinstall baru compare dgn window yg lama dulu.. saya pula masih guna window 7. so far so good.

    Reply
    • akubiomed says

      15th March 2015 at 11:07 am

      Ya, jauh lebih mudah untuk install. Zaman install Windows 95 dan Windows 98 berkeping-keping disket. 🙂

      Reply
  5. asraff ruslan says

    14th March 2015 at 9:24 pm

    saya lebih berminat utk guna Windows 7….kalau Windows 8 mmg rasa pening nak guna…..

    Reply
    • akubiomed says

      15th March 2015 at 11:08 am

      Saya suka Windows 98 tetapi disebabkan Acer Ultrabook P3 dapat percuma sebab menang contest jadi pakai ajer lah.

      Reply
  6. Syahril Hafiz says

    14th March 2015 at 8:44 pm

    Ubuntu kan hadooo! hehehe tak pernah guna Ultrabook, so pengalaman mungkin sedikit berbeza guna komputer, notebook dan netbook. Dah windows dok elok lagi, rugi la pi format kan baik recover je sebab Windows original.

    Reply
    • akubiomed says

      15th March 2015 at 11:09 am

      Kalau kosong tak apa lah pasang Ubuntu. Acer Aspire P3 Ultrabook ini datang dengan preloaded Windows 8. Rugilah ganti Windows versi tulin.

      Reply
  7. SaniYunus says

    14th March 2015 at 6:18 pm

    Moga semuanya berjalan lancar Akubiomed. Aku juga biasanya cari masalah dengan buat carian di Google dan cuba applikasikan. Salah satunya adalah software Gate Snapper yang menyerang dari mana. Setiap kali buka website/ blog dia akan buka site pengikalanan termasuk Lazada dan sebagainya. Allhamdulliah dapat diselesaikan dengan pengalaman yang sedikit ini..

    Reply
    • akubiomed says

      15th March 2015 at 11:09 am

      Memang pening kalau perkara seperti itu berlaku.

      Reply
  8. TehR says

    14th March 2015 at 3:45 pm

    kalau boleh guna restore point lagi mudah
    tak perlu nak beli external dvd

    Reply
    • akubiomed says

      15th March 2015 at 11:10 am

      Malangnya tidak ada restore point. Kalau tidak sudah guna. 🙁

      Reply
  9. fazrol says

    14th March 2015 at 12:49 am

    Mungkin sebab nak cepat kot kena beli kat kedai…
    kalau tak nak bagi idea beli online.. lagi murah.. Aku dapat ari tue rm89 tak silap…

    Reply
    • akubiomed says

      15th March 2015 at 11:10 am

      Memang tahu beli secara online boleh dapat murah tetapi nak cepat redha ajerlah. 🙂

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Kilang Beras Rakyat Sekinchan
  • Panduan selesai atm duit tak keluar tetapi duit dalam akaun dipotong
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2023 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in