• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Apa Yang Bagus Sangat Belajar di Mesir Ni?

Apa Yang Bagus Sangat Belajar di Mesir Ni?

6th March 2011 by akubiomed 99 Comments

Universiti Al Azhar adalah pilihan ketika belajar di Mesir

Aku tidak pernahlah sampai Mesir atau Egypt tapi kalau Lubnan dan Dubai aku sudah sampai. Apa bila ditanya apa yang bagus sangat belajar di Mesir? Selain terbaru krisis pergolakkan politik yang terburuk yang menyaksikan Hosni Mubarak telah hilang tampuk kepimpinan gara-gara hilang kepercayaan rakyat kepada pemerintahan beliau. Bandar Mesir iaitu Cairo dan Alexandria bandar kedua terbesar yang dikenali ‘The Pearl of the Mediterranean’ lumpuh sama sekali kerana rakyat berprotes.

Cuma yang aku tahu adalah kewujudan universiti Al Azhar yang ramai melahirkan cerdik pandai terutama didalam bidang agama. Aku ada  dengar ada pelajar-pelajar kita dihantar ke Mesir untuk pengajian perubatan. Aku terus terang agak cetek pengetahuan mengenai universiti tersohor di Mesir.

Apa lagi yang menarik di Mesir selain binaan Piramid salah satu tujuh pembinaan ajaib didunia. ang memeningkan ahli saintis dengan formula pembinaannya menjangkau zaman. Pembinaan Suez menjadikan Mesir sebagai laluan kapal dagang sedunia. Mummia yang dijadikan watak seram di dalam filem-filem barat. Kecantikan Cleopatra yang menjadi kegilaan Julius Caesar seorang Maharaja Rom yang akhirnya mati dibunuh oleh Brutus.

Sejarah menyaksikan peristiwaFiraun dan bala tenteranya yang kufur telah lemas ketika menyeberangi lautan yang tiba-tiba kembali bercantum ketika mengejar Nabi Musa SAW dan pengikutnya. Mungkin ini adalah nilai sejarah yang terbilang untuk membuka mata pelajar kita melihat kesan-kesan peninggalan sejarah untuk dijadikan iktibar serta memberi keinsafan diri.

Sudah tentu dari segi budaya Asia barat yang ditonjolkan dengan tarian gelek yang mengasyikkan dan kepulan asap hembusan hasil sedutan Shisha sudah menjadi menjadi trademark. Lah apa pula kena mengenai tajuk entri? 🙂

Aku ingin berkongsi beberapa gambar ketika aku di Dubai dan Lubnan. Ini sahaja yang mungkin ada kesinambungan [CONTEST] Saya Sayang Mesir! 🙂

Lapangan antrabangsa Dubai lantainya berkilat macam ada air

AkuBiomed bergambar di bengkel Biomedikal di Hospital Ras Al Khaimah

Menu sarapan pagi di Beirut Lubnan

Bay Rock

Yang didalam gambar itu tidak ada kaitan dengan Maher Zain 🙂

Pos kawalan tentera di jalanraya Beirut

Pembuka selera makan tengahari

Terima kasih kepada penganjur kerana saya telah memenangi di tempat ke-2. Top komentator 2 bulan berturut-turut dan Top Referrel

Sila tekan butang kongsi:

  • [CONTEST] Saya Sayang Mesir!
  • Menuntut ilmu kisah 2 insan nasib berbeza
  • The Grand Finale Samsung AppStar 2012

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. Zida says

    14th August 2011 at 10:16 am

    Ehem ehemm. Zida dah review entri ni dan mohle jejak blog Zida untuk mengetahui siapa pemenangnya 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      14th August 2011 at 10:33 pm

      Terima kasih kerana terpilih untuk pemenang tempat ke 2 🙂

      Reply
  2. Firdaus Kasim says

    4th April 2011 at 4:15 pm

    gaya engineer tue mmg ada.. tapi lebih kepada gaya guru.. hehe

    Reply
  3. Ekspresi Ruang says

    12th March 2011 at 10:08 am

    gambar last tu bersama perempuan mesir ke, bro? seksinya…

    Reply
  4. cikdylot says

    11th March 2011 at 1:57 pm

    ehem..saya pun join contest ni..sila baca saya punya cerita pulak
    TERIMA KASIH:)

    Reply
    • akubiomed says

      11th March 2011 at 7:52 pm

      Okay, nanti saya terjah ke sana. Terima kasih sudi kunjung blog AkuBiomed ini

      Reply
  5. nuriz says

    10th March 2011 at 1:42 pm

    tengok balik gambar2 tu teringin la nak pi melancong sana hehe

    tgk makanan diorang, tempat2 menarik cam piramid

    bertuah bro dpt pi sana

    Reply
    • akubiomed says

      11th March 2011 at 11:37 am

      Jangan salah faham gambar didalam entri ini sekitar Lebanon. Gambar untuk nak ambil mood contest

      Reply
  6. Mus says

    8th March 2011 at 7:14 pm

    jauh perjalanan luas pengalaman..
    Mesir.. destinasi impianku

    Reply
  7. Hadi Rofiee says

    8th March 2011 at 6:54 pm

    Mesir terlalu banyak hasil tinggalan sejarahnya & banyak juga untuk disebutkan di sini.

    Aku pernah ke sana sebulan. Namun tak semua tempat sempat dikunjungi dalam masa itu. Tetapi, tetap puas hati.

    Kalau ada kesempatan, pasti aku nak pergi lagi.

    Kalau Bro dapat pergi lagi, apa kata cuba daki bukit Tursina. Ada kisahnya di dalam al-Quran. Memang mencabar. 🙂

    Banyak lagi nak cerita ni. Hehe.

    Reply
    • akubiomed says

      8th March 2011 at 7:14 pm

      Oh bro pernah ke Mesir beruntung betul sebulan lamanya

      Reply
  8. aimannajmy says

    8th March 2011 at 4:34 pm

    wah bro penah keja sana kaaa… best2 huhu..tak pernah terlintas nak jejak sana lagi hehe…dulu engineer apa??

    Reply
    • akubiomed says

      8th March 2011 at 7:16 pm

      Saya tidak bekerja disana tetapi atas urusan syarikat kerana syarikat kami ada cawangan di Dubai.

      Saya berkerja didalam bidang kejuruteraan elektronik perubatan

      Reply
  9. qalish says

    8th March 2011 at 1:00 pm

    bila la agaknya dapat pergi sana
    http://www.qalish.com/2011/02/macam-mana-nak-recovery-data-harddisk.html

    Reply
    • akubiomed says

      8th March 2011 at 7:19 pm

      Insyallah kalau ada peluang nanti dapat sampai ke sana

      Reply
  10. donny says

    8th March 2011 at 12:06 pm

    Memang seronok melanjutkan pelajaran diluar negara,banyak pengalaman yang boleh diperolehi,selain dapat mengenali budaya masing2 dan adat resam disana,kita juga dapat menimba banyak ilmu pengetahuan dan dan banyak lagi,bagi yang kurang berkemampuan,eloklah belajar dalam negara sahaja.apa kurangnya kampus di malaysia yang kebanyakannya sudah diiktiraf di dunia..

    Reply
    • akubiomed says

      8th March 2011 at 7:32 pm

      Betul bila dapat peluamg jangan sia-siakan peluang

      Reply
  11. Amirez says

    8th March 2011 at 9:48 am

    saya pun belum pernah lagi ke mesir. insyaAllah satu hari nanti 🙂
    selalu juga dengar orang mesir sukakan orang malaysia

    Reply
    • akubiomed says

      8th March 2011 at 7:33 pm

      Nama Malaysia amat terkenal. Macam saya sebut sahaja Tun Dr M akan tahu kita dari Malaysia

      Reply
  12. eLLy says

    7th March 2011 at 5:01 pm

    i like this n3 very very the much!! …
    tetiba rasa mcm rugii nye klu tak ke sana.

    Reply
    • akubiomed says

      8th March 2011 at 7:12 pm

      Peluang datang sekali dalam hidup walaupun tahu apa-apa akan berlaku di Lubnan

      Reply
  13. suri says

    7th March 2011 at 5:00 pm

    tak pernah ke sana..sng ctr tak pernah ke luar negara huuu..

    tapi ada juga sdra yng belajar disana jurusan agama .. 🙂

    Reply
    • donny says

      8th March 2011 at 12:19 pm

      saya pun x pernah kesana.. kalau kesana nanti mesti mau tengok pyramid tu

      Reply
    • akubiomed says

      8th March 2011 at 7:37 pm

      Kalau pergi luar negara kita boleh buat perbandingan antara Malaysia dan negara luar

      Reply
  14. suri says

    7th March 2011 at 4:59 pm

    bro no contes ker apa hee..ker atau ni entri peribadi huuu..blur jap..

    Reply
    • donny says

      8th March 2011 at 12:20 pm

      mungkin boleh usha colleen-kawaii.com untuk maklumat tentang kontest tu..

      Reply
    • akubiomed says

      8th March 2011 at 7:38 pm

      Entri ini adalah kesinambungan contest Saya sayang Mesir

      Reply
  15. suri says

    7th March 2011 at 4:58 pm

    erk..awek mmg cun heee..

    Reply
    • donny says

      8th March 2011 at 12:18 pm

      awek siapa yer..

      Reply
  16. niezzareena says

    7th March 2011 at 12:50 pm

    entah le bila nak sampai ke sana. moga ada rezeki utk jejakkan kaki kat sane. amin

    Reply
  17. Komodo Island is the NEW 7 Wonders of The World says

    7th March 2011 at 12:11 pm

    ada conyestnya juga yach?…
    ane [bukan alumni mesir] boleh ikutan ga mas?…

    Komodo Island is the NEW 7 Wonders of The World

    Reply
  18. Firaun NgebLoG says

    7th March 2011 at 12:08 pm

    di mesir saya cuma numpang lewat aja mas… nengok patung orangtua angkat ane :p hehehe…
    Komodo Island is the NEW 7 Wonders of The World

    Reply
  19. khairolghani says

    7th March 2011 at 11:32 am

    tak pernah sampai mesir..teringin juga nak pergi..tapi bila ada krisis tempoh hari,kena pertimbangkan balik la..

    Reply
  20. apaajanews says

    7th March 2011 at 11:16 am

    sebut tentang tun M, teringat tentang kenangan manis menyiapkan projek multimedia ’22tahun perjuangan masih belum selesai’ di PWTC.

    Reply
  21. ieda al-habsyi says

    7th March 2011 at 10:05 am

    yg bukan adik maher zain tu yg tak tahan, heheheheeh! ieda ada member belajar al-azhar, setiap bulan mesti ieda tanya dia bila nak balik, rindu betoii! heheheh! 🙂

    Reply
  22. Amry says

    7th March 2011 at 2:56 am

    tak pernah lagi la memijak kan kaki ke mesir tu…tapi U Al-Azahar memang terkenal la. semua orang tahu U tu. Kawan ada sorang belajar kat sana. tak tahu dia belajar kat sana, dia balik sini baru tahu.ambil jurusan apa tak ingat. sekarang dah buka syarikat sendiri. syarikat kaunselor berlandaskan Islam. jadi penceramah2 jemputan. ada juga dia buat ujikaji dimana teknik belajar secara islam. memang berkesan dan testimoner tu mendapat keputusan baik juga dalam SPM. macam tak percaya saya dibuatnya.dulu waktu sekolah tak delah tergolong dalam cerdik pandai kawan saya tu.

    Reply
  23. Fitrihadi says

    7th March 2011 at 2:40 am

    saya tertarik kat makanan dia tu je.. wuu tengok pun dah tau sedap..
    .

    Reply
  24. Hafizmd says

    7th March 2011 at 1:10 am

    Wah..mmg seronok biala dapat ke luar negara..jauh perjalanan luas pengalaman..siap berkawal guna keta kebal tuh…hehe…tapi aku hairan juga dengan org kita yg tak bangga jadi rakyat malaysia…ade yg masih tak segan silu kutuk negsra sendiri…huhhh

    Reply
  25. kulanz says

    6th March 2011 at 11:48 pm

    dapat baca dan tengok gambar pengalaman rakan macam ni pun dah kira seronok.. tak tau bilalah dapat pegi mesir.. harap2 ada rezeki nanti

    Reply
  26. ahmadhaikal says

    6th March 2011 at 9:41 pm

    ehh, memang kerja kat sana ker?

    Reply
    • akubiomed says

      9th March 2011 at 12:34 am

      Saya tidak kerja disana cuma ada urusan kerja

      Reply
  27. dnoBiz says

    6th March 2011 at 9:30 pm

    Aku pun teringin nak kesana tapi sekadar jalan jalan la,
    Belajar ni kat mana mana pun boleh cuma pastikan tempat kita belajar tu diiktiraf, apa pun lain tempat lain kelebihan nya… 😀

    Reply
  28. NaNaOsAkI says

    6th March 2011 at 7:18 pm

    As salam…

    abg saya perbah belajar di Mesir dulu.. tetapi separuh jalan.. dia tak mampu utk tamatkan.. die ckp course bahasa arab tinggi@lughah sgt susah.. masa terjadinya pergolakkan kt Mesir tu, ramai la kwn2 die masih berada di sana.. ada kwn die yg cuma tinggal 2subjek lg utk habiskan setelah hampir 10tahun belajar kat sana.. sangat kesian kan..

    abg saya ada ckp..xpayah la pegi blajar kt Mesir.. buat apa nak pegi belajar kt negara yg susah, sedangkan kt malaysia ni lagi bagus teknologinya drpda sana.. hehehe..

    tapi kalau dengar dia crita ttg kisah die kat sana..sgt klakar..tmbah2 klu die bercerita perilaku org arab.. :)tp yg paling xtahannye die ckp.. kalau duk mesir tiap2 hari rasa macam nak kuar rumah, sbb pompuan kt sana sgt cantik2!! sedap jer mata memandang..tp bila balik malaysia.. ssh sgt nk jumpa yg cantik :p

    Reply
    • akubiomed says

      7th March 2011 at 1:05 am

      Kalau yang pakai kain tudung dah comel apa lagi yang terbuka kerana gaya mereka ala Amerika. Kita di Malaysia selalu sangka kalau arab sahaja tutup nampak mata kalau ke sana baru tahu

      Reply
      • Hafizmd says

        7th March 2011 at 1:12 am

        Itulah realitinya…tapi sungguh berbeza di iran…semuanya bertutup…kalau tak tutup…tunggu saja kena saman…

        Reply
  29. miss b says

    6th March 2011 at 5:24 pm

    saye tak penah jejak sana lagi.

    hehe.

    Reply
    • akubiomed says

      7th March 2011 at 1:04 am

      Tak apa B kalau ada rezeki mana tahu satu hari nanti berpeluang ke sana nanti

      Reply
  30. luthfi says

    6th March 2011 at 3:46 pm

    uit bro, syoknya dapat pg sana.
    bila orang hantar belajar jauh2, kena la pg belajar. jangan sesekali khianat amanah mak bapak. kan kan?

    😀

    Reply
    • akubiomed says

      7th March 2011 at 12:32 am

      Saya ke Dubai dan Lubnan atas urusan kerja mewakili syarikat bukannya belajar 🙂

      Reply
  31. brat2104 says

    6th March 2011 at 3:14 pm

    bestnye dapat peri tempat orang.. huhuhu

    Reply
    • akubiomed says

      7th March 2011 at 12:31 am

      Pergi negara orang bukan setakat makan angin dan untuk enjoy sahaja. Kita belajar macamana masyarakat luar sana menerima kita di kalangan komuniti kita serta layanan mereka baik atau tidak terhadap kita. Kita kalau luar dikelompok kita akan lebih berdikari.

      Oleh itu jangan mudah prasangka orang luar yang merantau dinegara kita semata-mata mencari sesuap nasi. Begitu juga kita keluar negara berkelana mencari rezeki di negara orang

      Reply
      • donny says

        8th March 2011 at 12:28 pm

        tu dia panjang lebar.. suka2

        Reply
  32. azizan4444 says

    6th March 2011 at 2:06 pm

    bila dgr atau baca tentang sesuatu tempat, rase nk pergi je ke sana kan..tp peluang tu ntah bila nak ada..hehe..

    mmg bgs belajar kt mesir bg mereka yg betul2 belajar..tp klu hanya pd name..x bgs la kot..

    Reply
    • akubiomed says

      7th March 2011 at 12:28 am

      Kalau ke luar negara akan membuka mata kita kepada budaya dan kita boleh melihat Malaysia dari luar negara. Erti kata lain akan membuka minda kita.

      Cuma saya kesal sesetengah rakyat Malaysia cakap sedap mulut sahaja tanpa memikir bangsa lain yang duduk bersama sebagai rakyat Malaysia. Apabila kita keluar negara semangat kenegaraan itu tinggi

      Reply
      • donny says

        8th March 2011 at 12:29 pm

        kalau nak kesana nanti,kena bawa bro ni hehe.. baru x sesat

        Reply
        • akubiomed says

          8th March 2011 at 7:20 pm

          Ha..ha…saya rasa mudah sesat di negara sendiri 

          Reply
  33. nash says

    6th March 2011 at 1:34 pm

    pergh.. terpacak rambut ditiup angin sepoi2 bahasa bila kat mesir tu..
    hehhee
    mesir ni mmg bagus belajar kat sana… kita bukan saja dapat ilmu keduniaan, malah insya-Allah dapat juga memperoleh ilmu akhirat di sana.. harap2 kerajaan baru kat sana dapat dibuat dgn masa terdekat

    Reply
    • akubiomed says

      7th March 2011 at 12:25 am

      Gambar berlatar belakang Bay Rock adalah di Lebanon bukan di Mesir. Memang best dengan tiupan angin dan suhu di Lebanon sama di Malaysia walaupun terletak di Mediterranean

      Reply
      • donny says

        8th March 2011 at 12:27 pm

        mesti best kat sana bro,awek cun2..nasib baik dah kawen kalau x boleh sambar 1 haha!

        Reply
        • akubiomed says

          8th March 2011 at 7:25 pm

          Gadis Lubnan memang tidak dinafikan cantik kerana gaya hidup dan pemakaian ala Eropah

          Reply
  34. adele says

    6th March 2011 at 10:08 am

    salam..
    dpt tgok gmbar last je..internet slow..yg lain smua x kuar..huu
    bestnya dpt berjalan di negara timur tengah, dpt menyelami keindahan sejarah yg diceritakan dalam Al-Quran..bilalah boleh ke sana agaknya 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      7th March 2011 at 12:06 am

      Kalau line broadband sudah okay nanti boleh reload balik entri ini.

      Reply
      • adele says

        7th March 2011 at 12:12 am

        dah reload dah..
        wah, kacak dan bergaya sungguh bro Med ni..
        cantik pemandangan, lazatnya makanan..
        harap dpt ke sana satu hari nnt 🙂

        Reply
        • donny says

          8th March 2011 at 12:24 pm

          lazat,orang mesir yang datang dimalaysia pon suka makan makanan malaysia..

          Reply
          • akubiomed says

            8th March 2011 at 7:28 pm

            Saya pun suka menu makanan arab tidak pedas dan lazat

            Reply
  35. syahrilhafiz says

    6th March 2011 at 8:45 am

    pergh, saya pun tak pernah sampai lagi ke sana. memang best la kalau sambung bidang medicine kat sana..

    Reply
    • akubiomed says

      7th March 2011 at 12:05 am

      Nak jadi doktor bukan calang-calang orang perlu bijak dan berani tengok darah 🙂

      Reply
      • syahrilhafiz says

        8th March 2011 at 8:24 pm

        ye setuju, kang nak pegang jarum untuk inject pun takut.hehe

        Reply
  36. Sabahan Bloggers Club says

    6th March 2011 at 4:50 am

    Tak pernah sampai kat mesir lagi. Tapi memang suka baca cerita pasal piramid.., bukan skim piramid tau…. 😀 😀 😀

    Reply
    • akubiomed says

      7th March 2011 at 12:04 am

      Minta jauhkan skim Piramid silap haribulan masuk rumah pasung 🙂

      Reply
  37. tehr says

    6th March 2011 at 2:48 am

    tak tahu bila la dapat ziarah mesir
    hanya tumpang seronok dengar cerita orang je

    Reply
    • Ismail N says

      6th March 2011 at 8:16 am

      jom kita pi sama-sama … tapi lepas aman ler.. 😀

      Reply
    • akubiomed says

      7th March 2011 at 12:00 am

      Mana tahu nanti ada program pertukaran guru antara Mesir dan Malaysia nanti ada peluang nanti 🙂

      Reply
  38. MDHAFiZ.NET says

    6th March 2011 at 2:13 am

    teringin nak ke sana…menjejak kaki ke bumi para anbia.. 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      6th March 2011 at 11:53 pm

      Saya pun teringin hendak ke Mesir untuk melihat peninggalan ketamudunan manusia.

      Reply
  39. tengkorak emas says

    6th March 2011 at 1:55 am

    hm..kalau dari dulu TE suka bahasa arab mungkin masa sek men lagi dah pasang niat ke al-Azhar..

    tapi takpe, para ilmuwan yg hebat banyak sudah dilahirkan..boleh belajar daripada mereka

    Reply
    • akubiomed says

      6th March 2011 at 11:26 pm

      TE memang aliran Arab?

      Reply
      • tengkorak emas says

        7th March 2011 at 1:33 am

        oh memang tak boleh lari dari membelek kitab2 arab..jawab exam dalam arab,

        aliran Syariah dan Perundangan Islam..

        tahniahla bro..Liverpool menang..

        (bunyi mcm sedih je kan komen ni..)

        Reply
  40. Zik says

    6th March 2011 at 1:21 am

    belum berpeluang untuk sampai ke mesir.. gambar yang dekat dubai ek.. kereta kebal berkawal kat jalan raya… kalau kat malaysia macam tuh ..apa agaknya..

    Reply
    • akubiomed says

      6th March 2011 at 11:25 pm

      Harap-harap jauhkan perkara yang tidak aman berlaku di Malaysia. Kehadiran pos kawalan tidak menganggu kehidupan penduduk di Beirut Lubnan untuk menjalani rutin kehidupan mereka seperti biasa. Tentera lubnan berjaga-jaga jika ada serangan dari pihak Israel

      Reply
      • donny says

        8th March 2011 at 12:23 pm

        teringin bergambar dengan pyramid.. satu keajaiban didunia

        Reply
        • akubiomed says

          8th March 2011 at 7:28 pm

          Memang harapan saya kalau dapat bergambar berlatar belakang Piramid

          Reply
  41. zulkbo says

    6th March 2011 at 12:29 am

    salam..
    ramai saudara saya yang belajar di sana dan kebanyakkannya
    hafiz Al-Quran selain berilmu dalam kedoktoran juga kejuruteraan..alhamdulillah jarang lihat gtraduan yang ada dunia dan akhirat sekali dalam satu tempoh pengajian.Agaknya itu yang
    menarik yang di lahirkan oleh universiti di sana.Wallahualam.

    Reply
    • akubiomed says

      6th March 2011 at 12:51 am

      Betullah apa yang bro Zulkbo perkatakan graduan disana mempunyai keseimbangan yang dinyatakan. Biasanya pelajar Al Azhar menjadi Khatib solat Jumaat akan menyampaikan khutbah Jumaat amat menarik perhatian kerana tanpa membaca teks.

      Reply
      • donny says

        8th March 2011 at 12:12 pm

        mesir negara yang agak maju tidak hairan ramai yang melanjutkan pelajaran disana.

        Reply
    • Master Pak Pandir says

      6th March 2011 at 1:13 am

      betul je ada bidang kejuruteraan??
      tak pernah plak dengar. biasa bidang perubatan dan agama jer. kalau ada nak juga belajar kat sana. hehehe…

      Reply
      • akubiomed says

        6th March 2011 at 10:49 pm

        Saya pun kurang info mengenai peluang pengajian di Mesir. Sekurang-kurang dengan contest dapat memberi pemahaman peluang melanjutkan pengajian disana

        Reply
        • donny says

          8th March 2011 at 12:17 pm

          rasanya ada juga engineer study disana.boleh rujuk disini http://www.studyabroad.com/programs/Africa,Egypt,Egypt+Other,Cairo-Other,Cairo/Engineering+Subject/Academic+Year+or+Semester/default.aspx

          Reply
        • donny says

          8th March 2011 at 12:21 pm

          boleh google,ada rasanya..

          Reply
  42. etomyam says

    6th March 2011 at 12:07 am

    tak pernah sampai lagi ke mesir, nak pergi jugak satu hari nanti..
    hari tu masa outstation kat saudi ada sorang mamat mesir bila disebut kita dari malaysia cukup seronok, siap cakap malaysian good 😀

    Reply
    • akubiomed says

      6th March 2011 at 12:22 am

      Saya pun melalui pengalaman yang hampir sama semasa di Jerman ketika saya dan sahabat kelaparan kerana tidak jumpa restoran halal terjumpa gerai makan yang diusahakan oleh imigran Turki. Ketika kami membeli Kebab kami telah disapa oleh imigran Turki dan apabila menyembut yang kami dari Malaysia, beliau terus sebut Mahathir. Terasa bangga jadi anak Malaysia 🙂

      Reply
      • anif says

        6th March 2011 at 1:46 am

        Nampaknya Dr M memang sinonim dengan Malaysia 🙂

        Reply
        • akubiomed says

          6th March 2011 at 10:42 pm

          Sesuatu yang kita perlu kagum Tun Dr.M kerana membawa nama Malaysia terkenal di mata dunia

          Reply
      • donny says

        8th March 2011 at 12:08 pm

        gambar bro nampak “cool” disana.. memang ada gaya engineer hehe

        Reply
        • akubiomed says

          8th March 2011 at 7:31 pm

          Terima kasih bro 

          Reply
    • dnoBiz says

      6th March 2011 at 9:27 pm

      wah mesti masa tu rasa bangga tak hengat tu bro Jaz 😀

      Reply
      • akubiomed says

        6th March 2011 at 10:44 pm

        Sesudah semestinya saya dan kawan menumpang bangga 🙂

        Reply
        • donny says

          8th March 2011 at 12:10 pm

          ibubapa pasti bangga dengan anak yang berjaya mcm bro..

          Reply
          • akubiomed says

            8th March 2011 at 7:30 pm

            Terima kasih bro saya pun tidak sangka berpeluang melihat negara orang selama bekerja syarikat sama selama 12 tahub

            Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • 8 kebaikan Speed jump rope yang mungkin korang tak tahu
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Panduan selesai atm duit tak keluar tetapi duit dalam akaun dipotong

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in