• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Apa terjadi pada 11.1.11

Apa terjadi pada 11.1.11

15th January 2011 by akubiomed 36 Comments

11.1.11 tarikh yang istimewa.

Entri ini agak terlewat kerana didalam minggu ini aku mengalami masalah talian Streamyx dan menggunakan Celcom 3G sebagai backup. Celcom 3G memang tidak stabil dan kerap linedrop membantutkan mood untuk menulis entri dan membuat blog walking. Sekali lagi 11.1.11 telah menarik perhatian aku dengan angka unit 1. Tahun ini akan berlaku 4 kali ulangan angka 1 untuk tarikh dan bulan yang berlainan iaitu 1 Jan 2011(1.1.11), 11 Jan 2011(11.1.11), 1 Nov 2011(1.11.11) dan 11 Nov 2011(11.11.11).

Datuk Siti Nurhaliza menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke –32. Majlis sambutan sempena harijadi diadakan di hotel JW Mariot dan apabila ditanya permintaan hadiah harijadi yang diminta dari suami tersayang iaitu Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa adalah notebook Macbook Pro. Memang beruntungDatuk Siti hadiah harijadi boleh dipilih sendiri. Apakah hadiah harijadi yang akan kita beri dan terima dari pasangan kita?

Aku ingin mengambil kesempatan mengucapkan tanniah kepada pasangan sahabat blogger iaitu Norizwan dan Nur Adhwa telah menyambut cahaya mata pada 11.1.2011 yang lalu. Bayi lelaki yang  seberat 3.42kg selamat dilahirkan melalui pembedahan. Tanniah kerana menjadi ayah dan ibu kepada cahaya mata sulung. Moga-moga dengan kehadiran orang baru didalam pasangan ini dapat mengukuhkan lagi ikatan rumahtangga yang dibina

Hari Isnin lepas aku bercuti kerana membawa baby Aslah berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan di Hospital Selayang. Baby Aslah telah sah positif G6PD sejak dilahirkan selepas melalui ujian darah. Apa itu G6PD? G6PD didalam nama saintifik perubatan adalah Glucose-6-phosphate dehydrogenase iaitu kekurangan enzim G6PD yang akan membawa kemusnahan sel darah merah. G6PD bukan kecacatan atau penyakit tapi ia diwarisi melalui keturunan samada jantina lelaki dan perempuan. Selalunya lelaki lebih cenderung mengidapnya berbanding perempuan dan buat masa ini tiada rawatan khusus hanya perlu berpantang dari memakan kacang Parang dan pengunaan ubat gegat, semburan aerosol, Nila dan ubat-ubat tertentu.

Sila tekan butang kongsi:

  • Ada apa disebalik tarikh 1.1.11
  • CONTEST | Gempak DLSL 2011
  • Salahkah aku mencari penganti yang lain?

Filed Under: blog Tagged With: cahaya mata sulung, sambut cahaya mata, Sambutan hari jadi, ulang tahun kelahiran

Reader Interactions

Comments

  1. Hafizul says

    31st October 2012 at 11:01 pm

    G6PD…ooo sakit aslah ni ler yang bro ckp kan dalam komen pondok kecil tempoh hari yer..hehe

    Reply
  2. Hafizul says

    31st October 2012 at 11:00 pm

    emm lama tak tgok siti dalam tv..hehe..wajah tak sama mcm usia..muda lagi tu..hehe

    Reply
  3. Ladfe Amir says

    28th January 2011 at 5:09 pm

    pasni..kita hidup ke tak utk jumpa tarikh 22222.

    sakit tu takde ubatnya ke? cuma kena berpantang?

    datuk Siti dapat Macbook..senang nak tweet picturenya kat peminatnya

    Reply
    • akubiomed says

      29th January 2011 at 12:15 am

      Memang tidak ada ubat cuma perlu berpantang dengan menjauhkan bahan yang dilarang

      Reply
  4. suri says

    17th January 2011 at 12:21 pm

    11.1.11 tiada yg menariknya bro biasa2 jer huu..

    anak sakit ker..huu..smoga sihat sembuh..rawatan kenalah ikut jadul yg d tentukan agar ank sht sllu

    Reply
    • akubiomed says

      17th January 2011 at 1:04 pm

      Nak kata sakit tak juga tapi perlu berpantang

      Reply
      • Hafizul says

        31st October 2012 at 11:02 pm

        emm dugaan dalam hidup kan..sabar banyak2 yer..

        Reply
  5. sangilapi says

    16th January 2011 at 2:20 pm

    sekarang ni macam-macam penyakit yang pelik-pelik namanya 🙁
    anak kecil ni kalau dah sakit memang kena beri perhatian lebih – moga si kecil itu cepat sembuh.

    Reply
  6. hafidz says

    16th January 2011 at 11:04 am

    bahaya jugak ni kekurangan enzim G6PD. kena berjaga-jaga k.

    Reply
  7. Amry says

    16th January 2011 at 10:24 am

    cantik tarikh2 tu….oo…G6PD maksudnya kekurangan darah merah erk…errr….pernah dengar makan kerang boleh menambah kandungan darah.err..tak pasti menambah kandungan atau meningakkan tekanan darah…

    Reply
    • akubiomed says

      16th January 2011 at 10:43 am

      Kekurangan enzim g6-d akan menyebabkan sel darah marah mudah musnah dan akan menyebabkan kekurangan O2 yang diperlukan oleh badan. Pada masa tulang sum-sum tidak sempat untuk menghasilkan sel darah merah dengan mencukupi

      Reply
    • Hafizul says

      31st October 2012 at 11:03 pm

      emm betul tu bro..makan hati, makan kerang..semua tu boleh menambahkan darah..hehe

      Reply
  8. zik says

    16th January 2011 at 2:21 am

    cantik punya no.. aku punya blog pun komen dah jadi 11111, huhu..tapi bukan tarikh nya lah.. huhu..

    Reply
    • akubiomed says

      16th January 2011 at 9:05 am

      Kebetulan Zik 🙂 sudah tahu siapakah pengomen yang bertuah?

      Reply
  9. Norizwan says

    15th January 2011 at 11:56 pm

    terima kasih bro…:)

    Reply
    • akubiomed says

      16th January 2011 at 9:13 am

      Moga-moga isteri dan baby didalam keadaan sehat. Penjagaan isteri akibat luka bedah perlu diambil perhatian.

      Reply
  10. Amirez says

    15th January 2011 at 10:52 pm

    nombor 1 yg berulang2 memang cantik. senang nak ingat.
    G6PD? pertama kali dengar. kalau macam tu kena betul2 jaga pantang. tapi harapnya bila dah besar nanti akan beransur2 hilang

    Reply
    • akubiomed says

      16th January 2011 at 9:11 am

      Saya pun pertama kali dengar apabila doktor bagi tahu baby Aslah positif G6PD. Manakala abang-abangnya mempunyai lelah

      Reply
  11. saiful says

    15th January 2011 at 7:27 pm

    tarikh2 ni mmg menarik dan tahniah utk Norizwan dan Nur Adhwa.

    Reply
  12. RedBoys says

    15th January 2011 at 6:16 pm

    menarik angka 1 ni. ada 4 kali dalam tahun. bolehlah mula pilih tarikh2 itu. hehe

    Reply
  13. MDHAFiZ.NET says

    15th January 2011 at 5:47 pm

    fuuh..kalau nak kawin time tarikh tu.. senang nak ingat lh bro.. 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      15th January 2011 at 7:02 pm

      Boleh lah pilih anatara tarikh-tarikh tersebut 🙂

      Reply
  14. nash says

    15th January 2011 at 5:12 pm

    dalam surat khabar kosmo kata itu anak angkat siti n datuk k..xpaham la aku..hoho..
    11.1.11 pd tahun nie mmg menarik sket..mesti banyak peristiwa yg terjadi..cuma xsabar tunggu 11.11.11 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      15th January 2011 at 6:11 pm

      Memang betul seperti yang dilaporkan kalau tak percaya semak surat beranak 🙂

      Reply
  15. Fahmi Raazali says

    15th January 2011 at 4:55 pm

    ooo, adik beradik mak aku yg lelaki semua ada g6pd ni… tp aku takde kena g6pd nie…

    kalau tak silap… bila pengidap dia dah besar nanti dia akan elok sendiri eh…

    Reply
    • akubiomed says

      15th January 2011 at 6:13 pm

      Oh ye ker. Saya pun bimbang juga tapi kalau bro dah kata begitu saya rasa lega

      Reply
  16. pipoq says

    15th January 2011 at 4:52 pm

    uik..sape yang makan ubat gegat, nila ngan semburan aerosol tu ? hehehe..

    Reply
    • akubiomed says

      15th January 2011 at 7:01 pm

      Ubat gegat selain dari menghalau lipas ada yang buat ubat

      Reply
  17. dnoBiz says

    15th January 2011 at 4:51 pm

    erk…. Bro baba cara berpantang tu aku agak keliru sikit …
    Ubat gegat, semburan eresol dan nila… makan ke guna 😀

    Reply
    • akubiomed says

      15th January 2011 at 6:10 pm

      Terima kasih bro kerana pembetulan. Secara umum memang ubat gegat tidak dimakan 🙂

      Reply
      • anif says

        16th January 2011 at 12:49 pm

        Jangan la makan ubat gegat tu.. Kalau makan juga akan ke hospital nanti kesedahannya!

        Reply
        • akubiomed says

          16th January 2011 at 2:17 pm

          Haa…haa..kalau makan ubat gegat memang jalan terus 🙂

          Reply
      • dnoBiz says

        19th January 2011 at 1:16 pm

        gegat pun tidak makan ubat tu hehehe

        Reply
    • Idea Lampu says

      18th January 2011 at 9:17 pm

      Bukan yang ada masalah G6PD saja yang go kalau makan ubat gegat. Sapa-sapa pun boleh GO. Hehehe

      Reply
      • dnoBiz says

        19th January 2011 at 1:16 pm

        hahaha…
        Go and Gol…

        Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • 8 kebaikan Speed jump rope yang mungkin korang tak tahu
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Panduan selesai atm duit tak keluar tetapi duit dalam akaun dipotong

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in