• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / Apa bila sakit gigi apa pun tidak boleh

Apa bila sakit gigi apa pun tidak boleh

6th February 2014 by akubiomed 38 Comments

Apabila sakit gigi tak boleh hendak fokus

Abang Ngah anak lelaki saya sudah beberapa hari mengalami sakit gigi yang melampau. Hari ini bawa jumpa doktor gigi untuk mengatasi masalah sakit gigi yang dialami oleh beliau.

gambar hiasan

Sudah beberapa hari abang Ngah telah demam dan menangis. Saya dan isteri ingatkan beliau terkena demam panas sebab minggu lepas kami balik kampung dan beliau jarang lekat dirumah dengan bermain dengan saudara mara dikampung.

Abang Ngah telah dibawa berjumpa doktor di klinik. Menurut doktor demam yang melanda abang Ngah berkemungkinan disebabkan bermain panas dan kurang rehat ketika berada dikampung tempoh hari.

Pada sebelah petang kami berasa pelik apabila makan abang Ngah akan muntah dan membongkok-bongkok badan menahan kesakitan. Mula menangis dan saya menyangkakan ia disebabkan panas badan menyebabkan rasa mual dan muntah.

Apabila malam baru bocor hal yang sebenar. Punca demam adalah berpunca gigi geraham abang Ngah berlubang dan gusi mula membengkak. Jadi sia-sia sahaja bawa berjumpa doktor kerana maklumat yang diberikan tidak tepat dan sudah tentu diagnosis tidak berkesan. Hendak bawa jumpa doktor gigi pun tak guna kerana klinik sudah pun ditutup.

Sakit gigi geraham bongsu

Isteri tersayang pula mengalami sakit dan ketidak selesaan kerana gigi geraham bongsu keluar tidak ditempatnya. Hari ini bawa kedua-dua berjumpa doktor gigi. Atas nasihat doktor kedua beranak ini tidak boleh diberi rawatan kerana geraham sudah membengkak dan telah dibekalkan ubat tahan sakit dan antibiotik untuk bengkak surut barulah boleh diberi rawatan.

Pertama kali pekara ini berlaku kepada keluarga kami. Saya dan isteri tertanya-tanya kenapa abang Ngah gagal menyalurkan maklumat yang betul supaya kami dapat bertindak dengan mengenal pasti langkah-langkah yang perlu dilakukan. Kalau pengalaman abang Long sakit gigi dahulu, beliau akan memaklumkan sakit gigi kepada kami.

Pengajaran buat saya dan isteri

Perkara yang berlaku adalah pertama kali buat kami dan isteri. Saya tidak menyangkakan langsung masalah punca sakit diluar jangkaan. Penting mendapat maklumat yang tepat supaya dapat mengambilkan tindakan yang tepat supaya ia memberikan kesan positif.

Sila tekan butang kongsi:

  • Abang Ngah bakal duduki ujian saringan tahun 1
  • Pengalaman anak jatuh sakit
  • Abang koning terkena serangan asma pada 7 Syawal

Filed Under: Uncategorized

Reader Interactions

Comments

  1. Ummi Hanie says

    12th February 2014 at 4:01 pm

    samalah nasib kita abg ngah… saya ni dah menahan dari cabut gigi sejak 2 tahun lebih. asalnya ketika mengandung anak kelima, tak boleh cabut. ini dah dapat yg keenam pun masih belum cabut kerana sakitnya kejap ada kejap tidak

    Reply
  2. Hafizul says

    10th February 2014 at 11:26 pm

    Yang ni memang boleh buat hati tak tenteram..tak kena buat salah sikit pun nak marah..haha

    Reply
  3. onlajer says

    10th February 2014 at 1:42 pm

    dulu pun saya tak tahu kenapalah kepala saya selalu sakit, pergi klinik doktor cakap takde apa, sehinggalah ada rasa sesuatu yang menyelit digigi, lepas jumpa doktor gigi dan menampal lubang , alhamdulilah sakit kepala sudah tiada.

    Reply
  4. Mekar says

    9th February 2014 at 3:25 pm

    Saya dulu pernah sakit gigi. masa tu sedang memandu kereta. Disebabkan itu, saya terpaksa berhenti kenderaan utk mengelak pemanduan dari terjejas.

    Reply
  5. Denaihati says

    8th February 2014 at 9:37 pm

    mudahan janganlah dakit gigi masa #SBBYEOS2014 nanti. ..heee. mudahan isteri dan nak bro cepat baik, sekali 2 sakit susah juga .

    Reply
    • akubiomed says

      8th February 2014 at 11:14 pm

      Rasanya sempat kesakitan gigih dapat sembuh.

      Reply
  6. hafiz says

    8th February 2014 at 3:14 pm

    Boleh mengganggu emosi kalau sakit gigi ni

    Reply
    • akubiomed says

      8th February 2014 at 11:14 pm

      Silap haribulan boleh kena tendangan Bruce Lee.

      Reply
  7. sabree hussin says

    8th February 2014 at 12:43 pm

    Selama ni bila saya sakit gigi saya diamkan dan biarkan je walaupun sampai berhari-hari sakitnya

    Reply
    • akubiomed says

      8th February 2014 at 11:15 pm

      Tidak boleh dibiarkan kerana dibimbangi jangkitan kuman.

      Reply
  8. Syahril Hafiz says

    8th February 2014 at 7:48 am

    Pergh sakit gigi tu jangan nak dkata, saya dulu jenis takut dengan doktor gigi, gigi sakit menangis.. Nak jumpa takut kulum ais ketul, last2 kena pi jugak, bengkak kat mulut.

    Reply
    • akubiomed says

      8th February 2014 at 11:15 pm

      Kalau sudah sakit sangat memang tidak dapat dielakkan untuk mendapatkan rawatan segera.

      Reply
  9. Naimah Wahab says

    8th February 2014 at 1:44 am

    siannyer abg ngah. smg cepat sembuh. juga buat wife. sakit gigi adalah antara sakit yg paling sakit.

    Reply
    • akubiomed says

      8th February 2014 at 11:16 pm

      Kalau sudah sakit gigi satu kerja pun tidak dapat dilakukan.

      Reply
  10. ajumohit says

    7th February 2014 at 10:25 pm

    sakit gigi memang tak boleh ditahan, semoga abg ngah segera baik, kene rajin gosok gigi tau

    Reply
    • akubiomed says

      8th February 2014 at 11:17 pm

      Beliau seorang pembersih disebabkan gigi susu memang tidak akan kekal.

      Reply
  11. TehR says

    7th February 2014 at 4:45 pm

    sakit gigi boleh buat aku jadi pemarah
    kesian dengan orang keliling

    Reply
    • akubiomed says

      8th February 2014 at 11:18 pm

      Jangan cuba buat hal dengan orang sakit gigi.

      Reply
  12. muja says

    7th February 2014 at 11:28 am

    hari tu muja pun sakit gigi… jawab exam dengan sakit cenggitu la,, adusshhh,,, seksa,,,

    Reply
    • akubiomed says

      8th February 2014 at 11:18 pm

      Tabah sahajalah menjawab kertas soalan pada masa sakit gigi yang berdenyut-denyut.

      Reply
  13. alin marlini says

    7th February 2014 at 9:27 am

    sakit gigi akibat geraham bongsu nak tumbuh memang menyakitkan…bukan sekali sakitnya malah berkali2 sb gigi tu tumbuh skit2…

    Reply
    • akubiomed says

      8th February 2014 at 11:19 pm

      Memang ditakuti tumbuh gigi bongsu bukan ditempatnya.

      Reply
  14. Fadhil says

    7th February 2014 at 8:51 am

    orang dewasa pun tak tahan kalau sakit gigi. Apatah lagi budak2. semoga cepat cepat sembuh ya Abang Ngah.

    Reply
    • akubiomed says

      8th February 2014 at 11:19 pm

      Betultuh bro.

      Reply
  15. titan says

    7th February 2014 at 8:22 am

    hoho..memang tak best bila kena sakit gigi nih..

    Reply
    • akubiomed says

      8th February 2014 at 11:20 pm

      Bila sakit hendak rasa marah sahaja.

      Reply
  16. suri says

    7th February 2014 at 8:15 am

    sabarlah bapaknya anak memang begitu.depa kalau seronok bermain dengan rakan-rakan rasa sakit seperti hilang. bila di rumah mulalah buat muka tak ada apa-apa dalam hati sakit tak tertahan. oleh kerana seronok bermain mereka tak kisah ini membuatkan mereka sanggup bertahan. lama-kelamaan barulah tembelangnya pecah. benarlah kata orang setiap ragam anak memang berbeza-beza.

    Reply
  17. AUC says

    7th February 2014 at 2:16 am

    ni anak ke 4 saya pun tgh sakit gigi berlubang
    dah bawa jumpa doktor
    doktor x nak cabut sebb tgh sakit..
    tapi bila hilang sakit si anak ni x nak pula cabut…puas pujuk
    masa sakit, abah jom la gi jumpa doktor sakit sgt ni…

    Reply
    • suri says

      7th February 2014 at 8:16 am

      babah salah guna trick nampaknya hee..

      Reply
    • akubiomed says

      8th February 2014 at 11:21 pm

      Nak selamat elok cabut. Kalau ditampal akan datang sakit kembali.

      Reply
  18. anif says

    6th February 2014 at 11:47 pm

    Barangkali bila sudah sakit gigi, nak cakap pun susah.. sebab tu maklumat gagal disampaikan.

    Reply
    • akubiomed says

      8th February 2014 at 11:21 pm

      Sebelum ini sudah bertanya tetapi tidak diberi jawapan yang sepatutnya.

      Reply
  19. Sop says

    6th February 2014 at 11:25 pm

    sakit gigi mmg seksa
    sbb tu kanak2 boleh demam
    mungkin anak segan atau takut nak maklum sakit gigi?

    Reply
    • akubiomed says

      8th February 2014 at 11:22 pm

      Sudah ada jangkitan sebab itu demam.

      Reply
  20. Anarm says

    6th February 2014 at 10:36 pm

    Sakit gigi memang sakit yg paling seksa.. Jagalah kesihatan gigi baik2..

    Reply
    • akubiomed says

      8th February 2014 at 11:23 pm

      Gigi susu geraham tunggu masa hendak tanggal nampak sudah berlubang.

      Reply
  21. Mus says

    6th February 2014 at 10:21 pm

    sakit gigi antara sakit yang buat tak tidur malam.. macam2 cara nak ubat..
    last-last cabut gigi yang rosak antara ubat yang paling mujarab.. 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      8th February 2014 at 11:23 pm

      Cabut dapat mereda masalah sakit gigi.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Bila orang rumah dapat Dapur Gas Infra Merah baharu
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in