Anti theft bagpack halang kecurian tanpa sedar.
Bila memakai beg sandang @ backpack belakang ini mempunyai risiko barang dicuri tanpa sedar.
Pencuri seorang yang licik pandai ambil kesempatan kelekaan si pemilik leka dan berada ditempat ramai orang.
Dengan perlahan zip bag dibuka dan barangan berharga didalam beg dicapai dengan mudah tanpa sedar.
Seingat saya mula-mula rekaan bag ini diperkenalkan, ia adalah projek start up untuk dana bagi menghasilkan beg ini.
Usah cakaplah harga mula-mula beg Anti Theft ini pertama kali di lancarkan di pasaran.
Hanya mampu tengok dan telan air liur sahaja.
Beg ini adalah antara beg wish list saya pada ketika itu.
Hanya mampu pendam hasrat nak memiliki beg Anti Theft.
Poket mini boleh simpan kad mudah untuk dicapai.
Bila naik pengangkutan awam seperti komuter tak perlu risau terlupa dimana letak Touch N Go.
Ada poket Easy Access mudah dicapai bila-bila masa sahaja.
Port pengecas Smartphone
Ada ruang khas untuk letak Power Bank dan ada penyambungan wayar diantara Power Bank dan Port pengecas Smartphone.
Tak perlulah sentiasa nak pegang Power Bank dan Smartphone.
Hanya perlu sambung wayar USB dengan sambung port pengecas ke Smartphone.
Mudahkan.
Tak perlu bimbang nak capai Power Bank didalam bag dan pegang tentu beri kesan jangka masa panjang dari segi ergonomik tangan.
Tanggung beban berat Power Bank dan Smartphones semasa mengecas bateri.
Ada tiga poket yang mempunyai getah dan satu poket berzip
Dua poket boleh muat Laptop bersaiz 15 inci dan Tablet
Lampu reflektor keselamatan
Lampu reflektor keselamatan sisi pada kiri dan kanan beg
Pemegang beg
Pelapik Breathable memberi pengudaran baik ketika sandang beg
Pelapik pad bahu mengurangkan rasa lenguh bahu ketika membawa beban
Pad pelapik di bahagian pinggang
Eh mana zip? Tak jumpa?
Zip beg tersorok supaya beg Anti Theft ini tidak mudah dibuka dari luar.
Pandangan dari sisi ketika memakai beg Anti Theft
Pada pandangan saya.
Saya suka dengan rekaan beg Anti Theft ini menepati ciri-ciri Anti Curi.
Perkara orang pertama kali melihat beg Anti Theft ini akan tanya.
Macam mana nak buka beg Anti Theft ini kerana tidak kelihatan zipnya?
Cuma saya tidak dapat nak beri komen samada beg ini kukuh untuk membawa beban dan digunakan tempoh jangka masa lama.
Jawapannya kena tunggu bila saya pakai sehingga beg Anti Theft ini lusuh untuk mengetahui jahitan dan material yang digunakan lasak.
Beg Anti Theft backpack ini saya dapatkan dari PGMall.
Lawa design beg
bagus ni..takdela beg asik kena selongkar dengan anak kecik. korek lipstik..korek bedak…
Kalau nak pegi travel mmg ok sangat laa kan ada beg gini untuk letak barang2 berharga..
Sekarang ni saya perasan dah ramai yang mula guna beg macam ni.. teringin nak ada satu. Rasa selamat je tengok beg macam ni
Dah lama idam nak pakai. Ada promosi baru-baru ini terus sambar.
Hari tu masa nak beli beg. Inilah salah satu finalis bag pilihan. Tapi akhirnya saya beli bag kingsons. Sebab masa try di kedai, itu lagi menarik. Design pun menarik.
Menarik juga bag backpack jenama Kingsons. Merecik. 🙂
wah, menarik ni..
bookmark dulu…
Silakan. 🙂
belanja satu
hahaahha
Murah dah jer sekarang ini. Boleh sambau satu. Harganya pun tak sampai harga emas 0.5g. 🙂
bagusla kalau zipnya disorok. risau jgk kalau2 ada yang cuba buka dari belakang
Antara ciri unit ada pada beg Anti Theft backpack.