• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / AniManGaki 2014 pertemuan cosplay Malaysia

AniManGaki 2014 pertemuan cosplay Malaysia

9th August 2014 by akubiomed 36 Comments

Bermacam watak cosplay anime dapat jumpa di AniManGaki

Sudah beberapa kali berhajat untuk menghdiri event Cosplay Malaysia tetapi terlepas. Melalui entri di Broframestone dapat mengetahui penganjurang AniManGaki 2014 di Sunway Pyramid Convection Center. Acara AniManGaki berlangsung selama 2 hari bermula 9 sehingga 10 Ogos 2014.

Boleh tahan ramai pengunjung dengan mengayakan cosplay watak mereka minat. Kreatif juga mengenakan pakaian cosplay dengan pelbagai gaya dan posisi kita diminta untuk mengambil gambar. Memang sempoi cosplay ini.

Pentas utama AniManGaki.

AniManGaki Idol tempat menunjuk bakat menyanyi.

Johan Yusof menyanyikan La la la love song nyanyian asal Kubota Toshinobu. Lagu ini pernah popular sekitar 90an dan dijadikan lagu tema drama Long Vacation lakonan Takuya Kimura dan Tomoko Yamaguchi 

Ada booth Doujin dimana ada jualan untuk pengunjung antaranya khidmat lakaran, pakaian cosplay, game, patung dan bermacam lagi.

Pameran koleksi patung anime yang comel.

Beberapa watak cosplay yang berjaya dirakam oleh lensa saya.

Diluar dewan ada permainan kad. Memang leka diorang  bermain kad.

Boleh bersaing main game

Tiket masuk sehari RM15 dan 2 harr berharga RM25. Walaupun begitu diluar dewan ada juga booth dan aktiviti yang tidak kurang hebatnya.

Boleh layari laman rasmi AniManGaki untuk mengetahui aktiviti sepanjang 2 hari –> AniManGaki

Sila tekan butang kongsi:

  • Pameran Kuala Lumpur Orkid & Bonsai 2014
  • Keghairahan mengumpul set The Avengers Lego
  • Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014

Filed Under: Uncategorized

Reader Interactions

Comments

  1. cik amal says

    14th August 2014 at 5:10 pm

    ada sorang member ni cina, minat dgn cosplay ni…
    nama page dia “Nelissa Luffy T”

    comel gak.. tapi klu diri sendiri nk try, mmg lari bapak den.hahah

    Reply
  2. myrujukan says

    12th August 2014 at 3:21 pm

    saya x tahu pula kalau kat Malaysia ada buat juga, tp jauh la saya nak datang situ, hehee

    Reply
    • akubiomed says

      12th August 2014 at 8:32 pm

      Sudah banyak kali AniManGaki dianjurkan di Malaysia. Saya baru ini dapat pergi.

      Reply
  3. suri says

    12th August 2014 at 1:08 pm

    anak saya takut tengok gambar zombi itu hu…

    Reply
    • akubiomed says

      12th August 2014 at 8:33 pm

      Solekan Zombie nampak realistikkan.

      Reply
  4. Melastik Bintang says

    12th August 2014 at 12:54 pm

    frust xde gambar kakashi ni….hehehe..

    tak pernah lagi nak join anime cosplay ni….

    Reply
    • akubiomed says

      12th August 2014 at 8:34 pm

      Ada cuma saya tidak snap gambarnya. 🙂

      Reply
  5. kesoma.rai says

    12th August 2014 at 11:55 am

    err..star wars kira anime ke? hehehe

    di Malaysia masih kurang yg cukup berani nak bercosplay beria ria.. kalau di jepun diorang selamba naik train.. dan sangat sporting siap bergambar dengan orang lain..tapi rasanya cosplay dah makin mendapat sambutan kat malaysia.. sebelum ni kurang.. sekarang dah makin dapat coverage media berbanding dulu..

    Reply
    • akubiomed says

      12th August 2014 at 8:36 pm

      Mula-mula rasa janggal juga mungkin di Malaysia ada kelonggaran sedikit.

      Reply
  6. Mus says

    12th August 2014 at 11:39 am

    menarik.. saya suka spiderman tu..

    Reply
    • akubiomed says

      12th August 2014 at 8:37 pm

      Kostum Spiderman memang terbaik.

      Reply
  7. jaymiee says

    11th August 2014 at 3:07 pm

    ngeri aku tengok…kalau jumpa confirm aku lari walaupun cuma make up jer…

    Reply
    • akubiomed says

      12th August 2014 at 8:38 pm

      Kalau terserempak tidak cukup tanah lari ketakutan.

      Reply
  8. onlajer says

    11th August 2014 at 2:09 pm

    wah best juga ni kalau dapat pergi, asyik tengok gambar jer hehehe

    Reply
    • akubiomed says

      12th August 2014 at 8:41 pm

      Tujuan ke sana untuk snap gambar. Misi tercapai.

      Reply
  9. suri says

    11th August 2014 at 12:53 pm

    wah best gila heeee…untunglah sebab dapat ke sana

    Reply
    • akubiomed says

      12th August 2014 at 8:42 pm

      Kebetuan hari Sabtu tak ada aktiviti ambil peluang untuk ke AniManGaki di Sunway Pyramid.

      Reply
  10. Hazmin Hamudin says

    11th August 2014 at 11:15 am

    Dulu memang minat dengan anime ni. Sekarang ni dah slow pulak tengok. Kalau tak bleach, full metal alchemist memang jadi kegemaran.. Bankai!! Hehe

    Reply
    • akubiomed says

      12th August 2014 at 8:49 pm

      Saya pun jarang menonton anime sekarang ini.

      Reply
  11. Ismail N says

    11th August 2014 at 9:36 am

    Nasib baik ler time kawe kat KL itu hari mende ni belum start, kalu tak sure anak2 kawe suruh berkhemah kat sana sehari suntuk. 😀

    Reply
    • akubiomed says

      12th August 2014 at 8:50 pm

      Memant tahu bro IsmailN mesti pergi kalau masih lagi berada di Semenanjung.

      Reply
  12. Hairul Azni says

    11th August 2014 at 1:17 am

    Wah..anime..kalau dekat mesti dah pegi ni..

    Reply
    • akubiomed says

      12th August 2014 at 8:52 pm

      Macam-macam cosplay boleh jumpa. 🙂

      Reply
  13. hafiz says

    10th August 2014 at 10:01 pm

    Memanh minat dgn anime ni…kalau ada peluang memang pergi punya

    Reply
    • akubiomed says

      11th August 2014 at 12:22 am

      Harap suatu hari akan ada event anime untuk peminat di Johor.

      Reply
  14. titan says

    10th August 2014 at 6:28 pm

    Sibuk sket sekarang..kalau tak..memang nak pegii

    Reply
    • akubiomed says

      11th August 2014 at 12:23 am

      Minat juga anime.

      Reply
  15. Ummi Hanie says

    10th August 2014 at 5:03 pm

    saya minat tengok2 begitu saja…

    kalau adik ipar, memamng peminat anime

    Reply
    • akubiomed says

      11th August 2014 at 12:24 am

      Ada anime yang saya minat menonton dan ada yang tidak.

      Reply
  16. Hafizul says

    10th August 2014 at 5:03 pm

    Alamak..seram gak tengok muka cam tu…haha….kalau malam2 pakai macam ni, memang pengsan tak terkata dah ni..hehe

    Reply
    • akubiomed says

      11th August 2014 at 12:24 am

      Serius menakutkan kalau terserempak zombie tersebut.

      Reply
  17. Eizil says

    10th August 2014 at 10:37 am

    Sebelum ni selalu juga tengok dalam web mengenai event cosplay macam ni, tapi tak pernah tahu bila diorang anjurkan. Seronok bila tengok peserta sungguh-sungguh dengan make up dan pakaian untuk sama dengan watak yang mereka cuba tiru.

    Reply
    • akubiomed says

      11th August 2014 at 12:27 am

      Peminat cosplay bersusah payah memakai cosplay watak yang mereka sukai.

      Reply
  18. TehR says

    10th August 2014 at 12:14 am

    nampak star wars pun ada tu

    Reply
    • akubiomed says

      10th August 2014 at 9:37 am

      Mencari juga cosplay watak-watak Star Wars.

      Reply
      • suri says

        12th August 2014 at 12:50 pm

        suka kalau dapat pergi mesti agaknya saya akan ambil gambar tanpa henti

        Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Pengalaman guna Air Cooler MIND mampu menurun suhu panas
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Asas kegunaan baja berdasarkan warna baja untuk newbie

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in