• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Angka pertama didalam kehidupan

Angka pertama didalam kehidupan

15th February 2011 by akubiomed 69 Comments

Angka pertama didalam kehidupan.

Angka pertama atau nombor satu memainkan peranan bagi pemilik blog AkuBiomed. Aku ingin kongsi angka pertama didalam kehidupan yang berkait rapat dengan perjalanan kehidupan ini.

Janganlah salah anggap kepercayaan angka satu ini sehingga menduakan Allah dan RasulNya, adalah sekali-kali tidak sama sekali.

  1. Ayah aku adalah anak sulung dari 7 beradik.
  2. Aku adalah anak sulung dari 3 beradik.
  3. Aku mengahwini isteriku adalah anak perempuan pertama dari 10 adik-beradik.
  4. Perkahwinan aku adalah pengalaman pertama bagi kedua orang tuaku dan keluarga kedua mentuaku.
  5. Anak sulung aku dilahirkan pada tahun 2003 yang berkongsi bulan yang sama dengan aku dan isteriku.
  6. Aku juga adalah kumpulan perintis lepasan SPM untuk kolej Tuas Polytech sebelum dinaikkan status universiti dengan nama UniKL-BMI.
  7. Aku juga adalah kumpulan perintis pengajian Elektronik Perubatan di kolej yang sama.
  8. Aku menerima surat pertama tawaran kerja dari Texas Instrument selepas tamat pengajian.
  9. Telefon bimbit pertama aku beli dari hasil titik peluh sendiri adalah Ericsson GH688.
  10. Motor pertama aku beli adalah Kriss Modenas 110cc masih didalam keadaan baik sehingga hari ini.
  11. Kereta pertama aku adalah buatan anak tempatan iaitu Proton Iswara 1.3 manual.
  12. Aku juga adalah kumpulan pertama yang terlibat penswastaan unit sokongan Kejuruteraan Biomedikal hospital kerajaan.
  13. Aku adalah antara 5 orang terpilih oleh syarikat yang aku bekerja selama 11 tahun untuk menjalani latihan penyelengaraan peralatan Biomedikal di Universiti Flinders dan Pusat Perubatan Flinders.
  14. Negara luar pertama yang aku kunjungi adalah Adelaide di Australia.
  15. Pertama kali menceburi blog pada tahun 2008 tapi malangnya nama domain tersebut telah berkubur dan sekarang aku blog dengan nama domain AkuBiomed.

Rasanya cukup senarai mengenai angka pertama yang memberi makna didalam kehidupan aku. Aku ingin berkongsi link kepada sahabat-sahabat blog dengan menulis entri mengenai angka pertama didalam kehidupan sahabat blogger kemudian meletak link entri tersebut didalam komen entri ini. 🙂

Sila tekan butang kongsi:

  • Karnival Keusahawanan 2015 Sekolah Rendah Agama
  • Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari (BCL) dapat baby lelaki
  • Soto Ayam sempena Hari Bapa

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. lepakk.com says

    28th August 2012 at 5:28 pm

    Perghhhh blog pun akan jadi yang 1st.. sokong

    Reply
  2. Ladfe Amir says

    27th February 2011 at 1:44 am

    aku pun banyak juga dalam part ‘pertama’ ni..tapi kebanyakkannya aku dah lupa.

    cuma yg aku ingat. dalam adik beradik aku, aku yg pertama mendirikan rumahtangga. anak pertama pun adalah cucu pertama orang tua aku.

    Reply
  3. MDHAFiZ.NET says

    18th February 2011 at 10:42 pm

    wah… banyak yg kamu ingat tentang perkara sekecil itu… 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      19th February 2011 at 12:05 am

      Mungkin perkara yang memberi kesan didalam hidup saya menjadi ingatan

      Reply
  4. Zezebel says

    18th February 2011 at 9:04 pm

    Saya pun anak pertama…tapi tu je lah yang kita sama..hehe

    Reply
    • akubiomed says

      19th February 2011 at 12:04 am

      La akak long rupanya 🙂

      Reply
      • lepakk.com says

        28th August 2012 at 5:28 pm

        Hohohohoho

        Reply
  5. madlut says

    18th February 2011 at 4:24 pm

    banyak tu kaitan bro dengan no 1

    Reply
    • akubiomed says

      19th February 2011 at 12:03 am

      Kebetulan ia banyak berkaitan yang pertama

      Reply
  6. kulanz says

    17th February 2011 at 10:24 pm

    yang pertama memang selalu mendapat tempat di hati.. 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      18th February 2011 at 12:01 am

      Kesan yang pertama sangat mendalam

      Reply
  7. Fitrihadi says

    17th February 2011 at 4:16 am

    wah banyak yang pertama.. dan banyak juga kejayaan dalam hidup bro.. dan juga pengalaman.. mesti best kan menjadi seorang ‘akubiomed’..hehe..

    Reply
    • akubiomed says

      18th February 2011 at 12:01 am

      Alhamdulillah apa yang tercapai bukan sesuatu yang diimpikan sebelum ini

      Reply
  8. Zik says

    17th February 2011 at 4:05 am

    sebut pasal pertama.. no bertuah saya adalah 2.. itu jer.. kalau masuk pertandingan selalu mesti dapat no 2 (biasanya sukan).. padahal dah lead.. tak tahulah..takda rezeki..

    Reply
    • akubiomed says

      18th February 2011 at 12:00 am

      Tentu tidak seronok mendapat nombor dua

      Reply
  9. tehr says

    17th February 2011 at 1:02 am

    ada ketikanya yang pertama perlu dilupakan setelah mendapat yang terakhir

    Reply
    • akubiomed says

      18th February 2011 at 12:00 am

      Dalam maksud bro TehR 🙂

      Reply
  10. Amry says

    17th February 2011 at 12:38 am

    paklong la niiiiii…hehehehehe…nak panggil pak long la pas ni. boleh kot. kekekeke
    ooo..baru tahu ni disebalik nama akubiomed. hmmmm…tertanya2 gak, tapi segan nak tanya. huhu

    Reply
    • akubiomed says

      17th February 2011 at 1:11 am

      Anak sedar belum ada lagi tak tahu bila hendak dapat. Kalau ada anak sedara baru seronok bagi duit Raya 🙂

      Reply
  11. Amirez says

    16th February 2011 at 11:39 pm

    okeh..saya sahut cabaran. boleh buat idea update blog 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      17th February 2011 at 12:37 am

      Terima kasih bro, jangan lupa tinggalkan link di entri ini

      Reply
  12. fendidahada says

    16th February 2011 at 7:46 pm

    manusia selalu mengingati yang pertama..kedua selalu dilupakan..jadi cuba jadi yang pertama..tapi yang baik2 je tau..hehe

    Reply
    • akubiomed says

      16th February 2011 at 11:17 pm

      Tidak semua orang suka menjadi nombor dua apalagi angka selepas nombor dua

      Reply
  13. hollowgram says

    16th February 2011 at 7:21 pm

    wah..hebat…

    semuanya adalah pertama..

    Reply
    • akubiomed says

      16th February 2011 at 11:18 pm

      Terima kasih kerana sudi membaca entri ini buat kali pertama 🙂

      Reply
  14. etomyam says

    16th February 2011 at 6:44 pm

    wah menarik sekali pengalaman pertama bro ni, aku dah lupa la pulak HP apa yg aku first guna

    Reply
    • akubiomed says

      16th February 2011 at 11:15 pm

      Tentu banyak jenis handphone bro Etomyam pernah pakai

      Reply
  15. decrewz says

    16th February 2011 at 4:43 pm

    Anak sulung ni besar tanggungjawab.. Lagi2 kalau ada adik ramai dan keluarga kurang mampu…

    Reply
    • akubiomed says

      16th February 2011 at 11:14 pm

      Syukur saya tidak mengalami kesusahan tersebut. Jadi saya antara insan yang beruntung

      Reply
  16. adamfaiz says

    16th February 2011 at 4:04 pm

    Aku pelajar pertama di sekolah yang mendapat A dalam Bahasa Inggeris untuk Penilaian Darjah 5..

    Reply
    • akubiomed says

      16th February 2011 at 11:13 pm

      Hebat, saya nama sahaja ada suratkhabar The Star dirumah. Ketika kecil dahulu kerana orang ayah saya adalah aliran Inggeris. Bahagian saya suka baca didalam suratkhabar The Star adalah ruangan komik dan intisari rancangan, macamana hendak pandai bahasa Inggeris 🙂

      Reply
  17. adele says

    16th February 2011 at 2:47 pm

    menarik ni..angka pun boleh buat entri..tp angka dlm hidup sy tak menarik pun..hehe

    Reply
    • akubiomed says

      16th February 2011 at 11:11 pm

      Pasti ada yang menarik cuma kita tidak perasan apa yang dikurniakan olehNya

      Reply
  18. nurmisnan says

    16th February 2011 at 2:40 pm

    salam brother… mcm buat senarai azam tahun baru. hu3
    anyways, tahniah ler
    semua dah tercapai…
    rasa2nya hp Ericsson tuh ada simpan lg tak?
    boleh tunjuk kat anak2..

    Reply
    • akubiomed says

      16th February 2011 at 11:10 pm

      Terima kasih. Banyak yang tercapai adalah hal keduniaan dan mengharapkan persediaan ‘bekalan’ juga ada

      Reply
  19. padin says

    16th February 2011 at 2:15 pm

    wah, mantap la bro, dan kini aku tahu, kenapa “aku BIOMED” EKEKEE..
    pastinya pengalaman yang pertama ni akan senang untuk di ingat dan manis di kenang,

    Reply
    • akubiomed says

      16th February 2011 at 11:08 pm

      Terima kasih. ‘AkuBiomed’ memang istimewa kerana ia membawa saya pencapaian yang tidak pernah saya termimpi sebelum ini

      Reply
  20. abby kamil says

    16th February 2011 at 1:41 pm

    cinta pertama camna pulak? hehehe

    Reply
    • akubiomed says

      16th February 2011 at 11:05 pm

      Cinta pertama ada didalam archive entri 2010

      Reply
  21. suri says

    16th February 2011 at 1:32 pm

    erk..yang pertama alahai tak der yg pertama bro..rasanya part yg tegah hujung adalah suri terselit hee..

    pertma menjejak kaki di negeri org rasa cam serba tak kena.. ipoh mali alahai.. rasa yang pertma cam tak der kwan kt cini..yang pertma juga ada anak sbg buat kawan huuu

    Reply
    • akubiomed says

      16th February 2011 at 11:04 pm

      Hubby orang Ipoh ker? Orang Melakau kalau boleh nak cari sepupu sepapat sahaja 🙂

      Reply
  22. Mus says

    16th February 2011 at 12:05 pm

    wah.. banyak jugak yang pertama..
    harap yang baik-baik tu ada dua tiga dan seterusnya..

    Reply
    • akubiomed says

      16th February 2011 at 11:03 pm

      Ada yang baik-baik untuk dua tiga seterusnya

      Reply
  23. nash says

    16th February 2011 at 11:15 am

    salam
    wah
    bro ni anak sulung ea
    xtahu lak aku
    hehehe
    tambah2 plak isteri pun anak sulung
    gak
    mmg matching 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      16th February 2011 at 10:40 pm

      Memang berat anak sulung kerana pengalaman yang ditempuhi adalah yang pertama

      Reply
  24. Kujie says

    16th February 2011 at 10:11 am

    selalu capture nombor dan angka

    kalau kali pertama – banyak…hehe

    Reply
  25. Ismail N says

    16th February 2011 at 9:40 am

    Errr.. aku PERTAMA kali baca posting cam nie.. 😀

    Reply
    • akubiomed says

      16th February 2011 at 10:32 pm

      Terima kasih kerana sudi membaca entri ini

      Reply
  26. Sabahan Bloggers Club says

    16th February 2011 at 1:28 am

    Pertama adalah permulaan.
    Kena teruskan langkah kakai tu ke depan dan berani berjumpa dengan yang kedua, ketiga dan seterusnya….
    Tapi bukan suruh kahwin 3 tau. Hahahahaha…. 😀 😀 😀

    Reply
    • akubiomed says

      16th February 2011 at 10:26 pm

      Betul langkah demi selangkah adalah lebih baik

      Reply
  27. maza says

    16th February 2011 at 12:38 am

    errr… setakat hari ini antara angka satu maza ialah isteri baru satu…

    alahai, ahaks..
    lantun lantun gitew…

    Reply
    • Ismail N says

      16th February 2011 at 9:41 am

      Emmm.. ada niat la tuh..
      bagitahu darlin nanti baru tau!

      Reply
    • akubiomed says

      16th February 2011 at 10:18 pm

      Lain macam sahaja. Kita dua sama sahaja kod 03 🙂

      Reply
  28. zulkbo says

    16th February 2011 at 12:13 am

    salam..
    selalunya bila dah ada yang pertama
    akan datang yang kedua dan ketiga
    dan seterusnya…(merujuk pada usia)
    hingga akhir hayat..dalam proses itu
    berlakulah angka yang sama dalam setiap
    sesuatu keadaan mungkin suasana..saya
    memilih andai di putar masa pertama
    sekali ingin saya jauhi ialah MEROKOK..

    Reply
    • akubiomed says

      16th February 2011 at 10:17 pm

      Masih boleh lagi membuang tabiat merokok dengan azam yang kuat

      Reply
  29. Ieda Al-Habsyi says

    15th February 2011 at 11:55 pm

    skang ni bro ada member blogger yang namanya bermaksud pertama – wahidah, ieda le tu! hehehhe! 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      16th February 2011 at 10:16 pm

      Alahai nama alah-alah sama bunyi Waheeda – Wassini

      Reply
  30. Nadri says

    15th February 2011 at 11:48 pm

    tentunya yang pertama memang akan terus segar dalam ingatan..insyaallah klu ada masa aku pun nak kongsi jugak pasal angka pertama dlm kehidupanku…

    no flat kereta aku 3443 punyai maksud yg tersembunyi..bila dah booking flat nie baru terfikir…mgkn hanya satu kebetulan shj…

    Reply
    • akubiomed says

      16th February 2011 at 10:15 pm

      Kebetulan nombor plat kereta sama dengan nombor unit flat. Motor saya mempunyai angka 459 –> 4+5=9 kebetulan 🙂

      Reply
  31. luthfi says

    15th February 2011 at 11:37 pm

    hehehe.. hebat la hang bro. aku taktau yang unikl-bmi tu asal dari polytech.
    aku pun peminat fanatik nombor gak. tapi tak lasampai nak percaya karut marut dan nak beli nombor utk tikam2 hehe

    Reply
    • akubiomed says

      16th February 2011 at 10:13 pm

      Terima kasih, Sedih kekadang ada orang kita main nombor dah putih kapas rambut

      Reply
  32. anif says

    15th February 2011 at 11:13 pm

    Yang “Pertama” tentunya sukar untuk dilupakan 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      16th February 2011 at 9:59 pm

      Ia tetap diingat samada yang pertama itu manis atau pahit

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • 8 kebaikan Speed jump rope yang mungkin korang tak tahu
  • Bila orang rumah dapat Dapur Gas Infra Merah baharu
  • DIY rak kasut dari paip PVC

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in