• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Altel 4G prepaid sudah dimiliki

Altel 4G prepaid sudah dimiliki

12th August 2014 by akubiomed 55 Comments

Altel 4G simkad akhrinya berjaya dimiliki

Rasanya ramai yang sudah tahu mengenai Altel 4G prepaid yang sudah berada dipasaran. Altel menawarkan 4G maknanya lebih laju dari HSDPA dan 3G. Semakin banyak pilihan sebagai pengguna untuk mendapat pakej langganan yang memenuhi keperluan masing-masing. Macam saya mencari pelan telco yang mempunyai liputan luas dan lebih penjimatan menjadi pilihan.

Saya juga tidak ketinggalan untuk mendapat kad sim Altel 4G sebelum sambutan Hari Raya baru ini. Ini semua gara-gara terbaca post panas di wall Facebook mengenai Altel. Saya tidak bercadang untuk menceritakan disini. Pada mulanya bercadang hendak membeli secara online. Memandangkan mahu segera guna ketika bercuti Raya dikampung nanti dengan mencari agen yang menjual sim kad prabayar Altel ini. Setelah meneliti senarai wakil penjual di laman rasmi Altel dan akhirnya terjumpa agen yang menjual berdekatan dengan tempat kerja. Tidak sangka pula agen yang saya beli sim kad Altel adalah kedai menjual rokok dan tembakau premium. Pada mulanya saya berasa pelik tetapi yang penting dapat memiliki kad sim prepaid Altel sebelum balik cuti Hari Raya tertunai.

Pek permulaan Altel 4G berharga RM7 sahaja dengan isian RM5 untuk tempoh 30 hari. Urusan pendaftaran juga mudah dan saya telah top up RM30 melanggan broadband RM28 untuk 1GB untuk tempoh sah 90 hari. Activation untuk sim kad Altel ini pun cepat dan mudah. Tidak sampai sejam sudah boleh digunakan.

Pengalaman mengunakan Altel 4G 

Tidak ada masalah untuk mengunakan broadband Altel 4G dengan kelajuan HSDPA. Tidak ada drop atau terputus semasa melayari internet. Biasanya dengan telco lain susah mendapatkan signal liputan yang kuat tetapi dengan Altel nampak okay. Memandangkan modem USB yang digunakan bukan 4G tidak menjadi masalah kerana secara automatik talian broadband akan bertukar kepada Celcom HSDPA.

Slogan Altel “Bersatu kita gempak bercerai kita kokak”

  • Untuk pelan yang ditawarkan boleh layari laman rasmi Altel Malaysia
  • Untuk senarai agen Altel boleh rujuk –> senarai Agen Altel

Sila tekan butang kongsi:

  • DiGi Best Prepaid memang best
  • Xiaomi Redmi Note 3 lebih kuasa dan tiada lag
  • Xiaomi RedMi 2 dual 4G sim yang cool mampu milik

Filed Under: blog Tagged With: altel unlimited data

Reader Interactions

Comments

  1. collen says

    30th September 2014 at 10:35 pm

    Dimana ada celcom disitu ada altel.
    Altel menggunakan single RAN celcom.Dimana ada 3G celcom disitu ada 3G altel,begitu juga dengan 4G,ini kerana altel tidak mempunyai infrastruktur seperti celcom,maxis,digi dan umobile.

    Reply
  2. WRizuan says

    29th August 2014 at 11:41 am

    saya memang tgh membuay survey dulu hal nie …. ada org kata ok dan ada sebaliknya …. macam tuan kata saya utamakan coverage tu…

    mana nk dpt beli online ???

    Reply
  3. Norasikin says

    26th August 2014 at 7:04 pm

    Saya masih tak jumpa lagi pelan internet yg memuaskan hati. Semuanya lebih kurang sama. Ada tak pelan yg unlimited kuorta? tak perlu laju pun. Yg saya ada sekarang ni mmg dah umlimited tapi bila lebih 5 GB kelajuan jd terlalu slow. Lebih slow dari dialup. Hampir tak berguna.
    Internet laju pun tak guna juga. Klik je video kat you tube cuma nak tengok sikit je tapi sekejap je dia loading sampai habis video tu. Rupa-rupanya cerita tak sedap. Rugi je beberapa ratus mb. Dalam beberapa hari dah abis 5GB. Ada cadangan tak bro?

    Reply
  4. adele says

    26th August 2014 at 11:49 am

    dah ada satu nombor ALTEL tapi pilihan pertama tetap UMOBILE sbb boleh dpt kuota besar dgn harga murah. Laju pun ok dah 😀

    Reply
  5. wazy says

    17th August 2014 at 8:34 pm

    Dah ramai juga mencuba Altel ni…

    Reply
  6. Rossaimi says

    16th August 2014 at 12:39 pm

    Pengalaman terbaik saya menggunakan altel ini ialah ketika balik kampung di Terengganu. Ketika telco lain hanya memberikan isyarat edge tetapi Altel memberikan H+..Terbaik bro..Boleh tahan 3 bulan tu..

    Reply
  7. Kamil Salleh says

    15th August 2014 at 12:05 am

    Semoga Altel ini banyak kemudahannya…senang sikit nak gunakannya untuk berinternet. Rasanya nak cubalah bagaimana…moga lebih baik daripada yang lain.

    Reply
  8. Hafizul says

    14th August 2014 at 10:53 pm

    Emm area kawasan rumah saya memang tak banyak pilihan yang ada..alangkah seronoknya kalau ada semua liputan..kerja bikin senang jadinya..hehe..

    Reply
  9. ahmadyani says

    13th August 2014 at 10:32 pm

    Altel ni tak sediakan modem untuk broadband ke?

    Reply
  10. MK Kimi says

    13th August 2014 at 5:23 pm

    Teringin nak guna dan nak kekalkan no ni. tp altel xde postpaid plak..

    Reply
    • akubiomed says

      13th August 2014 at 8:45 pm

      Buat masa ini belum ditawarkan lagi post paid.

      Reply
      • Stuwie says

        15th August 2014 at 12:57 am

        Dalam bulan september ni postpaid ALTEL masuk

        Reply
  11. Ummi Hanie says

    13th August 2014 at 4:18 pm

    tahniah sudah ebrtukar ke Altel

    sy menunggu suami utk sama2 bertukar ni

    Reply
    • akubiomed says

      13th August 2014 at 8:47 pm

      Terima kasih. Puas hati dapat guna Altel semasa bercuti beraya dikampung tempoh hari. 🙂

      Reply
  12. myvitrd says

    13th August 2014 at 3:40 pm

    alhamdulillah saya pun dah ada juga satu.. 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      13th August 2014 at 8:48 pm

      Semakin ramai yang melanggan dengan Altel.

      Reply
  13. hafidzramli says

    13th August 2014 at 10:49 am

    Kalo Altel ada 5GB punya quota memang nak beli nih 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      13th August 2014 at 8:48 pm

      Setakat ini bleum ditawarkan lagi.

      Reply
  14. Denaihati says

    13th August 2014 at 9:12 am

    servis baik mesti dapat sambutan hebat. teringin nak cuba nanti.

    Reply
    • suri says

      13th August 2014 at 11:07 am

      sudha review belilah satu dh untuk tujuan kerja

      Reply
      • akubiomed says

        13th August 2014 at 8:49 pm

        Saya ini suka bertukar dari satu telco ke telco yang lain. 🙂

        Reply
  15. Ismail N says

    13th August 2014 at 8:39 am

    Bagi kawe yang guna utk bermedia-sosial adehh… 3G pun dah cukup laju. Yang penting ialah coverage. Lagi luas..lagi baik.
    Then again, lain orang, lain citarasanya kan? 😀

    Reply
    • akubiomed says

      13th August 2014 at 8:50 pm

      Ya, liputan bagi saya penting. Kalau tidak pening ahh..

      Reply
  16. Zuan says

    13th August 2014 at 8:36 am

    mengujakan tawaran syrikat2 telekomunikasi harini. sekarang ni pakai umobile dan celcom. ada rezeki nanti, mungkin boleh tukar ke altel 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      13th August 2014 at 8:51 pm

      Semakin banyak telco dipasaran harap dapat memberi keuntungan kepada pengguna.

      Reply
      • Zuan says

        17th August 2014 at 1:18 pm

        harap begitu juga 🙂

        Reply
  17. Hero Borneo says

    13th August 2014 at 7:58 am

    memang teringin juga nak guna broadband yang laju

    Reply
    • akubiomed says

      13th August 2014 at 8:51 pm

      Kalau hendak menikmati 4G perlu guna gajet yang ada sokongan 4G juga.

      Reply
  18. sobrimansor says

    13th August 2014 at 7:51 am

    Ada juga terbaca pasal Simkad altel ni di media sosial. Mudah mudahan altel mampu memberi perkhidmatan yang lebih baik untuk pengguna di Malaysia ni.

    Reply
    • akubiomed says

      13th August 2014 at 8:52 pm

      Ya, mudah-mudahan liputan Altel ini luas.

      Reply
  19. zool says

    13th August 2014 at 7:47 am

    takut bila ramai pengguna dia buat hal pula

    Reply
    • suri says

      13th August 2014 at 11:08 am

      takut pengguna buat hal apa maksud bro zool agaknya?

      Reply
      • akubiomed says

        13th August 2014 at 8:52 pm

        Buat masa ini belum ramai pengguna lagi dan line Altel masih belum sesak lagi.

        Reply
  20. Hairul Hissam says

    13th August 2014 at 7:24 am

    dah lama nak beli, tapi tak beli2 juga..
    bagus juga guna utk jalan jauh dan beronline…

    Reply
    • Ummi Hanie says

      13th August 2014 at 4:16 pm

      samalah dgn saya halnya.. hehe

      Reply
  21. maza says

    13th August 2014 at 12:06 am

    Maza juga berkenan mahiencuba altel ini selain mulai muak dan bosan dgn perkhidmatan maxis broadband yg kerap drop dan tidak stabil.

    Huh!

    Reply
    • akubiomed says

      13th August 2014 at 8:53 pm

      Liputan penting. Kalau tidak susahlah mendapat signal tidak stabil.

      Reply
  22. titan says

    12th August 2014 at 11:43 pm

    Nak kena cuba gak ni nanti. Hoho

    Reply
    • akubiomed says

      13th August 2014 at 8:53 pm

      Cuba jangan tdak cuba.

      Reply
      • titan says

        13th August 2014 at 9:32 pm

        ada masa nanti gua gi usha kedai. hoho

        sibuk sket sekarang.

        Reply
  23. TehR says

    12th August 2014 at 11:18 pm

    barang baru ni
    harap boleh dicuba dengan segera

    Reply
    • akubiomed says

      12th August 2014 at 11:38 pm

      Boleh dapatkan informasi terlebih dahulu dengan Google atau laman rasmi Altel.

      Reply
    • suri says

      13th August 2014 at 11:11 am

      ab ini produk keluaran sepenuhnya dari Malaysia?

      Reply
      • Ummi Hanie says

        13th August 2014 at 4:17 pm

        suri, ini keluaran tan sri syed mokhtar, jutawan muslim malaysia. kena sokong ni 🙂

        Reply
        • akubiomed says

          13th August 2014 at 8:54 pm

          Ya betul. 🙂

          Reply
  24. Fazrol says

    12th August 2014 at 11:02 pm

    Dah beli juga… nak test punya pasal..
    So far berpuas hati…

    Reply
    • akubiomed says

      12th August 2014 at 11:36 pm

      Samalah kita. Modal RM7 sahaja . 🙂

      Reply
  25. Hazmin Hamudin says

    12th August 2014 at 11:01 pm

    Kawasan liputan ok ke bro? Tengok macam murah je tu. Kalau takda kuota lagi best. Hehe

    Reply
    • akubiomed says

      12th August 2014 at 11:35 pm

      Starter pack hanya berharga RM7 dan isian RM5.

      Reply
  26. Mus says

    12th August 2014 at 10:51 pm

    smoga altel terus maju..
    sokongan pada rakyat malaysia

    Reply
    • akubiomed says

      12th August 2014 at 11:34 pm

      Ya saya mengharapkan Altel ini mampu memberi daya saing dan memberikan perkhidmatan terbaik untuk pelanggan-pelanggannya.

      Reply
  27. Bahrain says

    12th August 2014 at 10:48 pm

    Ramai yang memberikan reaksi positif tntg altel. Setakat ni saya masih berpuas hati dengan apa saya langgan sekarang. hehe

    Reply
    • akubiomed says

      12th August 2014 at 11:33 pm

      Terpulang kepada selera masing-masing. Tepuk dada tanya selera.

      Reply
  28. Ainaa Roseberry says

    12th August 2014 at 10:39 pm

    Wahhhh ramai dah memiliki simcard Altel… nak juga!! sob!!! kena pergi cari juga ni

    Reply
    • akubiomed says

      12th August 2014 at 11:32 pm

      Cepat-cepat jangan terlambat. 🙂

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Bila orang rumah dapat Dapur Gas Infra Merah baharu
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in