• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Aku mahukan kemewahan!

Aku mahukan kemewahan!

14th February 2013 by akubiomed 84 Comments

Tidak ingin hidup susah..mahupun sengsara!

Punyai kereta besar, rumah besar, wang besar semua ada di hadapan mata. Begitu mudah di petik begitu mudah juga kita akan rapuh hanya dengan kealpaan duniawi semata-mata. Mari kita memikirkannya sedetik pernahkan kita berfikiran sedemikan rupa walaupun sekali ataupun lebih dalam seumur hidup untuk menikmati kesenangan sungguhpun kita berhak keatas itu atas hasil usaha kuderat tulang empat kerat ini.

Berfikir seakan mat jenin kita berharap suatu hari kita akan menjadi kaya dan senang dikemudian hari. Tapi bila kita susah tiada sesiapa yang ingin memandang. Setuju? Ada nama serta pangkat yang baik pasti akan ada mata-mata yang dengki, ada pula yang bakal busuk hati dengan kita. Tapi itu semua perencah pada yang akan mengalami situasi sedemikian rupa. Bagaimana pula yang kaya dengan ilmu di dada dari segi amalannya? Ia pasti boleh dihitung dengan jari jemari tapi bahagiannya amat sedikit barangkali. Tidak pula melebihi desiran buih-buih ombak yang selalu berdesir di denai daratan..

Ingatkan ini untuk diri saya dan juga pembaca yang lain sementara kebesaran yang melimpah-ruah itu terbentang di hadapan mata MAKA sahutah ia dengan penuh keberanian dan ketaqwaan. Bukan dengan kemegahan yang ada. Bukan apa sahabatku takut-takut kita tidak berkesempatan untuk tujuan yang murni itu ajal sudah menjemput kita masih lagi tersengih bagai si kerang yang busuk tidak tahu baunya sungguh mengjengkilkan sekali biar di hadapanNya kelak. Biar kita miskin didunia tapi kaya raya di akhirat sahabtku.

Ikuti kisah seterusnya tentang pengalaman saya bersama beberapa situasi. Insyallah ada kelapangan masa kita akan bersua kembali. Sesungguhnya yang baik hadirnya dari Allah yang kurangnya itu datangnya dari hamba yang kerdil.

wahualam.

Entri ini disumbangkan oleh Ummu Ainni Binti Maalip @ Bakar / Suri Hatiku yang juga Top Komentator blog AkuBiomed.

*********************************************

Di blog Cahaya Cinta sedang berlangsung contest Glasses, Cat & Gift 2013 yang bakal berakhir 3hb Mac 2013 @12:00 malam.

Contest Glasses, Cat & Gift 2013

Sila tekan butang kongsi:

  • Contest Kaca Mata PapaMifz.com
  • Tips jimat cecair mandian bayi
  • Mata wang siri baru dari Bank Negara Malaysia

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. Datin Tyka says

    21st May 2013 at 1:03 am

    den kalau boleh taknak kaya dan kemewahan… nak hidup bersederhana saje

    Reply
  2. PerenLee says

    15th May 2013 at 8:27 pm

    mm…apa salahnya jadi kaya..kaya tak semestinya sombong atau bongkak…

    Reply
  3. wazy says

    19th February 2013 at 10:18 pm

    Entri yang sungguh bermanfaat dan dijadikan panduan

    Reply
    • Datin Tyka says

      21st May 2013 at 1:04 am

      benar tu.. sangat bermanfaat

      Reply
  4. Norasikin says

    19th February 2013 at 1:36 pm

    Patutla rasa macam kenal ayat2 ni. Template blog ni pun dah macam sama gak. heheheheh

    Reply
  5. Amirez says

    19th February 2013 at 1:27 pm

    apalah guna kalau hidup kaya tapi kekayaan itu tidak memberi manfaat kepada dirinya. ramai jumpa orang yang macam ni.

    Reply
    • PerenLee says

      15th May 2013 at 8:29 pm

      saya pula kenal ramai orang kaya yang baik dan tak sombong,suka membantu orang,tips paling penting kalau nak jadi jutawan dalam buku Irfan Khairi ialah kikis fikiran negatif terhadap orang kaya,

      Reply
  6. yas says

    19th February 2013 at 11:13 am

    Wahhh….entri dari puan Suri ehhhhh…..satu pembaharuan dari bro Akubiomed

    Reply
  7. khairul asrol says

    19th February 2013 at 3:34 am

    kena ingat jugak kemewahan tidak menjamin kebahagiaan. walaupun dengan kemewahan terjalinnya kebahagiaan. ape aku tulis ni? erkk. haha

    Reply
  8. topijerami90 says

    18th February 2013 at 2:51 pm

    semua manusia nak kan kemewahan, tpi yg bertuah kemewahan didapati dari hobinya…
    contoh duit dari blog,main sukan dan lain2

    Reply
  9. cik tom says

    18th February 2013 at 10:22 am

    tak nak kaya tapi nak bahagia…

    Reply
    • PerenLee says

      15th May 2013 at 8:30 pm

      nak kaya dan bahagia…

      Reply
  10. Imran says

    17th February 2013 at 6:35 pm

    kayo-kayo haha…

    Reply
    • suri says

      17th February 2013 at 10:40 pm

      sedekah ..sedekah

      Reply
  11. budak baru belajar says

    17th February 2013 at 5:58 pm

    Usaha dan tawakal adalah kunci kejayaan dalam kehidupan..

    Reply
  12. syaifuddin alias says

    17th February 2013 at 8:30 am

    Wallhualam..

    Reply
  13. Nakusan Bali says

    17th February 2013 at 4:23 am

    kaya hati dan kaya pahala itu mungkin bagus..:D

    Reply
    • suri says

      17th February 2013 at 10:41 pm

      Allah sejuk sungguh mendegarnya

      Reply
    • PerenLee says

      15th May 2013 at 8:30 pm

      kaya hati,kaya pahala dan kaya harta tak nak??

      Reply
  14. bitt says

    17th February 2013 at 2:25 am

    kekayaan dan kemiskinan penilaian di mata manusia….usah risau kerana penilaian yang sebenar tiada siapa pon tahu kecuali yang Maha Besar…Allahhuakbar….

    besar betul mata kucing tu hehehe

    Reply
  15. Datin Tyka says

    17th February 2013 at 12:53 am

    kaya di dunia, kaya di akhirat juga.. itu impian ku..

    Reply
    • suri says

      17th February 2013 at 10:42 pm

      sama2 kita berkerja kuat ke arah itu ya kawn2

      Reply
  16. suri says

    16th February 2013 at 11:54 pm

    rasa itu ada pada hati manusia bila yg ‘ketiga’ jdi dalang supaya manusia sesat dn bt perkara2 yang tak elok atas muka bumi ini

    Reply
  17. ahmadyani says

    16th February 2013 at 11:33 pm

    Yang bagus bila kaya di dunia dan kaya juga di akhirat

    Reply
    • suri says

      16th February 2013 at 11:48 pm

      dua2 adil barus rasa bahagia.

      Reply
  18. wai says

    16th February 2013 at 9:58 pm

    Biasalah tu bro.. kalau hidup susah, nak solat 5 waktu pun susah.. air takde, elektrik terputus bekalan, duduk dalam hutan, anak bini sakit tak kan naik bas.

    Reply
  19. KiD says

    16th February 2013 at 8:36 pm

    kadang kadang orang cari kemewahan dunia hinggal alpa akhirat…

    Reply
  20. ohcikgu says

    16th February 2013 at 7:07 pm

    masih tak berapa faham. haha

    Reply
    • suri says

      16th February 2013 at 11:58 pm

      klu cikgu ajar yang berstatus ustazah mmh mudah faham sb depa selitkan nas2nya dlm setiap ceramah

      Reply
  21. Aya says

    16th February 2013 at 4:52 pm

    Nak kaya, kena berusaha tapi jangan sampai kita lalai dan lupa tanggungjawab kepada yang Maha Esa.

    Reply
  22. hafizrahim says

    16th February 2013 at 3:49 pm

    kalau boleh diseimbangkan kekayaan dunia dan akhirat kan bagus. 🙂

    Reply
  23. Ummi Hanie says

    16th February 2013 at 3:43 pm

    alamak, x boleh buka pula blog suri…

    Reply
  24. Ummi Hanie says

    16th February 2013 at 3:41 pm

    biarlah miskin di dunia… jgn sesekali miskin di akhirat…

    peringatan yg baik..

    Reply
    • suri says

      16th February 2013 at 11:49 pm

      bersama2 kita jayakan misi utk ke sana nnti ya

      Reply
  25. hatiputera says

    16th February 2013 at 1:17 pm

    Semakin kita mewah seharusnya kita semakin meningkatkan takwa kita kepada allah s.w.t

    Reply
    • Ummi Hanie says

      16th February 2013 at 3:44 pm

      kekayaan kemewahan ni sebenarnya satu ujian juga dari Allah

      Reply
  26. krole says

    16th February 2013 at 9:06 am

    stuju bro…biasalah…siapa yang tak mahukan hidup yang senang kan? tapi dalam tiap apa yang kta lakukan kta perlu seimbangkan…dunia dan akhirat kan…apa yang kita boleh buat adalah berusaha bersungguh-sungguh~ insyallah

    Reply
  27. Pondok Papan says

    16th February 2013 at 1:03 am

    Emm begitulah lumrah hidup..kadang2 hidup ni macam pakaian la..ada kala bila nak pakai, kita dicari..ada kala bila dah tak perlu dibuang sahaja…

    Reply
  28. hatiputera says

    16th February 2013 at 12:55 am

    Sebagai manusia kita memang tidak boleh lari daripada hasad dengki. Semoga tabah menghadapi hari-hari seterusnya.

    Reply
    • suri says

      16th February 2013 at 11:53 pm

      rasa itu ada pada hati manusia bila yg ‘ketiga’ jdi dalang supaya manusia sesat dn bt perkara2 yang tak elok atas muka bumi ini

      Reply
  29. auc says

    15th February 2013 at 9:53 pm

    moga kita tabah apa jua ujian yg mendatang 🙂

    Reply
  30. papa mifz says

    15th February 2013 at 8:31 pm

    oh dari penulis jemputan rupanya…:)

    bro jemput join contest den yer…:)

    http://www.papamifz.com/2013/02/contest-kaca-mata-papamifzcom.html

    Reply
  31. cikgunabil(dot)com says

    15th February 2013 at 7:55 pm

    kemahuan terhadap kemewahan memang sukar untuk ditolak….

    http://www.cikgunabil.com

    Reply
  32. hanafi abdullah says

    15th February 2013 at 4:04 pm

    Sejujurnya saya mahu menjadi orang kaya dan mewah harta benda.Meskipun berbau keduniaan saya percaya nikmat kaya boleh dikongsikan bersama-sama orang yang kurang bernasib baik.Amin.

    Reply
  33. Nurul says

    15th February 2013 at 3:27 pm

    Bermuhasabah diri buat Nurul bila baca entry nih.. kekadang kt x sedar atas ap yg kt telah lakukan dgn kehidupan kt..

    Reply
  34. wahida says

    15th February 2013 at 2:02 pm

    paling takut bila Allah uji dgn kesenangan…bila senang, kita mudah alpa padaNYA…

    Reply
    • suri says

      16th February 2013 at 8:27 am

      bila tak dpt kita bersyukur sdkit..bila lagi dpt hasillnya kita terus lupa diri tu yg bhya tu heee

      Reply
  35. segalabenda says

    15th February 2013 at 11:29 am

    kadang-kadang aku pun terpikir jugak boleh ke aku kaya..tapi yang penting setiap sen yg dapat tu adalah berkat

    Reply
    • suri says

      16th February 2013 at 8:29 am

      kita blh jdi kya cuma tak tahu mana potenso diri kita :). ada gak org tak kaya dgn wang tpi mash kaya dgn pudi pekerti dan sbgnya 😉

      Reply
  36. Ladfe Amir says

    15th February 2013 at 11:00 am

    kekayaan tidak semestinya menjadi ukuran dalam kehidupan. ada masanya rezeki yg berkat, kawan2 yang baik serta kesihatan yg panjang juga memainkan peranan.

    apa guna jika harta berlimpah ruah tetapi kita bersendirian, atau ianya tidak berkat atau kita dilanda masalah kesihatan.

    Reply
    • Suri says

      15th February 2013 at 11:15 am

      kaya lebih pun tak blh ya huu..kena lebihkan akhirat…lain biar sama rata

      Reply
  37. lepakk.com says

    15th February 2013 at 10:51 am

    Kemewahan bukan segalanya…jika ikhlas melakukan sesuatu pasti akan menerima ganjarannya.

    Reply
    • Suri says

      15th February 2013 at 11:21 am

      mencari perkara yang baik mesti ada dlm diri cuma kita sndri tidak sedar akan kehadiran itu..

      Reply
    • hairulafiz says

      16th February 2013 at 1:10 pm

      memang perkongsian yang menarik

      Reply
  38. Sharafie says

    14th February 2013 at 11:33 pm

    berfikir sejenak memikirkan kisah lampau yang telah menjadi sia-sia..apa yang ada di depan perlu diperbaiki dari masa ke semasa..

    Reply
    • akubiomed says

      15th February 2013 at 7:30 am

      Betul pandang ke hadapan. Memulakan langkah baru.

      Reply
  39. Izzat Eshak says

    14th February 2013 at 9:23 pm

    Tulisan yang menarik. Kemewahan..

    Reply
    • akubiomed says

      15th February 2013 at 7:30 am

      Setaip insan impikan kemewahan.

      Reply
  40. suri says

    14th February 2013 at 9:06 pm

    salam..
    terima kasih atas link, promote contest tu hee… dah berapa kali tak jadi baru kali ini ada pelung he..terima ksh utk penghargaan ini.

    Reply
    • akubiomed says

      15th February 2013 at 7:31 am

      No problemo. 🙂

      Reply
  41. azura says

    14th February 2013 at 8:52 pm

    insyaAllah

    Reply
  42. TehR says

    14th February 2013 at 8:48 pm

    moga2 kita beroleh kesenangan dunia dan akhirat

    Reply
    • akubiomed says

      15th February 2013 at 7:32 am

      Benar kita mahukan kedua-dua. Dunia adalah landasan persediaan ke alam baqa.

      Reply
  43. Pokcik says

    14th February 2013 at 8:12 pm

    Siapa tidak mahu kaya?…..semua nak kaya…namun Allah telah tetapkan setiap hamba-hambanya dengan takdir mereka sendiri….

    Reply
  44. Petua Puteri says

    14th February 2013 at 6:09 pm

    Kalau kita kaya dgn amalan dan akhlak.. insyaAllah hati lebih bahagia dan ceria…

    Reply
    • akubiomed says

      15th February 2013 at 7:34 am

      Benar sama sekali.

      Reply
    • Suri says

      15th February 2013 at 11:22 am

      bahagianya hati bila berada di garisan benar 🙂

      Reply
  45. shahfir says

    14th February 2013 at 4:33 pm

    perghh..ayat

    Reply
  46. maza says

    14th February 2013 at 4:24 pm

    pulak.. itulah cabaran hidup kan kan kan
    yg membezakan darjat seseorang .. ahaks

    Reply
    • Suri says

      15th February 2013 at 11:23 am

      bukan cinta ada 2 darjah jer hee amalan ada juga yg bua dan tak buat huhu..sebaliknya jadikan alasan

      Reply
  47. hairulafiz says

    14th February 2013 at 3:36 pm

    semua orang nak kaya…

    Reply
    • Suri says

      15th February 2013 at 11:25 am

      kaya budi perkerti org akan senang..kaya wang org ramai dtg..miskin sekalipun akan ada yg bakal membantu.tpi klu kita kt sana tak kaya dg amalan sapa2 tak akn mampu nak tolong kita sb masing2 sbuk dg timbalan amalan yg mana baik akan dan buruk huu…

      Reply
  48. Katak Comel says

    14th February 2013 at 3:17 pm

    fitrah manusia..
    dengki dgn kesenangan yg org len ade

    Reply
  49. MK Kimi says

    14th February 2013 at 2:52 pm

    ada bbrp ayat yg tak dapat diolah otak sy..penggunaan kosa kata yg tinggi 🙂 apapun, hidup kena byk bersyukur. sikap tamak tak membawa erti malah membawa padah

    Reply
    • suri says

      17th February 2013 at 12:04 am

      erk.. sy raya tu mampu diluahkan mengikut gerak hati..maaf sgt2 sb tak berapa nak tangkap maksud yang ingin di ketengahkan huhu.. alahai..

      Reply
  50. topijerami90 says

    14th February 2013 at 2:26 pm

    nak kereta besar senang je, tukar kerajaan…
    setakat kerja kerani 2 memang mampu

    Reply
  51. pipoq says

    14th February 2013 at 10:45 am

    minggu ni slot P&P al – quran di kelas sy mengupaskan surah at-takasur..

    semoga kita dalam apa jua keadaan pun takkan sekali kali lupakan ALLAH..

    Reply
    • Suri says

      15th February 2013 at 11:26 am

      pipoq ulasan yg baik dh publish ker? nak gak baca

      Reply
  52. Qashmere says

    14th February 2013 at 8:47 am

    Hidup bersyukur je lah apa yang ada. Kalau nak dibanding dengan orang kaya memang tak cukup. Cuba banding dengan orang tidak mampu. InsyaAllah kita akan rasa bersyukur sangat2

    Reply
  53. titan says

    14th February 2013 at 1:42 am

    masih tak berapa faham. haha

    Reply
  54. Azman Ishak says

    14th February 2013 at 12:22 am

    alah… baru nak klim** bace cerita… cepat2 release.. nak bace cerita selanjutnya plak. hehehe…

    Reply
    • Suri says

      15th February 2013 at 11:26 am

      klim? apa itu..kurang faham…

      Reply
      • akubiomed says

        16th February 2013 at 7:49 am

        ‘klimak’

        Reply
        • suri says

          17th February 2013 at 12:00 am

          ‘klimak’ apakah maksudnya itu.sungguh hamba tidak tahu..?

          Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • 8 kebaikan Speed jump rope yang mungkin korang tak tahu
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Panduan selesai atm duit tak keluar tetapi duit dalam akaun dipotong

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in