• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / famili / Aksi separuh bogel 3 Ninjas Koning bersihkan diri

Aksi separuh bogel 3 Ninjas Koning bersihkan diri

10th July 2011 by akubiomed 71 Comments

3 Ninjas Koning bersihkan diri

Master sifu Suto menangguk-angguk kepalanya disebalik raut wajah yang berkedut kerana dimamah usia memerhati kesungguhan anak didiknya iaitu 3 Ninjas Koning mengharungi ujian terakhir ilmu Ninja. Ia adalah sebahagian simbol pembersihan diri perguruan Ninja.

Sesekali beliau melepaskan batuk didada yang sempit, dari pandangan mata redup dapat menceritakan kesedihan bakal melanda dirinya apabila akan berpisah 3 Ninjas Koning semakin hampir. Sudah tiba masanya untuk 3 Ninjas Koning pulang ke kampung halaman mereka. Perasaan rindu 3 Ninjas Koning kepada kampung halaman semakin tidak boleh dibendung lagi untuk menatap wajah kedua ibubapa yang mereka kasihi.

Hajat membawa 3 Ninjas Koning bermandi manda tertunai

Sudah lama aku pasang niat untuk membawa anak-anak(3 Ninjas Koning) bermandi-manda. Kali terakhir bawa 3 Ninjas Koning mandi di Kalumpang Hulu Selangor beberapa tahun dahulu. Kesian melihat anak-anak bandar tidak pernah mandi air sungai hanya main digigi air sahaja. Kalau anak-anak kampung sudah macam-macam aksi terjunan akrobatik mereka sudah lakukan

Aksi 3 Ninjas dan Baby Aslah mandi separuh bogel

Tesco Bukit Beruntung baru sahaja beroperasi aku mengambil peluang membeli kolam plastik. Nasib menyebelahi aku kerana hanya seunit sahaja yang tinggal. Bangun sahaja dari tidur 3 Ninjas Koning ini mula terjun satu persatu ke dalam kolam plastik ketika sibuk perhimpunan BERSIH 2.o menjadi perhatian semua pihak didalam dan diluar negara.

Aku membiarkan 3 Ninjas Koning bermain air sepuas-puasnya lagi pun aku berasa selamat kerana mereka bermain air didepan mata. Kolam plastik diletakkan diruang  berandah  kerana bimbang ada objek tajam seperti batu kerikil yang boleh membocor dasar kolam plastik yang nampak begitu nipis jika diletakkan diatas rumput. Tidak ketinggalan baby Aslah turut mandi bersama-sama dengan 3 Ninjas Koning(yang terdiri Abang Long, Abang Ngah dan Abang Koning). Baby Aslah boleh tahan juga perangai dia dengan menepuk-nepuk air didalam kolam.

Aku menerima hadiah berupa keychain Penyu berwarna hijau pemberian Sw33tdarling kerana buat kejayaan aku membuat Marathon di blog beliau. Nasib baiklah aku tidak cop sebagai spammer. Terima kasih Amy aka Sw33tdarling. Malangnya penyu hijau ini tidak ertai 3 Ninjas Koning.

  • Sambutan hari lahir abang Koning bersama Pokde
  • Sambutan hari lahir ringkas abang Koning
  • Sambutan hari lahir abang Koning dan Pokde

Filed Under: famili

Reader Interactions

Comments

  1. hafizmd says

    22nd May 2014 at 11:08 am

    ade kolam camni…kecut jari baru habis main…hoho

    Reply
  2. bEe says

    17th July 2011 at 3:33 pm

    Wah……….
    Seronoknyer 3 ninja berenang2 dlm kolah itu!
    Mesti bila suh keluar susah tu… muncung sedepa @ mcm2 alasan sebelum keluar. hehehe

    Reply
  3. Princess Zezebel Lair says

    12th July 2011 at 10:55 pm

    Teringat masa kecil, selalu mandi sungai dengan kawan-kawan, nasib baik lah takde kejadian yang tak diingini menimpa…

    Reply
  4. Razlan says

    12th July 2011 at 2:42 pm

    Haaha teringat time kanak2 dulu , memang syok habis mandi manda ne

    Reply
  5. tehr says

    12th July 2011 at 4:31 am

    dah makin bahaya pulak blog ni
    ni setengah hari kat dalam ni pun tak apa ni
    hehe

    Reply
    • hafizmd says

      12th July 2011 at 1:17 pm

      blog ni mmg ‘bahaya’ sejak dulu…tp makin berbahaya akhir2 ni…hehehe

      Reply
  6. Fitrihadi says

    12th July 2011 at 2:09 am

    alaa bagi ar aksi separuh bogel 3 gadis ke hehehe
    .

    Reply
  7. Siberblogger says

    11th July 2011 at 11:59 pm

    Oh, ninja comel ye..hehe

    Reply
  8. faizul says

    11th July 2011 at 11:36 pm

    hahahaha.. serius aku ingat tajuk entry ni berbaur lucah. Memang lucah pun! hahahaha

    Reply
    • hafizmd says

      12th July 2011 at 1:18 pm

      pandai betul AB buat provokasi…hahaha

      Reply
  9. Amirez says

    11th July 2011 at 11:35 pm

    ayah yg baik 🙂
    kolam mandi kecik pam angin kat rumah sy ni ntah bila dpt guna utk anak sy yg baru berumo 8 bulan 😛

    Reply
  10. Norizwan says

    11th July 2011 at 11:05 pm

    tahniah bro…kerana melaksanakan tggjwb membawa mereka mandi manda ke tempat yang selamat hehe…

    Reply
    • akubiomed says

      11th July 2011 at 11:15 pm

      Anak dah lama minta bawa mandi tapi akhir ini bimbang dengan virus Kencing Tikus dan bencana alam jadi tangguhkan dahulu. Air yang bertakung didalam kolam ini sangat kuat bau klorinnya

      Reply
  11. nash says

    11th July 2011 at 10:37 pm

    hahahaa.. koning ni upenye
    ingatkan ape tadi
    hahahhahahaa
    ermm.. best laa mandi2 kat situ
    aku xmerase pun
    jaga2 anaknya nih… jangan biarkan mandi tanpa pengawasan suda 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      11th July 2011 at 11:16 pm

      Air pun tidak masuk sampai penuh sekadar yang patut sahaja 🙂

      Reply
  12. Kak Long Mawar Merah says

    11th July 2011 at 9:59 pm

    Meriah juga mandi-manda dalam swimming pool di rumah ya.
    Nak mandi di sungai sekarang ni pun memang membimbangkan.

    Reply
    • akubiomed says

      11th July 2011 at 11:22 pm

      Ini pun sebagai alternatif dapatlah anak-anak bermandi manda 🙂 Agak berkecah di beranda

      Reply
  13. yusri says

    11th July 2011 at 8:32 pm

    keyword kuning dan bersih sangat laku sekarang ni yer…hehehe..pehal pun keluarga bahagia alhamdulllah..

    Reply
    • akubiomed says

      11th July 2011 at 11:26 pm

      Terima kasih. Nampak gayaa keyword koning dan bersih akan popular seketika. Jangan otak koning sudahlah 🙂

      Reply
  14. adele says

    11th July 2011 at 6:09 pm

    waktu kecik2 dulu tak merasa benda ni semua..tgok anak2 sedara je lah yg mandi kolam ni..kang join skali org ckp buang tebiat plak..hahaha

    Reply
    • akubiomed says

      11th July 2011 at 11:28 pm

      Kalau ikutkan hati mahu melayan anak-anak sebabkan tidak ada privasi. Tak jadilah macam kata Adele buang tabiat 🙂

      Reply
  15. Dulu Lain Sekarang Lain says

    11th July 2011 at 3:55 pm

    woit bro… ni dah kira child porno he he… Baby Aslah sue nanti bila dia dah besar. 😉
    Dulu kawe pon ada beli benda nie… Tapi biasalah time nak main tu mmg seronok, tapi bila nak mengemas tu erkkkk… lama-lama simpan jer dalam stor 😀

    Reply
    • akubiomed says

      11th July 2011 at 11:32 pm

      Kolam dah gulung elok-elok untuk kegunaan pada masa akan datang. Sekurang-kurang tidak diungkit lagi mengenai pergi bawa mandi manda untuk seketika

      Reply
    • hafizmd says

      12th July 2011 at 1:20 pm

      alaaa..rugi tu bro, sesekali mandi kolam ok juga…boleh lepas rindu mndi paya mase kecik2 dulu…keh3

      Reply
  16. Chipcoklat says

    11th July 2011 at 3:19 pm

    Hahahaha…mandi kolam rupanya.. Adoyai~ ni keyword Bersih2.0 version baru ni..hehehe

    Reply
    • akubiomed says

      11th July 2011 at 11:34 pm

      He..hee…sedut keyword BERSIH sikit sahaja

      Reply
  17. pipoq says

    11th July 2011 at 2:19 pm

    gambar sebelum penyu hijau tu adakah peninggalan kesan kepuasan 3 ninjas ?

    Reply
    • akubiomed says

      11th July 2011 at 11:51 pm

      He..hee..seluar yang ditinggalkan adalah atas arahan ibu mereka. Komrad terpaksa mengikut arahan

      Reply
  18. Izwan says

    11th July 2011 at 12:11 pm

    haha..kolam kecik tu mesti cam wajib bila time kanak2..
    gambar ni edit HDR ke? 😉

    Reply
    • akubiomed says

      11th July 2011 at 11:54 pm

      Ya saya guna HDR. Sahaja bereksperimen untuk melihat kesan HDR jadi atau tidak

      Reply
      • Izwan says

        14th July 2011 at 12:07 am

        ok dah ni.. sekali tengok nampak HDR.. 🙂

        Reply
        • akubiomed says

          15th July 2011 at 12:13 am

          Memang saya mengunakan sentuhan HDR

          Reply
  19. sayacomel says

    11th July 2011 at 12:06 pm

    wahh..mandi-manda..

    Reply
    • Dulu Lain Sekarang Lain says

      11th July 2011 at 3:59 pm

      enjoy sakan ehhh…. Boleh join? 😀

      Reply
      • akubiomed says

        11th July 2011 at 11:44 pm

        Kalau 5 beranak masuk dalam kolam penuh. Ha..ha..

        Reply
  20. hafidz says

    11th July 2011 at 11:49 am

    wah wah…
    meriah betul nampaknya
    😉

    Reply
  21. MEKAR says

    11th July 2011 at 11:04 am

    Mak sedara sya ada beli kolam mcm ni utk anak dia mandi manda. Tp pakainya sekali dua jer masa mula2 beli. pastu skrg benda tu duduk dlm stor jer. huhu

    Reply
    • akubiomed says

      11th July 2011 at 11:58 pm

      Ini pun tidak tahu berapa lama akan kekal 🙂

      Reply
  22. budak69 says

    11th July 2011 at 10:30 am

    Perrrr…best nyer mandi mande… nak beli gak la satu..nak main ngan anak saya Muqsith… Best best best…. 8)

    Reply
    • akubiomed says

      12th July 2011 at 12:00 am

      Boleh sahaja. Bapanya nanti pun boleh mandi bersama dengan anaknya nanti 🙂

      Reply
  23. ieda al-habsyi says

    11th July 2011 at 10:10 am

    hehehehhe! ingatkan ninja mana tadi, ninja comel ni, hehehehe! seronok mandi tu hari pepanas nih 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      12th July 2011 at 12:01 am

      Bagi mereka mandi puas-puas sampai kecut jari 🙂

      Reply
  24. Kamal Mustafa says

    11th July 2011 at 8:48 am

    Swimming Pool baru ke tue? kena beli besar sikit boleh pak dia join sekali huhuhuh.

    Reply
    • akubiomed says

      12th July 2011 at 12:02 am

      Kalau ikutkan hati bapanya hendak tunjuk kemahiran beranag tapi tidak jadi 🙂

      Reply
  25. sw33tdarling says

    11th July 2011 at 8:31 am

    kalau umah ada beranda besar, mmg syiok kasi anak2 mandi kat situ, tak payah pergi pool…. kita boleh layan anak2 mandi sambil tengok tv atau kemas umah….

    ehhh apasal tak kasi penyu tu mandi sekali…? dah lama tuuu dia tak mandi… hehehehehe

    Reply
  26. Mus says

    11th July 2011 at 12:19 am

    seronok ana-anak mandi manda begitu..
    tapi kena hati-hati dengan air tu..

    Reply
    • akubiomed says

      12th July 2011 at 12:03 am

      Air tidak tinggi dan diparas selamat. Saya sebagai Life guard sentiasa memantau 🙂

      Reply
  27. brat2104 says

    10th July 2011 at 11:58 pm

    kalau la versi yg lebih tinggi (dalam) tak mahal, nak beli jugak.. buat kolam dalam rumah.. best gak tu

    Reply
    • akubiomed says

      12th July 2011 at 12:04 am

      Tidak apalah yang ini senang lepas guna boleh gulung

      Reply
  28. MDHAFiZ.NET says

    10th July 2011 at 10:25 pm

    adik aku main lagi benda ni walaupun dh tingkatan 2..ahaha…
    🙂

    Reply
    • akubiomed says

      10th July 2011 at 11:10 pm

      Kalau boleh saya mahu turut serta mandi bersama anak-anak tapi terpaksa lupakan sahaja 🙂

      Reply
      • anif says

        10th July 2011 at 11:14 pm

        Kalau abahnya join sekali, tentu tajuk entry ini jadi amat mengerikan! 😀 hehe…

        Reply
        • amry says

          11th July 2011 at 1:25 am

          kalau abahnya masuk…..boleh bikin hot oooo……
          “aksi separuh bogel seorang blogger” ngeh ngeh ngeh
          jangan mare bro…hehe

          Reply
          • akubiomed says

            12th July 2011 at 12:04 am

            Nanti jadi isu panas..:-)

            Reply
        • akubiomed says

          12th July 2011 at 12:42 am

          Tentu ada yang muntah baca tajuknya 🙂

          Reply
  29. tengkorak emas says

    10th July 2011 at 8:47 pm

    takpe2, ni kira warm up sebelum mandi yg real punya he

    bro dah dapat juga ye, samalah kita 😀

    Reply
    • akubiomed says

      10th July 2011 at 8:58 pm

      Sebenar suka mereka ini bermain air 🙂

      Reply
      • Mus says

        11th July 2011 at 12:39 am

        bialah bro.. budak-budak..

        Reply
  30. Norasikin says

    10th July 2011 at 8:28 pm

    Ingatkan filem kotak pejabat yang baru meletup td

    Reply
    • akubiomed says

      10th July 2011 at 9:49 pm

      Filem kotak pejabat? Filem baharu dan siapa pengarahnya?

      Reply
  31. Khidhir says

    10th July 2011 at 7:58 pm

    cheh. tertipu den..

    Reply
    • akubiomed says

      10th July 2011 at 9:51 pm

      Jangan marah yer. Topik entri tetap ada kaitan dengan bersih 🙂

      Reply
      • Mus says

        11th July 2011 at 12:40 am

        mandi untuk bersih..

        Reply
  32. naimulfirdaus says

    10th July 2011 at 7:44 pm

    haha..
    dah lama tak terkena dengan tajuk entri..

    Reply
    • akubiomed says

      10th July 2011 at 9:52 pm

      Maaf yer. Tidak berniat mengenakan bro. Sesuatu yang perl difikirkan tentang bersih lebih luas lagi

      Reply
  33. senyumSOYA says

    10th July 2011 at 7:08 pm

    heheh..ingat kan sape la..oppss…heheheh

    Reply
    • akubiomed says

      10th July 2011 at 9:53 pm

      Tiada aksi-aksi yang menyebabkan SKMM akan mengambil tindakan 🙂

      Reply
  34. mankuchai says

    10th July 2011 at 7:08 pm

    Syoknya ninja koning tu,kat sungai tua pun ok bwk budak3 mandi.

    Reply
    • akubiomed says

      10th July 2011 at 9:54 pm

      Perasaan bimbang bawa famili bermandi manda air sungai tetap ada

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Kilang Beras Rakyat Sekinchan
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Mendaki ke air terjun sungai Chiling di Kuala Kubu Bharu

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2023 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in