• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / famili / Adik nak koning

Adik nak koning

5th November 2010 by akubiomed 48 Comments

Adik nak yang koning.

Sedang aku menatap surat khabar membaca berita-berita terkini dari surat khabar Metro. Terdengar kebisingan telatah anak-anak aku. Mula-mula aku tak ambil kisah sangat anak lelaki yang kesemuanya kalau cuti sekolah memang riuh yang abang mengusik dan menyakat si adik.

Bila si adik marah bermula dengan mengejek-ejek antara satu sama lain. Bila api kemarahan memuncak dan tidak dibendung lagi mula si adik bertindak bergumpal dengan abangnya.

 

Adik nak koning! Angah Along nak biru! Angah nak merah!

Minggu ntah berapa kali cerita Transformers: Revenge of the Fallen diulang tayang channel HBO 411 di Astro. Setiap kali itu anak-anak aku menontonnya tak jemu-jemu disogok imiginasi palsu oleh pengarah Hollywood dengan adiwara kehebatan negara barat.

Dikala itu anak-anak aku akan berebut dengan watak-watak kereta yang boleh bertukar menjadi robot dan berkata-kata. Apalah umpan pengarah Hollywood hinggakan maknya panggil mandi pun tak bergerak walhal malam tadi baru menontonnya.

 

 

Cerita Tan Sri P.Ramlee tak lapuk dihujan lekang dek panas

Satu-satu cerita anak-anak aku akan setia menonton adalah cerita Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Aku pun heran dari generasi ke genarasi apa jua tajuk cerita beliau akan diingati dan diminati. Susah nak cari pengganti Seniman Agong yang sehebat Tan Sri P.Ramlee.

Cerita Tan Sri P.Ramlee kesemuanya hitam putih kecuali cerita Hang Tuah yang berwarna yang beliau telah memenangi Festival Filem Asia didalam kategori skor muzik terbaik. Sayangnya kesemua karya beliau adalah milik Shaw Brothers. Mungkin satu hari nanti Malaysia akan melahirkan pengarah-pengarah yang hebatnya.

 

Sila tekan butang kongsi:

  • Tiada lagi koning tapi kuning
  • Selamat Hari Lahir Abang Koning
  • Kasih sayang dan pengorbanan seorang ibu

Filed Under: famili

Reader Interactions

Comments

  1. Ali ridha says

    13th December 2010 at 9:55 pm

    main photoshop ke ni.

    Reply
  2. Ali ridha says

    13th December 2010 at 9:54 pm

    hehe…main robot tranfomers.

    Reply
  3. ardzham says

    10th November 2010 at 7:04 pm

    wah tiga beradik lelaki mesti gamat ni, nasib baik boleh bagi bagi koning untuk adik, merah untuk angah dan biru untuk along. kalau semua berebut koning lagilah haru biru…

    cerita pramlee memang best walau bahasanya kadang terasa agak kasar seperti perkataan bahalol. walau dah berulang siar tapi masih tak jemu menontonnya.

    Reply
    • akubiomed says

      11th November 2010 at 12:19 am

      Memang pun semua berebut yang koning tuh yang pening kepala 🙂

      Reply
  4. dnoBiz says

    6th November 2010 at 4:45 pm

    aku paling suka Bujang lapok,

    Reply
    • akubiomed says

      11th November 2010 at 12:19 am

      Saya sukan Seniman Bujang Lapok kerana dialognya slumber, natural, original dan tidak tidak merapu

      Reply
  5. zezebel says

    6th November 2010 at 3:57 pm

    Ni kalau dapat transformer yang betul-betul guna kat jalan yang jem kan best. Hehehehehe…. 😀

    Reply
    • akubiomed says

      11th November 2010 at 12:17 am

      Tentu lagi jalan jammed sebab ramai berhenti hendak menyaksikan transformer transform 🙂

      Reply
  6. zik says

    6th November 2010 at 1:03 pm

    hurm betul tul.. cerita p ramlee.. masih segar dinggatan… 🙂

    Reply
  7. Affan says

    6th November 2010 at 12:03 pm

    Pasal Shaw Brothers. Dulu ada dgr macam Malaysia nak beli hakcipta tu. Pe cte?

    Reply
    • akubiomed says

      6th November 2010 at 12:14 pm

      Bukan senang diorang nak lepas kalau benda berharga macam tu. Sampai sekarang kita bayar royalti setiap kali tayang filem Tan Sri P.Ramlee

      Reply
  8. etomyam says

    6th November 2010 at 12:01 pm

    bapa3 kena standby duit lebih dekat2 cuti sekolah ni huhuhu, banyak toys nak kena di ‘usha’ haha

    Reply
    • akubiomed says

      6th November 2010 at 12:13 pm

      Mesti dapat banyak A baru beli. Kekadang saja buat round-round dekat deretan rak mainan tapi tak beli pun.

      Reply
  9. puteri says

    6th November 2010 at 9:43 am

    saya nak jugakk!
    nk apa?
    er,,

    Reply
  10. Mohd Hafiz says

    6th November 2010 at 7:20 am

    biaselah tu.. budak2….
    nasib kt rumah kmi ade seorang je anak kecil…itupun anak saudara..sbb anak kakak sy duduk di tanah malaya..
    sy mmg suke sangat main dgn anak2 kecil…
    memecah kesunyian di rumah kami..

    Reply
    • akubiomed says

      6th November 2010 at 11:02 am

      Anak-anak pengikat kasih

      Reply
  11. // wan says

    6th November 2010 at 3:58 am

    pasha sanda pon suko yang koning tu jugah.. haha 🙂

    Reply
  12. sangilapi says

    6th November 2010 at 3:53 am

    impian kanak-kanak memang aku kagum,pada mereka tiada apa yang mustahil !

    Reply
    • akubiomed says

      6th November 2010 at 11:01 am

      Imaginasi mereka tinggi. Sampaikan pinggan plastik dijadika stereng berangan bawa kereta F1

      Reply
      • Affan says

        6th November 2010 at 12:04 pm

        asal bentuk sama sudah 😀

        Reply
        • akubiomed says

          6th November 2010 at 12:15 pm

          Pernah anak mintak jam tangan Ben 10. Kalau yang ori beli 3 sekali boleh tahan. Round-round dapat jumpa RM10 satu terus sambar 3 🙂

          Reply
  13. yoy says

    6th November 2010 at 3:06 am

    saye pun ade dua Koning..hehe

    Reply
    • akubiomed says

      6th November 2010 at 10:59 am

      Saya ada dua set Bumblebee tapi nasib baik yang bongsu tak pandai mintak. Abang-abangnya yang dapat sorang satu

      Reply
  14. wai says

    6th November 2010 at 2:01 am

    comei je gaduh gitu…hehehe

    kalo tnya sya ..jwb sya nak pink..eh ade ke pink..hehehe

    Reply
    • akubiomed says

      6th November 2010 at 10:58 am

      Gaduh adik-beradik ibarat air dicincang tidak akan putus. Kalau tido sekali tiga-tiga

      Reply
    • akubiomed says

      6th November 2010 at 11:59 am

      Err kaler pink ada tapi MyVi Perodua special edition warna pink

      Reply
  15. Amirez says

    6th November 2010 at 1:52 am

    jangankan bapak2 je, isteri pun minat kuning hehe

    Reply
  16. // wan says

    6th November 2010 at 1:20 am

    pasha sanda pon suko yang koning jugak.. ahaks! 😉

    Reply
    • akubiomed says

      6th November 2010 at 10:57 am

      Ye ker, tak per ler buah hati dah kasi try tempoh hari. Kecoh satu Malaya 🙂

      Reply
  17. nash says

    6th November 2010 at 1:08 am

    eh…bro…da kawen n ader 3 anak da???? xtahu plak aku..
    hehehehe..koning..:P klakar la ayat2 tue 😛
    pst- jangan terase plak..just pendapat umum kat entri tue..aku skema ~

    Reply
    • akubiomed says

      6th November 2010 at 10:57 am

      Rezeki zuriat, Hari-hari rumah macam tokang pecah maklumlar semuanya lelaki. Pening ketika hendak beli mainan kalau sorang beli semua kena beli. Paling parah ketika beli basikal 😉

      Reply
  18. cascd says

    6th November 2010 at 12:33 am

    memang p.ramlee tiada pengganti.. 🙁

    Reply
  19. zulkbo says

    6th November 2010 at 12:03 am

    salam..
    ermmm..seronok lihat
    anak2 membesar..semoga
    menjadi anak-anak yang baik

    Reply
    • akubiomed says

      6th November 2010 at 12:55 am

      Sebagai ibubapa kita merencana tetapi terpulang kepada anak-anak itu sendiri membuat pilihan kerana anak-anak kita tidak sentiasa berada didepan mata untuk menegur. Kalau di depan boleh melarang di belakang belum tentu lagi. Ibu-bapa mana tak sayangkan anak

      Reply
  20. kulanz says

    5th November 2010 at 11:55 pm

    aku sekali sekala layan juga cerita koning ni dengan anak-anak.. 😀

    Reply
    • akubiomed says

      6th November 2010 at 12:57 am

      Apalah yang pengarah Hollywood dah mandrem sampai kita semua terlopong dan terpaku

      Reply
  21. sud says

    5th November 2010 at 11:37 pm

    kalau cerita P ramlee 10 kali tengok pun boleh 10 kali gelak lagii

    Reply
    • akubiomed says

      5th November 2010 at 11:40 pm

      Sepuluh kali gelak guling-guling tapi ingat Tan Sri P.Ramlee dipenghujung kareer hidup amat susah. Cuma dikenang apa bila sudah tiada. Harimau mati meninggalkan belang manusia mati meninggalkan nama.

      Reply
      • Panduan Buah Pinggang Sihat says

        20th November 2010 at 4:08 pm

        Tulah bro.Pernah tengok kisah beliau dalam History di astro.Ketika beliau hidup beliau tak dihargai,malah dimaki lagi.

        Semua filem-filem beliau hanya dihargai setelah beliau meninggal dunia.Sebab tu lah kot kita tak mampu untuk mencari pengganti sehebat P.Ramlee.

        Reply
        • akubiomed says

          21st November 2010 at 11:15 am

          Biasalah apabila sudah tiada baru hendak dikenang. Harimau mati meninggalkan belang manusia mati meninggalkan nama

          Reply
  22. tehr says

    5th November 2010 at 11:23 pm

    aku pun suka koning gak 🙂

    Reply
  23. donny says

    5th November 2010 at 11:05 pm

    paling minat semua cerita Pramlee ..haha kelakar..

    Reply
  24. Ismail N says

    5th November 2010 at 7:57 pm

    Jgn cakap adik2, bapak2 pun ramai yg nak koning (Bumblebee).He he 😀

    Reply
    • akubiomed says

      5th November 2010 at 8:05 pm

      Err macam tau-tau bapaknya pun berkenan juga kereta koning Chevy Camaro coupe

      Reply
    • dnoBiz says

      6th November 2010 at 4:44 pm

      dengan aku sekali terjebak, kopk gak poket gara gara B.Bee tu,

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • 8 kebaikan Speed jump rope yang mungkin korang tak tahu
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Panduan selesai atm duit tak keluar tetapi duit dalam akaun dipotong

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in