Saling bertukar header blog.
Bila melihat blog orang lain mempunyai header blog yang bling-bling kita pula hanya biasa-biasa sahaja. Ketika blog ini dibuka header blog sangat ringkas iaitu mengunakan nama domain sebagai header blog. Ia disesuaikan dengan pemilihan jenis font sahaja. Ada hati buat header blog tapi tangan keras pula. 🙂
Header blog yang dihasilkan oleh Kozumiro
Ketika menyertai contest “Saya mahukan backlink blog Yanmie” saya telah terpilih untuk mendapatkan header custom daripada blog Budak Nakal . Kozumiro pemilik blog Budak Nakal telah membuat satu header custom untuk saya tetapi ia tidak menepati cita rasa saya kerana ia terlalu feminin mungkin beranggapan blog bapa kepada anak-anak Koning ini adalah seorang wanita. 🙂
Header blog hasil tangan Kozumiro.
Saya masih lagi baru mengenal Kozumiro @ Koz dan apa yang saya tahu beliau menawarkan tempahan untuk membuat header blog dan antara pelanggannya adalah Yanmie dan Puan Bee. Saya tertarik dengan pergerakkan animasi pada sahabat blogger ini kerana ia tidak statik macam header blog yang lain. Beliau juga seorang Animator 2D dalam bidang animasi dan telah menceburi bidang ini dengan pengalaman 3 tahun.
Kali ini beliau ada menganjurkan “Giveaway Budak Nakal “Info Terlaris Masakini!”. Saya memang ada pelan untuk menyertai giveaway ini tetapi blog EarnCent pula menganjurkan contest “Pengalaman kena denda di sekolah” jadi penyertaan giveaway Budak Nakal terpaksa ditangguh dahulu.
Video Promo
“Giveaway Info Terlaris penaja bersama AyeshaBizWorld dan amirastudios.com“
header lawa2…
rajin biomed tukar2 header. saya bab2 design ni mmg malas sikit.
Tak adalah rajin tapi mencari header blog yang sesuai.
mmg bro pandai buat sndri klu sy mahu makan masa..silap bukan tak gerak2 siapnya heee
Errk, header blog saya lagi laa keras..kikiki..
Sekurang-kurangnya berseni 🙂
Selalu buat Header untuk blog yang ringkas2 aja. belum dapek nak buat yang catchy2 lagi.
Cantik2 semua header kat atas.
Simple dan terkesan untuk orang ingat.
Saya suka biru 🙂
Ehem, saya juga pereka header ;P
warna yg digunakan pastel, apa kata pilih warna koning..
Header yang digunakan sekarang nampak sangat kemas dan ada keunikan yang tersendiri. Saya memang tak berbakat nak menghasilkan header yang cantik.
tengah cuba nak design header blog sendiri tapi sampai sekarang takde idea lagi
Bila nak pasang header baru yg koz buat tu bro?
Sya pun ada tempah header dr seseorg. tp xsiap2 lagi. Ingat nk pasanag semasa genap 1 tahun berblog wordprss baru2 nih…huhu….sabar aje menunggu
walaupun ia tidak menepati cita rasa bro…ianya semua cantik…
Terima kasih bro. 🙂
susah jugak nak buat header nih. saya pun sukakan header yg simple, kalau bleh simple lagi pun takpe. biarpun kosong nampak kemas.
Pernah juga cuba-cuba buat header,tapi dapat yang simple je la,hehe
wah..ok la tu. sy x suka sgt header2 ni..biasa2 sudah..sbb sy jenis cepat bosan
Warna biru terang header sekarang ini sangat menarik perhatian mata. 😎
header yang sekarang ni nampak maskulin gitu. Saya suka. Tengah rancang nak tukar header dan theme, tapi belum berkesempatan lagi.
Terima kasih. Nampak gaya header blog sekarang akan kekal agak lama untuk blog AkuBiomed ini.
Cuba sehingga jaya. 🙂 Semoga berjaya dengan contest yang disertai.
Nak buat header ni mencabar juga… sebab itulah blog saya tak ada custom header lagi… Cuba pakai header theme asal… 🙂
Betul tuh bro kerana kita perlu fikirkan konsep header blog.
ciktom rs lg suka header biomed skang compare yg terbaru tue..mmg nmpk agak feminin..yg skang simple tp menarik..skdr pendapat ciktom..header ciktom pn buat sendiri sbb xberapa nak kreatif sgt tp puas hati dgn hasil usaha sendiri..hee
Terima kasih. Header blog sekarang ini hanya saya godek-gedok jenis font sahaja.
software apa yg digunakan utk membuat header blog nie??? mmg dah lama nak ada header blog sendiri…
Applikasi terkenal seperti PhotoShop dan ada juga online applikasi yang boleh buat header blog secara percuma.
banner skrg nie dah kemas dah bro..nampak simple n kemas..boleh tanya apa maksud akubiomed? Bro ambik course biomedicine ke? sori, sy newbie, xtaw..
Wira Chomel recently posted Tutorial Origami Comel #1: Bagaimana Membuat Origami Katak Comel
Terima kasih melayar blog AkuBiomed. Saya mengambil pengajian Kejuruteraan Elektronik Perubatan.
dlm byk2 header tu kan..
lady lbh suke header yg biomed gunekan skrg..
nampak lebih tenang dan matang..
betul3x..nampak lebih matang dan ringkas
Wira Chomel recently posted Tutorial Origami Comel #1: Bagaimana Membuat Origami Katak Comel
Terima kasih. Saya mahukan header blog yang ringkas.
selalu blog hal keluarga dan anak2 orang akan anggap tu admin dia perempuan atau kaum ibu2 hehe..mungkin header lebih macho sikit kena le dgn blog lelaki tapi berkeluarga hehe
Header blog untuk blogger lelaki kebanyakkan simple sahaja.
Mmg jujurnya, aku jeles ngn header blog yanmie, puan bee dan blogger2 lain yg header depa ni, mmg cukup terbaik!
Oleh kerana tgn aku juga cukup keras, (lebih keras dari bro AB rasenye)…jadi gunalah yg buat sendiri dulu….
InsyaAllah, ada hati nak tempah pulak lepas ni…hehe
sediakanlah RM yg secukupnya en. hafiz…dptlah header blog yg cantik…
saya sarankan bro tempah header flash pada blogger Ayeem Ayam. hasil beliau memuaskan hati ramai pelanggan 😉
– header saya simple je. mungkin sebab saya tiada idea untuk membuat header macam Koz dan Ayeem >_<
Pening juga hendak fikirkan konsep header blog ini. 🙂
Akupun 2-3 hari ni memang nak buat sedikit perubahan pada blog termasuk buat header baru.. tangan akupun keras juga jadi buat je lah apa yang termampu.. mungkin suatu hari nanti dapatkah khidmat rakan lain buat header blog aku..
Wow ! nengok header broo yang kozumiro tu hebat buatannya OOooo … itu mesti pakai tu … 😀
tangan aku pun keras semacam juga
asal ada je
hehe header aku sekarang, blogger anishaway yang buatkan..
aku bangga juga, sebab dia bekas pelajar grafik untuk kktm rembau..
memang berbakat dan skill yg baik.. 😀
Ia menunjukkan pelajar KKTM berkemahiran tinggi. 🙂
Blog saya tak mampu nak pakai header lip lap lip lap. apa lagi goyang goyang
syok tengok header PB n Kak Yan. tapi belum sampai seru nak guna yg goyang2 ni.
Goyang mana satu nih bro DenaiHati. Jangan goyang dangdut gerudi sudahlah. 🙂
tak terbuka hati lagi nak berheader… biarlah blog saya togel mogel
cantik , hasil tangan koz memang colurful .. nape tk letak gambo abg koning sekali ..
Lama tak join GA.
Header kat blog saya pun dah byk kali tukar, tapi yg sekarang ni sgt puas hati walaupun buat sendiri.
Main hentam je buat, tp Alhamdulillah rasa puas hati hehe
jangan ckp tangan keras bro tu pun dah kira ok artu hee..biasalah dh lama tggalkan dunia bangku sekolah tu jdi gtu..nak panaskan tangan balik makan masa hee..
sy berpikir klu nak tukar header lagi molk sugguh klu bro letak hedar pic anak2 dan pic bro skli hee..best tu klu letak pic bro sedang bergurau senda dgn anak..nak lebih penuh lotak pic family skluga heee…baru ada cap family koning gee..
AB nak bunga2 tu..
Boleh dipertimbangkan cadangan yang Suri berikan untuk header blog masa hadapan.
header sllu tu ar tumpuan org akan berikan pada respon pertama kli masuk sesutu blog 🙂 saya rasa header ni cun gak hee
ruginya sbb blog ni hanya perlukan header yg simple.. so untung sapa yg kena design header blog ni kalau hanya berasaskan tulisan…
Saya buat sendiri jer he3..guna photoscape…boleh ler lepas sesak…
mana yg elok di jimatkan mmg bagus hee..klu blh wang tu blh simpan ker arah yg lain pula heee
sama lah cam sy..tangan pun keras jugak..tp mmg cantik la header yg kozumiro buat..
ps : blog sy lg la x der header pun..huhu..
header yg memula chii suka..byk kaler2
Header blog pertama adalah yang saya guna ketika mula-mula membina blog AkuBiomed ini. Ia adalah ilham baju jenama yang mempunyai trade mark jalur pelangi.
aku bab design mendesign mmg failure btol…
iyalah.. to feminine utk kau ler brother..
tak pandai photoshop…reti cut n paste je… 🙂
ieda kurang mahir buat header sendiri, zaman main potoshop dah tak tajam, hasil pon huhuhuhuh! so ieda tempah doodle header dari merahitujambu yang membuatkan ieda agak perasan kecomelan sikit, ahahhahha! 🙂
Orang tangan lembut bolehlah godek-godek PhotoShop untuk buat header blog sendiri. Secara jujurnya saya suka header blog Ieda yang dulu. 🙂
hoho..aku ingat nak minta dia wat header untuk blog aku yang lain la. hehe..
practice make perfect bro. jangan sesekali berenti mencuba,.
adehhh, terasa juga, saya pon dah lama nk design header ni bagi nmpk bling bling, tp xda masa, hehe
Ada beberapa blogger yang menawarkan perkhidmatan membuat header blog bolehlah cuba nanti.
header blog akubiomed yang sekarangni dah ok saya rasa..simple, but nice…ok ada dua contest yang boleh saya sertai ni..kena cari masa untuk buat entri..
Terima kasih. Header blog yang saya buat mengunakan online header blog sahaja.
salam..
ada sapa nak tolong buatkan
untuk saya..nak gak yang bling2
satu..he he
Ada siapa-siapa yang boleh tolong reka header blog untk bro Zulkbo? Sila angkat keyboard. 🙂
waaa….dasat gak budak nih….tangan seni darah seni kot….buat video pun stylo jugak….aku suka cara dia tue…
Tangan lembut buat apa pun menjadi. 🙂
tambah pengalaman dan ilmu..sekarang canggih bro..banyak software..
Setuju…tinggal nak sedut ilmu jerrr…:)
memang sukar nak puaskan hati..
banner ni mmg penting juga..
Saya memang sedar akan kepentigan header blog ini.
Tangan keras tidak mengapa, asalkan tidak sesekali berhenti mencuba 😀
Kalau hendak header blog perlu tumpuan dan ambil masa.
agakla..saya pun tengah plan nak tukar header jugak..dah ada masa free ni..hehe
Kalau ada masa bolehlah godek-godek untuk menghasilkan header blog sendiri. 🙂