• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / Ada apa dengan jumlah entri 888

Ada apa dengan jumlah entri 888

10th July 2014 by akubiomed 48 Comments

Pencapaian menulis entri sebanyak 888 entri

Dalam diam tak diam saya sudah menyumbangkan sebanyak 888 entri blog AkuBiomed ini. Ia adalah satu pencapaian buat saya dan gaya penulisan saya sudah banyak berubah berbanding mula-mula blogging dahulu.

Mencari keredhaan di bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan kali ini saya seboleh-boleh untuk tidak menulis mengenai makanan terutama juadah berbuka puasa. Walaupun ia adalah perkara paling mudah hendak tulis dan senang mendapatkan respons dari pengunjung ke blog ini. Saya juga tidak menulis mengenai Piala Dunia yang hangat diperkatakan dan lebih-lebih lagi tersungkurnya pasukan Brazil ditangan pasukan Jeman seperti kehilangan taring menjadi tajuk utama hari ini. Saya pula seolah-olah menahan kehendak dengan berlawan arus.

Litar rempitan komen ada yang lap sampai cecah telinga

Apa pun bersyukur dengan sokongan sahabat  yang mengunjungi blog AkuBiomed. Ruang komen tidak lagi semeriah dahulu sehingga satu masa dahulu blog ini menjadi litar merempit komen. Masing-masing berlumba mahu mendapat komen pertama untuk setiap entri( Nak tahu siapa yang meninggalkan komen pertama entri akan mendapat kunjungan trafik, percayalah).

Apa yang hebat sangat dengan 888 entri?

Blog AkuBiomed ini wujud 3 Sept 2010 dan sebanyak 888 entri telah ditulis. Ada pasang surutnya dengan mood kadang ke laut dan kadang-kadang berkobar-kobar menulis blog. Teringat kata-kata hikmat bro Titan yang tidak suka menulis tetapi kerana duit mendorong untuk terus berkarya. Apa yang hebat sangat 888 entri? Sebenarnya tidak ada, ia sekadar nombor dan ketika entri ini ditulis ia sudah menjadi 889. Menulis blog adalah terapi lebih-lebih lagi mendapat respons dari rakan blogger memberikan motivasi untuk kekal berblogging.

Sedih dan mendoakan saudara seislam di Palestin

Dikhabarkan saudara seislam di Palestin sedang duji dengan cabaran yang hebat. Bedilan oleh pihak Israel langsung tidak menghormati ketika umat islam berpuasa di bulan Ramadhan. Banyak nyawa orang awam menjadi mangsa korban bedilan pihak Israel yang tidak berhati perut. Doa dipanjatkan setiap kali lepas solat untuk saudara-saudaraku agar tabah menghadapi ujian yang dahsyat ini.

Anak muda baru nak up tunjuk belang di bulan Ramadhan

Berbeda pula dikawasan perumahan saya terdengar letupan mercun disana sini yang dimain oleh anak-anak dan anak muda yang baru nak up. Ada yang langsung tidak menghormati jemaah sedang bersolat dengan melempar mercun diperkarangan surau. Bagi berumur belasan tahun berlumba motor sesama sendiri waktu solat Terawih. Paling kurang sopan ketika berlumba melintasi perkarangan surau mereka memulas minyak menunjuk kejagoan kampung. Insaflah anak muda bangsaku. Keseronokkan kamu bukan menjaminkan kebahagian pada masa akan datang dan jangan sia-sia masa mudamu. Terima kasih kepada pihak peronda polis sudah 2 malam menghambat mat rempit yang baru nak up ini.

AkuBiomed: Sedikit pesanan untuk diri sendiri yang mempunyai anak bujang sedang meningkat naik.

Sila tekan butang kongsi:

  • Hanya dua entri sahaja?
  • Bulan April bersama famili
  • Pengalaman menulis blog

Filed Under: Uncategorized

Reader Interactions

Comments

  1. AZENI AHMAD says

    9th October 2014 at 4:55 pm

    Dalam tempoh 4 tahun untuk 888 entry yea…
    Memang sangat memberangsangkan..
    Saya baru berjinak dalam dunia blog 2013.. hehehe..

    Takpe yang penting perkongsian dari hati.. 🙂

    Reply
  2. Aniq Bukhary says

    16th July 2014 at 8:40 pm

    888. Waaahhh! sikit lagi dah jadi tahap otai tu… Saya x sampai pun 400 lg… 🙁

    Reply
    • akubiomed says

      16th July 2014 at 11:50 pm

      Kalau boleh hari-hari hendak tulis sekurang-kurang 3 entri tetapi tidak kesampaian lagi.

      Reply
  3. syaifuddin alias says

    16th July 2014 at 2:43 pm

    888 …hmm macam nombor….. krik krik krik
    hanya sekadar nombor.. 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      16th July 2014 at 3:22 pm

      Ya, sekadar nombor sahaja.

      Reply
  4. Zuan says

    15th July 2014 at 3:06 pm

    perghhh bnyk nye.. berapa lama agaknya nak baca satu per satu ni ek 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      16th July 2014 at 11:50 pm

      Seganlah kalau baca entri lama-lama. 🙂

      Reply
  5. Mus says

    15th July 2014 at 6:28 am

    888
    bukan sekelip mata nak karang tu..

    Reply
    • akubiomed says

      16th July 2014 at 11:51 pm

      Tidak sangka masih dapat berahan. Blog ini sudah ibarat diari peribadi.

      Reply
  6. Norasikin says

    15th July 2014 at 1:12 am

    Saya mula blogging lebih awal dari bro tapi tak de pun sebanyak tu. Jauuuuuuuuuuuuuhhh sekali

    Reply
  7. emily tang says

    14th July 2014 at 10:48 pm

    888 is a lot! haha i rasanya pun start masa tu berblogging
    tapi tak sebanyak macam tu
    krn saya juga malas berkarya lah hahaha

    Reply
  8. Ismail N says

    14th July 2014 at 8:49 am

    Wah! banyak dah tu.. teruskan berkarya dan menyumbang pada khazanah internet dunia..

    Reply
    • akubiomed says

      16th July 2014 at 11:53 pm

      Pening pakcik Google nak indek. 🙂

      Reply
  9. Shasha Mohamed says

    14th July 2014 at 7:34 am

    Tahniah akubiomed.
    Keep up the good job!

    Reply
    • akubiomed says

      16th July 2014 at 11:54 pm

      Teria kasih. Komen dan sokongan dari rakan bloggerr buat saya bertahan sehingga hari ini.

      Reply
  10. zik says

    13th July 2014 at 7:54 pm

    Selamat menyambut bulan ramadhan.. Sekejap betul masa berlalu..

    Reply
    • akubiomed says

      16th July 2014 at 11:55 pm

      Ya, pantas masa berlalu. Tahun ini bro Zik sambut Raya berdua nampak gayanya.

      Reply
  11. Hans says

    13th July 2014 at 1:41 pm

    teruskan berblog yer bro
    terbaik

    Reply
    • akubiomed says

      16th July 2014 at 11:55 pm

      Akan cuba bertahan selama mungkin.

      Reply
  12. amirulfaiz says

    13th July 2014 at 10:48 am

    Ya, mungkin kerana berita sedih dari Palestin membantutkan mood kita meraikan Ramadan. Namun terasa pergantungan kita kepada Allah makin kuat.

    Reply
  13. myrujukan says

    13th July 2014 at 2:33 am

    saya bermula menulis dari zaman wanwidget dot com lagi. Skrg sudah beralih dan menumpu 100% kepada hanya myrujukan dot com saja. Kalau di campurkan dua blog ni memang saya pun 800 lebih artikel juga. Kalau dulu saya mula terus dari myrujukan tentu trafik dah banyak, hehe. Tapi apa apa pun wanwidget akan ditamatkan dan bercadang membawa mana mana artikel berguna dari wanwidget ke myrujukan sebelum dihentikan…. 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      16th July 2014 at 11:56 pm

      Ada strategi baru ker baru?

      Reply
  14. SayaIday says

    12th July 2014 at 9:19 am

    wahh, dah 888 entry. tapi setiap entry berisi. kalau iday lak, dah 988, tapi banyak merapu sebab dulu menulis macam diary. hehe .

    Reply
    • akubiomed says

      16th July 2014 at 11:57 pm

      Pengalaman kita lebih kurang sama. Tulis mengikut suka hati sahaja. 🙂

      Reply
  15. Kaio says

    11th July 2014 at 2:24 pm

    Power lah kau ni! Gigih update blog sampai lah sekarang ni dah ada 888 entri! *clap2! aku pun tak dapat nak sampai tahap cam kau ni. Sikit-sikit buat blog baru. haha! yg personal aku ni dah beberapa kali dah delete. La ni baru nk start balik blogging (itu pun kalau rajin dan boleh maintain! hahaha) btw, bro. bila nak lepak lagi? singgah lah blog aku ye. hahhaa

    Reply
  16. suri says

    11th July 2014 at 12:35 pm

    makna dalam satu entri kali ini ada banyak cerita ya heee..btw angka 888 cukup banyak jugalah

    Reply
    • akubiomed says

      16th July 2014 at 11:57 pm

      Memang tidak sangkat boleh menginjak angka keramat. 🙂

      Reply
  17. eyriqazz says

    10th July 2014 at 7:19 pm

    Nombor umpphh ni….

    Reply
    • akubiomed says

      10th July 2014 at 7:25 pm

      Ntahlah bro, katanya nombor membawa maksud tuah.

      Reply
  18. suriaamanda says

    10th July 2014 at 2:03 pm

    tiap kali kita nak raya, mesti seminggu lepas puasa ada kes putus jari sana..jari sini…cer tgok bangsa lain nyer perayaan, xde plak diorang main mercun sampai putus2 tangan kan…ke memang ada tp x di beritakan?

    Reply
  19. Aya says

    10th July 2014 at 1:54 pm

    Keep bloggging bro…dan keep letak gambar2 cantik di blog ini

    aya tetap one of your silent reader..

    Reply
    • akubiomed says

      10th July 2014 at 7:26 pm

      Terima kasihlah membaca entri-entri disini.

      Reply
  20. suri says

    10th July 2014 at 9:31 am

    dah lama ak berblog tapi ada blog-blog yang lain jugakan

    Reply
  21. suri says

    10th July 2014 at 9:23 am

    bahaya kalau biarkan mereka bermain mercun terkadang mereka dapat mercun maon sorok-sorok

    Reply
    • akubiomed says

      10th July 2014 at 7:27 pm

      Ini lagi bahaya sorok-sorok main mercun haram.

      Reply
  22. Padin says

    10th July 2014 at 9:23 am

    Eloknya selak je rim tu dgn kayu, tgk terpelanting dia camne kiki,

    Reply
    • akubiomed says

      10th July 2014 at 7:28 pm

      Tak sampai hati pula. Yang heran apakah tindakan ibubapa kepada anak-anak ini seolah menghalalkan kelakuan anak masing-masing.

      Reply
      • Padin says

        10th July 2014 at 11:29 pm

        taktau nak kate eh, mungkin lepas tangan je anak nak gi mane,
        buat apa, dengan sapa….

        Reply
  23. Hazmin Hamudin says

    10th July 2014 at 8:29 am

    Lepas ni boleh up sampai seribu entri pulak. Hehe. Apa-apapun sama-samalah kita doakan keselamatan saudara seagama kita di Palestin sana. Amin.

    Reply
    • akubiomed says

      10th July 2014 at 7:29 pm

      Untuk tempoh 6 bulan akan datang boleh capai kalau konsisten menyumbang entri terbaru.

      Reply
  24. TehR says

    10th July 2014 at 12:59 am

    ada yang suka baling mercun dekat lampu isyarat
    memang tak ada kerja budak2 ni

    Reply
    • akubiomed says

      10th July 2014 at 1:17 am

      Kesian jemaah ada yang tersentak ketika bersolat apabila dibakar mercun. Isteri pula mengadu budak-budak nakal lempar mercun ke dalam halaman rumah dari atas motor.

      Reply
  25. titan says

    10th July 2014 at 12:19 am

    masih ada lagi yang suka merempit? aduhaii…

    Reply
    • akubiomed says

      10th July 2014 at 12:36 am

      Bulan Ramadhan anak muda baru nak up ini tunjuk kejantanan.

      Reply
      • suri says

        10th July 2014 at 9:30 am

        kasi samanlah nanti dapat surta tahu marah heeee

        Reply
        • akubiomed says

          10th July 2014 at 7:30 pm

          Perlu ada hukuman yang berkesan supaya mereka ini serik dan insaf dengan perbuatan yang tidak berfaedah ini.

          Reply
  26. sobrimansor says

    10th July 2014 at 12:15 am

    Banyak tu……. tahniah semoga terus maju kehadapan bro….

    Reply
    • akubiomed says

      10th July 2014 at 12:35 am

      Terima kasih, harap dapat terus kekal berblogging.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Bila orang rumah dapat Dapur Gas Infra Merah baharu
  • Bil Air Syabas Hanya Terima Pembayaran Dari JomPay

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in