• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / Acer Aspire P3 Ultrabook open box

Acer Aspire P3 Ultrabook open box

5th July 2013 by akubiomed 40 Comments

Mula mengodek Acer Aspire P3 Ultrabook baru.

Kalau sebelum ini saya dapat memerhati dan tidak puas mengodek Acer Aspire Ultrabook P3 di majlis Acer & Intel “PLAYsure Redefined” Party di Poppy Garden. Maklumlah ramai yang ingin menghampiri dan merasai sendiri pengalaman menguji produk Acer.

acer aspire p3 ultrabook

Kali ini bukan rasa-rasa dan jeling-jeling sebaliknya Acer Aspire P3 Ultrabook berada di depan mata dan menjadi milik saya. Sebenar saya kurang bersedia untuk mengodek Aspire P3 ini tertutama sistem operasi yang digunakan adalah Windows 8 sesuatu yang baru kepada saya yang masih mengunakan Windows XP old skool.

keyboard cover
aspire p3

aspire p3 ultrabook laptop mode.

Mula-mula tertanya bagaimana keyboard cover dan Aspire P3 boleh berkomunikasi kerana tiada hubungan wayar. Rupanya keyboard cover ada bateri terbina dalam dan disambung secara Bluetooth.

aspire p3 tablet mode. Aspire P3 boeh ditanggalkan daripada keyboard cover untuk menjadi tablet.
aspire p3 mengunakan Windows 8 (64-bit) dan prosesor 3rd Generation Intel Core i3-3229Y / Intel Pentium Processor 2129Y
Antara ciri-ciri yang ada pada Aspire P3.

Skrin LCD HD IPS bersaiz 11.6″ dengan 10 multipoint  touch. IPS memberikan sudut pandangan yang lebih luas. Kalau baring pun masih boleh melihat skrin dengan jelas.

port Micro HDMI, USB 3.0 dan power inlet
Volume, Power switch dan Phone jack
5 megapiksel kamera
speaker

Saya sempat menguji kualti bunyi Aspire P3 dengan memasang video ternyata kualiti bunyi yang dihasilkan oleh Dolby Home Theater tidak mengecewakan. Tidak sangka ia mampu simulasi bunyi Home Theater dengan baik.

Antara yang saya suka mengenai Aspire P3 Ultrabook adalah untuk menghidupkan dan proses shutdown pantas. Mengunakan storan SSD adalah satu kelebihan dan ternyata lasak berbanding cakara keras. Fungsi skrin sentuh sangat menyeronokkan kerana Aspire P3 yang mengunakan Windows 8.

Kekurangan Aspire P3 yang mempunyai  1 port USB 3.0, tiada slot SD memory card dan CD rom ini disebabkan ciri Ultrabook perlu nipis dan ringan. Ia tidak menjadi masalah besar kepada saya kerana saya boleh menyesuaikan diri kerana lebih kerap mengunakan USB port. Bagi yang mengenali Ultrabook akan akur hal ini.

Secara keseluruhan saya berpuas hati dengan ciri yang ada pada Acer Aspire P3 Ultrabook ini kerana ia fleksibel dan multitasking. Keupayaan Aspire P3 dapat menyesuaikan keperluan saya mahukan sesuatu yang ringan, pantas serta berkuasa.

Spesifikasi Acer Aspire P3 Ultrabook.

  • Processor: 3rd Generation Intel Core i3-3229Y / Intel Pentium Processor 2129Y
  • Operating System: Windows 8 (64-bit)
  • Screen: 11.6″ HD (1366×768) IPS touch display
  • Memory: 2GB DDR3 RAM
  • Graphics: Intel HD Graphics 4000 / Intel HD Graphics
  • Storage: 60GB SSD
  • Thickness: 9.95 / 10.15 mm
  • Weight: 0.79kg (without keyboard)

Alhamdulillah dan berterima kasih kepada penganjur Acer, Nuffnang kerana telah memilih entri saya sebagai pemenang Grand Prize. Terima kasih kepada sahabat-sahabat blogger yang tidak putus-putus mengucapkan terima kasih ke atas kemenangan ini.

Boleh layari laman rasmi Acer Malaysia untuk maklumat terkini.

  • Acer Aspire P3 Convertible Ultrabook™ ke Tablet
  • Acer & Intel “PLAYsure Redefined” Party yang ultra awesome
  • Asus external slim dvd untuk restore Windows 8

Filed Under: Uncategorized

Reader Interactions

Comments

  1. Hafizul says

    25th September 2013 at 12:14 pm

    Emm puas hati tak pakai laptop ni?

    Reply
  2. Hafizul says

    20th July 2013 at 3:08 pm

    Haha..tahnaih bro..memang seronok sakan ni..hehe

    Reply
    • akubiomed says

      20th July 2013 at 4:38 pm

      Sudah tentu seronok kerana hadiah yang ditawarkan bernilai ribuan ringgit.

      Reply
  3. hazman aka species1980 says

    9th July 2013 at 4:21 pm

    Lepas nie boleh live blogging la bro kan……

    Reply
  4. suri says

    9th July 2013 at 10:34 am

    lepas ini berblogging mesti puas hati

    Reply
  5. Alin marlini says

    9th July 2013 at 9:01 am

    Salah satu wishlist saya….

    Reply
  6. Kulanz Salleh says

    8th July 2013 at 10:39 pm

    Acer Ultrabook ni memang sesuai bawa ke mana2..

    Reply
  7. Melastik Bintang says

    6th July 2013 at 2:24 am

    pergh!! rezeki… kalau saya dapat ni, memang live bloging la..setiap masa mengadap blog..

    Reply
  8. Sop says

    6th July 2013 at 1:05 am

    tahniah
    mmg terbaik lah P3 ini..
    ada tengok masa IT Fair hari tu huhuh 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      6th July 2013 at 6:26 pm

      Kali ini depan mata boleh godek sepuas-puasnya. 🙂

      Reply
  9. pipoq says

    5th July 2013 at 11:34 pm

    kalau ada video lagi syiok ni..

    Reply
    • akubiomed says

      6th July 2013 at 6:25 pm

      Mula-mula ingat hendak buat video tetapi memandangkan persekitaran banyak gangguan lupakan sahaja.

      Reply
  10. faizal says

    5th July 2013 at 10:51 pm

    wahh..tahniah bro..

    Reply
  11. Norfanil says

    5th July 2013 at 10:22 pm

    wah bestnyaa.. grand prize.. alhamdulillah..rezeki bro.. =)

    Reply
    • akubiomed says

      6th July 2013 at 6:28 pm

      Rszeki tahjn 2013. Kebetulan ada pelan beli laptop baru. Laptop lama sudah berusia 8 tahun.

      Reply
  12. ProfHariz says

    5th July 2013 at 8:03 pm

    Alhamdulillah. Seronoknya bro 🙂

    Reply
  13. muktasim says

    5th July 2013 at 6:56 pm

    wah.. bestnya.. bila la nak ikut perkembangan semasa ni.. hehe tablet pun x ada lagi nak pergi ke 2in1 plak tak tahu la bila..

    Reply
    • akubiomed says

      6th July 2013 at 6:29 pm

      Harap ia memudahkan tugasan mengemas kini blog.

      Reply
  14. TehR says

    5th July 2013 at 5:55 pm

    jeles2
    tak ada lagi ke, bro
    nak juga ni

    Reply
  15. hafidz says

    5th July 2013 at 5:03 pm

    fuh memang terbaek lah bang 🙂

    Reply
  16. Ummi Hanie says

    5th July 2013 at 4:40 pm

    tahniah pemenang grand prize 🙂 tumpang gembira…

    dah serupa tablet je laptop ni… ramai yang dah jatuh cinta

    Reply
  17. azwan says

    5th July 2013 at 4:39 pm

    giler tak puas hati kalau dapat hadiah macam ni…
    alhamdulillah rezeki bro..tahniah

    Reply
  18. sukma says

    5th July 2013 at 4:01 pm

    detail dan menarik model nie…tahniah…excited kalau dapat nie…..

    Reply
    • akubiomed says

      5th July 2013 at 4:15 pm

      Bagi yang hendak memilik Aspire P3 ini boleh rujuk entri ini.

      Reply
  19. hafiz says

    5th July 2013 at 3:55 pm

    bertuahnya badan….

    Reply
    • akubiomed says

      5th July 2013 at 4:15 pm

      Gembira tidak terkata. 🙂

      Reply
  20. MK Kimi says

    5th July 2013 at 3:45 pm

    Rezeki bro dapat free..tahniah! sesuai tk blogger yg aktif bgerak kesana kemari..

    Reply
    • akubiomed says

      5th July 2013 at 4:14 pm

      Aspire P3 ini mudah alih dan senang dibawa kemana-mana.

      Reply
  21. Datin Tyka says

    5th July 2013 at 1:58 pm

    memang rezeki sangat ni.. syukur alhamdulillah

    Reply
    • akubiomed says

      5th July 2013 at 4:12 pm

      Alhamdulillah rezeki. 🙂

      Reply
  22. Norasikin says

    5th July 2013 at 1:19 pm

    Jap lagi abang koning tolong godek2 Acer P3 tu

    Reply
    • akubiomed says

      5th July 2013 at 4:12 pm

      Baby Aslah lagi pantas guna skrin sentuh. 🙂

      Reply
  23. suriaamanda says

    5th July 2013 at 12:41 pm

    waaaaaa….seksinya dia……ingat besar..,.lebih kurang tab jer…comel…

    Reply
    • akubiomed says

      5th July 2013 at 4:09 pm

      Taklah besar sangat kerana saiz skrin 11.6″.

      Reply
  24. Azie says

    5th July 2013 at 12:31 pm

    Tahniah! Rezeki Akubiomed kan, Best sangat-sangat sebab dapat free. Saya pun guna Laptop brand Acer, Alhamdulillah tak pernah buat masalah.

    Reply
    • akubiomed says

      5th July 2013 at 3:53 pm

      Kalau di jaga dengan baik dan cermat, Insyallah ia akan bertahan lama. Laptop Compaq V3000 saya guna sekarang sudah berusia 8 tahun. Value for money.

      Reply
  25. reezluv says

    5th July 2013 at 12:31 pm

    gajet gempak…orang yang dapat pun gempak jugak..moga tambah gempak..hehee

    Reply
    • akubiomed says

      5th July 2013 at 4:05 pm

      Terima kasih bro. Rezeki. 🙂

      Reply
  26. Mus says

    5th July 2013 at 11:33 am

    Tahniah bro.. gadget yang menarik untuk dimiliki..

    Reply
    • akubiomed says

      5th July 2013 at 3:47 pm

      Banyak hendak di godek Windows RT ini.

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in