• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / ACCESSTRADE Malaysia affiliate menjana pendapatan sampingan tanpa modal

ACCESSTRADE Malaysia affiliate menjana pendapatan sampingan tanpa modal

25th November 2020 by akubiomed 5 Comments

Menjana pendapatan sampingan dengan Affiliate bukan mitos?

affiliate accesstrade malaysia

Saya mempunyai pengalaman menyertai beberapa agensi menawarkan kempen affiliate sebagai Publisher dan berjaya menghasilkan pendapatan. Mudah caranya dengan mendaftar sebagai Publisher di agensi CPA (Cost Per Click) yang menawarkan kempen affiliate dan sehingga ini masih mempromosikan pautan Affiliate secara aktif.

Potensi mendapat komisen dengan buat hebahan kempen affiliate di sosial media.

Keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang ini dan dihambat  lagi dengan Pandemik COVID-19 yang ramai orang diluar sana terkesan dan hilang pekerjaan menjadi penganggur. Walaupun begitu ada perniagaan yang tidak terjejas sebaliknya semasa perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu pembelian diatas talian.

Kebimbangan orang ramai jangkitan COVID-19 mengubah senario pembelian secara kovensional kepada pembelian diatas talian menyumbang peningkatan pembelian diatas talian secara mendadak semasa perlaksanaan PKP buat pertama kali

Apa itu pemasaran affiliate?

Affiliate diterangkan bukan dalam bahasa mudah adalah mempromosikan kempen atau produk orang lain tanpa memegang produk melalui pautan yang diberikan oleh agensi affiliate. Kita boleh memilih senarai kempen dan produk yang ditawarkan oleh penjual dan promosi produk tersebut di media sosial tidak limit kepada blog, Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya.

Tiada komitmen seperti perlu membayar yuran penyertaan atau keahlian dan pendaftaran. Penyertaan sebagai pemasaran affilaite atau dikenali sebagai Publisher adalah seratus peratus percuma. Setiap Publisher akan diberikan ID pautan affiliate yang unik pautan untuk membezakan antara satu Publisher yang lain.

Kelebihan Affiliate ramai diluar sana tidak tahu?

Sering affiliate ini dikaitkan dengan scam. Ia adalah anggapan yang salah dan tidak benar sama sekali. Pedagang atau Merchant yang menyertai agensi affiliate seperti Lazada, Shopee, PGMall, agensi insuran AIA dan sebagainya.

Antara kelebihan menyertai affiliate sebagai Publisher:

  1. Tiada yuran dalam penyertaan sebagai Publisher pemasaran affiliate.
  2. Zero kos. Tiada kos untuk mula sebagai Publisher affiliate.
  3. Zero risiko. Tiada risiko stok tidak terjual.
  4. Tiada stok. Produk untuk affiliate sangat banyak untuk dipilih dan tidak perlu bimbang stok tak terjual.
  5. Sangat mudah. Cara mudah untuk jana pendapatan pasif.

Produk affiliate ini pelbagai dan sangat banyak tidak limit kepada ebook, pakej pelancongan, pakej insuran, barangan keperluan, elektronik, perkhidmatan dan sebagainya boleh dipromosikan.

Permulaan untuk menjana pendapatan boleh menyertai agensi affiliate sebagai Publisher. Keperluan yang perlu ada lah sambungan internet, perkakas seperti laptop, PC atau Smartphone dan mempunyai akaun media sosial untuk promosi pautan Affiliate.

Agensi ACCESSTRADE Malaysia yang sedang meningkat naik menawarkan penjanaan pendapatan pasif dengan penyertaan sebagai Publisher.

ACCESSTRADE Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2018 ini adalah cabang ACCESSTRADE oleh Interspace beroperasi sejak tahun 1999 adalah sebuah rangkaian pemasaran affiliate terbesar CPA (Cost Per Action) di Jepun dan Asia Tenggara yang terdiri dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam dan Singapura.

Fakta ringkas mengenai ACCESSTRADE.

  • berpengalaman 20 tahun.
  • mempunyai 1.1 juta Publisher.
  • tercalon 5 percalonan pada tahun 2019 dan 3 pencalonan pada tahun 2020 untuk International Performance Marketing Awards(IPMA).

Antara pencapaian ACCESSTRADE

Senarai Merchant yang menyertai ACCESSTRADE Malaysia

Laporan kajian kes jana komisen empat hingga ke lima angka dengan buat hebahan pautan kempen affiliate.

Saya nak kongsi kajian Publisher dari ACCESSTRADE Malaysia mampu menerima komisen terkumpul sebanyak empat angka dan lima angka dengan hanya kempen affiliate melalui hebahan di media sosial.

Agak terkejut juga apabila ACCESSTRADE Malaysia berkongsi kajian kes dengan menyenaraikan top Publisher yang berjaya menerima komisen terkumpul diantara RM7,700 hingga RM32,800. Bagi saya ia adalah satu jumlah yang besar dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang.

Beberapa contoh Publisher dari ACCESSTRADE Malaysia boleh dijadikan contoh dan sumber inpirasi Publisher baru diluar sana diantaranya:

1. Nurafifah menerima komisen terkumpul sebanyak RM42,800 dengan jualan sebanyak RM900,000. Hebahan beliau melalui hebahan kemben di akaun Twitter dan IG.

2. Alysha promosi kempen pautan affiliate menggunakan sebaran aplikasi WhatsApp and group chats syarikat membuat jualan lebih RM135,000 dengan komisen yang beliau perolehi sebanyak RM7,700.

3. Neyra  seorang bloggerpromosi kempen Shopee melalui Accesstrade, dengan sebaran akaun beliau di Twitter dan IG membuat jualan lebih RM81,000. Komisen beliau terima sebanyak RM4,000.

Ini membuktikan ACCESSTRADE Malaysia adalah agensi affiliate yang tulen dan benar-benar membuat permbayaran komisen kepada Publisher yang bekerjasama dengan mereka.

ACCESSTRADE Malaysia menyediakan bantuan khidmat sokongan untuk Publisher.

Apa yang menarik mengenai ACCESSTRADE Malaysia adalah bantuan khidmat sokongan dan bantuan teknikal untuk Publisher baru. Antaranya penghantaran News Letter ke akaun email Publisher berkongsi tips, video, inspirasi Publisher yang berjaya sangat-sangat membantu Publisher baru untuk mula.

Ilmu yang terkini dan percuma diberikan boleh dipelajari dengan menyertai ACCESSTRADE Academy mengikut masa sendiri semuanya dikongsikan untuk membantu Publisher baru.

ACCESSTRADE Academy

Sesi latihan bersama Agensi Influencer

Bagaimana nak sertai sebagai ACCESSTRADE Malaysia?

Nak jadi Publisher kempen affiliate di ACCESSTRADE Malaysia dengan mengikuti 3 langkah mudah dibawah:

Langkah 1: Daftar akaun ACCESSTRADE Malaysia adalah PERCUMA

Pautan pendaftaran ACCESSTRADE MALAYSIA dibawah. Tambahan RM5 diberikan untuk mana-mana klik pertama kempen yang berjaya.

Daftar melalui pautan ini ACCESSTRADE Malaysia

Langkah 2: Pilih mana-mana kempen mengikut kesesuaian dan klik butang ‘APPLY’.

Langkah 3: Dapatkan pautan kempen affiliate dan buat hebahan di media sosial.

Bila kempen yang dipilih telah dilulus. Boleh dapatkan kempen affiliate untuk mula buat hebahan di media sosial.

Bila sudah salin pautan affiliate boleh buat hebahan di media sosial.

Jangan lupa untuk daftar dengan ACCESSTRADE Malaysia dan mula jana pendapatan.

Daftar ACCESSTRADE Malaysia

  • discover new avenues at accesstrade summit 2023 win up to rm1000
  • Jana pendapatan dari rumah dengan World of Hijab
  • Watch Out For The Latest Scams That Misuse ACCESSTRADE’s Company Name – ‘Warning Letter’ and ‘Part-Time Job’ ⚠️⚠️⚠️

Filed Under: blog, tips blogging Tagged With: accesstrade academy, accesstrade commission, accesstrade malaysia, accesstrade review, accesstrade shopee

Reader Interactions

Comments

  1. Kerja Sendiri says

    30th December 2020 at 6:13 pm

    Kalau marketing power memang berbaloi-baloi join affiliate ni. Boleh dapat banyak duit setiap bulan.

    Reply
    • akubiomed says

      31st December 2020 at 11:35 am

      Insyallah kalau ada rezeki akan dapat hasil dengan Affiliate.

      Reply
  2. RizOne Legacy says

    27th December 2020 at 12:53 pm

    Terima kasih boleh mencuba di blog saya ….

    Reply
  3. galut says

    27th November 2020 at 4:15 pm

    Terbaik buat affiliate percuma tanpa modal cuma perlukan masa untuk promosi.

    Reply
    • akubiomed says

      29th November 2020 at 1:11 am

      Sebenarnya nak buat promosi hebahan affiliate. Buat kerja sekali.

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2026 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in