• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / famili / Abang koning terkena Febrile

Abang koning terkena Febrile

3rd April 2011 by akubiomed 54 Comments

Abang koning tercicir rombongan kerana Febrile

Sepatutnya hari Sabtu baru ini Abang Koning mengikut rombongan ke Zoo Negara dan Aquaria KLCC. Sudah lama Abang Koning mengidam untuk ke sana walaupun Babahnya pernah bawa ke tempat-tempat yang hendak tuju sebelum ini.

Mungkin rombongan bersama kawan-kawan sebaya lebih seronok agaknya. Pada hari Jumaat sudah menampakkan perubahan pada Abang Koning yang sentiasa ceria berubah menjadi pasif dan nampak perubahan kulit yang putih menjadi kemerahan. Selera makan pun menurun rupanya Abang Koning terkena Febrile.

Rasanya ada yang pelik apabila aku sebut perkataan Febrile tidak pernah kita dengar mahu pun disebut. Febrile kerap berlaku kepada semua peringkat umur samada yang muda atau tua. Ferbrile adalah terminologi bahasa perubatan merujuk demam panas. Abang Koning terkena demam panas jadi terlepaslah rombongan ke Zoo dan Aquaria KLCC untuk bersama-sama kawan buat kali terakhir kerana tahun 2012 akan melangkah ke tahun 1.

p/a: Babah bawa Abang Koning jalan-jalan apabila sudah sembuh nanti buat masa ini rehat secukup yer nak 🙂

  • Abang Koning kembali ke zaman Dinosaur
  • Update ringkas: Baby Aslah terkena Febrile
  • Selamat Hari Lahir Abang Koning

Filed Under: famili

Reader Interactions

Comments

  1. hairulafiz says

    23rd November 2012 at 3:19 pm

    memang kesian kita tengok kalau budak demam

    Reply
  2. azhar says

    8th April 2011 at 11:18 pm

    Sianny abang tu,mesti da lame berangan nak pi ikut trip tu,takpe nanti babah dye bawa jalan

    Reply
  3. Mr.Kerro says

    8th April 2011 at 12:06 am

    ada himahnye dia xdpt ikut tu … nnti bleh la bwk dia bila2 cuti ke… 🙂

    Reply
  4. MDHAFiZ.NET says

    7th April 2011 at 9:44 pm

    dari Allah datangnya penyakit..kepad Nya juga ada penawarnya 🙂
    semuga cepat sembuh.. 🙂

    Reply
  5. razlan says

    7th April 2011 at 3:51 pm

    Bulan ne memang deman panas menyerang,kat kampung saya ramai la budak2 dan bayi deman panas

    Reply
  6. aimannajmy says

    6th April 2011 at 11:36 pm

    sian abg koning..moga cepat sembuh.. rehat banyak2

    Reply
  7. wazy says

    5th April 2011 at 7:12 pm

    saya pun pernah kena macam ni
    tawakal je la masa tu
    suhu badan pun kejap naik kejap turun
    sampai kene tahan kat wad

    Reply
  8. nash says

    5th April 2011 at 5:17 pm

    siannya abang koning ni sampai tertido2 coz ade kene penyakit febrile.. hu3.. melepaslah aktiviti yg nk g.. harap2 sembuh ngan cepat yukk

    Reply
    • akubiomed says

      9th April 2011 at 12:50 pm

      Tidur sebab ambil ubat selsema selain ubat demam

      Reply
  9. Ceqla says

    5th April 2011 at 3:09 pm

    demam nak besar la tu =)

    Reply
    • akubiomed says

      9th April 2011 at 12:49 pm

      Nak besar dah memang besar Abang Koning melebihi saiz badan abang-abangnya 🙂

      Reply
  10. zik says

    5th April 2011 at 1:56 pm

    nanti dah sihat.. bapaknya kena bawak di pergi klcc.. tak kira.. nak pegi jugak.. huhu..

    Reply
  11. datuk D says

    5th April 2011 at 1:45 pm

    Hello,
    Semoga cepat sembuh bro.. umur berapa anak bro?

    Reply
  12. hafidz says

    4th April 2011 at 9:50 pm

    bebudak demam panas ni kena segera berubat.

    Reply
  13. suri says

    4th April 2011 at 8:54 pm

    tak best bila tak dpt pgi dg kwn2..tahun dpan dah tak jumpa lagi ar.. huuuu

    Reply
  14. suri says

    4th April 2011 at 8:15 pm

    alah ciannya dia demam ar huu.. harap anaknya segera smbuh..demam nak besau ni heee..

    Reply
  15. nurmisnan says

    4th April 2011 at 6:29 pm

    hai bro.. kasihan abang koning
    tak dapat join kawan2…

    cuba bacakan al fatiha
    dan doa ini dlm segelas air…
    ‘dgn nama Allah yg Maha Besar, Aku berlindung
    dgn Allah yang maha Agung daripada kejahatan
    setiap urat yg menggelegak dan daripada
    kejahatan panas api neraka….’
    sapu pada muka kepala dan minumkan… insyaAllah dgn izin-Nya

    Reply
    • akubiomed says

      5th April 2011 at 2:01 pm

      Terima kasih berkongsi tip. Nanti saya cuba amalkan kerana setelah Abang Koning pulih, si Abang Ngah pula terkena demam panas

      Reply
  16. Amirez says

    4th April 2011 at 6:21 pm

    owh, ingatkan terkena apa tadi. rupanya demam panas.
    harapnya abang koning cepatlah sembuh. kasihan tengok kanak2 demam panas ni

    Reply
  17. heliantuse says

    4th April 2011 at 4:25 pm

    Syafakallah, Abang Koning. Minum air banyak-banyak ye.

    Reply
  18. Firdaus Kasim says

    4th April 2011 at 3:27 pm

    ups! silap.. kifarah atau kifarat? lupa pula

    Reply
  19. saiful says

    4th April 2011 at 12:49 pm

    kesiannya, terlepas ikut rombongan psl demam.Takpa,buat masa ni jaga kesihatan dan jangan lupa makan ubat.Dah sihat nanti,abg koning boleh ajak babah jalan-jalan.

    Reply
  20. pipoq says

    4th April 2011 at 12:19 pm

    cuaca tak menentu sekarang ni memang menggugat kesihatan gak tambah lak kalo untuk kanak kanak yang belum cukup kuat daya ketahanan badan dalam melawan penyakit..

    ape pun semoga abang koning cepat sembuh..

    Reply
  21. sw33tdarling says

    4th April 2011 at 12:01 pm

    oooh demam panas rupanya… hehehehe

    semoga cepat sembuh yaaa!

    Reply
  22. Firdaus Kasim says

    4th April 2011 at 11:00 am

    sbr abg koning.. setiap sakit tue adalah kifarah dosa..

    -Pakej Lengkap Nuffnang-
    Rahsia Terbongkar! Cara Sebenar Menjana Pendapatan Lumayan Nuffnang (Bahagian 1)

    Rahsia Terbongkar! Cara Sebenar Menjana Pendapatan Lumayan Nuffnang (Bahagian 2)

    Reply
  23. Mrs.Ayie says

    4th April 2011 at 7:37 am

    Cepat sembuh ya Abang Koning 🙂 Rehat cukup-cukup

    Reply
  24. tehr says

    4th April 2011 at 6:35 am

    harap abang koning cepat sembuh
    kesiannya tak dapat ikut serta dengan kawan2

    Reply
  25. eiela says

    4th April 2011 at 1:39 am

    kesiannya,,demam panas nih kalau dibiarkan bahaya, org tua pun tak tahan, nih kan plak budak-budak. hope abg koning cepat sembuh.

    Reply
  26. tengkorak emas says

    4th April 2011 at 1:19 am

    semoga abang koning cepat sembuh, kesian nampaknya, tapi takpe, ujian Allah tu dik,

    cepat sembuh nanti boleh jalan2 sama Babah, mungkin tu hikmahnya abang koning terlepas rombongan 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      6th April 2011 at 12:13 am

      Memang apa yang bro TE jangkakan kerana saya bawa famili saya ke Pusat Sains Negara melihat Dinosaur

      Reply
  27. kulanz says

    3rd April 2011 at 11:40 pm

    kasihan Abang Koning tak dapat ikut rombongan..
    xpa, ada rezeki nanti dan kalau dah sihat lain kali boleh pegi

    anak sulung akupun demam panas juga hujung minggu ni.. sebab tu aku tak ngadap blog

    Reply
    • akubiomed says

      6th April 2011 at 12:12 am

      Nasib baik si Abang Koning ini tidak meragam

      Reply
  28. benjy says

    3rd April 2011 at 11:29 pm

    Nama abang koning cam nama pendekar dulu-dulu pula , ehhh betul ke ? …emmm entah, … rasanyalah… Kesian pula nengok dia kan … kalau saya di tempat abang koning mesti keciwa sangat … (deman sekarang ni amat pelik dan berbagai nama … mungkin sekarang ni zaman mutasi deman …)

    Reply
    • akubiomed says

      6th April 2011 at 12:11 am

      Memang kecewa pantang kurang sikit suhu badan dibentak-bentak mahu pergi mengikuti rombongan

      Reply
  29. adele says

    3rd April 2011 at 6:00 pm

    alalala..cianlah kt abang koning..koning jd nya..xpelah, dgn kasih syg mama n babah smbuh cepatlah demam tu.. 🙂

    Reply
  30. tips-kurus says

    3rd April 2011 at 5:07 pm

    demam panas memang bahaya. pemanasan global sekarang ni banyak disumbangkan oleh lembu..

    Reply
  31. Mus says

    3rd April 2011 at 4:54 pm

    kadang-kadang rasa nak pindahkan demam tu kat kita yang dah besar jer..
    kesian tengok anak-anak kena demam

    Reply
    • akubiomed says

      5th April 2011 at 11:44 pm

      Memang mengharapkan segala kesakitan boleh dipindahkan kepada kita

      Reply
  32. Ladfe Amir says

    3rd April 2011 at 3:11 pm

    semoga anak bro kembali sihat seperti sedia kala. insyaAllah

    Reply
  33. maza says

    3rd April 2011 at 2:30 pm

    alahaiiii kesiannya…

    moga2 cepat sembuh gitew..huhuh

    Reply
    • Mus says

      3rd April 2011 at 4:56 pm

      ya!! semoga cepat sembuh dari Febrile

      Reply
  34. Nadri says

    3rd April 2011 at 2:28 pm

    kesian rasanya bila tengok anak2 kena demam panas..moga abang koning cepat sembuh…

    Reply
  35. anif says

    3rd April 2011 at 2:09 pm

    Semoga beliau cepat sembuh.

    Reply
  36. dnoBiz says

    3rd April 2011 at 1:51 pm

    aku memang cukup risaubila budak kecil yang kena penyakit,sebab mereka tak berapa pandai nak nyatakan sakit mereka..
    Harap Koning cepat sembuh..

    Reply
    • Ismail N says

      3rd April 2011 at 10:21 pm

      Betul tu dan deman panas ni bahaya buat budak2.. sbb kawal tak di kawal boleh sebab sawan. Semoga abang koning cepat sembuh. Take care..

      Reply
      • akubiomed says

        5th April 2011 at 11:40 pm

        Terima kasih. Sudah bawa pergi jumpa doktor

        Reply
  37. Zezebel says

    3rd April 2011 at 1:33 pm

    haha…demam panas rupanya.. ingatkan apa benda tadi..

    Reply
    • akubiomed says

      5th April 2011 at 11:39 pm

      Ha..haa..perkataan Febrile memng tidak pernah dengar sebelum ini 🙂

      Reply
  38. naimulfirdaus says

    3rd April 2011 at 1:24 pm

    Alahai kesiannya..
    semoga Allah menyembuhkan abang koning..

    Reply
    • akubiomed says

      5th April 2011 at 11:38 pm

      Alhamdulillah sudah ada nampak perubahan 🙂

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Kilang Beras Rakyat Sekinchan
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Mendaki ke air terjun sungai Chiling di Kuala Kubu Bharu

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2023 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in