• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / famili / Abang koning terkena serangan asma pada 7 Syawal

Abang koning terkena serangan asma pada 7 Syawal

25th July 2015 by akubiomed 19 Comments

Serangan asma paling teruk untuk abang Koning.

rawantan serangan asma dengan mengunakan aerochamber

Ketika masih lagi didalam mood Raya tidak disangka-sangka abang Koning terkena serangan asma yang agak teruk pada hari ke 7 Syawal.

Dada turun naik dan mencungap.

Nampak serangan asma yang berlaku di abang Koning boleh dikatakan agak teruk. Boleh nampak beliau mencungap untuk bernafas dengan dada turun naik seperti terperangkap didalam ruang kedap udara.

Abang koning menangis diruang tamu.

Lebih kurang selepas waktu Mahgrib, abang Koning bingkas bangun dari tidur dan ke ruang tamu. Beliau mula menangis dengan terbatuk-batuk tanpa henti dan nampak kesukaran untuk bernafas.

Bacaan SpO2 menurun ke 93%.

Tanpa berlengah lagi saya telah bawa abang Koning ke ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Sekali lagi abang Koning telah di beri nebulizer untuk melegakan serangan asma. Nampaknya tidak ada tanda-tanda positif serangan asma berkurangan dan doktor menasihatkan untuk rujuk ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut. Pada ketika meninggalkan klinik, bacaan SpO2 abang Koning adalah 93% lebih rendah dari normal sekitar 99%-100%.

Bawa abang Koning ke Jabatan Kecemasan dan Trauma di Hospital Sungai Buloh.

Pegawai kesihatan yang bertugas telah membawa abang Koning ke Jabatan Kecemasan dan Trauma selepas membaca surat rujukan dari klinik. Saya sempat memberitahu simptom-simptom dan maklumat lain yang yang difikir dapat membantu tindakan selanjutnya boleh diambil.

 Selama 6 jam dipantau.

Abang Koning telah diberi sekali Nebulizer dan diambil darah dan bacaan SpO2, suhu badan. Selama 6 jam kami berada didalam Jabatan Kecemasan dan Trauma telah dipantau perkembangan abang Koning. Lebih kurang jam 4 pagi barulah mendapat kebenaran untuk pulang dengan bersyarat. Saya perlu membeli AeroChamber alat untuk membantu mengunakan inhaler lebih baik dan berkesan. Bacaan SpO2 telah naik ke 98% sebelum kami pulang.

Pengunaan inhaler pada AeroChamber membantu penyerapan ubat lebih berkesan.

Pengunaan AeroChamber bersama inhaler lebih berkesan untuk kanak-kanak. Doktor telah menasihatkan saya untuk mendapatkan AeroChamber Plus Flow-Vu jenama Boehringer Ingelheim ini. Saya beli di Farmasi Alpha.com pada harga RM105.

Semasa membeli AeroChamber pastikan sesuai untuk mengikut umur

Ada wisel indikator sedutan pernafasan terlalu kuat perlu lebih relak

Indikator injap untuk menujukkan tiada kebecoran dan cara pengunaan adalah betul

Cara memasang inhaler pada AeroChamber Plus Flow-Vu

Video panduan mengunakan AeroChamber Plus Flow-Vu dengan betul

https://www.youtube.com/watch?v=iQeT1EwVnSk

AkuBiomed: Kesempatan ini saya ini mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada doktor Chia Si, Doktor Cheah Hooi dan kakitangan Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Sungai Buloh yang memberikan rawatan dan khidmat nasihat.

  • Pengalaman anak jatuh sakit
  • Sambutan hari lahir abang Koning dan Pokde
  • Selamat Hari Lahir Abang Koning

Filed Under: famili Tagged With: asama, cara mengatasi serangan asma mendadak, cara mengatasi serangan asma pada anak, gejala penyakit asma, pencegahan penyakit asma, penyebab penyakit asma, rawatan asma, rawatan penyakit asma, serangan asma, serangan asma akut, serangan asma pada anak, simptom asma, ubat asma, ubat penyakit asma

Reader Interactions

Comments

  1. Noriza Rahman says

    6th August 2015 at 7:48 am

    Penyakit asma ni memang boleh menyerang tiba-tiba sahaja. Semoga mendapat kesembuhan untuk abang koning

    Reply
  2. Aniey Yusoff says

    31st July 2015 at 12:03 am

    sama pulak dengan anak buah umur 6 tahun malam raya warded di HKL sebab asma. Sblm tu dh 4 kali ulang alik klinik amik neb tp xde pengurangan. Syarat nak keluar hosp kena beli aerochamber ni la..

    Apapun semoga abang koning cepat sihat…

    Reply
  3. Ani Haryani says

    30th July 2015 at 10:05 pm

    Abang Koning cepat sembuh!! Jaga kesihatan 😀

    Reply
  4. Mus says

    30th July 2015 at 9:55 am

    kejadian macam ni kena ambik serius..
    kalau saya memang bawa terus ke hospital..

    Reply
  5. yaya natsumi says

    26th July 2015 at 10:43 pm

    Jaga kesihatan tau abang koning!

    Reply
  6. Aju says

    26th July 2015 at 1:54 pm

    Salam…Asma tak boleh ambil ringan kerana ianya mengecilkan dan menutup saluran pernafasan kita. Aju ada penghidap tegar asma. kerana saya merupakan baby yang dilahirkan tidak cukup bulan. dari kecil sehingga 2 tahun yang lepas, rumah kedua saya ialah hospital. kalu masuk saja mesti tinggal dalam ICU untuk 2-3 hari. memang kena cucuk sana sini.. tapi alhamdullilah sejak 2 tahun lepas, saya mula mengambil omega, vitamin C and esp. serangan asma saya semakin berkurangan dan tidak lagi ulang alik ke hospital. Sekkarang nie saya ambil vivix pula. Alhamdullilah, minum air ais pun dah tak kena serangan. ameen.. Sakit datang dari Allah dan baik pun datang dari Allah…Kita cuma berusaha untuk merawat secara alternatif.

    Reply
    • akubiomed says

      26th July 2015 at 4:36 pm

      Anak saya bukan jenis Asma akut. Sekali-sekala berlaku jika terdedah punca yang menyebabkan alergik. Kalau dalam kedaan biasa tiada masalah ambil ais dan makan ais krim.

      Reply
  7. musadun says

    26th July 2015 at 11:30 am

    semoga abng koning sembuh dari asma. Selalunya makin meningkat dewasa, asma ni akan hilang dengan sendiri.

    Reply
    • akubiomed says

      26th July 2015 at 4:37 pm

      Ya, umur semakin meningkat asma akan berkurangan.

      Reply
  8. Miera Nadhirah says

    26th July 2015 at 6:04 am

    Lo…. kesian nyer…. Hope he feels better already… =(
    thumbs up Papa.. good job being a good dad and helping out…

    Reply
    • akubiomed says

      26th July 2015 at 4:37 pm

      Thank you. His getting better now after close monitor at home. 🙂

      Reply
  9. MamaBard says

    25th July 2015 at 9:43 pm

    kesian abang koning..lepas ini kalau ke mana-mana perlu sentiasa bawa inhaler dan aerochamber tu..

    Reply
    • akubiomed says

      26th July 2015 at 4:38 pm

      Boleh bawa untuk standby jika berlaku serangan.

      Reply
  10. titan says

    25th July 2015 at 8:29 pm

    masa kecik dulu, memang asma ni selalu kena.

    alhamdulilah, naik darjah 1..dah ok dahh..

    Reply
    • akubiomed says

      25th July 2015 at 8:40 pm

      Sudah lama tidak kena serangan asma tetapi mungkin ada terdedah kepada alergik yang membawa serangan asma.

      Reply
  11. Hairul Hissam says

    25th July 2015 at 6:23 pm

    saya masa kecik pun selalu kena.. kalau makan pulut atau kopi.. esoknya confirm kena dada turun naik dan cungkap. Syukur alhamdulillah, bila dah besar tak de lagi dan boleh makan pulut dan kopi sepuasnya..

    Reply
    • akubiomed says

      25th July 2015 at 8:41 pm

      Masa kecil dahulu kerap kena serangan asma dan semakin berkurangan apabila meningkat umur. Cuma pada hari Khamis lalu paling teruk sepanjang terkena asma.

      Reply
  12. sue says

    25th July 2015 at 1:08 pm

    semoga abang koning cpt sembuh..memang serangan asma ni sangat menyeksakan..Kene tahu apa yg anak alah..

    Reply
    • akubiomed says

      25th July 2015 at 8:44 pm

      Saya masih mencari punca alahan kerana sebelum ini berhati-hati punca aslah. Saya jangka beliau terkena asma selepas menghadiri jalan Raya ke rumah kawan-kawan beliau baru-baru ini.

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2026 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in