• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Abang Ensem di Mata Aku

Abang Ensem di Mata Aku

12th June 2012 by akubiomed 72 Comments

Abang Ensem di Mata AkuBiomed.

Pandangan saya mengenai Abang Ensem di Mata AkuBiomed. Saya hendak dikatakan rapat dengan beliau tidaklah sangat tetapi saya memberanikan diri mencuba menyertai contest yang dianjurkan.

Pertama kali jumpa beliau ketika menghadiri majlis sepetang bersama blogger DenaiHati. Kalau tidak salah saya, beliau bersama bro Eyriqazz yang ketika itu baru lagi menyambut anak ke 2. Tidak sangka beliau seorang peramah mudah bergaul walaupun buat pertama kali.

Satu lagi kejutan adalah apabila bro Zarul Umbrella menjemput beliau dan kak Siti untuk melakon salah satu babak filem Ombak Rindu. Sekali lagi beliau merelakan diri dan sporting melakonkan watak yang yang dimainkan Aaron Aziz versi bermisai. Apa yang saya dapat rasa beliau mempunyai sekutu rapatkan dengan bro Eyriqazz, bro Jejai, bro Zarul Umbrella dan Madam Mondoq hingga dikenali sebagai geng tali barut dan juga merangkap tuan presiden Seniman kelab Fatin Liyana.

Kemudian ketika saya menyertai contest blog Papan Kekunci Give Away dengan beraninya belaiu menyingkap kisah dalam kain awal beliau bermula terjebak dengan blog adalah hasil dorongan sahabat lama beliau yang juga seorang blogger menyarankan supaya menulis ebook mengenai  pelaburan hartanah kerana kurangnya orang Melayu yang menyertai bidang ini. Dengan perkongsian ilmu oleh beliau didalam bahasa perantara Melayu maka terhasil beberapa siri ebook mengenai pelaburan hartanah.

kredit: Abang Ensem

Secara jujur saya belum betul-betul kenal Abang Ensem dan memerlukan masa untuk menyelongkar kisah silam beliau bermula pada tahun 2009. Agak-agak berapa purnama saya perlu bertapa diblog beliau untuk menjejaki sirah-sirah lama dan ada yang telah berjaya diterbitkan didalam bentuk ebook. Saya berharap suatu hari dapat tempias orang-orang berjaya dan setakat ini saya hanya ada sebuah rumah untuk keluarga saya berteduh dari hujan dan panas. Ada juga niat di hati untuk memiliki beberapa rumah sewa sebagai persediaan dan jaminan di hari tua.

Apa yang boleh saya katakan kepada Abang Ensem supaya teruskan usaha murni untuk melahirkan ramai orang Melayu yang berjaya didalam pelaburan hartanah di masa hadapan. Saya percaya niat murni beliau akan dipermudahkan oleh Nya.

Syarat-syarat penyertaan:

  1. 30% berdasarkan undian Facebook like.
  2. 70% berdasarkan diadili melalui tulisan.

Sesuai untuk kepada mereka yang pertama kali hendak membeli rumah impian tetapi tidak tahu bagaimana proses pinjaman biayaan sewa beli dengan bank. Disebabkan kekurangan ilmu maka permohonan pinjaman tidak diluluskan oleh bank peminjam. Tips mudah lulus pinjaman dikongsikan supaya proses kelulusan pinjaman cepat dan mudah tanpa perlu berulang kali membuang masa dengan membuat permohonan berulang kali.


Sila tekan butang kongsi:

  • Ray Ban Wayfarer cermin mata tidak lapuk dek zaman
  • #SaveJejai mengharap adanya sinar
  • Berjumpa blogger otai di majlis Sepetang Bersama Blogger oleh DenaiHati

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. cik tom says

    27th June 2012 at 10:02 pm

    good luck!ada chnces utk menang..

    Reply
  2. dnoBiz says

    19th June 2012 at 2:15 am

    Good Luck Bro..

    Reply
  3. Norasikin says

    14th June 2012 at 1:32 pm

    tgh fikir, adakah AB lebih ensem dari abg ensem…

    Reply
    • KiD says

      15th June 2012 at 1:25 am

      kira skarang AB vs AE.. hehehee

      Reply
  4. Myra Jay says

    14th June 2012 at 12:57 pm

    Samala kita baru kenal AE masa majlis sepetang tu..

    Apapun Good Luck Bro 🙂

    Reply
    • KiD says

      15th June 2012 at 1:25 am

      saya masih menunggu sepetang 2.0 hehehehe

      Reply
  5. Zarul Umbrella says

    14th June 2012 at 11:54 am

    all the best bro..

    Reply
    • KiD says

      15th June 2012 at 1:26 am

      this is best bro…

      Reply
  6. Ummi Hanie says

    14th June 2012 at 10:02 am

    bagus… stay low profile…

    alhmdllh sy juga mmpunyai ayah yg pandai bermain dgn properties ni. bezanya abah sy tak tulis ebook… dan rumah kami skrg ni byr bulan2 kat beliau shj.. tak terlibat dgn bank… lg setahun stgh akan habis ansuran bulanan insyaAllah, dan mencari2 aset lain pula…. 😉

    gudluck utk contest ni ye 😉

    Reply
    • akubiomed says

      14th June 2012 at 11:57 pm

      Wah baguslah macam tuh. Boleh mencari aset yang baru.

      Reply
    • KiD says

      15th June 2012 at 1:26 am

      AE ni memang low profile sikit.. ikhlas hatinya

      Reply
  7. Izzuddin Fauzi says

    14th June 2012 at 8:11 am

    Goodluck brooo~

    Reply
    • KiD says

      15th June 2012 at 1:27 am

      luck to AB.. 🙂

      Reply
  8. akubiomed says

    14th June 2012 at 7:26 am

    Mana booeh lawan ke-henseman AE. 🙂

    Reply
    • KiD says

      15th June 2012 at 1:28 am

      kena buat contest. : siapa lebih ensem? AE atau AB? hehehehe

      Reply
  9. Dulu Lain Sekarang Lain says

    13th June 2012 at 10:30 pm

    woik.. mmg ensem la abang tu… ABM pon apa kurengnya… 😀

    Reply
    • suri says

      14th June 2012 at 12:13 pm

      ha ada ker yg akan naik kening pas ni

      Reply
  10. cik tom says

    13th June 2012 at 9:13 pm

    good luck bro biomed!!
    mmg ensem abg ensem bermisai ni..
    pndi betul dia buat pelaburan hartanah..

    Reply
    • KiD says

      15th June 2012 at 1:29 am

      14 buah rumah daahhh.. hebat

      Reply
  11. donnyien says

    13th June 2012 at 5:14 pm

    good luck bro..

    Reply
    • akubiomed says

      14th June 2012 at 7:27 am

      Terima kasih bro Donny:-)

      Reply
  12. sha says

    13th June 2012 at 2:28 pm

    good luck… sha dah hantar penyertaan juga 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      14th June 2012 at 7:27 am

      Selamat berjaya kepada Sha juga. 🙂

      Reply
      • KiD says

        15th June 2012 at 1:30 am

        aku belum antar lagi.. camner? hehehehe

        Reply
  13. papa mifz says

    13th June 2012 at 2:25 pm

    semoga berjaya bro…:)

    Reply
  14. chii says

    13th June 2012 at 1:35 pm

    tak ramai anak muda terdedah pasal hartanah
    tp apa pun..all the best

    Reply
    • suri says

      14th June 2012 at 12:17 pm

      sllu org cina jer heee

      Reply
    • KiD says

      15th June 2012 at 1:30 am

      jom gi seminar hartanah lagi..

      Reply
  15. onlajer says

    13th June 2012 at 1:26 pm

    tentang buat rumah sewa aku tak berapa suka,penyewa yg sedia ada suka bayar tak mengikut masa, Bro AB beli tanah pertanian je

    Reply
    • akubiomed says

      14th June 2012 at 7:28 am

      Tidak dinafikan ada penyewa yang culas.

      Reply
      • KiD says

        15th June 2012 at 1:31 am

        culas kalu.. kasi kaur barang2.. hehehehe

        Reply
  16. onlajer says

    13th June 2012 at 1:25 pm

    yang ini memang sure aku fail kalau masuk pertandingan abang ensem,betul juga kata AB bertapa berberapa purnama baru boleh nak berkata-kata

    Reply
    • akubiomed says

      14th June 2012 at 7:30 am

      He..he..ambil masa hendak katam baca di blog AE. Paling cepat beli ebook beliau.

      Reply
      • KiD says

        15th June 2012 at 1:32 am

        aku pun banyak purnama dah nih.. heheheee

        Reply
  17. suri says

    13th June 2012 at 12:15 pm

    apa pun yg bezanaya abg ensem sama ab mmg dua2 libas rambaut cara yg berbeza heeeee

    good luck bro

    Reply
    • KiD says

      15th June 2012 at 1:38 am

      kena tambah misai je.. hehehee

      Reply
  18. auc dot com says

    13th June 2012 at 12:00 pm

    Moga berjaya boh 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      14th June 2012 at 7:31 am

      Terima kasih AUC.:-)

      Reply
  19. hafidz says

    13th June 2012 at 11:15 am

    moga bertambah hensem dan bergaya ya! 8)

    Reply
    • suri says

      13th June 2012 at 12:12 pm

      nama pun ensem org ensem..heee

      Reply
  20. maza says

    13th June 2012 at 10:02 am

    nasib abg ensem…

    kalau abg encem selain akuboimed tontulah digondoli oleh maza….

    hahahaha

    Reply
  21. iza says

    13th June 2012 at 9:02 am

    Assalam…
    Moga berjaya..

    Reply
    • suri says

      13th June 2012 at 12:12 pm

      yah..semoga ab berjaya tak kenal tpi cuba dok selongkar oklah tu heee

      Reply
  22. azman says

    13th June 2012 at 8:59 am

    Semoga dia sentiasa ensem selalu 🙂

    Reply
    • KiD says

      15th June 2012 at 1:39 am

      AB yang ensem.. hehehee

      Reply
  23. Bro Zulkbo says

    13th June 2012 at 1:39 am

    salam..
    kalau dah nama Abang Hensem tak hensem
    tak jadi la juga kan..?ermm..hensem belaka
    yang dalam gambar di atas..huhu

    Reply
    • akubiomed says

      13th June 2012 at 2:10 am

      Yang mana satu hensem tuh bro Zulbo? Bro Zulkbo apa kurangnya hensem juga. 🙂

      Reply
      • suri says

        13th June 2012 at 12:13 pm

        haa ensen kacak sama level jer kan..? klu tka seteru gitu kecik hti plk heee

        Reply
  24. eyriqazz says

    13th June 2012 at 12:34 am

    AE ni la yang mengajar eden to be a better blogger dan merebut lebih banyak peluang di luar sana….

    Reply
    • akubiomed says

      13th June 2012 at 12:47 am

      Saya masih tercari-cari hala tuju blog pada 2012. Saya rasa lebih mencabar untuk kemudi blog sekarang ini dan kekalkan mementom.

      Reply
    • KiD says

      15th June 2012 at 1:41 am

      dan AE juga mengajar cara tackle awek.. hehehhe

      Reply
  25. titan says

    12th June 2012 at 11:42 pm

    bertambah ensemlah abang kita nih wehh..haha..

    Reply
    • akubiomed says

      13th June 2012 at 1:35 am

      Abang yang mana satu nih bro?

      Reply
      • suri says

        14th June 2012 at 12:17 pm

        abg cik surilah heeeee

        Reply
  26. pipoq says

    12th June 2012 at 11:38 pm

    semoga berjaya..dah boleh jadi idola AE sekarang ni..hehehe

    Reply
    • akubiomed says

      13th June 2012 at 1:37 am

      Kalau ada pemilikkan hartanah pada usia muda menarik juga nih.

      Reply
      • suri says

        14th June 2012 at 12:18 pm

        tak juga bro klu rajin turun padang bid blh jer bli kena pula ada wang kt tangan.klu kita nk jadi ejen tgh pun blh heee

        Reply
  27. mrazydy says

    12th June 2012 at 11:18 pm

    pergh..join jugak..

    Reply
    • akubiomed says

      12th June 2012 at 11:29 pm

      Memang hendak sertai Contest Abang Ensem tetapi asyik tertangguh sahaja entri. 🙂

      Reply
  28. Shahrul says

    12th June 2012 at 10:56 pm

    selamat berjaya dalam contest ni 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      12th June 2012 at 11:35 pm

      Terima kasih bro. Peserta pun hebat-hebat belaka.:-)

      Reply
      • suri says

        13th June 2012 at 12:13 pm

        banyak juga sudah sahut cabaran ini mmg meletop tag ini

        Reply
  29. Jebeng Otai™ says

    12th June 2012 at 10:51 pm

    aaron aziz versi misai?..hehe

    Reply
    • akubiomed says

      12th June 2012 at 11:36 pm

      Siapa kata tidak ada Aaron Aziz versi misai. Ia telah dibuktikan. 🙂

      Reply
    • suri says

      13th June 2012 at 12:15 pm

      jangan main2 org kita bjerya buat hartanah bagai heee cayalah.

      Reply
      • KiD says

        15th June 2012 at 1:42 am

        cayalah.. dan AE pun baru dapat baby boy

        Reply
  30. sweetkurma says

    12th June 2012 at 10:42 pm

    wahhh sorang lagi memeriahkan ke enseman abangensem…

    Reply
    • akubiomed says

      12th June 2012 at 11:38 pm

      Tidak pasti sejauh mana entri ini mampu pergi. 🙂

      Reply
      • suri says

        13th June 2012 at 12:14 pm

        tak per bro jangan mudha putus asa asal entri dah siap publish kita doakan ada rzki tak akan kemana

        Reply
  31. abangensem says

    12th June 2012 at 10:26 pm

    TQ Bang sebab join.. hehe

    Reply
    • akubiomed says

      13th June 2012 at 1:38 am

      Terima kasih bro kerana menerima penyertaan saya.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Bila orang rumah dapat Dapur Gas Infra Merah baharu
  • Bil Air Syabas Hanya Terima Pembayaran Dari JomPay

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in