• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Bidai Dari Pokok Janggut

Bidai Dari Pokok Janggut

31st August 2021 by akubiomed 5 Comments

Bidai Organik dari pokok Janggut.

Siapa sangka pokok Janggut boleh dihias untuk dijadikan bidai pelindung dan penyejuk didepan rumah. Biasanya pokok Janggut ini digantung mengunakan gelung sangkar tetapi kali ini saya ubat sikit tempat penyangkut pokok Janggut.

bidai dari pokok janggut
pokok janggut

Memandangkan saya mempunyai lebihan pokok Janggut. Pokok Janggut dipisah-pisahkan untuk memudahkan kerja menyangkut pokok Janggut pada tempat baru.

gantung pokok janggut pada jaring

Saya beli jaring plastik dari kedai Hardware dan lekatkan kepada batang kayu. Kemudian helain pokok Janggut disangkut sepanjang jaring plastik. Satu proses kerja yang rumit dan perlu kesabaran tinggi memandangkan kita nak sangkut pada lubang dari pangkal hingga ke hulu batang kayu.

pemandangan dalam bidai pokok janggut

Ini lah hasil bidai dari pokok Janggut dari pandangan dari dalam. Suasana dari dalam agak redup dan masih tidak terhalang pemandangan dari dalam.

pemandangan luar bidai pokok janggut

Pemandangan bidai pokok Janggut dari pemandangan dari luar. Orang yang lalu lalang didepan rumah tak berapa nampak. Saya boleh buka tingkap rumah seluas-luasnya untuk mengalakkan angin luar masuk ke dalam rumah dan dapat membaiki pengudaran didalam rumah.

bidai dari pokok janggut yang menyejukkan.

Inilah hasil bidai dari pokok Janggut yang digantung yang kelihatan cantik. Penjagaan pokok Janggut ini mudah. Siram air waktu pagi dan petang. Sebulan sekali bolehlah sembur air baja dengan kuantiti kepekatan yang amat sedikit. Selamat mencuba membuat bidai dari pokok Janggut.

Filed Under: blog, tanaman Tagged With: bidai, bidai pokok janggut, pokok janggut

Reader Interactions

Comments

  1. Boss@kerjasendirijb says

    2nd December 2021 at 4:43 pm

    Dah macam langsir tapi ini bukan sebarang langsir. Nampak cantik, natural dan unik.

    Reply
    • akubiomed says

      14th December 2021 at 10:55 am

      Rumah terlindung dari dari luar dan langsir natural. 🙂

      Reply
  2. Zurainny Ismail says

    4th September 2021 at 10:56 am

    Waa…meriahnya! Meredupkan dan menyejukkan kawasan sekeliling. Rajin betul tuan Azrinros membesarkan anak2 pokok.

    Reply
    • akubiomed says

      4th September 2021 at 9:58 pm

      Dah jadi hobi dan melekakan aktiviti bercucuk tanam nih. 🙂

      Reply
  3. galut says

    2nd September 2021 at 7:53 pm

    Aku pernah pelihara ni bidai pokok janggut tapi tidak menjadi..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG â–²KUBIOMED

Isi alamat email:

â–²KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL