• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / dunia hiburan / Bawa anak menonton Rogue One: A Star Wars Story

Bawa anak menonton Rogue One: A Star Wars Story

15th January 2017 by akubiomed 19 Comments

Rogue One: A Star Wars Story

Rogue One: A Star Wars Story

Seminggu sebelum buka sekolah 2017 saya bawa anak-anak menonton Rogue One: A Star Wars Story. Sebagai die hard fan Star Wars saya tidak mahu lepas peluang untuk menonton Rogue One.

Guna alasan bawa anak-anak menonton wayang kerana yang sebenarnya babahnya yang hendak menonton Rouge One di pawagam. Pembelian tiket secara diatas talian Tanjung Golden Village(TGV) senang dan tiket boleh print sendiri.

Ringkasan Rogue One: A Star Wars Story.

Ia berkisarkan Galen Erso seorang saintis Galen Erso tinggal di sebuah ladang dengan isterinya dan anak perempuan muda Jyn. Keamanan kehidupan mereka mula tergugat apabila Orson Krennic telah mengambil Galen dari keluarga yang dicintainya.

Beberapa tahun kemudian, Galen menjadi ketua saintis Empire membina senjata yang paling berkuasa di galaksi yang dipanggil Death Star. Walaupun Galen dikatakan pengkhianat bersekongkol dengan Empire tetapi beliau mempunyai pelan untuk memusnahkan Death Star bagi menuntut bela kematian isteri dan terpaksa meninggalkan Jyn.

Mengetahui bahawa bapa itu memegang kunci untuk musnahkan Death Star, Jyn berdendam menyertai pasukan Rebel Alliance untuk mencuri pelan stesen angkasa Death Star.

Sebelum menonton Rogue One saya mula mengharapkan jawapan kepada Star Wars: The Force Awakens untuk watak Rey tetapi jangkaan tersebut meleset sekali. Rogue One adalah cerita sisi kepada Star Wars memberikan jawapan kepada Star Wars: Episode IV – A New Hope. Pada permulaan A New Hope akan ada satu babak Princess Leia menghantar maklumat sulit melalui R2-D2 adalah peta plan untuk memusnahkan Death Star milik Empire.

Kemunculan Lord Vader sebelum menajadi Darth Vader dan babak terakhir Princess Leia membuat kita ingin menonton semula Star Wars: Episode IV – A New Hope. Apa yang menarik adalah kehadiran Donnie Yen terkenal sebagai IP Man turut membintangi Rogue One sebagai Chirrut Îmwe sami buta yang mempunyai kemahiran seni bina diri mempercayai kuasa Force memberikan variasi menarik penonton Asia untuk menonton.

Sentuhan CGI untuk watak Tarkin yang dilakonkan Peter Cushing didalam Star Wars: Episode IV – A New Hope telah meninggal dunia pada tahun 1994 kerana kanser Prostate.

Secara keseluruhannya saya sangat berpuas hati menonton Rogue One: A Star Wars Story walaupun tertanya-tanya kemuculan pahlawan Jedi. Ternyata sehinggalah ke akhir babak tiada watak Jedi muncul tetapi tidak mencacatkan jalan cerita kerana ia seolah-olah memberi penghargaan kepada pejuang-pejuang bukan dikalangan Jedi dan Rebel Alliance telah diangkat menjadi hero bertepatan dengan kesinambungan Star Wars: Episode IV – A New Hope, harapan baru untuk memusnahkan senjata paling berkuasa yang pernah dibina oleh Empire iaitu Death Star.

 

  • Star Wars Force Awakens ada misteri belum terjawab
  • Sambutan terbesar LEGO Star Wars Day di LEGOLAND Malaysia Resort pada bulan May ini
  • Pertama kali menonton filem The Avengers 3D di Cathay Cineplexes e@curve

Filed Under: dunia hiburan Tagged With: Rogue One, Rogue One Star Wars, Star Wars Rogue One, Star Wars Saga, Star Wars Story

Reader Interactions

Comments

  1. dukenaim says

    4th February 2017 at 8:09 am

    Citer Star Wars ni dulu masa kecik pernah tengok, tapi habuk pun tak faham.

    Tapi bulan december haritu, saya dah marathon semua siri movie ni. Mula2 konon tengok episode, 1 tapi macam tak faham sangat. Back semula pada susunan keluaran movie ni, mula tengok episode 4,5 dan 6. Kemudian 1, 2 dan 3 kemudian barulah Force Awareken. Ada orang ckp kena tengok episode 1 dulu baru faham. Tapi sebab nak biasakan dengan istilah pelik macam ‘force’ tu kena tengok movie keluar pertama producer.

    Episode baru ni, belum ada kesempatan lagi nak tengok.
    Sebenarnya saya tak minat sangat Star Wars since adegan fight dia cam hampeh. Tapi nampak macam minat je kan sebab semua siri tengok haha.

    Reply
  2. suhaida suaid says

    4th February 2017 at 4:16 am

    Saya dan suami baru je start tengok Star Wars tahun lepas. Kitorang tengok dari Episode One. Terus kitorang cakap, patut la ramai orang suka tengok Star Wars. Memang best!

    Reply
  3. Sabree Hussin says

    25th January 2017 at 2:07 pm

    Cerita star wars ni… saya tak tau nak mula tengok dari mana 🙁

    Reply
    • akubiomed says

      26th January 2017 at 11:29 pm

      Kena menonton dari Episode One baru boleh faham .:)

      Reply
  4. Mus says

    21st January 2017 at 11:35 pm

    Anak-anak semua semakin membesar…

    Reply
    • akubiomed says

      26th January 2017 at 11:31 pm

      Tak lama lagi jadi orang bujang.

      Reply
  5. nikkhazami says

    20th January 2017 at 12:43 pm

    kalau minat star wars rpugue one ni wajib tonton

    Reply
    • akubiomed says

      26th January 2017 at 11:30 pm

      Die hard fan akan ternanti-nanti kemuculan filem Star Wars yang baharu.

      Reply
  6. zikri husaini says

    18th January 2017 at 11:46 pm

    belum dapat jawapan dalam episod ini… sangat pelik…

    Reply
    • akubiomed says

      19th January 2017 at 9:44 pm

      Rogue One: A Star Wars Story tiada kena mengena dengan watak-watak penting dalam Star Wars Antologi. Perlu tunggu Star Wars akan datang mula merungkai persoalan terbuku.

      Reply
  7. Nurol Huda says

    18th January 2017 at 6:40 pm

    Tertanya-tanya juga adakah Rogue One kesinambungan kepada The Force Awakens. Juga nak tahu siapakah sebenarnya Rey adakah anak Luke Skywalker atau Obi Wan. Rupanya tiada juga jawapannya dalam Rogue One. Apapun seperti kata tuan, pahlawan lain juga harus diraikan sebagai mana dalam filem ini.

    Reply
  8. Norasikin says

    17th January 2017 at 5:30 pm

    Aduyai. Rasa mcm nak tengok sangat. Tak sabo dah ni. Nak kena curik masa ni

    Reply
    • akubiomed says

      19th January 2017 at 10:33 pm

      Wajib menonton full series Star Wars antologi.

      Reply
  9. ajumohit says

    17th January 2017 at 7:19 am

    anak-anak memang sukakan cerita macam ni, dah besar2 anaknya

    Reply
    • akubiomed says

      19th January 2017 at 10:35 pm

      Rogue One: A Star Wars Story tidak ada kena mengena dengan watak-watak utama Star Wars antologi sebelum ini.

      Reply
  10. raihanah says

    16th January 2017 at 9:19 am

    baru tahu ada lagi siri star wars

    Reply
    • akubiomed says

      19th January 2017 at 10:40 pm

      Panjang lagi perjalan siri Star Wars ini sudah tentu saya ingin menonton complete series. 🙂

      Reply
  11. mancaimancai says

    16th January 2017 at 1:45 am

    tak tengok lagi yang baru ni.. best ker?

    Reply
    • akubiomed says

      19th January 2017 at 10:42 pm

      Kena tengok sendiri sebab citarasa setiap orang tak sama. 🙂

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2026 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in