• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / advertorial / Jom sertai LEGO NEXO KNIGHTS Academy di MidValley

Jom sertai LEGO NEXO KNIGHTS Academy di MidValley

15th March 2016 by akubiomed 12 Comments

bawa anak-anak ke NEXO academy di Midvalley

Pada hari Sabtu yang lepas pihak LEGO Malaysia buat pertama kalinya telah melancarkan produk terbaharu mereka iaitu LEGO NEXO Knight di Central Court Midvalley. Saya telah bawa empat hero saya untuk yang kebetulan penggal cuti sekolah sudah pun bermula.

Malaysia telah terpilih sebagai negara pertama di Asia Tenggara menjadi hos NEXO KNIGHTS academy. Saya sebagai peminat tegar mainan LEGO dari sejak kecil dan tidak terkecuali anak-anak juga mengambil peluang untuk melihat LEGO NEXO KNIGHTS dari dekat dan merasai pengalaman di NEXO KNIGHTS academy.

NEXO academy di central court Midvalley

NEXO academy di MidValley

LEGO NEXO KNIGHTS Academy di Central Court Midvalley

Bergambar dengan Clay Moorington

Bergambar dengan Clay Moorington ketua Knights of Knighton

Clay Moorington

Masuk pintu utama NEXO NIGHTS academy akan disambut oleh patung bersuara Clay

Set LEGO NEXO KNIGHTS

Abang long sudah rambang mata nak pilih LEGO NEXO KNIGHTS

Axl Knights of Knighton

Axl Knights of Knighton

Set LEGO Clay Moorington dan Jestro

Set LEGO Clay Moorington dan Jestro

dari kiri Macy Halbert, Aaron Fox, Clay Moorington, Axl dan Lance Richmond

dari kiri Macy Halbert, Aaron Fox, Clay Moorington, Axl dan Lance Richmond

Ringkasan mengenai LEGO NEXO KNIGHTS.

LEGO NEXO KNIGHTS berkisar 5 watak kesaria iaitu Clay Moorington(merupakan ketua kumpulan NEXO KNIGHTS terdiri 5 orang), Lance Richmond, Aaron Fox, Macy Halbert dan Axl(seorang puteri raja) dari kerajaan Knightons menentang kejahatan yang diketuai oleh Jestro, Book of Monster dan Lava Monster Army. 5 wira kesatria ini berlatih di bawah Merlok 2.0 merupakan mentor akademik kesatria dan Great Digital Wizard bergabung tenaga menetang kejahatan.

Aslah bergambar bersama Lance Richmond

Aslah bergambar bersama Lance Richmond

Set LEGO NEXO KNIGHTS

Set LEGO NEXO KNIGHTS

Set LEGO NEXO KNIGHTS

Set LEGO NEXO KNIGHTS

bunting NEXO KNIGHTS Academy

Majlis pelancaran LEGO NEXO NIGHTS academy di Central Court Midvalley

majlis pelancaran NEXO KNIGHTS academy

Encik Dick Yoong Country Manager, LEGO Malaysia

Encik Dick Yoong Country Manager, LEGO Malaysia

Kevin Hagino Senior Regional Brand Manager, LEGO

Penerangan produk NEXO KNIGHTS oleh Kevin Hagino, Senior Regional Manager Brand Manager, LEGO

siri animasi NEXO KNIGHTS

Permainan video Merlok 2.0 apps

Demo permainan video Merlok 2.0 apps

Video imbas power ups shield

Video imbas power ups shield

Video imbas power ups shield

Kevin Hagino, Maskot NEXO KNIGHTS Clay, Dick Yoong, Carol Chuo

Dari kiri Kevin Hagino, Maskot NEXO KNIGHTS Clay, Dick Yoong, Carol Chuo, Country Manager, toy “R” Us Malaysia

bergambar bersama anak-anak

Banyak aktiviti menarik boleh disertai  ketika berada NEXO KNIGHTS academy.

Beberapa aktiviti interaktif yang bakal menarik anak-anak untuk bermain dan merasai pengalaman ketika berada NEXO KNIGHTS academy diantaranya

  1. Bermain permainan video Merlok 2.0 Apps.

abang long bermain Merlok 2.0 apps

abang ngah bermain Merlok 2.0 apps

Aslah bermain Merlok 2.0 apps

Aslah dapat kad power ups shield

Aslah dapat kad imbasan power ups shield yang boleh digunakan ketika bermain NEXO KNIGHTS di Merlok 2.0 apps nanti.

2. Merasai pengalaman virtual reality NEXO KNIGHTS.

pengalaman virtual reality NEXO KNIGHTS

bunting NEXO KNIGHTS

3. Bermain permainan interaktif NEXO KNIGHTS.

permainan interaktif NEXO KNIGHTS

dapat kad imbasan NEXO KNIGHTS power ups shield

4. Menonton siri animasi TV LEGO NEXO KNIGHTS di skrin besar yang disediakan.

Set bina NEXO KNIGHTS

Bermain LEGO NEXO Knight Merlok 2.0 apps di telefon pintar dan tablet.

Apa yang unik mengenai LEGO NEXO Knight ini adalah cara permainan Merlok 2.0 apps berinteraksi dengan anak-anak dengan ‘unlock’ sebanyak 170 power ups boleh diperolehi dari set bina LEGO, iklan cetak, komik dan siri TV animasi dengan semudah imbas power ups shield dengan mengunakan kamera pada telefon pintar atau tablet untuk digunakan membantu menentang Jester.

imbas kad NEXO KNIGHTS power ups shield

Salah satu cara nak ‘unlock’ adalah dengan imbas kad power ups shield.

Panduan mengunakan power ups shield LEGO NEXO KNIGHTS di Merlok 2.0 apps

Merlok 2.0 Apps ini boleh dimuat turun secara percuma di Smartphone, Tablet dan Ipad melalui Google Play dan Apps Store.

merlok 2.0 apps

Daftar akademik NEXO di laman rasmi:

abang ngah ada 5 watak NEXO KNIGHTS kad hologram edisi terhad.

Abang ngah ada 5 watak NEXO KNIGHTS kad hologram edisi terhad.

abang koning membaca buku arahan pemasangan NEXO KNIGHTS

abang ndah beri tumpuan memasang NEXO KNIGHTS

Bersungguh masing-masing memasang NEXO KNIGHT set

Aaron Fox Knights of Knighton

Yeah anak-anak sudah pandai pasang set bina LEGO Aaron Fox Knights of Knighton

lance nexo knights

Lance NEXO KNIGHTS

sparkks

Sparkks

Jom bawa bawa anak-anak ke Midvalley untuk merasai sendiri pengalaman dengan menyertai NEXO KNIGHTS academy sebelum 20 Mac 2016. Lagi pun cuti sekolah sudah pun bermula tentu anak-anak teruja hendak berjumpa Clay dan rakan-rakan LEGO NEXO KNIGHTS.

Istimewa untuk rakan-rakan blogger boleh yang mempunyai akaun Instagram boleh tunjukkan Instagram gambar(dibawah) abang Ngah sedang memegang 5 watak kad hologram NEXO Knights edisi terhad ini kepada staf LEGO NEXO KNIGHTS di Midvalley untuk dapat hadiah PERCUMA terhad 500 yang terawal.

A photo posted by AkuBiomed (@akulens) on Mar 11, 2016 at 8:14pm PST

Filed Under: advertorial Tagged With: clay, lego, lego nexo knights, merlok 2.0, nexo knights, nexo knights academy

Reader Interactions

Comments

  1. Noriza Rahman says

    23rd March 2016 at 4:29 pm

    Permainan lego memang terbaik untuk menguji minda anak-anak, harganya memang sangat mahal tapi kalau dah minat tu harga soal kedua kan?

    Reply
  2. Pinky Momma says

    16th March 2016 at 12:38 am

    Nasib baik ada event lain hari tu..kalau tak, lama lagi duduk tunggu hero main lego huhuhu..Memang tempat kesukaan budak budak kan..Eh tapi ramai jer parents yang enjoy juga hari tu 😉

    Reply
  3. Norasikin says

    15th March 2016 at 9:32 pm

    main lego memang syok. tapi tak tahan dengan harganya

    Reply
    • akubiomed says

      15th March 2016 at 10:17 pm

      Bagi peminat tegar LEGO, soal harga adalah no kedua. 🙂

      Reply
  4. Padin says

    15th March 2016 at 7:30 pm

    senyum lebar hero2 tu hehee…

    Reply
    • akubiomed says

      15th March 2016 at 10:19 pm

      Dapat set LEGO NEXO KNIGHTS memang tersenyum lebar. 🙂

      Reply
  5. Zurainny Ismail says

    15th March 2016 at 4:55 pm

    Waa…seronoknya! Anak kami pun minat Lego tapi stok di Lego store Malaysia terhad (di KK harap Toy-r-us ja) – sampai sanggup kumpul duit utk beli online dari USA.

    Reply
    • akubiomed says

      15th March 2016 at 10:20 pm

      Ya, kalau di Semenanjung banyak pilihan cuma nilai matawang USD ke RM menyebabkan ramai yang telah air liur. 🙂

      Reply
  6. wahida says

    15th March 2016 at 4:31 pm

    wah…ni kegemaran anak2 saya ni…

    Reply
    • akubiomed says

      15th March 2016 at 10:21 pm

      Takut tak nak balik dah sebab seronok bermain di LEGO NEXO KNIGHTS academy di Midvalley. 🙂

      Reply
  7. Raihanah Ahmad says

    15th March 2016 at 11:21 am

    untung Malaysia jadi pilihan untuk perkenalkan produk baru mereka. tapi seriusly u have 5 heroes?

    Reply
    • akubiomed says

      15th March 2016 at 10:22 pm

      Ya ada 5 orang dengan 1 perempuan. 🙂

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL