• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Kuala Lumpur Photography Festival 2014

Kuala Lumpur Photography Festival 2014

22nd September 2014 by akubiomed 21 Comments

Kuala Lumpur Photograpy Festical 2014 di Mid valley Megamall

Pertama kali menghadiri festival Kuala Lumpur Photography Festival 2014 @ KLPF 2014 ini di Mid Valley Megamall. Ia adalah acara tahunan dengan yang pertama dianjurkan pada November 1997. Sangat lama penganjuran festival KLPF ini.

Kuala Lumpur Photography Festival 2014

Hiasan floral menarik perhatian ketika menunju pintu masuk utama. Bunga-bunga dihias secara kreatif membentuk kamera DSLR.

Ramai jurugambar bertumpu sesi pentas utama dengan persembahan Fujifilm ‘An Officer & A Punk’ Costume Model Shoot Contest. Lampu flash tidak henti-henti berkelip dari kiri kanan dan tengah. Masing-masing mahu mendapat snap yang terbaik.

3 gambar ini antara yang saya tidak terduga kerana ia adalah gambar kulit pokok berkulat menjadi tema utama. Maaf gambar visual tidak nampak dengan jelas.

Gerai jualan aksesori kamera.

Kamera DSLR Nikon D750 dengan harga body sahaja dijual pada harga RM6,998.

Koleksi kamera lama mengunakan filem

Booth Tourism Authority of Thailand

Persembahan kebudayaan Thailand yang unik dengan gerak geri yang penuh gemalai.

Booth Tourism Selangor. Menengahkan budaya masyarakat orang Asli Mah Meri dari Pulau Carey .

Hasil tangan kayu oleh orang asli Mah Meri.

Booth Sabah Tourism Board

Perkongsian ilmu dan pengalam oleh Photomania dan Travelmania dari dalam negara serta luar negara. Ada 2 bilik seminar tidak termasuk perkongsian Travel Photography di Travel Square.

Perkongsian ilmu di bilik Seminar 1

Sesi mengambil gambar pelakon Opera Cina di Petaling Street Art House.

Ada juga pertunjukkan galeri gambar dengan beberapa tema dan Photography Tourism  tetapi saya tidak kongsi didalam entri ini. Pertandingan fotografi diantaranya KLPF Photo-creator of the year 2014 Finalists dengan tema “Freedom” ia adalah pertandingan terbuka dan KLPF 2014 annual photo exhibition dengan tema “Vibrant Festivals”.

  • Gajet Samsung Gear VR Innovator edition sudah dilancarkan di Malaysia
  • Outing bersama AI Media di Taman Burung Kuala Lumpur
  • Penantian 17 tahun Mee Kolok berakhir di Citrarasa Kuala Lumpur 2014

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. Aisyah says

    13th October 2014 at 2:45 am

    Alamak! tetiba rasa minat dalam bidang fotografi ni.. kena cari sifu ni.. hihihi

    Reply
  2. Bro Framestone says

    2nd October 2014 at 1:32 pm

    Terasa nak sambar DSLR sebijik…

    Reply
  3. Mus says

    30th September 2014 at 2:55 pm

    syurga dunia nii..

    Reply
  4. Hafizul says

    28th September 2014 at 5:09 pm

    Wahhh..uncle tu main biola ke bro?orang lama yang otai aje haaa..haha

    Reply
  5. Ismail N says

    26th September 2014 at 6:18 pm

    Kawe baru balik dari KL ni..
    Adehh tak sedar lak ada pameran ni kat Mid Valley. Kalu tak, bagus gak jengah kojap

    Reply
  6. siti hazreen says

    25th September 2014 at 11:14 pm

    wahhhhh kamera DSLR memang mahal kan, tak mampu lah nak beli

    Reply
  7. mohd rasul abu hanipah says

    24th September 2014 at 10:08 pm

    wah pergi jugak. terbaik la bro 🙂

    Reply
  8. titan says

    24th September 2014 at 5:54 pm

    pehh..tukang ambil gambar memang suka la event camnih.

    Reply
  9. sabree hussin says

    24th September 2014 at 2:33 am

    Bro dapat peluang bernetworking dengan otai-otai photographer tak?

    Reply
  10. hafiz says

    23rd September 2014 at 5:28 pm

    Wah ni dah macam syurga buat photographer ni….

    Reply
  11. azwan says

    23rd September 2014 at 4:03 pm

    kamera lama tu untuk dijual ke display je…menarik betul kamera lama-lama ni

    Reply
  12. Raihanah Ahmad says

    23rd September 2014 at 11:04 am

    kalau dah memang minat, berapa ribu pun sanggup beli. telan air liur jap tengok harga DSLR.

    Reply
  13. zool says

    23rd September 2014 at 8:11 am

    photographer mesti kena pegi tu..
    saya ni pegang kamera pun tak pandai..

    Reply
  14. TehR says

    22nd September 2014 at 11:50 pm

    terbaik untuk peminat fotografi
    memang banyak ilmu yang dikongsi

    Reply
  15. ajumohit says

    22nd September 2014 at 10:11 pm

    cantik semua picture tu

    Reply
  16. Yeen says

    22nd September 2014 at 9:09 am

    Wow.. besnya.. thanks for the pics-info! boleh cuba pegi next time

    Reply
    • akubiomed says

      22nd September 2014 at 8:35 pm

      KLPF adalah acara tahunan boleh pergi lagi tahun hadapan.

      Reply
  17. fazrol says

    22nd September 2014 at 1:44 am

    Pergh! bulan 10 tahun depan plak…
    Alaaa.. tak dak gambar model kaa? ha ha ha

    Reply
    • akubiomed says

      22nd September 2014 at 8:36 pm

      Gambar model ?? Tak snap kali ini. 🙂

      Reply
  18. Hairul Azni says

    22nd September 2014 at 12:39 am

    Terbaiklah bro..seronok kalau dapat hadir ke majlis berkaitan fotografi macam ni..banyak ilmu dan informasi berkaitan fotografi yang kita boleh dapat..

    Reply
    • akubiomed says

      22nd September 2014 at 8:36 pm

      Lain kali nak sertai seminar di KLPF.

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2026 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in