• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Rasa simpati mangsa Tsunami dan letusan gunung Merapi

Rasa simpati mangsa Tsunami dan letusan gunung Merapi

28th October 2010 by akubiomed 37 Comments

Tsunami melanda Pulau Mentawai dan Letusan gunung Merapi.

Beberapa hari yang lalu kita dikejutkan beritaa bencana yang di alami saudara serumpun kita di Indonesia. Aku terpanggil dan berasa simpati dengan musibah Tsunami yang melanda Pulau Mentawai dan Letusan gunung Merapi di Indonesia yang telah meragut ramai nyawa mangsa.

Paling mengejutkan adalah ketinggian ombak Tsunami setinggi 3 meter merempuh daratan sejauh 400 meter manakala gunung Merapi telah meletuskan debu panas menjadi kawasan yang melanda becana ini seperti padang jarak padang terkukur.

Musim Kemarau akibat Al Nino.

Beruntung kita yang mendiami di Malaysia kerana tidak didalam linkungan api pasifik tetapi tidak menjamin kita terselamat dari bencana kerana musibah boleh hadir didalam berbangai bentuk. Pernah sekali negara dilanda kemarau yang pada tahun 1991 menyebabkan paras air dam Durian Tunggal Melaka turun dan kering.

1981 Fenomena Al Nino telah menjejaskan air 3 empangan iaitu Empangan Klang Gates, Empangan Semenyih dan Empangan Batu menyaksikan penurunan air ke paras kritikal pada ketika negara menjadi tuan rumah kepada Sukan Komanwel 1998.

 

Banjir besar melanda selatan tanah air.

Pada tahun 2006 kita dikejutkan tragedi terburuk didalam sejarah iaitu banjir besar melanda diselatan tanah air, negeri Johor yang mana telah menyaksikan kemusnahan besar salah satu tragedi yang tidak dilupakan akibat taufan Utor. Berlakunya banjir ini luar kebiasaan  kerana ia kebiasaan dijangka berlaku pada dinegeri-negeri di pantai timur kerana kehadiran musim Tengkujuh.

Adakah kita bersyukur apa yang dilimpahi oleh nikmatNya?

 

  • Gelombang Tsunami iPhone 4 melanda Malaysia
  • Ribut Sunamo penduduk Pantai Timur dinasihat jangan panik
  • Idam pulau Bali sebagai percutian romantik

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. Ali ridha says

    13th December 2010 at 9:45 pm

    bila ditimpa bencana.
    pasti ada hikmah
    disebalik kejadian.

    Reply
  2. Ali ridha says

    13th December 2010 at 9:42 pm

    begitu la terjadi.
    apabila ditimpa bencana.

    Reply
    • Ali ridha says

      13th December 2010 at 9:43 pm

      rumah habis musnah
      disebabkan bencana.

      Reply
  3. padin says

    8th November 2010 at 4:57 pm

    kita yang tak kena ni jangan merasa selesa pula, pasal apa2 pon boleh jadi, huu

    simpati dengan musibah yang melanda..

    Reply
  4. sollehahn says

    7th November 2010 at 1:42 am

    Allah dah tunjuk kekuasaanNya…balasan pada manusia yang selalu lupa…cuma manusia je yang masih tak sedar-sedar

    Reply
  5. wazy says

    4th November 2010 at 9:55 pm

    Setiap yang terjadi tu ada hikmah di sebaliknya

    Reply
    • akubiomed says

      4th November 2010 at 10:37 pm

      Setuju.

      Reply
  6. lizz says

    3rd November 2010 at 11:25 am

    setiap musibah yang Tuhan turunkan,mesti ada sebabnya..huhuhu. cume, kite jelah yang nak amik ke tak

    Reply
    • akubiomed says

      3rd November 2010 at 4:15 pm

      Ya betul tu nak uji keimanan kuat atau rapuh

      Reply
  7. hafizmd says

    3rd November 2010 at 11:05 am

    dugaan sebagai peringatan buat kita hambaNYA…
    bersyukur lahir di bumi Malaysia..alhamdulillah

    Reply
    • akubiomed says

      3rd November 2010 at 4:17 pm

      Bersyukur sangat dilahirkan di bumi Malaysia

      Reply
  8. anif says

    2nd November 2010 at 11:42 am

    Sentiasa bersyukur kerana dapat tinggal dan mencari rezeki di negara ini.

    Reply
  9. dedoku says

    2nd November 2010 at 10:53 am

    setiap apa yang berlaku ade hikmahnya. Cuma kesedaran kita tu yang perlu. Kita sesama manusia baguslah kalau saling mengingati dan menyedarkan. 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      3rd November 2010 at 4:22 pm

      Harap-harap begitulah. Yang senang membantu yang susah

      Reply
  10. Rahsia Buah Pinggang Sihat says

    31st October 2010 at 7:30 am

    Apa yang berlaku kepada jiran kita tersebut sepatutnya kita ambil pengajaran apakah sebabnya Allah menurunkan musibah sebegitu.

    Tak mustahil disebabkan oleh maksiat yang kita lakukan.Pelanggaran demi pelanggaran hukum-hukum al-Quran kita redah tanpa memikirkan akan bala yang akan diturunkan Allah.

    Di Malaysia pun tak mustahil akan berlakunya musibah sebegitu atau lebih teruk lagi.Allah berkuasa atas segala sesuatu.Apabila Dia berkehendak,cukuplah hanya mengatakan jadi,maka jadilah.

    Marilah kita menginsafi diri dan bertaubat terhadap segala dosa yang telah kita lakukan.

    Reply
    • akubiomed says

      1st November 2010 at 11:20 am

      Kita kena perlu membuat muhasabah apa jua bentuk ujian samada baik dan buruk

      Reply
  11. Lelaki Ini says

    30th October 2010 at 6:50 pm

    nauzubillah!

    Reply
    • akubiomed says

      1st November 2010 at 11:21 am

      Mereka ni menganggap debu dan lahar gunung berapi adalah sumber rezeki kerana ia akan menyuburkan tanah untuk tanaman

      Reply
  12. tehr says

    30th October 2010 at 6:23 am

    harap mereka sentiasa tabah menghadapi dugaan

    Reply
    • akubiomed says

      1st November 2010 at 11:23 am

      Mudah-mudahan akan lebih mendekatkan diri dengan Tuhan

      Reply
  13. donny says

    29th October 2010 at 10:26 pm

    syukur sangat…malaysia aman tanpa sebarang bencana begini..

    Reply
  14. zik says

    29th October 2010 at 7:17 pm

    syukur dipanjatkan kepada Allah.. bumi malaysia masih selamat dari bencana2 alam yang besar…

    Reply
  15. suri says

    29th October 2010 at 3:41 pm

    dugaan yang harus kita terima dengan hati yang trebuka..

    Reply
    • akubiomed says

      3rd November 2010 at 4:32 pm

      Setuju. buka hati untuk muhasabah diri

      Reply
  16. dnoBiz says

    29th October 2010 at 2:56 pm

    Harapnya kita terlindung dari perkara seperti ini,
    walaupun banyak perkara yang telah berlaku antara Mal Indon, harap kerajaan kita tak keberatan untuk membantu

    Reply
  17. syahrilhafiz says

    29th October 2010 at 12:25 pm

    erm kita kena bersyukur..
    nampaknya mungkin kali ni negara kita tak kena musibah lagi..esok lusa sapa taw..
    bersyukurlah kita..

    Reply
  18. Kamal Mustafa says

    29th October 2010 at 12:24 pm

    3 bencana alam serangkai.memang sampai bilo-bilo pun mendatangkan bahaya.bahaya tetap ado.taktaula….mungkin nie bala tuhan turunkan sebagai peringatan agak eh.

    P/s : Jangan main dengan najis.Kalau tidak merana diri….den bagitau ajo.

    Reply
  19. Affan says

    29th October 2010 at 9:21 am

    Salam.
    Beruntunglah kita masih aman damai. Kena byk bersyukur.

    Allah akan timpakan bala kepada sesuatu umat, tak kira kita pembuat maksiat atau golongan yg beriman

    Reply
    • akubiomed says

      3rd November 2010 at 4:13 pm

      Setuju, tak semesti si pembuat maksiat sahaja yang kena bala dan anggaplah bala itu sebagai ujian dari Allah

      Reply
  20. khairolghani says

    29th October 2010 at 9:12 am

    bersyukurlah kita duduk kat Malaysia..kita kena ingat,Allah tak kan turunkan bencana kalau bukan kerana kemungkaran kita..yg penting kena sentiasa beramal dan bersyukur dengan segala pemberian Allah kepada kita

    Reply
    • akubiomed says

      3rd November 2010 at 4:12 pm

      Bencana sebenarnya ujian bukan orang yang lupa pada agamanya sahaja ditimpa bala malah orang bertakwa pun menerima ujian dari Nya

      Reply
  21. Squtopus says

    29th October 2010 at 3:55 am

    Malaysia siap nak bagi bantuan lagi kat Indonesia tapi rakyat dia sibuk nak berperang dengan Malaysia. Aduhaiiiii. Bala tuhan kot pasal tuhan murka orang yang melampaui batas 🙁 . Anyway, aku pun tumpang simpati atas apa yang berlaku pada jiran kita.

    Reply
    • akubiomed says

      3rd November 2010 at 4:10 pm

      Orang berbudi kita merasa. Tak apalah, kita mempunyai tanggungjawab sesama manusia membantu apabila berlaku musibah. Manakala yang memberontak hanya sekelumit sahaja

      Reply
  22. Fitrihadi says

    29th October 2010 at 12:50 am

    itulah kebesaran dan kekuasaan Allah, tapi masih ramai yang tak endah dan membuat kemungkaran..kan?

    Reply
    • dnoBiz says

      30th October 2010 at 1:40 pm

      biasa latu bro,
      dah kena baru nak sedar, ada yang kena pun masih taksedar,
      jangan sampai kena terus tak sedar dah la

      Reply
      • akubiomed says

        1st November 2010 at 11:22 am

        Dah banyak contoh apa yang berlaku disekeliling tapi itulah manusia memang mempunyai sifat mudah lupa

        Reply
        • afiqaiman says

          6th November 2010 at 9:01 pm

          manusia ni alpa dgn perihal duniawi sampa lupa sebab sebenar kejadian manusia

          Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in