• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / 8 kebaikan Speed jump rope yang mungkin korang tak tahu

8 kebaikan Speed jump rope yang mungkin korang tak tahu

2nd February 2016 by akubiomed 58 Comments

Pernah dengar speed jump rope?

Jump rope atau skipping rope antara alat mainan yang popular semasa zaman kanak-kanak. Korang tentu pernah main skipping diperbuat daripada gelang getah sewaktu zaman kanak-kanak.

Sampai rumah lewat dan tidak sempat untuk berjogging.

Saya sudah lama mengamalkan aktiviti jumping rope memandangkan mempunyai masa terhad untuk bersenam selepas waktu kerja yang tamat jam 5.30 petang dan apabila sampai rumah sudah 7 malam. Agak terhad untuk melakukan aktiviti senaman.

Jump rope mengunakan modal kecil dan berimpak besar.

Aktiviti jumping rope ini mudah untuk dilakukan kerana tidak memerlukan belanja besar untuk mendapat jump rope berbanding alat senaman lain. Saya tidak perlu risau keadaan cuaca hujan atau panas dan memerlukan ruang kecil untuk melakukan aktiviti jumping rope ini.

Pada hujung minggu saya akan melakukan jumping rope selama 30 minit di kawasan riadah tidak jauh kawasan perumahan. Isteri saya suka berjogging dan saya pula perlu jaga anak saya, Aisyah yang berusia setahun dua bulan. Saya dapati senaman jumping rope ini adalah aktiviti paling sesuai sambil mengawasi Aisyah. Kalau dua-dua berjogging siapa nak jaga Aisyah?

Kesan selepas mengamalkan jumping rope badan lebih rasa ringan dan tidak merasa malas-malas atau bergantung ubat suplemen mengekalkan kesihatan badan.

Speed jumping rope yang saya guna.

Speed jumping rope ini ringan dan laju pusingannya

Panjang tali boleh dilaras

Ada 8 kebaikkan senaman dengan jump rope yang mungkin korang tidak tahu.

  1. Jumping rope mampu perbaiki kordinasi. Ketika melompat otak akan menyeleras lompatan samada antara kita sedar atau tidak. Lagi banyak trik aksi lompatan mampu perbaiki koordinasi.
  2. Mengurangkan kecederaan pada kaki dan buku lali. Bagi yang aktif terlibat sukan seperti bola sepak, futsal, badminton dan sukan lain kecederaan pada kaki dan buku lali boleh berlaku semasa berlari dengan berhenti dan berpusing secara mengejut. Jumping rope dapat menguatkan otot sekeliling buku lali dan kaki.
  3. Lebih banyak pembakaran kalori. Jump rope membakar lebih kalori berbanding berjogging selama 30 minit menurut Science Daily.
  4. Mudah alih dan aktiviti yang menyeronokkan. Jumping rope ini mudah untuk dibawa ke mana-mana. Boleh mula aktiviti melompat untuk sesi warm up sebelum melakukan aktiviti sukan lain. Lebih menyeronokkan dapat melakukan bermacam trik aksi.
  5. Menguatkan tulang. Melompat dapat menguatkan tulang ini. Satu kajian di Jepun menunjukkan ujian tikus makmal melompat 40 kali seminggu akan meningkatkan ketumpatan tulang selepas 24 minggu.
  6. Perbaiki tahap kesihatan kardiovaskular dan paru-paru. Lakukan jump rope 3 hingga 5 kali seminggu untuk 12 ke 20 minit mampu meningkat kesihatan kardiovaskular dan paru-paru.
  7. Perbaiki keberkesanan pernafasan. Jumping rope memperbaiki pernafasan berbanding aktiviti lain seperti melakukan lap time seperti berlari dan berenang.
  8. Mampu meningkat tahap pemikiran. Melompat memerlukan pengunaan otak hemisfera kanan dan kiri membaiki kepekaan seperti keseimbangan semasa melompat dan pergerakkan anggota menurut Jumping Rope Institute.

Sumber: Lifehack.

 

Video inspirasi jump rope.

Sila tekan butang kongsi:

  • Cut the rope sebaik Angry Bird
  • LEAP interval timer untuk High Intensity Interval Training HIIT
  • Portable Jump Starter Penyelamat Bateri Kereta Lemah

Filed Under: blog Tagged With: jump rope, jumping rope, skipping rope

Reader Interactions

Comments

  1. Fahmi says

    27th February 2016 at 8:15 am

    saya dulu masa kecil ada cuba pastu dok gagal je … habis kuat saya buat lari setempat di rumah … 2 3 menjak ni le mula balik

    Reply
  2. abang hasan says

    11th February 2016 at 10:01 am

    pakai Speed jump rope nak tinggi bandan bisa kah?

    Reply
  3. nila anggraini says

    10th February 2016 at 10:11 am

    memang suka guna tali ni, memudahkan dan hasil yang sangat bagus. kat dapur pun boleh buat senaman guna ni…hihiihi

    Reply
  4. Sani says

    8th February 2016 at 12:00 am

    Ada beli tali skipping ni. Tapi buat sekejap aje..lepas tu berabuk jadinya… Mungkin kena mula balik..

    Reply
    • akubiomed says

      8th February 2016 at 11:56 pm

      Saya memilih jump rope sebab kurang berminat jog dan masa terhad selepas balik kerja.

      Reply
  5. olaoli says

    7th February 2016 at 3:18 pm

    saya ada beli benda ni..tapi pakai 2-3 kali je pastu dah simpan dalam laci tak bersentuh

    Reply
    • akubiomed says

      8th February 2016 at 11:57 pm

      Kena kuat semangat untuk buka balik laci tersebut dan mula jump rope. 🙂

      Reply
  6. cik tom says

    5th February 2016 at 8:58 pm

    rasa badan makin bertambah naik beratnya..kena mulakan balik aktiviti bersenam…menarik plk tgk speed jump rope ni..

    Reply
    • akubiomed says

      8th February 2016 at 11:58 pm

      Kalau tidak mampu buat jumping rope boleh senaman dengan lari setempat dahulu pun keluar peluh.

      Reply
  7. Uncle Zuan says

    4th February 2016 at 11:03 pm

    aku tak pandai nak pakai speed jump ni. paling lama bertahan 10 lompatan je haha

    ada kawan aku so obses dengan speed jump ni sampai kurus badan dia. hasil nya, dia sungguh fit!

    Reply
    • akubiomed says

      5th February 2016 at 12:31 am

      Mula lompatan ikut kemampuan dan kemudian ditambah jumlah lompatan dari masa ke semasa.

      Kalau paksa diri nanti boleh mendatangkan kecederaan.

      Reply
      • Raihanah Ahmad says

        5th February 2016 at 9:23 am

        wah betul ke sampai kurus? menarik juga ni

        Reply
        • akubiomed says

          8th February 2016 at 11:59 pm

          Saya tidak ada masalah berat badan kerana berada didalam BMI yang ideal. Saya buat jump rope untuk kardio dan fitness.

          Reply
  8. Hawa says

    4th February 2016 at 10:56 pm

    Wah! Lama dah tak buat aktiviti ni.Selalu pakai jump rope yang murah-murah aje. Lepas hanyut waktu banjir tahun 2014 dah tak buat2 dah. Nak mula balik ni, semput juga nih. Senang ye nak guna jump rope ni? Nak beli la.

    Reply
    • akubiomed says

      5th February 2016 at 12:32 am

      Yang didalam gambar speed jump rope. Pusingannya lebih laju.

      Reply
  9. Datin Tyka says

    4th February 2016 at 4:23 pm

    DT tak penah skipping.
    kawan ada sakit lepas main skipping. terus DT tak nak cuba dah. huhu

    Reply
    • akubiomed says

      5th February 2016 at 12:34 am

      Buat lompatan ikut kemampuan. Sebelum guna jump rope perlu ukur dengan memijak jump rope dan panjang tali sehingga paras ketiak.

      Reply
  10. zara says

    4th February 2016 at 12:26 pm

    Wah lamenye tak excercise..sesuai sangat untuk orang yang balik keje 5.30 ptg mcm saya..agak2 setengah jam sehari larat tak nak melompat tu..

    Reply
    • akubiomed says

      5th February 2016 at 12:36 am

      Buat lompatan ikut kemampuan. Mungkin boleh mula dengan 5 minit, 10 minit, 15 minit dan seterusnya.

      Reply
  11. Ani Haryani says

    4th February 2016 at 12:21 pm

    Wah best ni! Permainan yang selalu main masa kecik. boleh main sekali dengan family ni 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      5th February 2016 at 12:37 am

      Permainan wajib bagi budak perempuan. 🙂

      Reply
  12. ajumohit says

    4th February 2016 at 5:15 am

    lamanya tak bersenam, lepas beranak 4 ni susah pulak nak kurus balik, tengok macam best pulak jump rope ni

    Reply
    • akubiomed says

      5th February 2016 at 12:37 am

      Salah satu tanda kita tidak fit adalah termengah-mengah naik tangga.

      Reply
  13. MDHAFiZ.NET says

    4th February 2016 at 1:53 am

    Masa kecik-kecik kawan cakap kalau nak tinggi kena main ni. huhu. padahal dia nak suh kita teman dia main sbb dah xde kawan

    Reply
    • akubiomed says

      5th February 2016 at 12:38 am

      Nasib selepas main skipping tidak diajak main pondok-pondok. 🙂

      Reply
  14. kimmie says

    3rd February 2016 at 11:16 pm

    bagus juga cadangan ini, salah satu alternatif untuk bersenam kan. Buat kat rumah pun boleh. Dulu kecik2 rajinlah main skipping guna getah gelang tu 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      3rd February 2016 at 11:49 pm

      Ini tentu masa kecik-kecik dahulu champion skipping getah. 🙂

      Reply
  15. Wan Zawawi says

    3rd February 2016 at 9:49 pm

    bagus juga guna speed jump rope ni,boleh buat senaman di rumah je

    Reply
    • akubiomed says

      3rd February 2016 at 11:50 pm

      Jump rope ini alat senaman bajet rendah dan tidak memerlukan ruang khas. Boleh dilakukan secara indoor.

      Reply
  16. suri says

    3rd February 2016 at 8:33 pm

    wah best saya zaman muda laju tak semput//la ni serius cepat je lelahnya…hii

    Reply
    • akubiomed says

      3rd February 2016 at 8:53 pm

      Ini mesti champion main tali skipping. 🙂

      Reply
  17. cik tom says

    3rd February 2016 at 8:16 pm

    pergh dah lama x skipping…tgk video spped jump rope macam best..tapi kala citkom buat ni mau semput..hehe

    Reply
    • akubiomed says

      3rd February 2016 at 8:53 pm

      Think positif mampu melakukan. 🙂

      Reply
  18. abg jay says

    3rd February 2016 at 4:33 pm

    baru lompat sikit dah rasa semput..tgk video tu selamba jah dia lompat…hahaha

    Reply
    • akubiomed says

      3rd February 2016 at 8:52 pm

      Aiks, belum mula dah mengalah bro. Cuba dahulu iku kemampuan.

      Reply
  19. Inspirasi Huda says

    3rd February 2016 at 8:15 am

    Jumping rope adalah alternatif aktiviti sukan yang menjimatkan masa, wang dan ruang. Sebenarnya ramai orang lihat jumping rope ni senaman biasa hanya untuk suka-suka. Tapi sebenarnya sebagaimana fakta di atas, jumping rope dapat bakar lebih kalori berbanding 30 minit jogging. Ia baik untuk jantung dan tekanan darah.

    Reply
    • akubiomed says

      3rd February 2016 at 8:50 pm

      Mungkin ada yang beranggapan jumping rope ini bukanlah aktiviti yang ‘class’ berbanding aktiviti senaman lain.

      Reply
  20. musadun says

    3rd February 2016 at 8:14 am

    ni tak sama dengan tali skipping tu ke ?

    Reply
    • akubiomed says

      3rd February 2016 at 8:49 pm

      Sama cuma pusingan lebih laju.

      Reply
  21. aimannajmy says

    3rd February 2016 at 4:54 am

    Teringat dulu masa zaman belajaq, ada pertandingan menggayakan macam2 ketika jumping ni huhu.. mcm2 skill, selit celah kaki selit dengan kawan

    Reply
    • akubiomed says

      3rd February 2016 at 8:48 pm

      Wah tentu hebat dahulu dengan skill mantop. 🙂

      Reply
  22. titan says

    2nd February 2016 at 5:06 pm

    yang ni, kalau buat 5 minit aje pun..

    dah cukup penat.

    haha..

    tapi memang best main benda nih.

    Reply
    • akubiomed says

      2nd February 2016 at 8:38 pm

      Ya masa mula-mula dahulu pancit. Sekarang ini sudah biasa dengan jumping rope dan ditambah dengan jog keliling padang kawasan riadah lebih kurang 1km.

      Reply
  23. zik says

    2nd February 2016 at 5:04 pm

    banyak guna otak bagus nih… boleh ejas rupanya… nak buat skill lain2 yang macam atas nih…

    Reply
    • akubiomed says

      2nd February 2016 at 8:36 pm

      Kajian sains sudah membuktikan kedua-dua hemsfera otak akan digunakan ketika melakukan aktiviti jumping rope.

      Reply
  24. ema says

    2nd February 2016 at 5:03 pm

    namppak senang..peringkat permulaan ni agaknya susah juga nak lompat melompat… badan berat…hehehe

    Reply
    • akubiomed says

      2nd February 2016 at 8:34 pm

      Salah satu kebaikkan aktiviti jumping rope adalah menguatkan dan meningkatkan ketumpatan tulang. Tidaklah bergantung kepada makanan tambahan semata-mata menyebabkan kita alpa dengan kesihatan takla umur semakin meningkat.

      Reply
  25. Noriza Rahman says

    2nd February 2016 at 4:40 pm

    Wah ada speed jump rope lagi tu, saya ada try last 2 weeks, lama dah tak buat jump rope ni, abis sakit urat…hihi

    Reply
    • akubiomed says

      2nd February 2016 at 8:32 pm

      Bermula dengan pace perlahan dahulu dan buat setakat mampu. Kalau memaksa diri akan akhirnya membawa kecederaan.

      Reply
  26. anah says

    2nd February 2016 at 2:53 pm

    nampak cam senang je ek

    Reply
    • akubiomed says

      2nd February 2016 at 8:26 pm

      Lompat tak susah. Agak-agak penat boleh berhenti. Kalau jog nak berhenti sekerat jalan payah sebab nak kena patah balik. 🙂

      Reply
      • Raihanah Ahmad says

        3rd February 2016 at 1:10 pm

        takut bebrapa kali lompat dah stop je ni. huhuh perlukan komitmen dan kesabaran juga nak buat.

        Reply
  27. Raihanah Ahmad says

    2nd February 2016 at 2:52 pm

    oo dia macam rope biasa je la kan, cuma boleh adjust situ. kena beberapa kali try la kot

    Reply
    • akubiomed says

      2nd February 2016 at 8:25 pm

      Mengenai panjang tali boleh diukur dengan memijak tali dan tinggi tali adalah paras ketiak.

      Reply
  28. Bahrain says

    2nd February 2016 at 2:27 pm

    Nampak macam senang orang tu demo tapi reality susah gak nak buat ambil masa. hehe

    Reply
    • akubiomed says

      2nd February 2016 at 8:23 pm

      Boleh bermula dengan lompatan beginner dan buat setakat mampu dahulu. Jumpa rentak barulah buat trik dan lajukan pace lompatan.

      Reply
  29. daddydee says

    2nd February 2016 at 1:53 pm

    memang tak reti pakai jump rope ni. Puas try… Kalau reti main memang best dan berbaloi, murah dan sihat

    Last last jogging je la.

    Reply
    • akubiomed says

      2nd February 2016 at 8:21 pm

      Tak susah nak melompat dengan jump rope dan untuk permulaan buat pusingan perlahan sehingga jumpa pace barulah laju. 🙂

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Pengalaman guna Air Cooler MIND mampu menurun suhu panas
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Asas kegunaan baja berdasarkan warna baja untuk newbie

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in