• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / gajet / 7 ciri cool pada GALAXY S6 dan GALAXY S6 edge kesukaan saya

7 ciri cool pada GALAXY S6 dan GALAXY S6 edge kesukaan saya

3rd April 2015 by akubiomed 47 Comments

6 ciri cool pada Galaxy S6 dan Galaxy S6 edge kesukaan saya

Jika kalian tak tahu, Samsung Galaxy S6 and S6 edge akan mula dijual di Malaysia dalam beberapa minggu.

Kami telah diberi peluang untuk melihat secara dekat dan merasai pengalaman mengunakannya. Saya ingin menyenarai 6 ciri cool kesukaan saya  yang ada pada Galaxy S6 dan Galaxy S6 edge.

Sebelum itu saya ingin berkongsi evolusi paparan muka telefon bimbit Samsung.

Skrin Mono

1988 SH-100. Telefon bimbit Samsung analog pertama

Skrin Warna

2002.04 SCH-X430. Mengunakan 18bit(262k warna) TFT-LCD/ LCD Monochrome

 

Skrin AMOLED

2009 SCH-W850. Skrin 3.5″ AMOLED/WVGA(800*480). Telefon Samsung mempunyai srin sesentuh

Dan akhirnya!

Samsung Galaxy S6 dan Galaxy S6 edge

6 ciri Galaxy S6 dan Galaxy S6 edge kesukaan saya

  1. Keupayaan mengambil gambar pada cahaya rendah dengan aparture lensa F1.9 bukan satu masalah. Ciri-ciri yang suka mengambil gambar.
  2. Akses kamera mode hanya 0.7saat dengan klik 2 pada butang HOME. Bayangkan jika ada momen penting perlu diambil snap serta-merta. Sudah pasti tidak mahu momen tersebut terlepas begitu sahaja.
  3. Skrin melengkung mempunyai fungsi boleh menyimpan 5 nombor kesukaan dengan berlainan warna yang boleh disetkan. Boleh diakses pantas dengan cara slide sahaja. Bahagian skrin melengkung akan bercahaya mengikut warna yang telah disetkan apabila menerima panggilan masuk. Ia sangat cool dan boleh agak siapa yang menelefon.
  4. Samsung Galaxy S6 dan Galaxy S6 edge mengunakan logam dan kaca dibentuk dengan cantik dengan mengunakan kraf berteknologi tinggi.
  5. Tiada lag dan responsif kerana mengunakan 14nm FINFET mobile processor 64bit adalah pertama didunia seumpamanya digunakan. Laju dan penggunaan tenaga yang rendah.
  6. Pengecas tanpa wayar dan boleh mengunakan pad pengecas tanpa yang wayar yang mempunyai sokongan WPA dan PMA standard. Bagi saya tidak perlu bimbang pengecas wayar sering rosak. Caj 10 minit boleh bertahan untuk 4jam, berdasarkan pengunaan yang average, mungkin berlainan bagi orang-orang lain. Bagi pengguna tegar Galaxy ia adalah berita baik.




Tentu rasa teruja kalau dapat memiliki Samsung Galaxy S6 dan Galaxy S6 edge. Kalau ditanya mana satu Galaxy pilihan saya? Saya akan memilih Galaxy S6 edge kerana ciri-ciri premium yang memberikan penanda aras baru untuk rekabentuk, dari segi ketukangan dan prestasi cemerlang menjadikan ia tercanggih teknologi Samsung tawarkan memberi pengalaman baru pengguna mobil.

Boleh tak kongsi komen korang tentang 6 ciri kesukaan saya pada Galaxy S6  dan Galaxy S6 edge?

Sila tekan butang kongsi:

  • Live streaming Samsung GALAXY S6 edge dan GALAXY S6
  • Penjualan Samsung Galaxy S II menjangkau 3 juta
  • Samsung Galaxy Tab S2 baharu teman yang luar biasa

Filed Under: gajet Tagged With: galaxy s6, galaxy s6 edge, samsung galaxy s6 edge

Reader Interactions

Comments

  1. nasslimdiet2 says

    27th April 2015 at 3:58 pm

    Saya memang suka samsung. dulu pakai tab. wife pakai note 2. S6 nampak memang menarik sangat.

    Reply
  2. Ummi Hanie says

    19th April 2015 at 5:11 pm

    saya masih belum berjodoh dengan samsung barangkali…

    baru2 ini henfon hilang.. diganti dgn jenama baru… setakat ni nampak agak menarik

    Reply
  3. SaniYunus says

    16th April 2015 at 4:16 am

    Tak pernah lagi guna handphone Samsung. Last beli dulu untuk orang rumah..tup..tup hilang pulak jenuh duk cari tak jumpa-jumpa juga. Lenovo yang ada sekarang ni pun duk asyik hang aje..mungkin kena cari Samsung S6 ni pulak..

    Reply
  4. muliani says

    14th April 2015 at 12:58 pm

    haha betapa daifnya fon dulu. skrg dah canggih gila dah

    Reply
  5. Raihanah Ahmad says

    14th April 2015 at 10:04 am

    saya guna note 2 tapi kerap kali hang dan slow. jadi mimpi ngeri nak beli samsung lagi. tot nk bertukar kepada iphone. tak tahulah s6 ni macamana pulak ya.

    Reply
  6. cikgu naman says

    12th April 2015 at 2:59 pm

    Samsung S2 yang saya menang dulu dah rosak

    Bestnya kalau dapat ni sebagai pengganti..hehe

    Reply
  7. aryn says

    8th April 2015 at 11:10 pm

    Baru tahu yang samsung Galaxy S 6 ni ada Wireless Charger. Best tuh!

    Reply
  8. Mohd Zarin says

    6th April 2015 at 5:09 pm

    akses kamera yang cepat tu yang paling berguna sekali. Harap features ni ada kat Note 5 nanti…

    Reply
  9. suri says

    6th April 2015 at 12:53 pm

    setiap baharu mesti ada sesuatu kelebihan yang ketengahkan ya tak.saya masih tetap menggunkan hp lama

    Reply
  10. din says

    6th April 2015 at 9:41 am

    cas tanpa wayar tu yg macam best.

    Reply
  11. zool says

    6th April 2015 at 9:34 am

    masih belum mampu untuk mencapainya.

    Reply
  12. myrujukan says

    5th April 2015 at 4:01 pm

    sebanrnya akan rasa lebih teruja kalau saya dapat tgk depan depan bro

    Reply
  13. diana says

    5th April 2015 at 12:00 am

    Wah macam best je Samsung ni. Boleh window shopping.

    Reply
  14. MamaBard says

    4th April 2015 at 12:03 am

    nampak menarik phone ni..boleh charge tanpa wayar…

    Reply
  15. Helmi Aliarit says

    24th March 2015 at 5:30 pm

    SCH V300 tu saya pernah pakai sekitar tahun 2004 ketika di tingkatan 6 atas. Beli daripada wang hasil bekerja di restoran makanan segera.

    Reply
    • akubiomed says

      24th March 2015 at 11:27 pm

      Masih ada lagi disimpan?

      Reply
      • Helmi Aliarit says

        25th March 2015 at 3:58 am

        Tiada. Sudah jual pada rakan pada tahun yang sama. Untuk beli Nokia.

        Reply
  16. zara says

    24th March 2015 at 5:19 pm

    Tak larat nak kejar model2 telefon ni..baru nak minat s4 dah keluar s6 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      24th March 2015 at 11:28 pm

      Sambar Samsung GALAXY S6 edge pula. 🙂

      Reply
  17. Ismail N says

    24th March 2015 at 3:57 pm

    Cantik ehh.. Mcm mana mahu dapat free satu? 😀

    Reply
  18. wahida says

    24th March 2015 at 2:41 pm

    samsung mmg best!!

    Reply
    • akubiomed says

      24th March 2015 at 11:28 pm

      Sah peminat tegar Samsung nombor 1. 🙂

      Reply
  19. suri says

    24th March 2015 at 12:47 pm

    ada satu samsung dah nak 2 tahun pakai tapi agak mengecewakankan dia punya tab itu hu..serik sungguh serik..

    apa harapan kali ini keluaran lebih mesra pengguna dan tak cepat “hang”

    Reply
  20. adarain says

    24th March 2015 at 11:02 am

    nak tunggu galaxy Note 5 mesti lagi power. hahaha

    Reply
  21. mrhanafi.com says

    24th March 2015 at 1:27 am

    wah! sangat beruntung bro dapat merasai pelancaran produk ini..

    Reply
    • akubiomed says

      24th March 2015 at 11:29 pm

      Ya bertuah antara terawal dapat melihat Samsung GALAXY S6 dan S6 edge ini.

      Reply
  22. yana says

    23rd March 2015 at 10:51 pm

    wah.. cas tak yah wayar. tu lg best. samsung je k? jenama lain ad tak?

    Reply
    • akubiomed says

      24th March 2015 at 11:29 pm

      Setahu saya Nokia juga ada selain Samsung.

      Reply
    • Helmi Aliarit says

      25th March 2015 at 4:00 am

      Cas bateri tanpa wayar bukan teknologi baru, cuba Google e-couple technology. 🙂

      Reply
  23. Sop says

    23rd March 2015 at 1:22 pm

    samsung mmg best pakai dan x mengecewakan
    pakai S3 lama sgt hari tu bertahun2 baru upgrade.. 🙂

    Reply
  24. Mak Jemah Jual Vitamin says

    23rd March 2015 at 10:28 am

    macam menarik samsung ni, cuma setakat ni belum pernah guna lagi, tapi ciri-ciri nampak dah ohsem tu!

    Reply
  25. Hairul Hissam says

    22nd March 2015 at 7:06 pm

    Saya suka caj tanpa wayer.. tak perlu laaa nak cucuk dan cari tempat utk dicucuk… Letak jeee kat pad cajnya.. mmg mudah..

    Reply
    • akubiomed says

      22nd March 2015 at 10:52 pm

      Memang senang tidak perlu bimbang dengan wayar yang berselirat.

      GALAXY S6 & S6 edge ini juga guna pad pengecas tanpa yang wayar yang mempunyai sokongan WPA dan PMA standard.

      Reply
  26. Zfarina says

    22nd March 2015 at 9:23 am

    kite memang pengguna samsung,,
    tengah duk usha2 hp baru jugak ni..(> <)

    Reply
    • akubiomed says

      22nd March 2015 at 10:53 pm

      Bolehlah tengok-tengok ciri gempak yang ada pada GALAXY S6 atau S6 edge ini.

      Reply
  27. mulatmulat says

    21st March 2015 at 5:22 pm

    Akses kamera mode hanya 0.7saat ni yang paling best ni..berguna nak snap gelagat anak2..hehe

    Reply
    • akubiomed says

      22nd March 2015 at 10:53 pm

      Cepat sahaja nak snap gambar. 🙂

      Reply
  28. blogger lelaki says

    21st March 2015 at 12:00 am

    akses kamera yang pantas tu memang menarik..kadang2 ketika kita nak ambil gamabr dalam keadaan segera agak memakan masa sikit

    Reply
    • akubiomed says

      22nd March 2015 at 10:54 pm

      Ya satu kemudahan kebanyakkan Smartphone ambil masa untuk akses camera mode.

      Reply
  29. Syahril Hafiz says

    20th March 2015 at 11:47 pm

    Bertuahnya boleh pi event Samsung kan..suka dengan ciri Galaxy S6 Edge, memang inovasi terbaru, sikit hari iSheep ikut pulak jadi trend.. 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      22nd March 2015 at 10:55 pm

      Samsung ingin meneraju teknologi terkini meninggalkan pesaing-pesaingnya.

      Reply
  30. Mek ila Jual Vitamin says

    20th March 2015 at 8:37 pm

    Mek ila pengguna setia Samsung Note. Bila tengok spesifikasi Samsung Galaxy 6 rasa teruja pula nak cuba.

    Reply
    • akubiomed says

      22nd March 2015 at 10:56 pm

      Teruja dengan spesifikasi yang canggih dan termaju.

      Reply
  31. Suriya says

    20th March 2015 at 3:22 pm

    screen melengkung tu nampak menarik. belum pernah guna samsung lagi…mungkin satu hari nanti

    Reply
    • akubiomed says

      22nd March 2015 at 10:56 pm

      Bukan sekadar skrin melengkung memberikan kesan aestatik tetapi mempunyai fungsi.

      Reply
  32. TehR says

    20th March 2015 at 12:08 pm

    belum pernah guna lagi jenis skrin melengkung di tepi ni
    suka dengan skrin yang besar
    jelas

    Reply
    • akubiomed says

      22nd March 2015 at 10:57 pm

      Skrin melengkung satu kelainan yang ditampilkan oleh Samsung untuk GALAXY S6 edge.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Servis karburator mesin rumput sandang
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Panduan tukar hon kereta Proton Gen 2

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in