• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / 3 Juta tonton Kuch Kuch Hota Hai

3 Juta tonton Kuch Kuch Hota Hai

15th February 2012 by akubiomed 57 Comments

Penangan 3 Juta tonton Kuch Kuch Hota Hai.

Kredit: Dharma Productions

Tidak sangka filem Hindustan Kuch Kuch Hota Hai yang diterajui oleh Shahrukh Khan, Kajol dan Rani Mukherjee masih mampu menarik 3 juta penonton di Malaysia menerusi slot Panggung Sabtu di TV3 Sabtu lalu. Jumlah penonton diperolehi  hasil tinjauan Nielsen Audience Measurement.

Filem Kuch Kuch Hota Hai ini mula ditayangkan pada tahun 1998 iaitu 14 tahun lalu berkisar cinta 3 segi antara Rahul Khanna (Shahrukh Khan), Anjali Sharma (Kajol) dan Tina (Rani Mukherji). Filem ini diarahkan oleh pengarah tersohor filem-filem cinta romantik Hindustan iaitu Karan Johar telah meraih kutipan Box office RM84Juta. Dihujung filem ini turut di tampilkan penampilan istimewa Salman Khan.

Saya tertarik dengan blogger Maza pemilik blog Gubuk Kecil Kembara Jalanan yang terjebak oleh rakannya membawa menonton filem ini sehingga beliau membeli VCD filem Kuch Kuch Hota Hai. Bukan setakat bro Maza terjebak, saya pun terjebak sama membeli VCD filem ini. 🙂

Sila tekan butang kongsi:

  • Filem hantu Thailand paling seram
  • Cerita Selebriti patung lilin Salman Khan
  • Temujanji dengan Shahrukh khan

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. aleen says

    26th February 2012 at 11:24 pm

    AKU LA SALAH SORANG TU… HE3

    Reply
  2. Norasikin says

    23rd February 2012 at 11:09 pm

    Terkenang kawan saya masa belajar dulu memang peminat hindustan. Masa cerita KKHH ditayangkan, dia tengok 18 kali dan masih nak tengok lagi. ntah berapa kali jumlah sebenar dia keluar masuk panggung untuk cerita ni saya pun tak tahu. Pantang ada org tanya, best ke cerita tu? Pasti dia belanja tengok wayang. Asalkan ada teman, dia ok je

    Reply
  3. Lawrence Vision says

    22nd February 2012 at 2:43 pm

    Maih hebat penangan SRK ni rupanya tapi memang best jugalah cerita ni.

    Reply
  4. MEKAR says

    21st February 2012 at 11:32 pm

    Movie hindustan paling best yg sya pernah tengok. Berjujuran air mata menitis..hehe..
    Tak jemu2 nak tonton walaupun dulu pernah memeiliki VCD nya.

    Reply
  5. LilyNrman says

    21st February 2012 at 2:04 pm

    Hindustan…mana2 tempat diorang berlakon, budaya mereka tetap teguh. Jati diri mereka kuat sehingga budaya mereka diterima baik oleh masyarakat US dan dunia. Aku akui budaya mereka seronok dikongsi. Contohnya seperti lagu-lagu Hindi. Rambut mereka tetap warna hitam, dan pergilah2 mana negara untuk berlakon..mereka tetap berbahasa HINDI! (Anyway, Karan Johar memang pengarah yang berbakat. My Name is Khan pun dia arahkan (walaupun ada scene yang mengarut nk selamatkan Mama Jenny n Funnny Hair.)

    Reply
  6. cik tom says

    19th February 2012 at 4:52 am

    sampai skang ciktom plg suka tgk muvi ni..muvi hindustan dl best2 skang dah kureng…

    Reply
  7. nuriz says

    18th February 2012 at 11:57 am

    saya teringat masa duk belaja kat u dulu, sorang kawan bangsa india dalam group study asyik bercerita pasal kuch2 ho ta hai ni, hinggakan saya masa tu belum berpeluang nak tgk cd filem tu, terus rasa membuak2 nak tengok hehehe

    Reply
  8. kimmie says

    17th February 2012 at 5:04 pm

    filem ni memang evergreen, tiap kali keluar TV mesti nak tgk juga. Hari tu dapat tengok setengah jam terakhir je.

    Reply
  9. Ekal says

    17th February 2012 at 11:30 am

    Laa, aku ingat aku sorang je tengok cerita ni sabtu lepas, rupa-rupanya ada 3 juta orang lagi.
    Cerita nie memang best, aku ingat dekat 60 kali tengok pun tak jemu-jemu, salah satu filem yang boleh buat aku sedih, inilah dia. tapi lastnya happy ending.

    Reply
  10. Jobless Girl says

    17th February 2012 at 8:11 am

    Movie ini memang disambut baik..

    Reply
  11. mancai says

    17th February 2012 at 4:06 am

    hahaha… satu lagi “muhabatin” pun terbaik…

    Reply
  12. tehr says

    17th February 2012 at 12:13 am

    Filem ni akan terus diminati sampai bila kerana lagunya

    Reply
  13. Kimmy says

    16th February 2012 at 9:59 pm

    Dulu2,masa baru keluar cerita nih,saya ajak abah saya pergi sewa tape tuuu..hahaha

    Baru2 nih ada tengok juga, maknanya saya pon termasuk dalam kelompok 3 juta tu hehe

    Reply
  14. iza says

    16th February 2012 at 5:51 pm

    Assalam..
    Kalau jam 2.30 pm, jangan mimpi la nak boleh tengok tv,
    anak dah pajak awal2 untuk kartun…sob..sob..

    Reply
    • hafizmd says

      17th February 2012 at 7:59 am

      hoohoho…kalau dah kena pajak..habislah tauke kedai…hehehe

      Reply
  15. miss b says

    16th February 2012 at 4:54 pm

    kuch kuch hota hai cerita hindustan paling legend skali.
    masa tu bollywood jd fenomena. kekekekek

    Reply
  16. suri says

    16th February 2012 at 2:11 pm

    skrg byk filem yg terbaru d hasilkan tapi kurang meletuo tak cam certa yg di lakonkan sk hee…

    Reply
    • hafizmd says

      17th February 2012 at 7:59 am

      heehhe….heropun entah sape2 ntah…srk jugak yg best….hehehe

      Reply
  17. suri says

    16th February 2012 at 2:09 pm

    cerita lama ni bro.masa beljar asal balik kg suka tgok ctr ni..berkali2 tanpa jemu hee…

    Reply
  18. LadyBird says

    16th February 2012 at 11:53 am

    lady dh tgk time kecik2 dulu..
    sekali cukuplah..
    xnak nangis lagi.. hihihi

    Reply
  19. nizam says

    16th February 2012 at 11:01 am

    citer ni memang best…sob3

    Reply
    • suri says

      16th February 2012 at 2:10 pm

      rasa nak jerit2 rasa malu2 pun ada haaaa

      Reply
  20. Mr.Sepet says

    16th February 2012 at 10:38 am

    all time movie nie . . hehe .. semua layan ..

    Reply
    • akubiomed says

      16th February 2012 at 12:16 pm

      Sudah menjadi filem lagenda yang wajib ditonton oleh peminat Hindustan khususnya. Saya agak terkejut warga Britain ada yang meminati filem Hindustan.

      Reply
  21. Kamal Mustafa says

    16th February 2012 at 9:25 am

    Kuch Kuch Hota Hai adalah filem yang menarik generasi muda masa tue menonton filem Hindustan.
    Tetapi filem “Bobby” yang mengheret KM menonton filem Hindustan.

    Reply
    • akubiomed says

      16th February 2012 at 12:17 pm

      Filem “Bobby” banyak kali diulang tayang tetap ditonton.

      Reply
      • hafizmd says

        17th February 2012 at 8:00 am

        bobby dan sangam….fuh! mmg layanlah…hehehe

        Reply
  22. wahida says

    16th February 2012 at 9:10 am

    tak pernah tgk filem ni sampai habis…huhu…

    Reply
  23. Dulu Lain Sekarang Lain says

    16th February 2012 at 8:44 am

    adehhh… dah lama kawe bebas dari demam bollywood nie.. Janganlah kena jangkitannya lagi… 😀

    Reply
    • akubiomed says

      16th February 2012 at 12:18 pm

      Virus ini payah hendak kebah kalau terjangkit. 🙂

      Reply
  24. Lia Nadia Qistina says

    16th February 2012 at 3:30 am

    waa.. saya masih simpan di laptop filem ni .. selalu tengok kalau ada masa terluang.

    Reply
  25. Juan says

    16th February 2012 at 1:23 am

    wow tinggi tu rating

    Reply
  26. infoserius.com says

    15th February 2012 at 11:39 pm

    Cerita ni mmg best sngt2 tu yg msih rmai tgk tuh.

    Reply
  27. eiela says

    15th February 2012 at 11:37 pm

    tak tengok.. filem hindustan banyak nyanyi2 n seksa mata melihatnya.

    Reply
    • Yas says

      16th February 2012 at 12:39 am

      Tu salah satu daya penarik pilem hindustan tu…hehehe

      Reply
    • akubiomed says

      16th February 2012 at 11:53 am

      Memang sudah menjadi format filem Hindustan mesti ada babak nyanyian. 🙂

      Reply
  28. dnoBiz says

    15th February 2012 at 11:35 pm

    aku salah seorang yang terjebak dalam 3 juta tu.. walaupun bukan 100%… sebabnya lepastu ada program luar.. 😀

    Reply
    • akubiomed says

      16th February 2012 at 12:19 pm

      Saya pun menonton sambil melihat Tweeter aktif membincangkan filem ini. 🙂

      Reply
  29. titan says

    15th February 2012 at 9:32 pm

    satu family gua tonton itu cerita.
    memang filem ni..kalau tayang masa raya nanti, mesti ramai tonton juga maa…

    ini filem epik maa..

    Reply
    • akubiomed says

      16th February 2012 at 12:21 pm

      Betul tuh, kalau dimainkan filem ini ketika Raya nanti ramai yang melekat di depan TV. 🙂

      Reply
  30. zulkbo says

    15th February 2012 at 7:25 pm

    salam..
    penangan Datuk SRK dan Kajol la nih
    teringat mula menonton wayang nih
    di panggung..memang penuh panggung

    Reply
    • akubiomed says

      16th February 2012 at 12:23 pm

      Gandingan mantap antara Shahrukh Khan dan Kajol. Pelakon wanita Hindi kalau mahukan populariti cepat akan berganding dengan pelakon lelaki Hindi yang sudah ada nama.

      Reply
  31. Denaihati says

    15th February 2012 at 5:41 pm

    aku ingat bukan otai je minat, budak2 muda sekarang pun minat hindustan.

    Reply
    • akubiomed says

      16th February 2012 at 12:25 pm

      Betul tuh, golongan muda pun minat menonton filem Hindustan. Filem Hindustan turut tidak terkecuali mengikut peredaran zaman tapi masih tidak ketinggalan babak lagu tetap ada. 🙂

      Reply
  32. maza says

    15th February 2012 at 4:49 pm

    hahahha.. kenangan terindah tu abg akuboimed! hahahah
    bukan senang lelaki ini yg gentlemen mahu lain citer2 leleh mcm tu.. ahahhaah

    Reply
    • anif says

      15th February 2012 at 4:54 pm

      Mujur Saya tidak tergolong dalam kategori in.. Haha..

      Reply
  33. Azman says

    15th February 2012 at 3:34 pm

    Cerita ni yg buat minat saya menonton filem industan di tv..lepas tu filem “mann”..lepas tu saya dah tak minat cerita hisdustan lagi..

    Reply
    • akubiomed says

      15th February 2012 at 4:22 pm

      Filem baru-baru ini banyak meniru gaya lakonan Shahrukh Khan.

      Reply
  34. Zarul Umbrella says

    15th February 2012 at 1:58 pm

    termasuklah saya dan isteri hehehehe

    Reply
    • akubiomed says

      16th February 2012 at 12:28 pm

      Bro dan isteri adalah antara penyumbang data 3Juta penonton yang menonton Panggung Sabtu di TV3. 🙂

      Reply
  35. chii says

    15th February 2012 at 1:39 pm

    chii x dpt tgk sabtu lepas..tp respon dari adik ngan sepupu..masing2 mengalirkan air mata..ehhee

    Reply
    • adamfaiz says

      15th February 2012 at 3:32 pm

      ramai sungguh peminat Shah Rukh Khan dan Kajol kt Malaysia nih

      Reply
    • akubiomed says

      15th February 2012 at 4:24 pm

      Betul-betul menyelami jalan cerita. Dulu saya menonton filem E.T arahan pengarah Steven Spielberg mengalir air mata juga. 🙂

      Reply
  36. yas says

    15th February 2012 at 1:21 pm

    Kalau pilem Hindustan kat mesia ni rasanya mmg ramai peminatnya….termasuk la org umah aku bro…hehehe

    Reply
    • akubiomed says

      15th February 2012 at 4:21 pm

      Dulu filem Hindustan ada yang dimainkan lewat malam dan isteri sanggup bersengkang mata menontonnya. 🙂

      Reply
      • suri says

        16th February 2012 at 2:12 pm

        bila lagi time ni nak relek minda heee,.anak2 dh msok tdo

        Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Bila orang rumah dapat Dapur Gas Infra Merah baharu
  • Asas kegunaan baja berdasarkan warna baja untuk newbie

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in