AkuBiomed kena Tag dengan Suri
Peraturannya adalah:
“Once you have been tagged, you are supposed to write a note, with 25 random things, facts, habits or goals about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it’s because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated. Haha!”
25 fakta tentang Akubiomed yang korang tak tau…
- Suka pastikan semua perkara in order sampaikan susunan kasut pun kena ikut turutan. Teruk betul si Akubiomed
- Suka kucing memang dari sejak kecil berkepit dengan kucing. Tidur dengan kucing tapi tak sampai mandi dan makan bersama kucing
- Tidak suka bergambar sejak umur dah meningkat. Tak lah tua tapi sebaya David Beckham. Godek-godek Google nak tahu berapa umur David Beckham
- Rasanya dah puas melihat dunia orang sekarang ni berhajat ke Tanah Suci Mekah pula
- Suka Google ntah apa-apa yang dicari
- Dipejabat orang panggil saya dengan gelaran Mr.Thinker. Kenapa yer?
- Pagi hanya berserapan Oat dan Milo sahaja. Dulu selalu makan roti tapi sebab malas nak kunyah dan nak cepat makan Oat Sahaja
- Dari bujang hingga dah berkeluarga besar body maintain jer. Adakah patut orang kata saya baru lepas kolej tak patut betul(bangga tahap kembang semua bahagian)
- Internet dan Notebook tidak boleh dipisahkan kalau tak merana lah badan. Macam pernah dialog ni tapi dimana ya
- Suka gajet iPhone dan Nokia MusicXpress.
- Mempunyai prinsip yang dipegang sampai sekarang ‘Do right thing at first time all the time’
- Kurang bercakap tapi tangan berjalan
- Kalau first time jumpa memang orang kata saya ini sombong tapi memang karektor saya jenis Introvert. Nak tahu Introvert kena Google ler
- Ibu orang Melakau dan isteri pun orang Melakau
- Tak suka bising-bising tak tentu hala bercakap bila perlu sahaja
- Orang kata saya jenis ‘Seeing for believing’. Saya sukar nak terima sesuatu perkara bulat-bulat mesti buat kajian sikit
- Mana-mana pergi mesti pakai GPS kalau tak memang sesat jalan
- Pantang mendengar perkataan mencarut dirumah
- Tegas didalam pembelajaran anak-anak
- Suka menonton anime tapi sejak dah ada anak kecil aktiviti tersebut dah tidak berkesempatan
- Saya adalah kidal. Mengikut kajian orang kidal ini kreatif. Kreatif ker saya?
- Suka makan masak asam daging kalau ada lemak huii tak ingat
- Suka masakan tomyam
- Memiliki Kawasaki ZZR250. Orang kata ‘engine bullet proof’. Kenapa enjin marajuk tidak boleh start
- Antara game kegemaran adalah ping pong dan badminton tapi semua main double kalau single mahu flat
Saya ambil peluang tag 25 orang blogger
Jiwa Kacau, Kamal Mustafa, donny, Affuan, nash, Ladfe Amir, suffer8zine, padin, mie, Panduan Buah Pinggang Sihat, syahrilhafiz, etomyam, anif, Anwar Osman, ardzham, intankuterpilih, Affan, syahrilhafiz, Nilam Kencana, Fahmi Raazali, iza, khairolghani, abby kamil, Ieda Al-Habsyi, fendidahada
bila baca entri ini saya dapat bayangkan anda jenis orang yg macammana 🙂
* no. 1 & no. 9 saja yg serupa dgn saya..
hehe… byk maklumat pasal tuan punya diri… 🙂
hehe dah jumpa dah kat google ape tu introvert
Apa itu introvert…
Carik juga makna introvert tuh. he..he..
Boleh jawab tue takpe2 slow-slow maa.
Alamak aku kena TAG. Pening aih.
Fenin-fenin nak jawab tag nih tapi pada masa enjoy kena ligat berfikir 🙂
haha, tahu sebab bro dipanggil mr thicker..
kurus kan?
eh perlu ke nak sambut tag ni, macam best pulak..hehe
jarang jumpa lelaki suka tomyam. kalau makan dengan kawan kawan laki selalu dapat konker tomyam. hihi
Suka hirup kuah dari isinya 🙂
eh ada kawasaki?
wawwwwwwwwwwwwwwwwwwww
Kuda tua, umur pun dah 14 tahun 🙂
Senarai mangsa terbaru dah keluar 😀
salam ziarah…peminat kucing jgk neh…hehehhe
Bela kucing jenis apa?
alamak ..Bro pun tag aku gak.
rakan blogger aku blm seramai itu. tapi aku siapkan seperti mana yang diinginkan.
satu persamaan.. aku pun kidal mcm Barrack Obama
Oh yer ker, Leonardo Da Vinci pun kidal juga 🙂
bro dah 35 kan..
hehee.
tapi maintain body cam bdak kolej..bagusx..
kkalkan..
hehe
Laa asal gi godek Google. Habis semua orang tau 🙂
adoi..badminton vs Futsal.. hehe
suka kucing jugak
^_^
Teringin nak bela kucing Sphinx. Ha apa pula kucing jenis Sphinx kena google ler
maintain ek… mintak petua nieh…
Saya beruntung kerana metabolisma dalam badan tinggi naik badan susah kalau nak turun sekejap jer. Pernah ambil weight gainer tapi tak tahan kerana progression naik berat slow
wah. bnyknya perkara2 yg menarik psl bro ni. hehe. 😀
Terima kasih, sedikit pengkongsian
susun kasut ikut order? sama seperti habit OCD..
wah2..rupanya ada kuda yg boleh tahan hebatnya..saya tzm je bro..tu yg nak rasa R1 terus hehe
mak ckp org suka bab susun teratur ni seorang yang teliti nghee…tak suka suasana serabut bagai …
ceh2 angkat bakul bungalah pulak heee
Betultuh kalau si anak dah jadi seorang ibu tentu bising dirumah kalau anak-anak bersepah kasut, beg dan baju selepas balik sekolah.
Saya tidaklah tidak sampai tahap kronik dan desease ini tidak berjangkit dan akan menyebabkan kematian 🙂 David Beckham mempunyai tabiat yang sama tau
saya suka juga bab menyusun ni..terutama bab susun dvd..ikut genre dan abjad..hehe
Susun DVD hik..hikk 🙂
Alamak,saya pun kena tag juga.Maknanya saya pun kena tuliskan 25 tentang diri saya ker atau tentang blog?
Hmmm bertambah kenal sama Akubiomed.. 😀
Suri ada tagged kawe jugak cuma tak larat lagi nak buat he he..
Kalau aku buat dan tag hang, maknanya hang kena bagi 25 facts baru lah? 😀
hahaha betul tu …
baik jangan 😀
Err sekali jer tag dah tak larat nak jawab tag 🙂
kikiki.. good.
adakah saya juga introvet?
P/S : Apa Yang Terangkat Bila Ada Kakak/Abang/Adik Angkat!
Kena jawab survey personaliti Myers-Briggs dan Carl Jung yang banyak ada di online 🙂
JADI TAHU FASAL INI
Wow ada ZZR la 🙂
Motor dah merajuk tidak mahu start kena hantar bengkel terpaksa tunggu dulu
point ke-17, kita sama. negeri sendiri pun aku boleh tersalah masuk jalan. ini pula tempat orang. haha
Err malu nak mengaku, kawan mat salleh tanya nama jalan haram saya kenal 🙂 Diorang lagi mahir dari saya buat malu jer
bro akubiomed org mana plak heee.. bro pun org melakau juga yah haha heeee… ejaan tak menahan tu..
takper2 saya org Melakau bahasa “keras” mmg org kita kat sana dah terbiasa…tapi tgok org juga huhu,,
Saya dilahirkan di Key Yel 🙂
banyaknya nak kena jawab tags…byk info ttg tuan punya blog…
salam…
Harap tak kena tag lagi selepas ini the first and last one 🙂
wah dah siap dah bro….
aku tak mula pun lagi 😀
bagus.kenal juga lebih mendalam mengenai penulis..
Bro Donny bila lagi nak kena tag?
salam..
akhirnya di buat jua..
menarik juga perihal ttg sahabat kita sorg nie ..tapi cam suri juga ar…kalu hanger baju mesti ikut turutan..mula2 baju kecil, pastu baju saiz besar sikit,.kemudian barulah baju yang panjang di susun belakang sekali..
hurm teruk sgt ke perangai sbgtu nghe….
tak sangka plk bro ni nulis pkai tgan kidal mesti tukisan ctik hiii 🙂
Sebab tu orang lain kalau alih barang saya memang saya perasan punya. Tulisan tangan tidaklah secantik mana tapi boleh dibaca. Kalau mengikut kajian Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah jenis tulisan tangan saya adalah seorang yang tulus dan opps.. terlebih sudah 🙂