• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / advertorial / Mengimbau zaman kanak-kanak dengan susu F&N

Mengimbau zaman kanak-kanak dengan susu F&N

4th November 2014 by akubiomed 57 Comments

Zaman kanak-kanak suka minum susu pekat manis penuh krim F&N

zaman kanak-kanak dengan makan roti disapu susu f&n
Roti disapu susu pekat manis penuh krim F&N dan ditabur serbuk koko

Mengimbau semasa zaman kanak-kanak dahulu sebelum pergi sekolah ibu saya akan menyediakan segelas air susu yang diperbuat daripada susu pekat manis penuh krim F&N.

 

Sudah menjadi kelaziman ketika kecil dahulu akan bersarapan pagi dengan roti samada di sapu jem atau disapu dengan susu sahaja. Kadand-kadang makan roti bersama telur hancur. Jarang bersarapan dengan makanan berat dan biasanya mesti ada roti dan air susu supaya perut tidak boleh dibiarkan kosong. Kalau perut kosong boleh menganggu tumpuan pembelajaran didalam kelas.

 

Sudah menjadi kebiasan pergi ke sekolah akan dibekalkan roti dan air sirap. Apabila waktu rehat akan mencari port untuk makan roti dan air sirap. Saya bawa bekal ke sekolah sehinggalah ke menegah. Tidak berasa kekok dan malu dengan bawa bekal ke sekolah. Dapat jimat duit yang diberi untuk disimpan didalam tin kosong yang dijadikan tempat simpanan duit.

 

Pada waktu petang pula selalu makan biskut cream creaker yang disapu dengan susu. Ibu selalu bising susu pekat manis penuh krim F&N yang baru dibelinya asyik berkurangan. Mana taknya kami adik-beradik selalu curi-curi bancuh air susu dengan mengunakan susu pekat manis penuh krim atau makan biskut yang disapu dengan susu.

 

Bukan susah mana pun hendak sediakan air susu dengan bancuh air panas kemudian masuk satu sudu susu pekat manis penuh krim F&N dan siap. Nak sedap tambah serbu cokelat @ koko, teh dan sebagainya untuk pelbagai jenis air bersama susu. Sebab itulah pantang letak susu pekat manis penuh krim F&N didalam peti ais sejuk memang tidak lama jawabnya.

 

Tentu perkara yang sama dilakukan oleh korang ketika kecil dahulukan? Sekali-sekala mengimbau zaman kanak-kanak makan roti yang disapu dengan susu pekat manis penuh krim F&N. Apa salahnya. Sedap terasa sehingga tidak terkata. Susu pekat manis penuh krim F&N dan susu pekat manis yang lain ada perbezaan kerana ia lebih susu dan rasanya pun lebih sedap.

 

Sekarang ini kalau melayari blog di waktu malam mesti ada teh tarik panas atau sejuk. Ia sudah menjadi kemestian menghirup perlahan-lahan air teh sehingga terleka membaca blog satu persatu.

 

 

Eh nak tahu tak? F&N telah memperkenalkan semula susu pekat manis penuh krim yang kaya dengan kalsium, sumber protin dan vitamin A, B1 dan D3.  F&N susu pekat manis penuh krim ini boleh didapati di Ben’s Independent Grocer, Jaya Grocer, Hero Market, AEON, Jason’s Foodhall, Mercato, Village Grocer, Isetan, Cold Storage and Presto Grocer diseluruh Semenanjung Malaysia dijual pada harga runcit RM5.00 untuk 392g. Boleh layari laman rasmi www.fndairies.com  untuk mendapat resepi menarik dengan mengunakan susu pekat manis penuh krim F&N.

 

AkuBiomed: Kepada pembaca blog AkuBiomed yang berminat untuk berkongsi resepi mudah mengunakan susu pekat manis F&N. Bolehlah email di azrinbme[at]yahoo.com. Saya akan kongsi resepi dan memberi backlink kepada penyumbang resepi.

  • Tiket percuma LegoLand Malaysia dari Dutch Lady
  • Dengan Overnight oats sarapan pagi tidak lagi membosankan
  • Keracunan Bisphenol A didalam botol susu

Filed Under: advertorial

Reader Interactions

Comments

  1. Amir says

    18th November 2014 at 12:49 am

    lama tak try resepi ni..tabur milo atas roti 😀

    Reply
  2. Arham Md Ali says

    16th November 2014 at 7:22 pm

    Saya ingat ni! Masa kecik dulu makcik yang jaga, dan dia selalu buat benda ni. Tabur Milo bio lebih sikit.

    Reply
  3. Putri says

    16th November 2014 at 8:58 am

    Terliur sangat tengok gambar! Hari ini jugak nak pergi makan… hehe

    Reply
  4. ikhwan says

    15th November 2014 at 5:52 pm

    dulu petang-petang suka makan roti, letak susu, gula makan kalau lapar 🙂

    Reply
  5. Ummi Hanie says

    12th November 2014 at 2:51 pm

    oh zaman sy tak ada dah minum susu pekat dibancuh air.
    tapi suka curi2 ratah susu… hihiii…

    makan susu dgn roti mmg best. tak pernah lg tabur milo

    Reply
  6. fyna says

    10th November 2014 at 1:19 pm

    memory sangat. dulu memang suka makan roti dengan susu. roti dengan milo. nyum.. nyum.. sampai kena marah ngn mak. hehehehe…..

    Reply
  7. SuperNifz says

    10th November 2014 at 9:48 am

    Cayalah bro… catatan bro nih telah berjaya melelehkan air mata saya tau… Teringat zaman dedulu… memang susu ini lah yang menjadi pilihan mak saya… Buat teh…. milo… makan dengan roti….makan ngan grg pisang (yang nih peberet abah)…
    Sampai lah saya dah kawen nih.. ini lah susu yang jadi pililah kami….. huwaaaaa….. nak balik ke zaman dudluuuuu….

    Reply
  8. NotaKembara says

    9th November 2014 at 3:02 am

    Nostalgia betul susu ni. Haha.
    Lama tak buat roti dengan susu tu.

    Reply
  9. akak vitamin says

    8th November 2014 at 12:29 am

    cop cop sebut susu manis F&N ni, teringat biskut + F&N + milo dicairkan. fuhh sedap menjilat jari. 🙂

    Reply
  10. Safiya says

    7th November 2014 at 5:56 pm

    zaman kecil dulu ni antara susu yang paling famous 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      7th November 2014 at 9:10 pm

      F&N telah mengeluar semula susu ini untuk mengimbau zaman silam menikmati susu F&N penuh krim bersama keluarga.

      Reply
  11. TehR says

    7th November 2014 at 4:59 pm

    pernah juga makan roti dengan susu pekat manis
    tapi lebih suka roti dengan kaya

    Reply
  12. emalinmohd says

    7th November 2014 at 9:43 am

    Antara resepi best waktu kecik dulu susu manis + milo..pastu Gaul jadi likat buat bulat-bulat..konon-konon coklat la tu

    Reply
    • akubiomed says

      7th November 2014 at 9:11 pm

      Memang kreatif semasa kecil dahulukan. 🙂

      Reply
  13. AZENI AHMAD says

    6th November 2014 at 6:11 pm

    Wahhh nostalgik betul la bro..
    Saya kecik2 ada pernah makan roti letak susu tabur milo..
    Tapi tak selalu..
    Mahal kan dulu2.. Hehehe..

    Sekarang nie mmg tak pernah buat langsung pun..
    Lupa dahh..
    Nie beru teringat..
    Terbaik la bro…

    Reply
    • akubiomed says

      7th November 2014 at 9:12 pm

      Ya, terkenang zaman bersama susu F&N penuh krim. 🙂

      Reply
  14. Anarm says

    6th November 2014 at 2:32 pm

    Roti sapu susu pekat tu sedap.. Dah lama tak makan macam tu..

    Reply
    • akubiomed says

      7th November 2014 at 9:12 pm

      Betullah sudah lama tidak merasa susu sapu pada roti.

      Reply
  15. ciklilyputih says

    6th November 2014 at 11:38 am

    aku pun suker makan cam tu gak lah… sedap..

    Reply
    • akubiomed says

      7th November 2014 at 9:13 pm

      Memang semua orang sukakannya. 🙂

      Reply
  16. rokiah says

    5th November 2014 at 10:41 pm

    roti sapu susu ..terutama F&N ..memang lejen…teringat zaman kanak2..berebut dgn adik beradik nak makan roti dengan jem susu:)

    Reply
    • akubiomed says

      7th November 2014 at 9:15 pm

      Lihat macam-macam dihasilkan dengan susu F&N semasa kecil dahulu. 🙂

      Reply
  17. Norizwan says

    5th November 2014 at 8:56 pm

    dulu memang suka sangat susu pekat…ia macam² boleh buat…untuk jadi minum, makan ngan roti….makan lemang dengan susu pekat paling kegemaran saya hihi…

    Reply
    • akubiomed says

      5th November 2014 at 9:05 pm

      Aduhai terliur membaca komen bro. 🙂

      Reply
  18. hasrul hassan says

    5th November 2014 at 3:52 pm

    Kecik2 benda manis memang kesukaan la … biskut letak susu, roti letak susu … tapi skang ni banyak surirumah dah advance … depa buat macam2 dah dengan susu dan roti ni .. siap leh buat kek lagi …

    Reply
    • akubiomed says

      5th November 2014 at 9:05 pm

      Sekarang ini mudah tinggal Google untuk mencari resepi. 🙂

      Reply
  19. Iffah Azhar says

    5th November 2014 at 2:58 pm

    nostalgia makan roti cicah susu pekat manis. sekarang jarang dah beli susu pekat manis ni. beli sekali sebab nak buat cheesekut je. ahaks

    Reply
    • akubiomed says

      5th November 2014 at 9:08 pm

      Wah menarik tuh. 🙂

      Reply
  20. Hafizul says

    5th November 2014 at 1:40 pm

    Wah-wah…nak balik try juga la..biasa kapit biskut aje dengan susu ni..roti tak pernah buat lagi..hehe

    Reply
    • akubiomed says

      5th November 2014 at 9:09 pm

      Boleh cuba bro sangat sedap. 🙂

      Reply
  21. Ismail N says

    5th November 2014 at 10:46 am

    Time budak2 dulu, kawe layan susu cap junjung… F&N ni kureng sikit 😀

    Reply
    • akubiomed says

      5th November 2014 at 9:10 pm

      Susu F&N ini lebih susu dan penuh krim berbanding jenama lain.

      Reply
  22. Noriza Rahman says

    5th November 2014 at 10:28 am

    Mahalnya rega susu F&N ni sekarang, ke saya yang dah lama tak minum susu ni 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      5th November 2014 at 9:27 pm

      Harganya mesti padan dengan kandungan susu lebih dan penuh krim berbanding susu sejat jenama lain. Kandungan yang premium.

      Reply
      • Noriza Rahman says

        7th November 2014 at 6:48 am

        Tu memang tak dinafikan, kalau nak minum teh tarik memang kena cari jenama F&N, biarpun harga mahal tai kesedapan tu memang tak tertanding dengan jenama lain

        Reply
  23. Raihanah Ahmad says

    5th November 2014 at 10:08 am

    susu pekat sedap cicah dengan roti canai.. hmm

    Reply
    • akubiomed says

      5th November 2014 at 9:12 pm

      Pertama kali dengar boleh dicuba nanti. 🙂

      Reply
  24. suri says

    5th November 2014 at 8:26 am

    sedara yang seusia dengan saya menu dia sekeluarga selalu sama macam ab ini. heee..kalau saya selalu majerin pasti sadur atasnya gula.

    Reply
    • akubiomed says

      5th November 2014 at 9:13 pm

      Zaman kecil-kecil kreatif dengan menyediakan bermacam-macam cara. 🙂

      Reply
  25. suri says

    5th November 2014 at 8:25 am

    saya jaramh minum manis sejak sebulan yang lalu ia sungguh menakutkan tapi kalau ambil dalam jumpa sedikit tapi agak terkawal.

    Reply
    • akubiomed says

      5th November 2014 at 9:14 pm

      Minum susu pekat manis tidak bermakna kita minum tanpa kawalan. Asalkan tidak memudaratkan.

      Reply
  26. Fyda Noh says

    5th November 2014 at 12:13 am

    Saya dah tua ni pon makan roti canai ngan susu. Sebab orang kelate kot.

    Reply
    • akubiomed says

      5th November 2014 at 9:16 pm

      Belum pernah cuba roti canai dengan susu. Nanti nak cubalah.

      Reply
  27. Abdur says

    4th November 2014 at 8:23 pm

    Kalau masih berupa krim macam itu saya kurang suka,kalau dijadikan air minum barulah saya suka.

    Reply
    • akubiomed says

      4th November 2014 at 10:37 pm

      Setiap orang ada berbeza-beza. Cuma hendak mengimbau pengalaman ketika kecil dahulu. 🙂

      Reply
  28. duniafarisya says

    4th November 2014 at 5:21 pm

    pernah cuba makan roti dengan susu.
    tapi terlalu manis tak boleh diterima tekak ni.hehe

    Reply
    • akubiomed says

      4th November 2014 at 10:40 pm

      Zaman kecil-kecil dahulu semua kanak-kanak suka makan benda manis-manis. Bagi kanak-kanak tidak ada masalah sangat kerana mereka aktif.

      Reply
  29. Ani Haryani says

    4th November 2014 at 5:13 pm

    wah.. teringat masa kecik! Favourite masa kecik ni letak milo n susu tin F&N atas roti. Terbaik!! 😀

    Reply
    • akubiomed says

      4th November 2014 at 10:40 pm

      Sesekali mengimbau zaman kanak-kanak. Tersenyum sedirian.

      Reply
  30. zool says

    4th November 2014 at 3:08 pm

    memang macam sedap nampaknya

    Reply
    • akubiomed says

      4th November 2014 at 10:41 pm

      Susu pekat manis penuh krim F&N berbeza dengan susu pekat manis jenama lain kerana lebih susu dan lebih sedap. 🙂

      Reply
  31. adarain says

    4th November 2014 at 2:34 pm

    kezaliman ke kelaziman?. hehe. memang mengimbau kenangan lama buat style macam tu letak susu dengan roti.

    Reply
    • akubiomed says

      4th November 2014 at 10:43 pm

      Typo tidak disengaja. Nampaknya jari tidak koordinasi dengan yang ingin ditulis. 🙂

      Reply
  32. Kamal Mustafa says

    4th November 2014 at 9:17 am

    Masa kecik dulu memang selalu makan roti dengan susu, roti canai pun sama. Sekarang bilo dah gadang nie susu pun dah tak minum lagi. 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      4th November 2014 at 10:44 pm

      Teringat pesan guru-guru supaya kerapa minum susu untuk dapat sumber kalsium bagi menguatkan tulang dan gigi.

      Reply
  33. titan says

    4th November 2014 at 2:40 am

    dulu makan roti dengan susu ni la.

    memang feveret.

    susu ni je aku leh telan. haha..

    Reply
    • akubiomed says

      4th November 2014 at 10:45 pm

      Bukan setakat bro Titan tetapi semua orang. 🙂

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in