• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / Tips menghadapi cuaca panas terik yang mengigit

Tips menghadapi cuaca panas terik yang mengigit

18th February 2014 by akubiomed 45 Comments

Bercinta keluar ketika cuaca panas terik

Sekarang ini sudah merasa  panas terik serta bahang. Terik cahaya matahari sampai mengigit kulit. Waktu tengahari keluar makan rasa bercinta hendak keluar dengan cuaca panas yang terik. Semasa keluar akan mencari laluan yang mempunyai bumbung untuk berlindung dari cahaya matahari yang terik.

gambar hiasan

Paras air takungan menurun ke paras kritikal

Beberapa hari ini berita arus perdana melaporkan perubahan cuaca dan penurunan paras air. Ada beberapa negeri tahap takungan sudah sampai ke paras kritikal dan ada sesetenggah tempat sudah putus bekalan air. Terbaru berita kebakaran hutan di puncak Gunung Tempurung. Faktor cuaca panas dan kering lebih mudah api kebakaran merebak. Cuaca panas terik tidak digalakkan melakukan pembakaran sampah dan kebakaran terbuka.

Cuaca panas terik menyebabkan kita lebih cepat rasa haus kerana hidrasi. Perlu berhati-hati melakukan aktiviti diluar terutama ketika waktu matahari tegak diatas kepala.

Kumpulan berisiko menjadi mangsa cuaca panas:-

  • Mereka yang terbabit dengan akitiviti fizikal diluar seperti buruh binaan, peladang, ahli sukan, tentera dan polis.
  • Orang dewasa berumur 40 tahun keatas mempunyai risiko 10 kali ganda dari orang muda.
  • Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
  • Pengidap penyakit sistem pernafasan.
  • Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid

Gejalan akibat terdedah cuaca panas yang terik:-

  • Lemah tumpuan
  • Keletihan
  • Pening
  • Mual dan muntah
  • Sakit kepala
  • Lemah otot–otot atau kekejangan

Beberapa tips yang boleh diamalkan ketika cuaca panas terik:-

  • Hadkan aktiviti luar.
  • Guna topi atau payung besar
  • Memakai pakaian longgar dan berwarna terang
  • Kerap minum air, jus buah-buahan atau isotonik. Jangan tunggu sehingga dahaga.
  • Kerap berehat
  • Mandi
  • Memakai krim pelindung matahari SPF15 ke atas
  • Merancang kerja yang perlu terdedah kepada cahaya matahari
  • Menggunakan penghawa dingin

Elak lakukan ketika cuaca panas:-

  • Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol atau gula yang tinggi.
  • Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
  • Bersenaman dalam cuaca panas

Sumber tips: Info Sehat

AkuBiomed: boleh tambah tips menghadapi cuaca panas diruang komen.

Sila tekan butang kongsi:

  • Pasukan celoreng hijau beraksi di padang bersih.
  • Bersantai bersama famili di empangan air sungai Selangor
  • Bawa famili ke Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015

Filed Under: Uncategorized

Reader Interactions

Comments

  1. Mekar says

    6th March 2014 at 4:04 pm

    Saya pun jarang keluar rumah.(maklumlah suri rumah).
    Kalau nak ke kedai beli brg dapur, biasanya sya keluar lps magrib.

    Reply
  2. suri says

    25th February 2014 at 8:38 am

    saya suka teruja mandi manda kalau sehari dalam 4 kali haaaaa

    Reply
  3. KiD says

    23rd February 2014 at 7:07 am

    ada suatu kawasan.. sampai terbakar rumput dan pokok.. panas sangat… huhuhu

    Reply
    • suri says

      25th February 2014 at 8:19 am

      macam kes dulu banyak hutan terbakar dengan sendiri

      Reply
  4. TehR says

    22nd February 2014 at 4:29 pm

    seronoknya berumah tepi bendang
    nyaman je dalam tiupan angin
    tapi kena juga minum air banyak2 😀

    Reply
  5. wazy says

    21st February 2014 at 11:18 pm

    memang terasa bahang yang teramat panas,kadang-kadang pening sedikit,maklumlah banyak lakukan kerja luar dan ayng paling penting banyakkan minum air .

    Reply
    • suri says

      25th February 2014 at 8:19 am

      tak di galakkan melakukan aktiviti luar sebab cuaca terlalu panas

      Reply
  6. titan says

    21st February 2014 at 9:49 pm

    fuh..waktu panas..memang sedap makan cendol. hehe

    Reply
  7. syaifuddin alias says

    20th February 2014 at 3:43 pm

    saya cepat sgt pening2 ni ..kadang2 rasa macam nak pengsan jer..hmm..cuaca skrg kat pahang ni panas sgt

    Reply
  8. Norasikin says

    20th February 2014 at 1:46 pm

    Saya ambil kesempatan dalam cuaca panas ni utk jual air. Ada la rezeki lebih sikit utk menampung duit petrol

    Reply
  9. raudzah says

    20th February 2014 at 1:36 pm

    Yup sekarang ni panas terik lain macam..Bila berada kat luar kejap aje dah rasa macam tak selesa..boleh pitam..so elakkan beradac di luar kalau tak ada keperluan dan kena minum air banayk-banyak..

    Reply
  10. hannyabdullah says

    20th February 2014 at 9:52 am

    Sis memang tak suka keluar rumah..jadi selamat part kena terik matahari..macammana pun still tak boleh lari dari rasa kepanasan walau dalam rumah..huhuhu

    Reply
    • suri says

      25th February 2014 at 8:22 am

      wajib minum air suam banyak -banyak.kalau tak keluar rumah dalam seminggu bosan juga.kalau sayalah heee

      Reply
  11. Pondok Papan says

    20th February 2014 at 9:25 am

    Semoga kemarau ni tidak berlarutan..dan semoga pembenihan awam berjaya dilakukan..dan terima kasih atas tips yang diberikan..

    Reply
  12. the malay male says

    19th February 2014 at 10:56 pm

    bil air cond naik la bulan ni..hehe

    Reply
    • akubiomed says

      20th February 2014 at 2:06 am

      Nak buat macam mana. 🙂

      Reply
  13. zool says

    19th February 2014 at 10:16 pm

    mandi bayk 2 tapi air pun nak kering tu

    Reply
    • akubiomed says

      20th February 2014 at 2:07 am

      Level takungan air semakin menurun menghampiri tahap kritikal.

      Reply
  14. sweetkurma says

    19th February 2014 at 2:43 pm

    tambah satu lagi : sembur dengan semburan “serum mawar” hehe

    Reply
  15. suri says

    19th February 2014 at 12:43 pm

    Malam tidur pasang kipas tetap rasa panas dan bahang jugs

    Reply
    • akubiomed says

      20th February 2014 at 2:10 am

      Pasang kipas pun tidak rasa apa.

      Reply
      • suri says

        25th February 2014 at 8:27 am

        ya tapi hati-hati bila duduk bawah kipas heee

        Reply
  16. ema says

    19th February 2014 at 12:32 pm

    mengharapkan hujan sekarang ni.

    Reply
    • akubiomed says

      20th February 2014 at 2:10 am

      Harap musim panas ini tidak berpanjangan.

      Reply
  17. Kamal Mustafa says

    19th February 2014 at 12:19 pm

    Minum air kelapa memang berkesan kurangkan panas badan

    Reply
  18. papamifz says

    19th February 2014 at 12:08 pm

    Tidur malam pasang aircond pun dah rasa tak berapa sejuk.

    Reply
    • akubiomed says

      20th February 2014 at 2:11 am

      Gas sudah kurang kot.

      Reply
  19. Hazmin Hamudin says

    19th February 2014 at 10:12 am

    Memang cuaca panas terik sekarang ni. Ramai jugak yang batuk2 termasuk saya sendiri.

    Reply
    • akubiomed says

      20th February 2014 at 2:12 am

      Perlu berjumpa doktor supaya tidak melarat.

      Reply
  20. Hairul Hissam says

    18th February 2014 at 7:50 pm

    saya pun ada rasa pening2.. tapi tak tahulah sebab byk tidur siang atau musim panas… harap2 musim panas nie tak lama…. oh kelmarin ada hujan sekali di kulai johor , tapi masih panas lagi..

    Reply
    • akubiomed says

      20th February 2014 at 2:13 am

      Mungkin faktor cuaca panas mengundang masalah kesihatan.

      Reply
  21. Razlan says

    18th February 2014 at 4:29 pm

    Sekarang ne pun rase macam sate masak medium dah walaupun dah petang sikit. Fuihh baru panas dunia,akhirat nanti wallahhuallam.

    Reply
  22. hazman aka species1980 says

    18th February 2014 at 3:36 pm

    Skang nie pun waktu malam-malam pun agak kepanasan gak bro… huhuhu

    Reply
    • akubiomed says

      20th February 2014 at 2:13 am

      Masa inilah tidur tak pakai baju. 🙂

      Reply
  23. MK Kimi says

    18th February 2014 at 12:15 pm

    Alhamdulillah. cuaca kat Skudai ni redup je… kdg2 petang tu hujan

    Reply
    • hafiz says

      18th February 2014 at 12:36 pm

      betullah tu, alhamdulillah jb dah hujan sikit..

      Reply
  24. hafizmd says

    18th February 2014 at 10:23 am

    terbaiklah! bukan tkat panas, debu pun makin banyak sekarang ni…kesian plak kat anak bile kena naik moto sekali sekala…

    apapun, minum air masak byk2…

    thanks bro AB berkongsi!

    Reply
    • akubiomed says

      20th February 2014 at 2:14 am

      Ya perlu minum air lebih kerap untuk mengelakkan daripada hidrasi.

      Reply
  25. Faizal Fredley says

    18th February 2014 at 3:43 am

    panas2 ni kena minum air banyak…

    Reply
    • akubiomed says

      20th February 2014 at 2:14 am

      Air tidak boleh tinggal.

      Reply
  26. Mus says

    18th February 2014 at 12:29 am

    alhamdulillah.. cuaca di KK sedang–sedang saja…

    Reply
    • akubiomed says

      18th February 2014 at 1:57 am

      Syukur keadaan baik-baik sahaja di sana.

      Reply
  27. Sop says

    18th February 2014 at 12:13 am

    Sop dah mula rasa nak sakit tekak nih dan batuk
    biasa xminum ais ttp dah panas sgt tgh hari, belasah jer ais.. huhuh
    Auni plak dan selsema dan batuk
    musim panas dan berhabuk mmg kena jaga kesihatan lebih sket 🙂

    Reply
  28. Sop says

    18th February 2014 at 12:12 am

    Sop dah mula rasa nak sakit tekak nih
    biasa xminum ais ttp dah panas sgt tgh hari, belasah jer ais.. huhuh
    Auni plak dan selsema dan batuk
    musim panas dan berhabuk mmg kena jaga kesihatan lebih sket 🙂

    Reply
  29. Syahril Hafiz says

    18th February 2014 at 12:12 am

    Jangan lupa pakai topi cowboy. haha
    kerja macam saya ni memang dipanas terik, mau tak mau kena berjemur juga, sebab sayur kan mahal sekarang. Jadi kena paham kenapa barang naik. Cuaca.. paling mencabar saat ni 🙂

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Bil Air Syabas Hanya Terima Pembayaran Dari JomPay
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2022 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in