Tahun 2015 bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi. Sudahkah menunai tanggungajawab membayar zakat bagi mereka yang layak? Masih ada lagi masa untuk melunaskan tanggungjawab rukun islam yang ke 3 iaitu dengan mengeluarkan zakat.
Zakat dari sudut bahasa ialah suci, bersih dan bertambah. Zakat dari sudut istilah ialah mengeluarkan sebahagian harta yang tertentu kepada asnaf yang berhak dengan syarat-syarat yang tertentu.
خُذْ مِنْ أَمْوَلِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُ هُمْ وَ تُزَ كِّيهِمْ بِهَا وَصَلِّ عَلَيهِمْ إنَّ صَلَوتَكَ سَكَنٌ لَهُمْ وَاللهُ سَمِيعٌ عَلِيمُ.“Ambillah sebahagian harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak buruk) dan doalah untuk mereka kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman jiwa bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha mendengar lagi maha mengetahui.”(at-Taubah: 103)
Mereka yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan iaitu :-
i. Islam – Muslim tanpa mengira had umur dan jantina.
ii. Merdeka – Bebas dari belengu hambaan.
iii. Sempurna Milik – Berkuasa membuat sebarang transaksi keatas harta
iv. Cukup Haul – Tempoh setahun pemilikan.
v. Nisab – Cukup atau lebih dari nisab.**
**Nisab adalah bersamaan dengan 85 gram emas nilai semasa.
Tahun | Nisab (RM) |
---|---|
2015 | 11,308 |
Zakat terbahagi kepada 2 iaitu :-
i. Zakat Fitrah
ii. Zakat Harta yang merangkumi :
- Zakat Pendapatan
- Zakat Emas Dan Perak
- Zakat Perniagaan
- Zakat Saham
- Zakat KWSP
- Zakat Pertanian
- Zakat Ternakan
- Zakat Wang Simpanan
Kelebihan berzakat
Apabila berzakat dapat menyucikan dan harta pembayar zakat serta meningkatkan sifat ihsan yang dapat menjauhkan sifat tamak dan cintakan harta dunia.
Mereka yang menunaikan zakat akan beroleh keberkatan harta dan kesejahteraan hidup. Pemberi zakat juga sentiasa menerima pertolongan dan hidayah daripada Allah SWT. Kelebihan berzakat akan membuka pintu rezeki.
Allah berfirman yang bermaksud:
“Ambillah zakat daripada sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka dan mendoalah untuk mereka dan mendoakan untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (At-Taubah:103)
Jangan terkeliru antara pusat pungutan zakat dan badan yang mengagihkan kutipan zakat.
PPZ-MAIWP diberi kuasa dan tanggungjawab untuk memungut zakat harta di Wilayah Persekutuan iaitu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Baitulmal melalui Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan adalah badan yang bertanggunjawab membuat pengagihan zakat atau program-program agihan kepada lapan asnaf yang layak menerima zakat di Wilayah Persekutuan.
Jakim telah perincikan tentang >>Tafsiran asnaf lapan dan kadar zakat yang ditetapkan kepada setiap asnaf.<<
Ke mana wang zakat di agihkan?
Wang Zakat diagihkan kepada 8 Asnaf (penerima zakat) sepertimana firman Allah di dalam surah At Taubah (ayat 60).
Ada 8 asnaf zakat iaitu:
1. Asnaf Fakir
Asnaf Fakir ialah orang Islam yang tiada harta atau pendapatan, atau ada harta atau pendapatan tetapi tidak mencapai 50 peratus daripada had kifayah dirinya dan tanggungannya.
2. Asnaf Miskin
Asnaf miskin ialah orang Islam yang mempunyai harta atau pendapatan yang hanya boleh menampung lebih 50 peratus keperluan dirinya dan tanggungannya tetapi masih belum mencukupi had kifayah.
3. Asnaf Amil
`Amil ialah pihak yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIP) untuk menjalankan tugas-tugas pengurusan zakat meliputi pungutan dan agihan.
4. Asnaf Muallaf
Muallaf adalah seseorang yang baru memeluk Islam atau seseorang yang dijinakkan hatinya dalam kalangan mereka yang belum memeluk agama Islam atau yang perlu ditarik simpatinya kepada Islam atau diharap dapat membela orang Islam atau yang perlu diamankan kejahatannya terhadap orang Islam.
5. Asnaf Riqab
Riqab ialah seseorang yang terbelenggu di bawah suatu kuasa atau keadaan yang menjadi hambatan kepada dirinya bagi menjalani kehidupan yang lebih baik.
6. Asnaf Gharimin
Gharimin ialah orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas diri dan tanggungannya atau kepentingan masyarakat dan tiada keupayaan untuk membayarnya.
Orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asasi bagi permasalahan diri atau keluarga tanggungannya atau orang yang berhutang untuk menyelesaikan masalah masyarakat dan memerlukan:
- Orang yang berhutang itu tidak mampu menjelaskan hutangnya.
- Hutang itu hendaklah dalam perkara taat yang diharuskan syarak.
- Hutang telah sampai tempoh untuk dijelaskan.
7. Asnaf Fisabilillah
Fisabilillah ialah perjuangan, usaha dan aktiviti yang bertujuan untuk menegakkan dan mempertahankan agama Allah.
8. Asnaf Ibnu Sabil
Ibnu Sabil ialah orang Islam yang kehabisan belanja semasa memulakan perjalanan atau dalam perjalanan yang mendatangkan manfaat serta sesuai dengan hukum Syarak dengan syarat:
- Putus bekalan dalam perjalanannya.
- Tidak dapat memanfaatkan hartanya untuk meneruskan perjalanan.
- Memerlukan kemudahan asas dalam masalah perjalanan.
- Ditinggalkan dalam perjalanan.
Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan bertanggunjawab Pengagihan zakat adalah bersifat jangka masa pendek dan jangkamasa panjang. Boleh rujuk senarai >>28 skim bantuan<<
Pembayaran zakat boleh dibuat melalui kaunter zakat, potongan gaji dan portal zakat2u.
- Portal www.zakat.com.my
- Kemudahan kepada orang ramai untuk menunaikan zakat (24 jam)
- Boleh membuat TAKSIRAN, BAYARAN, SEMAKAN ZAKAT
- Aplikasi i-zakat
- Boleh dimuat turun dari Google Play
- Menyediakan kemudahan TAKSIRAN, BAYARAN, SEMAKAN ZAKAT
- Kaunter-kaunter PPZ-MAIWP
- Rujuk disini>>Kaunter zakat berdekatan tempat tinggal.<<
kaunter zakat bergerak PPZ MAIWP
PPZ MAIWP telah menganjurkan kempen ‘Zakat Online’ bermula 15 – 31 Disember 2015.
Sumber rujukan: PPZMAIWP
Facebook Fanpage PPZ-MAIWP = https://www.facebook.com/myzakat/
Facebook Fanpage Baitulmal MAIWP = https://www.facebook.com/baitulmal.wp
insyaAllah bayar zakat bertambah berkat rezeki yg dapat..
saya baru bayar tadi.. huhuh sebelum terlambat
Jom berzakat. Semoga rezeki terus berkah
zakat dapat bersihkan pendapatan yang kita ada.
tunaikan kewajipan bagi yang layak
Kalau tak tahu samada layak atau tidak boleh guna kalulator pengiraan zakat yang disediakan.
tu dia.
siapa yang belum bayar zakat tu??
Masih ada masa lagi untuk membayar zakat bagi yang layak.